Sunday, October 26, 2014

Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..alhamdulillah....
26.10.2014 genap 8 tahun usia perkahwinan mama & papa asya.

Apabila seorang sahabat ditakdirkan menjadi suami kita. Alhamdulillah...indahnya aturanNya. Bertemu.... berpisah ..... dan.... terus bersatu. Terima kasih kerana membuatkan diri ini terasa begitu sempurna. Terima kasih kerana melengkapi segala kekurangan diri ini. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya & meletakkan diri ini di sudut sungguh istimewa.

Ini kisah kami... pertemuan pertama kami berdua adalah semasa saya lumpuh dan tak mempunyai apa-apa. Seluruh kehidupan saya gelap. Sememangnya ujian itu juga yang menemukan saya & papa asya. Ujian itu juga yang membuka pintu hati saya yang tertutup untuk menerima seorang lelaki akhirnya. Ujian ini juga membuka mata saya bahawa masih ada lelaki yang melihat diri ini sempurna. Alhamdulillah, dalam keadaan kesihatan saya yang merudum, on/off & selalu keluar masuk hospital, dia melamar saya untuk menjadi isterinya. Saya sendiri tak sedar, sejak bila mencintai papa asya. Mungkin sudah tertulis dia jodoh buat saya. Walau pelbagai halangan yang datang... walau pelbagai perkara yang terjadi & walaupon sejuta kali saya menolak.. tapi inilah jodohku yang ditetapkan. Mungkin inilah salah satu jawapan disebalik ujian yang bertimpa ke atas diri saya, kerana Dia ingin hadiahkan seseorang yang mampu menjaga saya dengan penuh keikhlasan.

Setelah usia perkahwinan masuk pada tahun ke-2 , ditakdirkan saya mengandung dalam keadaan tak diduga. Sepanjang 8tahun hidup bersama, kami dikurniakan 3 cahayamata. Tapi yang ditakdirkan untuk meneruskan kehidupan bersama kami di muka bumi hanya Asya sorang. Setiap kehamilan saya dalam keadaan tidak terduga. Sejak awal perkahwinan lagi, Fain dah tahu tak mungkin saya boleh mengandung (disebabkan masalah kesihatan saya yang serius). Dia redha & tetap ingin mengahwini saya. Tapi, kuasa Allah SWT mengatasi segalanya, walau dalam keadaan koma+lumpuh sebelah kaki, saya tetap mengandung & akhirnya melahirkan satu-satunya cahaya hati kami berdua. So, inilah jawapannya kenapa kami tak tambah anak. Bukan kerana TAK NAK... tapi kami terpaksa akur dengan kemampuan kesihatan saya. 

Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

Semoga kami akan terus berkasih sayang hingga ke tua..
Setia hingga ke hujung nyawa & bersatu di Jannah.
Amin

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

33 comments:

Didie Kamila said...

semoga terus bahagia bersama.:)

Aisy Nasiha said...

Selamat ulangtahun buat korang. Moga sentiasa sihat dan bahagia sokmo. Sedih sokmo setiap kali baca kisah Lya masa sakit ni, memng boleh katakan Lya sangat bertuah, diuji dgn segitu rupa namun ramao orang di sisi yg sentiasa menemani dan masih menyayangi...

Blog Owner said...

Selamat Ulangtahun diucapkan kepada LYAfrina dan suami.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

Kuat sungguh semangat Mama Asya..

mummY daniSha said...

epi annv lya n hubyy...ALLAH itu maha adil kan..di sebalik kesusahan dan kesakitan awak, awak dikurniakan suami yg sgt baik alhamdulillah =)

suhailah hamid said...

Happy anniversary mamaAsya. Smg kekal bahagia hingga ke jannah. Smg terus dikurniakan kesihatan yg baik insyaAllah.

Tihara said...

besar hikmahnya pertemuan kalian berdua
Barakallah, moga kekal bahagia till jannah-Nya ^_^

-------<@
Happy Annivesarry
-------<@

Kopiolimauice said...

appy anvsry...lama dh ek 8 tahun sat je...smga hubungan ni berkekalan hingga ke Jannah amin...

NzA said...

TAHNIAH...semoga terus kekal bahagia hingga ke jannah...amiin.

eira eixora said...

happy anniversary lya.

wa said...

Syukurlahh ada suami yang amat memahami... macam dalam drama je..hehehe..apapun wa doa moga berkekalan selamanya....insyaallah...

lily osman said...

Happy anniversary Lya & suami. .moga kekal bahagia till jannah. .. Beza sehari je anniversary kita. .. ☺

salwana nordin @ che'wa said...

akak doakan semoga berbahagia hingga ke syurga Ilahi..in syaaAllah

Adlin Mohamad said...

happy anniversary both of u
semoga berbahagia selamanya

Lynn Hamzah said...

moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat yer lya n fain...

amirah said...

moga cinta hingga ke syurga mama dan papa asya..aminnn

Falsya said...

Happy anniversary lya n husband..tuh la..kadang xdisangka org itu la yg jd jodoh kite kan..same here..

Semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke jannah..amin..

LadyBird said...

Salam knl kak... :) semoga bahagia hingga ke syurga...

Nafira usof said...

Aminnnn..
Semoga Lya dan Fain kekal bahagia sampai ke Syurga.. Amin~

Khai♥Rin : anies said...

TAHNIAH LYA DAN SUAMI!
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA.
AMINNNN

Kakzakie said...

Alhamdulillah dan tahniah dari kakak Lya. Happy anniversary dan moga terus berbahagia..

Diana Rashid said...

Saya dah baca semua kisah lama masa Lya sakit dulu..rasa kagum sangt dengan semangat Lya..Saya pun doakan semoga Lya dan suami serta Asya akan bahagia selamanya..Dipanjang kan Umur dan dimurahkan rezeki dalam rumahtangga kalian..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Happy wedding anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia till jannah.

Lya...tarikh kita sama, cuma berlainan bulan. Saya 26/11 ☺

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Semoga kekal strong n tabah dalam menghadapai setiap dugaan ye Lya..setiap dugaan pasti ada hikmahnya..hanya orang yang benar2 layak sahaja yang Allah duga..Selamat hari ulangtahun yang ke 8 buat Lya dan suami..Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..Amin!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
alhamdulillah..
selamat ulang tahun perkahwinan buat lya dan fain..
semoga bahagia bersama hingga ke jannah :)

εïзmummyHazaεïз said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ye lya. Semoga kekal hingga ke jannah.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

happy anniversary lya..terharu baca kisah lya n fain..semoga terus berbahagia hingga ke hujung nyawa..insyaAllah..=)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

ehh..lupa komen..santeknyaaaaa pic korang sedondon tuh..hihi..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

ehh..lupa komen..santeknyaaaaa pic korang sedondon tuh..hihi..

Rosmiza Ali said...

Kisah cinta dan kehidupan yang paling unik.. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga.. Amin.. ^__^
Rosmiza Ali Official Blog™

Naemah Umi said...

happy anniversary lya & husband...semoga kekal hingga ke jannah...amin

AnneRaini said...

doa yang bagus utk semua pasangan..

Mar Mansor said...

happy anniversary dear

Mummydearie said...

Kisah Lya ni kalau masuk TV memang ramai yang menunggu ^_^. Walau apapun dugaannya, ada hikmah di sebalik semuanya. Kita diberitahu ini takdir kita tapi Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Dalam kata semua tak boleh, semua mustahil masih ada lagi sinar kegembiraan yang dilimpahi untuk Lya sekeluarga. Moga berkekalan bahagia hendaknya.