Thursday, October 23, 2014

Resepi Kari Sardin Tanpa Santan Sedap & Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni nak share salah satu resepi sardin yang sungguh sedap. Simpan sini pon sebagai rujukan masa depan. Saya memang peminat sardin. Kalo makan tak puas la.. Tapi kebiasaannya just masak merah macam tu je. Kali ni cuba kelainanan, hasil bantuan google jumpalah resepi Kari Sardin. Tapi ada 2 jenis iaitu bersantan & tidak bersantan. Saya pilih untuk cuba kari sardin tanpa santan. Bagi saya lagi kawww kot. Saya tak ikut 100% resepi, just tengok sikit-sikit lepas tu ikut kepala sendiri je. Hehe.


Bahan-bahan menumis :-
* Rempah adik beradik tu (bunga lawang+kulit kayu manis+cengkih)
* Jintan Halus+Jintan Kasar+Halba --> kalo letak ni lagi kawwwww
* Daun Kari
* Bawang Merah+Bawang Putih+Halia --> saya cincang halus jer

Lain-Lain:-
* Ikan Sardin --> Asingkan ikan & sos
* Serbuk kari --> Bancuhkan dengan sedikit air. jadikan pes
* Cili Boh / Cili Kering Di blender --> dalam 2sudu je
* Bendi atau Ubi Kentang
* Cili Merah+Hijau --> Potong 2(Jangan putuskan)
* Perasa
* Asam Jawa atau asam keping --> sikit jer..untuk ade rasa2 masam manis
* Air

Cara-cara memasak :-

1. Goreng ikan sardin . Hati-hati sikit sebab akan percik minyak. Kalo tak nak goreng pon xpe. Tapi lagi sedap kalo digoreng. Goreng sedang-sedang je. Jangan terlalu garing.
2. Tumis semua bahan menumis diatas sehingga layu kekuningan & naik bau
3. Masukkan sedikit cili boh
4. Masukkan sos ikan sardin yang diasingkan tadi.
5. Masukkan serbuk kari yang dibancuh
6. Tumis sehingga terbit minyak.
7. Jika gunakan air bancuhan asam jawa, masukkan.
8. Jika gunakan ubi kentang.. masukkan dulu ubi kentang & golek-golekkan dan keluarkan semula.
9. Masukkan air & perasa
10. Jika gunakan asam keping, masukkan selepas masukkan air
11. Masukkan ikan sardin . Kacau perlahan , takut hancur.
12. Renehkan hingga gelegak..
13. Last masukkan bendi , tomato & cili merah+hijau

Memang sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Cicah lempeng atau roti canai pon sedap ni

Note : saya gunakan asam keping sebab kehabisan asam jawa. Selepas dah masak, saya keluarkan semula asam keping takut terendam lama akan jadi terlalu masam. Kari ni biar ada masam-masam manis baru sedap..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


35 comments:

εïзmummyHazaεïз said...

Sedap... Lama dah xbuat..

Masya said...

terbaiklah lya resepi ni... lepas tu makan cicah roti.. yumii sedappnya....

Asha Lya said...

Lya kurang skt mkn Sardin. Biasa mkn cicah dgn bread

suhailah hamid said...

Wow...nmpk sgt sedap

lieyalatif said...

lieya pun suke sardin lya.... biase kalo boring masak sambal atau tumis cili padi tu lieya buat laa kari atau asam pedas sardin...mmg terangkat!

Aisy Nasiha said...

Akak pernah buat kari sardin, hihi baru sekali. Sedap juga kan. Sardin kicap, pun sedap tau...

Kakzakie said...

Makan dgn roti gardenia pun sedap Lya. Kakak suka kacang bendi dlm kari. Sedap kan:)

lia said...

owhhhh ikan sardin pon bole wat kari yer... akak baru tau he3

mamabeauty said...

thanks for the resipi dear.. sedap dapat makan with nasi panas2 kan

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap nampak kari sardin ni. Nak kena cuba juga. Terima kasih kongsi resepi ni Akak.

AnneRaini said...

tak pernah masak sardin selain buat sambal...nak gak cuba tp takut tak laku pulak.

Zee Suhaini said...

zee kalo sardin ni masak cam biasa jer lya..tak reti nak pelbagaikan..pasni leh try mengari plak..cam sedap jer..

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kari sardin
cicah roti pon best ni

el said...

resepi ni sllu el masak tuk wat kari ikan..sllu el wat kari x taruh santan..taruh asam jawa je..org penang mmg lau kari tak taruh santan

Kopiolimauice said...

klu takde santan bleh tahan lama kan...mkn dgn lempeng sedap!

- said...

wahhh ni blogger ke-2 yg moon baca entry pasal sardin...dah laa moon suka makan sardin..kekekekeke~

LiYa HaNiF :: said...

amboiii peminat tegar sardin rupanya yer... :)

Permatabiru said...

sedapp kan..hubby sy suka makan cicah dengan roti..nyum..nyumm

Khai♥Rin : anies said...

bak sepinggan lya! ;-)

Syima ~Mama Kyra~ said...

wah sedap..bole try la nnt..x pnh lg buat kari sardin..klu sardin msk asam pedas penah :)

Diana Rashid said...

saya selalu jugak buat kari sardin tak de saNTAN ni..tapi tak pernah pulak buh bunga lawang dan kulit kayu manis tu..biasa nya saya buat bahan2 nya macam buat kari ikan je. tapi tak bubuh santan.itu je..

AMIIZAA said...

Sedapnyaaaa:)
Kak mieja panggil Kari
Mamak:)

Falsya said...

Falsya xpenah lg makan ikan sardin wat kari..selalu makan ikan sardin dlm tin jer..hehe

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

saya plak suka sardin lemak cili api..tumis sardin cam biasa, letak sntan cikit ngan cili api..masak camni br husbnd layan klu tk dia tak makan sgt sardin..kikiki..nway, pasni leh plak try kari sardin ni kan..^_^

Tihara said...

memang nampak sedap kari sardin ni
akak memang suka kari, sardin tu akak suka yang mackerel ayam brand :)

Mummydearie said...

Serius nampak sedap kari sardin yang Lya buat ni. Akak bab sardin ni memang kurang sikit tapi Hubbydearie suka. Maybe boleh try nanti kalau rajin ke dapur.

Vee Sandi said...

kat rumah saya ni masak kari memang tak letak santan . org kata kari mamak ... sedap jer tgk sardin tu ...

lily osman said...

Boleh cuba nanti ni...biasa masak sardin biasa jer..tak pernah lagi masak kari mcm ni..

Fiza Rahman said...

Dah lama tak buat kari sardin. Sedapnya.

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Aida selalu masak Ikan goreng je kalau Ikan Sardin ni..tak reti nak masak gulai bagai..hehe..kalau sardin Tin tu memang feveret..hehee

Rosmiza Ali said...

Tak pernah lagi buat kari sardin.. Nampak sedap nih.. Nak kena cuba ar cenggini.. Sardin pun ada tu.. ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™

Naemah Umi said...

sedap tu...sardin masak la apa saja mmg terbaik...nasi bertambah berpinggan2 hehehe

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

Sedapnya... Boleh cuba ni...
New post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Siqah Hussin said...

Dah save. Hee. Kena pelbagaikan masakan sardin. Boring juga kalau masak style sama je.

NOR ASIKIN Ramli said...

sy dh cuba.. mmg sdp. hehe tq bg resepi.