Friday, October 10, 2014

TESTIMONI : Dnars Skincare Set Jerawat

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama sangat nak share pasal ni. Tapi saje peram dulu.. nak tunggu feedback terbaik. Kononnya nak tunggu hingga hujung tahun ni, baru nak share testimoni ni. Tapi macam tak tahan sangat dah.. nak share jugak kali nih. Untuk pengetahuan , sebelum ni saya saya memang jenis tak pakai & tak berani pakai apa-apa produk skincare pom. Sejak dulu just setia dengan Safi & Safi Rania Gold aje. Sehingga eksiden bulan 3 aritu, lepas sedar koma jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Memang teruk seteruknya. Memang tak pernah jerawat naek macam tu. 

Kes naik jerawat banyak sebab setengah jam sebelum eksiden tu, kemain saya touch up kononnya balik kerja terus nak bawak asya jalan-jalan. Tapi malang memang tak berbau kan... tak sampai 5 minit keluar dari pagar ofis terus kena rempuh dengan Navara. Ke hospital dalam muka bermekap & terus transfer Kuala Terengganu , pastu balik semula ke ICU selepas selesai CT Scan. Masa tu saya koma ye, mana adanya nurse-nurse tu nak cuci muka saya sebab seluruh badan/dalam mulut & hidung dipenuhi wayar je. Kiranya lepas saya sedar tu agaknya maskara pom masih di mata. Ermmm.. Kes dari tu la.. jerawat membiak dengan jayanya. Tahniah.

 Saya awalnya surrender jugak.. Redha je dengan apa yang berlaku. Tapi dalam keadaan macam tu, saya memang tak fikir sangat tentang kulit ni.. sebab saya lebih fikirkan kesakitan & kaki saya yang x boleh bergerak tu. Tapi mertua saya kesian kot tengok keadaan saya, dia suggestkan suh pakai Dnars Skincare ni & siap belikan untuk saya Dnars Skincare Set Jerawat. Sebab dah ada... so cuba je la pakai.. manatahu kan berhasil..

Saya mula pakai produk ni dalam pertengahan bulan April 2014.
Set ni tahan lama jugak.. dalam 3bulan++.

 Dnars Skincare Set Jerawat & Kulit Berminyak.
Saya dah lupa harganya.. Kalo tak silap range antara RM50-RM60.
Saya just pakai set ni semata-mata.. 
xde ambik toner atau yang lain-lain seperti krim kunyit dll.

 Krim Siang Dnars Skincare

 Krim Malam Dnars Skincare

Testimoni dari saya yang mengamalkan Dnars Skincare Set Jerawat & Kulit Berminyak bermula pertengahan bulan April 2014 - Awal September 2014.
Lepas dah habis set ni, saya proceed dengan Dnar Skincare Set Normal sebab kulit dah pulih.


Pic diambil selepas saya sedar koma.
Tapi time ni kulit still nampak OKsikit
Sebab kulit saya selepas ni lagi teruk yang teramat.
Cuma kesan lebam hitam bawah bibir tu sampai sekarang tak hilang.
Maybe dalam pic x jelas kesan tu sebab effect kamera, pencahayaan & pemakaian krim

29.5.14
Pic diambil penghujung bulan Mei.
Masa ni jerawat dah kering & still tinggal parut.
Maybe dalam pic kurang jelas sikit parut ni

Kiri : Pic diambil pada 8.6.14. Jerawat dah kering just tinggal parut.
Kanan : Pic diambil pada 19.6.14. Parut mula pudar. Tapi kat luar, ada nampak sikit kesan parut ni. Maybe dalam gambar nampak licin sikit

29.7.14
Parut dah mula hilang.. Cuma ada sesetengah port.
Kulit mulai sekata. Tapi ni cover maybe sebab foundation.

3.8.14
Yang ni tanpa mekap..
 Kulit semakin sekata & parut semakin pudar

 19.8.14
Kulit semakin OK. Tapi ni nampak ok sikit sebab pakai foundation. Guna kamera Hp biasa je ni. No filter. Maybe effect pengcahayaan nampak sedikit glowing. Tapi parut memang makin xde.

Kiri : Pic diambil pada 5.9.14
Tengah : Pic diambil pada 13,9,14 . Yang ni free mekap.
Kanan : Pic diambil pada 21.9.14

Haa.. ni pic latest. Kelmarin (9.10.14).
Tanpa sebarang mekap, foundation.. melainkan krim siang dnars & bedak compact.
Ok la tu, parut dah xde. Ada pon sikit-sikit lagi.

AWAS... JANGAN TERPERDAYA SANGAT DENGAN PIC-PIC YANG NAMPAK GLOWING TU. MAYBE EFFECT PENGCAHAYAAN & PEMAKAIAN FOUNDATION JADI NAMPAK SEDIKIT SMOOTH.

Toner Collagen ni saya mula pakai sejak awal Septmber.
Selepas bertukar kepada set Dnar Skincare Normal


Alhamdulillah, maybe produk ni serasi dengan saya. Walaupon ambik masa yang lama untuk pulih masalah ni. Bagi saya, kalau dah dapat merawat masalah jerawat dah syukur sangat. Selain tu, saya ada juga gunakan gel hiruscar untuk hilangkan parut. Gel ni saya beli untuk hilangkan parut asya lepas jatuh longkang aritu. Saya pom tumpang sekaki. Nanti saya share pasal gel ni. Tapi terkini tentang produk Dnars, ada 2 jenis produk keluaran Dnars iaitu Krim Kuneng & Foundation apa ntah tak selamat digunakan kerana KKM sahkan ada bahan kimia. Tapi mujur saya tak pakai semua tu, melainkan set ni semata-mata. Setakat ni, set ni masih diluluskan & disahkan selamat oleh KKM. Paling penting, bila pakai ni kulit muka xde rasa sakit atau pedih langsung. Mengelupas pon xde. Cuma sejak saya tukar set Normal ni, saya just tambah pemakaian Toner Collagen Dnars. Sekarang kulit still ada parut sikit-sikit. Esspecially time period, memang jerawat akan singgah. Cuma bila cuci muka ni, jerawat tu cepat kering. Tak perlu nak picit-picit dah. Paling penting produk ni lebih kepada merawat bukan mencantikkan semata.

SAYA SUDAH STOP PAKAI DNARS SEJAK AWAL TAHUN 2015.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

60 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. bagusla kalau jumpa produk yang sesuai dengan Lya ni.. nampak licin dan gebu kulitnya tu..

suhailah hamid said...

Nmpk mamaAsya semakin cantik. Alhamdulillah jmp produk yg serasi kan..^^

::EIDA:: said...

lama tak singgah sini makin comey lak rasa hehehhe~

lieyalatif said...

dah jumpe produk yg okey ni lya baik teruskan..susah gak nak cari yg betul2 sesuai dgn kulit...mcm lieya sendiri laaa..sudahnye skrang pakai hada labo...dah serik bertabita laaa berwonder glow laaaa....byk chemical jek produk tuh....

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat Lya..
Mgkin produk ni serasi dgn Lya kan..nampak berkesan sgt... Akak pernah cuba sabun dia kot, tapi tu lah akak ni jenis tak konsisten...

mamabeauty said...

memang bukan senang kan nak dapatkan produk yang sesuai dengan kulit kita

AnneRaini said...

kawan opis sy pakai dnars ni tapi tak serasi. teruk muka die jadi melecur hitam. die kata lepas pakai rasa panas mengetik2 kat muka. pastu die stop and muka die berubah jadi hitam smpi die terpksa laser untuk buang hitam tu.

salwana nordin @ che'wa said...

alhamdulillah...dah ok muka lya :)

kulit muka lya takde masalah sgt kan, cepat la baiknya :)

Putri said...

Beza sungguh kulit muka lya..muka saya x de jerawat tp kusam.dh try mcm2 produk.terbaru saya try leinage..nk tgk kesan mcmana

el said...

nak gak ada krim set muka ni tp tulah takut jd apa2 kat muka..muka ni xdelah elok sgt..tp nak bg flawless je hahahaha
aah mmg npk ketara sekali perubahan muka lya...

LydSunshine said...

mmg nampak perubahannya. dnar patut lantik lya jadi spokesperson.

Hati Ema said...

menarik...dan cantik.... :)

Lin Azlina said...

saya pun baru nk try ni.... kulit sy dh terlampau serasi dengan produk skrg kot... mcm xde perubahan da pun

Zee Suhaini said...

berkesan tuk lya..muka dah licin cantik jer..
rasanya dnars skang tengah pemes gak tapi kena hati2..ada yang tiruan pon lya and takde pengesahan..

Zee Suhaini said...

berkesan tuk lya..muka dah licin cantik jer..
rasanya dnars skang tengah pemes gak tapi kena hati2..ada yang tiruan pon lya and takde pengesahan..

Siti Asiah said...

Asiah pun tengah guna Dnars skang yg set normal...bulan 8 hari tu br start guna...alhamdulillah ok...kurang dah kulit kusam & pori2 mula mengecil...bestkan guna dnars ni, Asiah byk guna yg set malam, pencuci & toner. krim siang skli skala je guna...kulit muka Lya pun dh npak glowing dh tu, makin gebu dah Lya...:)

Rosmiza Ali said...

Satu set tu range RM50-60? Murahnya.. Miza skg duk guna Set Eff Beauty.. Ok gak.. Tapi dah jarang2 pakai sbb syg.. Mahal sikit.. Satu set RM165.. So, terpaksa berjimat cermat guna.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus ni. Sesuai untuk meghilangkan jerawat kan.

Nafira usof said...

Zura masih setia dgn Safi.
xde sebab lagi setakat nih nak cuba produk baru. hehhe

Chekgu Azrine said...

Akk pun masih pakai set dnars ni..tp disebabkan kulit akk mcm xd masalah sgt..so xdela nmpk sgt perubahan dia..sbb ada bnyk lagi so gunakan smpi hbs..hehehe

Fifi Nadhrah said...

wah.. fifikan.. nak cuci muke pon susah.. lepas ni nak kene selalu cuci muke la..

Mar Mansor said...

kulit muka serasi la tu..cantik dah..

Mummydearie said...

Akak pernah dengar produk ni tapi tak pernah mencuba. Dah banyak sangat cuba produk sebegini sampai dah tak tercuba lagi. Tapi mungkinlah ia sesuai untuk Lya dek kerana masalah jerawat tu. Kawan pejabat akak pun ada pakai. Takda masalah jerawat cuma kulitnya agak kering. Tapi lepas pakai ni, naik hitam-hitam di bahagian muka terutama di pipi. Akak tak pasti set apa yang dipakainyalah. Mungkin juga tak sesuai dengan jenis kulit muka kawan pejabat akak ni.

::NureeN:: said...

sesuai ngan lya..
nureen mls bab nk sapu menyapu ni hahhaa
yg skII dpt hadiah dlu pon jarang2 pakai hahhaa

NzA said...

Alhamdulillah serasi dgn lya..makin brtambah cun.
akak ni mmg suka membali tapi kalah memakai...kalau beli sesuatu produk, awal2 bkn main semangat pakai, lama2 mulalah dtg penyakit malasnya......adeh.

Qaseh Vee said...

dulu saya ada jerawat camtu . alhamdulillah sekarang dah hilang tapi masih berparut ...

Bunda a.k.a KN said...

Sebenarnya Lya Bunda dan anak adalah pengguna setia Dnars skin care ini sejak lebih setahun dah...memang memuaskan....murah dan berbaloi...

Etuza Etuza said...

selamat menjaga kesihatan ya...kena jaga kesihatan demi kerana Allah..hargai diri kurniaan ilahi

Fazleyatul Aini said...

patut la berseri2 hihi

mama ka0ri said...

Okla tu berkesan tuk lya..patutla kulit nmpk cantik jer..hihi..

Coretanhatiibu.com said...

Alhamdulillah serasi ngan dnars tu.. anie guna tahun lepas 1 set krim siang malam, sabun beras n tonar sekali... tapi mungkin tak sesuai ngan kulit anie ni coz banyak minyak..
tapi anie still guna toner dia sampai
sekarang..
Bila umur semakin meningkat agak sukar nak sesuaikan dengan produk yg bersesuai dgn kulit.. kena cuba banyak produk baru tahu yg mana sesuai elak untuk kulit bermasalah.. tahniah lya dah jumpa... anie masih mencari lagi krem yg sesuai..

Kopiolimauice said...

susah kan nk dpt produk yg rasi dgn kita...Alhamdulillah lya jumpa yg rasi takyah buang duit nk try2 produk lain kan..

Diana Rashid said...

patut la tengok gambar2 Lya memang tak nampak langsung kesan2 paru eksiden tu hari..

Falsya said...

Sgtttt byk perubahan lya..camtik3...falsya muke sgt sensitif xleh pakai sebarangan product..sobsss..

aTieYusof Family said...

salam weekend Lya. .tq inform ttg blog tu.. klu free cuba bw blog atie. .dah boleh masuk ker..

TunSha Ayunie said...

seronoknya tengok muka glowing2 cenggini... hihi

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

senang kan klu dpt produk yg sesuai ngn kita..saya ni jenis malas sikit pakai2 produk byk2..ehh..kadang bukan mlas, tp slalu lupe nk pakai esp yg melibatkn krim2 belah malam..suka tertidor terus krim ke mana ntah..huhuhu..tu yg muka tak cantik2 smpai skang..T_T

amirah said...

memang sesuai la dnars set ni dengan liya...cepat jugak tau kiranya recover sume parut jerawat tu..

KhaiZa said...

nampak byk pengurangan.. sesuai la tu dengan kulit.. Saya masih tercari-cari lagi set untuk jeragat.. masih belum jumpa..

Masya said...

sesuai utk lya teruskanlah.. macam sy skrg sy suka makan atau minum sesuatu produk lbh utk dalaman ... sbb muka mmg xde mslh kecuali parut jerawat ..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
alhamdulillah.. nmpk ketara perubahannya...
klu serasi, elok lah teruskan..

cma masih setia dgn safi rania gold..dah cuba yg lain, tak boleh..mengada je kulit muka iols ni.. ehehhe.. :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Alhamdulillah..jumpa juga produk yg sesuai dgn Lya... memang nampak perubahannye..

dakcik said...

wow..nmpk perubahan dia..
anak sedare pun pakai ni..nk try la nti..huhu

Khai♥Rin : anies said...

Byk jg perubahannya tu! Tahniah!!!

Ju Ariffin said...

Berminat utk mendptkan produk dnars skincare yg Ori bleh wassup sy 0195746075 stokis sah dnars.

Ummi Kpop said...

Klau bmnat nk beli produk dnars dgn harga yang murah sila mcz sy 01119444997 . Sy guna set normal tp tak ssuai dgn kulit sy . Sy baru guna beberapa kali .

Ummi Kpop said...

Klau bmnat nk beli produk dnars dgn harga yang murah sila mcz sy 01119444997 . Sy guna set normal tp tak ssuai dgn kulit sy . Sy baru guna beberapa kali .

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Cantiknya kulit admin... Perkongsian yg sgt menarik.. Hehe..

Rahsia Kekal Jelita & Awet Muda

ieyntan diyana said...

sy pun sama.. tapi situasi sy lain skit.. muka xde jerawat.. tp bile try guna dnars smnggu selepas tu muka terus keluar ruam.. merah2 sampai bengkak muka.. sy trOz stOp pkai dnars.. dah sebulan benda tu brlaku but until nOw muka sy still ad ruam lg sampi skunh wlaupun ruam tu xmerah.. tp kesan biji2 ruam tu ttap ad.. rasa mcm stress sgt bile muka jdi mcm tu.. smpai skunh rase mnyesal pkai dnars tu ad n serik untuk cuba produk muke dnars lg.. maaf.. ini apa yg sy alami..

Tisha Nordin said...

Untuk muke sensetive buley ke?

shaz said...

ha sha pn mcm awk gak..amk mse yg sgt lama nk nmpk kesan..hehehe..

dya said...

dya guna dnars nih masa preggy je, pas tu stop sbb kulit cam taka da perubahan.ok memang ok dnars nih cuma nak lebih cantik cube yg lain plak.skg gune tabita je yangg :)

bell said...

Kalau jerawat pasir kt dahi better pakai yg set jerawat ke or yg normal ek? Problem kt dahi je sbb jerawat pasir tumbuh kt situ

Syahid Syah said...

nice post :)

http://howto-skin-care.blogspot.com/

IxoraSunkist said...

Untuk info dan tempahan...
please visit and like us..!!
https://www.facebook.com/Dynars-1455108978055291/timeline/

Belajar Search Engine said...

Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.

dream said...

terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
Menghilangkan Bekas Jerawat
.

dayah rosly said...

pernah cuba pakai dnas ? sbb ad kwan ckp sabun beras dnas ad chemical yg tak elok la . so takut nak teruskn guna . sbb skrg dh halfway guna sabun sensitif tu . so , produk hada labo tu mmg sesuai ke untuk kulit jerawt ?

dayah rosly said...

admin sekarang still pakai ke krim malam siang sabun semua tu ? even dh tak berjerwat ?

Obat Acemaxss said...

Article and information very good. Nice, interesting and useful
thank you for sharing.. I liked it, because it is very nice
visit Toko Obat Ace Maxs