Monday, October 20, 2014

Pop Chef : Bantuan penyediaan makanan menarik pada anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ho ho ho.. dah lama nak share pasal Pop Chef ni. Salah satu alternatif menarik untuk penyediaan makanan pada anak. Saya semangat nak membeli ni lepas tengok ramai kaum ibu duk sediakan bento untuk anak-anak dalam bentuk yang sangat menarik. Penyediaan makanan yang menarik sekaligus dapat menarik minat si anak untuk makan. Mudahanlah... saya mampu bersilat di dapur pagi-pagi buta bila asya dah start darjah 1 nanti. Selain berkat air tangan mama.. yang paling penting makanan yang kita sedaikan semestinya berkhasiat , penuh kasih sayang & bersih. Berbalik pada alat Pop Chef ni, saya beli dengan blogger Ourkizuna selepas tengok kat IG beliau. Harga pon sangat mampu milik.

Pop Chef
Push, Pop& Eat

Antara idea yang menarik untuk disediakan pada si anak

Tu dia,,,
alatan Pop Chef yang mempunyai 6 corak pilihan

Sebaik saje terima parcel ni.. Balik rumah terus teruja nak mencuba.
Sebab xde apa-apa buahan so try kat roti dulu dengan pelbagai bentuk.
Disebabkan xde coklat.. so just gunakan susu pekat.
Jadikah roti cicah susu. Sedap !

Malam tu sempat sediakan bekal untuk asya bawa ke kelas tuisyen.
Juga roti+susu pekat. Kebetulan jem pon xde.
Cuma yang ni roti yang disapu susu tu kapit dua, lepas tu baru tekap guna pop chef

Eksitednya dia bawak bekal roti bentuk menarik ke kelas tuisyen

Sempat sediakan roti febret dalam pelbagai bentuk untuk
asya sebagai bekal ke tuisyen baru-baru ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

29 comments:

suhailah hamid said...

Wah bestnye..ni bkn takat ank je suka nk mkn..mak pun teruja sekali nk mkn. Comel2 bentuknya.

Kakzakie said...

Ini yg buat Asya nak makan pun tambah berselera:)

idzwa kamaruddin said...

nak beli jugak la!

Asha Lya said...

Wah comel memg mnarik minat Ank nak mkn. Bagus idea ni

- said...

menarik....
boleh menarik minat budak2 yg susah sket nak makan kan..kot dia tertarik bila tgk pelbagai bentuk..

syawalsimpsons said...

wahh best tu ...banyak bentuk yg asya buat ni

Zuraida Rahim said...

Ada beli juga tapi pakai sekali dua je... tak berapa nak rajin.. Suka tengok kawan-kawan sediakan bento untuk anak-anak tapi macam anak-anak susah je nak makan

eMMe said...

sonok n menarik minat anak2 spt Asha... mesti dia suka makan roti same susu pekat, letak majerin tak Lya? letak la skit.. masin manis tu ade rasa skali.. sedapppp...

Sura Mohd said...

menarik!!memang dapat menarik minat anak2 untuk makan..:)

amirah said...

waa...menarik...senang aje la kalo guna alat2 camni kan liya..

Myra Jay said...

Bagus alat macam ni, dapat menarik minat anak2 untuk makan :D

εïзmummyHazaεïз said...

haza dah beli tempoh hari.. anak2 pi tekap kat playdoh.. hukhukhuk...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wa..hebat amma asya nih..comel. je..mau semangat dia nak makan :)

Naemah Umi said...

ari tu umi g daiso mmg ada nmpk benda nih...pikir punye pikir tak beli plak...skrg dah nyesal uhuksss

NzA said...

Setuju...air tangan ibu adalah yg terbaik..itulah akak amalkn pada 5F..memasak sndiri mknan utk mrk berserta selawat n doa2....Alhamdulillah ianya menghasilkn anak2 yg mendengar kata n cemerlang....biar penat dahulu tapi hasilnya membahagiakan......

Mummydearie said...

Kalau macam ni punya comel hasilnya, akak rasa cam sayang pulak nak bagi anak makan. Hahaha... Dasar mak pemalas betul tau.

Akak tengok juga bento comel anak-anak. Bukan tak teringin tapi anak akak si Abang tu nak quick and easy. Tak mahu dia bekal 'ala-ala budak kecik'. Macamlah dia tu dah besar panjang sangat!

Permatabiru said...

ohh baru tahu rupanya ada acuan untuk bentu2 kan makanan tu supaya menarik..hehe xtahu plak..

Nafira usof said...

kreatifnyeeee!
tapi camner nak guna alatan tuh Lya.. cam x bleh nak imejin pulak.. hehehe

Ema Johari said...

wah, menariknya..nak beli jugalah satu.

Diana Rashid said...

bagus jugak benda ni..budak tak suka makan buah elok di gunakan benda nih je..mana tau depa nK MAKAN..kan??

Puan Kutu said...

bagus ya benda ni..cantik dan senang nak gayakan bento anak jadi menarik..mesti asya tambah selera makan.makan byk sikit biar tembam.hehe

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

comel2 jek bentuk roti tuh..suka asya yek..^_^

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Creative nya..Pop Chef ni pernah nampak jugak kat Daiso..Mesti sedap roti kaler-kaler tu..creative!

Kopiolimauice said...

eh eh cantik nya pasni mama dia kena rajin la buat ek ;p

Tihara said...

baru lah semangan nak makan, ceria jer bentuk2 makanan tu :)

Qaseh Vee said...

bebudak mmg cepat tertarik dgn penyediaan mknn camtu ...

Aisy Nasiha said...

Ooo ini benda yang dlm bekal Fasya di entry tadi ya.. mudah kalau ada benda ni kan.. budak pun suka sebab lawa bentuknya

Khai♥Rin : anies said...

ishhhhh ni yg rs syg je nk telan ;-)

Rosmiza Ali said...

Bestnya ada anak.. Nak jugak buat macam2 untuk anak macam ni.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™