Thursday, October 16, 2014

Kula Cakes By Dila Wadi, Kuantan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Kat entri sebelum ni saya ada cerita pasal kedai kek sedap kat Kuantan ni. So kali ni saya nak share sedikit sebanyak pic yangs empat di snap kat sana. Memang tiba-tiba naek hantu nak bergambar. Sebab suka sangat suasana kedai kek ni yang sangat vantage. Klasikk sangat! Bagus owner ni sebab pandai manfaatkan bangunan kedai lama yng di transform kan menjadi kedai kek yang amat cantik & klasik pada mata saya. Specialnya Kula Cakes ni sebab 100% ownernya adalah muslim. So makanlah tanpa was-was. Rasa kek nya jugak sungguh umpphh ! Ini tak diakui. Kalo ditanya pasal harga kek.. standard macam Secret Recepi. 1 slice tu antara RM6.00-RM8.00 kot. Tapi yang saya makan RM7.00. Tapi.. puas hati, sebab sedap & saiz besar sikit dari SR punya.

Lokasi Kula Cakes ni dekat jalan ke Kastam Kuantan &
sebelum stesen bas/teksi lama kat Kuanta sebelah kanan.
Kat sini susah sikit parking. Kena slow-slow, takut terlepas.
Eyhh.. kat sini ada basikal terbang.

Dengan bantuan self timer..
dapatlah capture potret kami sefamily.

 Suasana tempat makan yang amat klasik..
Guna barangan terpakai.. Tapi tetap cantikkk sangat.
Cuma lepas ni kena tambah lagi kerusi+meja kot
Lukisan pada dinding yang cantik.
Pic sefamily tu Fain mintak budak yang duk posing kat basikal terbang tu snapkan.



 Sangat klasikkk.
 Pic ni Fasya yang snapkan.
Hihi..lepas ni boleh la sya tolong snapkan pic mamapapa banyak-banyak ye
 Mama & Fasya
 Papa pon nak berposing jugop

 Pic posing je terlebih.. So ini kek yang saya dah rasa. Saya bungkus dalam kotak. Dah ngap baru teringat nak snap.  Ada banyak lagi kek lain. Insyallah ada rezeki lebih, boleh try kek lain plok.
Kanan : Kek Choc Moist - serius sedapp sangat. Memang rasa coklat sangat. Tak manis & mual.
Kiri : Manggo Cheese Cake - Ni yang paling femes kot kat Kula Cakes. Bila dah rasa..waaaa.. memang umpphh la. Ni pon still terasa-rasa lagi dalam mulut. Lepas ni nak singgah beli lagi la. Memang sedap.

Muka saya serius giler.. Tak sedar pon orang snap pic ni.

So, kalo ke Kuantan jangan lupa singgah & rasa kek kat Kula Cakes ni. Confirm anda akan berpuas hati. Lagi sedap daripada SR tau. Sape-sape nak tempah kek untuk hantaran atau apa-apa majlis leh lah cuba kat Kula Cakes ni. Saya tengok kat IG , cantik-cantik sangat design dia. Paling penting buatan orang Muslim kita. Sedikit info :-

Kula Cakes :-
A96, Jalan Besar , 25000 Kuantan Pahang
Hp : 017-9711396
Opens 1pm - 9pm
Closed every Monday
Instagram :- Kula Cakes

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

32 comments:

Zee Suhaini said...

menariknya tempat..memang nampak klasik sangat ngan bangunan lama tuh dideco sampai camtu sekali..kreatip owner..

lieyalatif said...

ye laa lya..cantik deco kedai die..simple, modern dan santai....lawoooo...mmg rugi kalo tak posing sbb cun gak jadikan props tu hehhehehe

εïзmummyHazaεïз said...

Waaaaa .cantiknye lanskap dia ye... Best2... Haza xpernah jln2 kuantan.. Hehhe setakat lalu je pernah

suhailah hamid said...

Wah nmpknya SR dah ada saingan..hehe...kedai tu mmg klasik sungguh. Very rare..mesti ramai pelanggan kan

:: Cik Viva :: said...

ada style & menarik lah kedai dia...kreatipp

amirah said...

waaaa...memang rare la kedai dia...maksudnya tak berbumbung ke liya? memang open air macam tu ke?
dia punya cake counter macamana la rupa agaknya

Bunda a.k.a KN said...

Mango cheese cake tu nampak sedap sangat..

Allene said...

cantiknya tempat ni lya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mango cheese cake tu... walla sungguhhhlaaa...

Lynn Hamzah said...

memang klasik la kula cakes nie...insyaallah boleh try dessert kat sana nanti kalau berkunjung ke kuantan...

Nafira usof said...

wahhh.. cantek lah deko kedainye Lya.
entah bila lah boleh singgah nih. teringin nak gi posing kat situ jugak.. ehehehe

idzwa kamaruddin said...

lepas ni confirm nak singgah!!!sebab bln 12 ni kene outstation di kktm kuantan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

eh...mmg menarik la decoration ni :) serius menarik :)

Masya said...

glamourkan kedai kula cake ni .. sampai selangor tau... kwn kt org kat opis pernah beli kek dia.. mmh sedapp.. tp tulah semua berebut nak merasa.. mujur dpt rasa sikit...

AMIIZAA said...

klasik sungguh kedainya...
cake tu memang nampak sedap....kalaulah dekat kak mieja dah dtg beli:):)

AnneRaini said...

ramai pulak yg rekomen kula cakes ni...terliur tgk mango cheese cake tu..gaya die mcm sedap sgt.

mama ila said...

woww...menariknye tempat nie..mmg xde bumbung eh tempat makan or mmg ada pilihan nak makan kat dalam or kat luar..hehehe..cantik =)

Fiza Rahman said...

Cantiknya kedai. Kretif lah.

Sedap plak tgk manggo cheese cake tu.

aTieYusof Family said...

wahh..memang cantik lah kat situ Liya.. kagum dgn seni yg ada:)

Yati said...

sedapnya tengok cake dia. Skrang banyak orang hias kedai atau sekitar bangunan ala vintage gitu. Macam kat Penang, banyak mural-mural atau painting kat bangunan di kawasan tapak warisan dunia.

Diana Rashid said...

bestnya ada tempat makan menarik macam ni..;)

mama ka0ri said...

Waahhh...kalau ada rezeki ke kuantan nak pegi la kedai ni ..suke!!

Rosmiza Ali said...

Menariknya tempat ni.. Balik bila2 kena singgah cari nampak gaya.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™

abuikhwan said...

assalamualaikum,
hmm, nampak rare kedai tu, kek pun namap sedap. tp mcmana boleh tak perasan kedai tu, padahal selalu sgt lalu jln besar...adoii

Kakzakie said...

Kreatiflah dia menjadikan semua itu sebagai deconya. Menarik juga sebab lain dari yg lain kan..

LydSunshine said...

lya, selalu jgk org dok kata kek mango tu sedap. tapi saye ni tak penah gi pun situ. cemana nak gi, tiap kali balik kampung, kejap sgt masanya. tak dan nak ke mana2. owner kedai ni kwn husband saya. dan sama skolah dgn saya juga tapi saya tak kenal pun. hasben saye je yg kenal. hehe.

SalbiahM said...

kalo ada kat KL mesti best..kedai dia pun cantik..memang syok tangkap gambar situ

Mummydearie said...

Kreatiflah owner Kula Cakes ni. Dengan barang-barang terpakai pun nampak unik kedai kek ni. Kalau dah suasana cantik dan keknya sedap, tentu pelanggan akan datang lagi dan lagi.

Kopiolimauice said...

open air kedai dia cantik nya lain dri yg lain...

Khai♥Rin : anies said...

Background tu mengingatkn sy shah alam...

Naemah Umi said...

manggo cheescake sedap nyeeee....lawo2 pic tu semua,nmpk classic plak

Aisy Nasiha said...

Akak ada ternampak pasal kedai ni masa nak ke kauntan tgh tahun hari tu.. tapi tak sempat masa nak cari.. bila nampak lya buat entry ni alahai rasa rugi pulak tak usahakan cari kedai ni..