Friday, October 3, 2014

Texas Station Cafe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu kafe yang menyediakan western food kat Kemaman ni. Kat sini sekarang memang dah banyak sangat pilihan kedai western food. Tak mcam dulu-dulu just ada sebijik dua je kedai western food. Texas Cafe antara kedai western yang baru di buka kat sini. Kami laki bini memang suka test rasa kat restoran yang baru dibuka. Asal mampu milik & berbaloi. Hehe. Sebenarnya dah lama test rasa ni, cuma entri je baru up. Almaklumlah, kat sini selalunya backdated punya cerita. Tak sempat nak kejar masa. Kat sini dah 2kali jugak kita orang makan.

Lokasi cafe ni betul-betul mengadap Pasaraya Nirwana.
Cafe ni se-direct dengan Bank Islam, Secret Recepi & PERKESO

Suka meja makan kat sini.
Semua asas kayu pallet.
Cantik....

Fain punya mix grilled
Lamb chop + grill chicken chop
Rasanya OK.

Saya punya spagethi carbonara.
Yang ni memang saya puji... sebab sedap.
2 kali datang sini saya ambik spagheti carbonara ni

Ni masa beruka puasa sunat enam + puasa ganti aritu.

Harga semuanya standard.
 Macam tempat-tempat lain jugak.

SALAM AIDILADHA
Kat Terengganu Cuti Aidiladha 5-6 Oct 2014.
Saya join Ibadah Korban pada har raya pertama

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

30 comments:

idzwa kamaruddin said...

uhh tgk spagetti tu pun tau sedap nyer!!

Lynda Che Lah said...

Lynda pun suka western..
tp kdg2 tak menepati citarasa
tp ni nmpk nice terutama lamb chop tu
Selamat Hari raya Aidiladha Lya

- said...

air tu yg nampak sangat menggoda..hehehehehe

suhailah hamid said...

Salam aidiladha buat mamaasya sekeluarga.

Kopiolimauice said...

sedap plak tgo spaghetti tu ;p salam aidil adha ;)

mama tisya said...

menarik menu..tmpt pn cantik

Diana Rashid said...

cantiknya meja dan kerusi dia..

Kakzakie said...

Bila dah rasa tahu sedap lain kali boleh pergi lagi ye Lya.

Selamat Hari Raya Haji dari kakak.

norhidana miswan said...

sedap2 nampak menu nyer...

selamat hari raya haji utk lya sekeluarga

el said...

lawanya lya ni..:)

byk gak kedai western kat ganu tu ehh..hehe

Siti Asiah said...

Asiah pun suke tgk dekorasi tpt makan ni. Nampak sedap jer spagetti tu...klo kat tpt Asiah ni ssh nk cr kdai western food...;)

amirah said...

selamat hari raya aidiladha liya...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam Lya..
menarik hiasan kedainya..
tgk portion pun banyak..mmg berbaloi2..
selamat hari raya aidiladha juga buat lya sekeluarga

Nafira usof said...

terliur tgk carbonara Lya tuh.
nak masak carbonara lah nanti.. hehehe

lia said...

wahhhh carbonara tu siap ada chesee tabur... wallaaaa....

Mummydearie said...

Akak kalau kata western food ni memang dok makan olio jelah. Memang tu je yang suka. Kalau suami tak lari dari steak, lamb chop dan entah apa-apa chop lagi.

Sesekali bolehlah berwesternkan. Setakat nak cuba rasa je.

εïзmummyHazaεïз said...

Sedapnye western.. hehehe kedai akak ade burger bakar dengan meatball jek.. Lain2 xdek..

salam aidilAhda mama lya.. Akak balik Perak..

ANIM said...

menarik ni lya...
semua makan yg lya tayang, kegemaran 2 abdul kak ni

wa said...

Aduhh...sedapnya western food tu..... tempat pun cantikk.... :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Salam Lya..sori lama tak menyinggah sini...

Salam aidiladha juga buat Lya sekeluarga...^^

Vee Sandi said...

hiasan dalaman ala couuntry , nice ... semua makanan itu menggoda kalbu .

TunSha Ayunie said...

salam aidiladha kak lya :) carbonara tu nampak tempting sangat....

Rosmiza Ali said...

Bestnya.. Mcm2 dh tmpat mkn kat kmn lenim deh.. Selamat Hari Raya Aidil Adha Lya!😊
Rosmiza Ali Official Blog™

NzA said...

nampak mengancam.....terliur tgk.....lama lg nk berbuka nie....he3x....

Selamat hari raya aidiladha....

Lily@MamaZaraZareef said...

yekla..nmpak menarik restoren ni..nway, sy skang tgh addict carbonara secret recipe..hahaha

Elya Roza said...

tak pernah try...
anyway, salah aidiladha :)

Nurul Says said...

sedapnyaaaa

ros_reeza said...

tengok spagethi tu teringin pulak.. nampak sedap..

Khai♥Rin : anies said...

terasa mcm kt oversea x lya? ;-)

Aisy Nasiha said...

Nampak lawa deco restoran ni..