Monday, November 3, 2014

Alhamdulillah.. Nur Fasya Afrina Turn 6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

3.11.2014
Alhamdulillah...
 Cahayahati mamapapa dah masuk usia 6 tahun.
Baby ajaib mama dah besar. Next year dah nak sekolah.
Ahhh.. sedihnya mama. Makin asya besar, makin rindu mama pada asya.
Moga asya jadi anak yang baik-baik.

Serba ringkas kronologi sewaktu mengandung & melahirkan asya.
Nak cerita detail, klik je kat pic tepi side bar ni.

Sepanjang awal kehamilan saya tak sedarkan diri. Bergantung penuh pada mesin bantuan hayat untuk teruskan kehidupan. Dan, didalam perut saya juga Fasya berjuang & terus berjuang. Saya xde gambar kenangan sewaktu mengandung, melainkan yang ni. Ini pon entah macam mama papa asya boleh curi-curi snap. Saya jugak tak pernah pakai baju mengandung melainkan selimut putih & uniform hospital. Saya jugak tak berpeluang shopping barang baby langsung. Tapi rezeki asya, lepas tu dapat banyak baju. Lepas saya dah habis pantang & betul-betul sihat.. saya shopping giler-giler baju untuk asya. Tapi tetap tak sama dengan pengalaman shopping barang menyambut baby dalam keadaan perut memboyot kan? Takpelah, bahagian saya mengandung dalam keadaan yang sangat istimea. Sleeping beauty. Hehe. Walaupom muka sembab habis. Sebenarnya dari sebelum kahwin doc dah terangkan saya tak boleh mengandung, sebab akan membahayakan nyawa akibat daripada penyakit saya. Tapi, semua tu kuasa Allah SWT.

Sewaktu Fasya 5-6 bulan dalam kandungan.

Waktu ni doc hendak gugurkan fasya. Surat persetujuan semua dah ditandatangani papa Fasya. Saya tahu itulah pilihan yang paling sukar buat papa Asya. Terpaksa memilih nyawa salah seorang.. Isteri atau anak.. Saya sendiri terseksa tiap kali memikirkannya. Ianya bukanlah semudah ABC.Kata doktor, "jika teruskan kandungan..boleh meragut nyawa saya...atau kalau saya selamat, boleh meragut nyawa anak..atau meragut kedua-dua nyawa atau...kalo keduanya hidup maybe efect pada saya & baby cacat kesan dari ubatan sepanjang di ICU & saya menerima rawatan. Fasya, kamu sangat kuat kerana terus berjuang disaat nyawa mu dipertaruhkan untuk menyelamatkan mama. Kuasa Allah SWT, saat-saat nyawanya hampir dikorbankan... gerakannya dirinya & menyelamatkan mama.  

3.11.2008, hari cukup indah buat mama papa.
Hari yang sungguh bermakna dengan mamapapa.
Kehadiran cahayahati yang merawat segalanya.

Walaupon selepas mama lahirkan asya, mama boleh tengok sekejap je.. tapi hingga ke hari ni mama tak lupakan pandangan pertama asya buat mama waktu tu. Mama dikuarantinkan & tak sedarkan diri selepas keesokkan harinya. Asya, dikuarantinkan di wad khas & dimasukkan sejenis ubat. Walaupon setelah agak lama baru kita bersua & mama berpeluang peluk asya.. tapi sepanjang waktu renungan pertama asya melekat dihati mama. Cuma mama agak terkilan sebab tak dapat berikan susu badan buat asya disebabkan mama harus makan ubat yang akan memberi effect pada asya. Kelahiran asya juga satu kejutan buat kami.. sebab sebelum dilahirkan doc dah terangkan jika kandungan diteruskan anak akan cacat, lembab, tulang belakang bengkok dll. Syukur alhamdulillah... kelahirannya betul-betul memberi kejutan. Kuasa ALLAH SWT.

3 November.... bukan sahaja meraikan hari lahir asya.. Tapi ianya juga meraikan ulangtahun saya bergelar mama & ulangtahun buat papa. Sebab tu, mama akan pastikan tarikh ni meninggalkan satu kenangan yang istimewa buat kita bertiga. Kerana tarikh ini juga merubah kehidupan mamapapa.

Kenangan itu berlalu pergi.. namun tersemat kukuh disanubari mama. Tak mungkin mama lupakan segalanya tentang itu. Siapa sangka, bayi yang disangkal kehidupannya waktu tu telah melewati angka 6tahun. Siapa juga sangka, bayi yang dijangkakan cacat, lahir dengan sempurna serta membesar dengan cergas. Malah, kata-kata doc yang bayi yang saya kandung akan lembab disebabkan ubatan itu tidak terjadi sama sekali. Asya sangat aktif & cergas.

 you're a big girl now !


Tapi sebenarnya saya pernah berputus asa awal tahun lepas. berlaku perubahan mendadak pada asya. Masuk hospital.  Pada asalnya, saya ingatkan apa yang dikatakan doc adalah benar belaka. Asya sakit waktu tu.. Saya hilang arah... Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik. Dan dia sungguh bersemangat menjalani kehidupan seharian. Semakin hari, semakin bijak & banyak perkara yang dia pandai. Alhamdulillah... mama tak mintak asya jadi orang paling pandai.. paling bijak .. mama cuma harapkan asya menjadi anak yang berjaya. Berjaya didalam setiap sudut kehidupan. Sebagaimana asya kuat & cekal sewaktu didalam perut mama, mama harap asya kuat & cekal untuk kehidupan di dunia juga. Terima kasih Allah dia atas anugerahMu ni.

Kenangan sambutan hari lahir & hari mamapapa buat Fasya

3.11.2009
Ulangtahun Pertama
1st time.. eksited. Tapi xde experience.
Kelam kabut sikit. Majlis simple je, just family & jiran.
Masa ni Fasya xleh duk diam.. sibuk nak hancurkan kek,
Sampai guna kaki akhirnya. haha

 3.11.2010
Ulangtahun Kedua
Dan mula pandai nak deko-deko.
Tapi kebetulan time ni Fasya demam. Jadi dia moody sikit.

3.11.2011
Ulangtahun ketiga
Kesemuanya DIY. Tema ni just kebetulan je.
Kebetulan kaler purple..
Memang xde plan pon nak sedondon semua ni

3.11.2012

Ulangtahun keempat
Masa ni Fasya suka sangat Pingu. Sebab tu saya design kek Pingu buat Fasya
Topi, goodie & banner happy birthday semuanya saya DIY.
Nampk kalerful & ceria.

 3.11.2013
Ulangtahun kelima - Tadika
Tahun 2013 ni Fasya addict dengan minions, so mama design kek minion buat Fasya.
Goodies saya DIY sendiri. Eksited fasya celebrate kat taska ramai-ramai dengan kawan.

Ulangtahun kelima - rumah
Haha.. mengada sungguh! Sampai 2 kali potong kek.
Wajiblah potong kek dengan mamapapa jugak kan.
Cuma kek princess ni beli yang dah siap.

2014 - Ulangtahun kelahiran yang ke-6
Alhamdulillah..
celebrate awal-awal pada 31.10.2014 baru2 ni kat rumah Nek Ma
Jatuh pada tarikh birthday papa. Semua berjalan lancar walaupon
celebrate family members je.. Tapi saya tetap beria deko cantik-cantik
 untuk happykan Fasya.Lain-lain pic insyallah , coming soon..
Nak kena resize dulu.Esok insyallah,
celebrate dengan kawan-kawan kat school.

Alhamdulillah, setiap tahun ada rezeki untuk bahagiakan Fasya. Celebrate simple & tak membazir. Walaupon just sambutan dengan family, tapi saya tetap serius nak hias cantik-cantik supaya asya happy bila tengoknya. Kesemua kek fasya jugak, 100% idea saya yang saya lakarkan sendiri atas kertas siap dengan warna & deko kek tu. Bila dah puas hati design tu baru saya hantar lakaran ke kedai kek untuk realisasikannya. Kecuali kek princess tu, memang beli yang dah siap. Memang saya sentiasa bersungguh dalam segala segi untuk asya. Walau penat & letih, tapi saya puas hati..lagi-lagi dapat hasilkannya dengan tangan sendiri. Untuk tahun ni pom celebrate 2kali..kat kelas pra & dengan family. Theme tahun ni semestinya Sofia The Fisrt + Frozen. Haha.. tunggu je la hasil gabungan ni.

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-6
BUAT
NUR FASYA AFRINA
DAN
SELAMAT ULANGTAHUN MAMAPAPA YANG KE-6
BUAT
MAMA & PAPA FASYA

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


48 comments:

Teena Tna said...

subhanallah...kuasa Allah, asya sihat.
selamat hari jadi untuk asya, semoga jadi anak yg solehah.
semoga akak berbahagia di samping keluarga tercinta.

Qaseh Vee said...

selamat menyambut hari lahir asya juga lya dan suami . semoga dipemudahkan perjalanan hidup di bawah ahmat- Nya ... aaamin.

Diana Rashid said...

Selamat hari jadi Asya..semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..jadi anak yang baik tau..

Kagum sangat dengan Lya..kuat betul semangat..tak heran la bila nama Lya yang pertama saya ingat bila menghasilkan entry ni dulu..

http://www.dianarashid.com/2014/10/3-blogger-yang-saya-kagumi.html

Falsya said...

Allahuakbar!!!..Allah itu MAHA BESAR..bile DIA nakkan sesuatu itu terjadi, maka terjadi la ia..Allah!!..sedih falsya baca cite lya,.

Happy birthday fasya..semoga menjadi anak yg solehah..anak yg mendgr kate mama papa..jd anak yg taat ngan mama papa ye sayang..amin3..

Didie Kamila said...

tersentuh bc part of ur life..pape pun happy birthday asya..semoga mmbesar dgn cergas dan cerdas..:)

Fai CeritaCinta said...

happy birthday Fasha.. Fai terus peluk cium Adam lepas baca kisah akak sewaktu melahirkan Fasha...anak adalah harta dunia akhirat yg amat berharga

suhailah hamid said...

Menitik air mata baca. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala2nya. Nama Afrina sama dgn ank Sue yg no 3.

Slmt hari lahir Asya. Smg menjadi ank solehah & berjaya di dunia dan akhirat.

Slmt ulangtahun pama Asya, smg murah rezeki & berjaya dunia akhirat insyaAllah.

Lynda Che Lah said...

Selamat Hari Jadi Anak Ajaib..
Auntie doakan kesihatan yang baik..kebahagian dan kesenangan dunia akhirat utkmu..Jadi anak solehah..dan berbakti utk mama papa

Utk Lya dan suami..semoga kalian terus hebat dan tabah membesarkan cahayamata paling bernilai ini..tahniah!

εïзmummyHazaεïз said...

Happy bday magic baby! Aunty sayang banyak.. Semoga membesar dengan solehah ya..

Masya said...

selamat hari lahir fasya ... moga membesar menjdai lbh kuat sihat dan cergas.... aminnn

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Asya dah big girl dah...comel pulak tu ..semoga Asya membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti buat mama & papa ye Asya sayang ..muahxxx ciked :P

LydSunshine said...

Bila terkenang yang papa dia dah tandatangan utk lepas dia tu, mmg rasa mcm berdosanya la sebab pernah terfikir mcm tu kan? Syukurlah sebab akhirnya kepututsan yg diambil tu bijak. Betul2 tak percaya anak yg berterusan bergelumang dgn ubat mcm2 sebenarnya sihat walafiat.

*Ayat ulang tahun jadi mama dan papa tu menarik. Boleh tiru.

** Lya, masa Lya koma banyak kali, Lya takde mimpi apa2 ke?

Syima ~Mama Kyra~ said...

Mmg betul2 baby ajaib..kuasa ALLAH mengatasi segalanya..kita manusia hanya mampu berusaha, selebihnya kuasaNYA..mmg berbaloi stp thn lya deco n DIY utk party asya..sbg tanda kesyukuran atas kehadirannya dlm hidup kalian..aunt doakan smg asya mbesar dgn sihat dan bijak..besar nnt jgn lupa jasa PAMA ye..kagum dgn usaha lya deco DIY save budget...pasni bole belaja DIY dgn lya ye :) :D

mummY daniSha said...

setiap kali bace entry pasal lya preggy mesti berlinang air mata ni....sungguh kuat dugaan tu..alhamdulillah,asya sempurna mcm budak2 yg lain...semoga asya membesar sebagai anak yg cerdik dan solehah tuk mama n papa....amin.

adarnadzmie said...

selamat hari lahir Asya... moga Aysa menjadi anak yg baik buat mama dan papa...

sedih akak membaca rentetan kelahirannya Asya... memang kuasa Allah melebihi dari segalanya...Alhamdulilah atas kurniaannya...

huda azmi said...

Allahuakbar..Maha Suci Allah..

hebat sungguh percaturan Allah..Allah tidak menguji hamba Nya diluar kemampuan hamba Nya..

sebak sy baca tulisan sis nie..sis mmg kuat..

anyway, Selamat HariJadi yg ke 6 buat Fasya..n to mama & papa Fasya, Selamat Ulang Tahun MamaPapa!

Happy family :)

Chekgu Azrine said...

selamat hari lahir asya..semoga kamu membesar dengan sihat...

Mummydearie said...

Bila diulangtayang kisah Lya dan kelahiran Asya ni, ada satu macam rasa kagum dalam diri. Besarnya kuasa Allah. Kalau itu kehendakNya, itulah yang akan terjadi, tak kira apa pun yang dikatakan sesama manusia.

Happy 6th Birtday buat Asya yang ceria dan comel serta Happy MamaPapa Day untuk Lya dan suami.

Kisah Lya sekeluarga ni memang betul-betul buat akak terkesima walaupun berulangkali membacanya. Tahniah ya, berjaya mengharungi segala dugaan walaupun perit. Hasilnya memang indah bukan ^_^

NzA said...

Alhamdulillah...cpt sungguh masa berlalu...ashadh 6 thn..hepi besday syg..moga jd ank cemerlang dunia akhirat.....

Ibu Lala said...

X de perkara yg membahgiakan ibu bapa melainkan tengok anak membesar depan mata dengan sihat dan ceria. Hepi besday aysa. Auntie doakan aysa sihat dan kuat selalu. Moga berjaya dunia dan akhirat.

Lya. Akk sampai nangis nagis baca entri ni. Tersentuh rasa hati.

Tihara said...

Selamat hari lahir Asya
semakin syahdu akak baca kisah ni Lya
kisah 1 dalam sejuta
moga Asya membesar jadi anak solehah
insha Allah

Hati Ema said...

happy birthday asya........ frozen... sama cam meen gak tu hantu frozen

AnneRaini said...

selamat ulangtahun fasya afrina...semoga menjadi anak yg sentiasa membahagiakan mama papa..

Nafira usof said...

Selamat hari Lahir Asya..
Semoga Asya terus kuat untuk mengharungi segalab cabaran. Untie yakin Asya anak yang kuat kan~

Asya sangat bertuah miliki seorang mama yang sangat kuat! tahniah buat Lya jugak~

Zaitun said...

Happy birthday buat Asya semoga menjadi anak kebanggaan ibu dan bapa.

Happy anniversary juga buat Lya.

salwana nordin @ che'wa said...

ALHAMDULILLAH..

ASYA ANAK YG SGT2 ISTIMEWA aLLAH KIRIMKN UTK ANDA BERDUA..

HAPPY BDAY ASYA!!

tgk asya teringat anak akak no 2 tu..alya :)

salwana nordin @ che'wa said...

*Allah*

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Baru tgk gmbar sekeping dah dpt bayangkan kemeriahan bday party ke-6 asya..hihi,,apepon, happy bday asya sayañg..semoga terus mceriakan dan membahagiakan hidup mama papa...:)

Rai OurKizuna said...

Happy birthday miracle baby..

Falsya said...

lya, nnt drop by blog falsya..

ade something menanti..ececehhhh..;)

Kopiolimauice said...

rsa nk nangis bca..besar nya pengorbanan lya kan..moga fasya jdi ank yg baik dunia khirat

eima said...

Happy Birthday Asya ....
kamu mmg bayi ajaib ...
betapa besarnya kuasa Allah dpt melindungi kamu di dalam rahim mama dr pelbagai bahan kimia ubatan ...
alhamdulillah ..semoga kamu menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat

amirah said...

sebaknyaaa....asya happy birthday sayang...moga jadi anak solehah...membesar sihat cemerlang dunia dan akhirat...

ANIM said...

happy 6th birthday sweet asya...
tahun depan dah sekolah, sure banyak lagi entry yang mama asya akan share nanti...hee
beruntung asya dapat mama serajin lya ni....sure asya tak lupa sampai bila2

Chic Na said...

memang baby ajaib ni asya..

Happy 6th birthday asya.. semoga jadi anak yg terbaik utk mama & papa.. :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy 6th B'day Asya..moga terus membesar dengan sihat..menjadi anak yg solehah cemerlang dunia akhirat..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
:') speechless baca.. besar semangat lya, fain dan asya.. alhamdulillah.. sanah helwah asya..semoga mmbesar dgn sihat dan menjadi kebanggaan papa mama..

suka tgk pic #balingbelakang asya kat IG lya..
senyum sorang.. comeyyyy :))

Tengku Fauziana said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY ASYA..MIRACLE BABY..
SEMOGA ASYA MENJADI ANAK YG SOLEHAH..INGAT JASA IBUBAPA TAU..

KITE PUN BEDAY ANOK DIY GAK..HIHIH..

*SALAM PERKENALAN..

Yana Yani said...

happy belated birthday fasya
saya baca entry berkenaan ni sebentar tadi
meleleh air mata membayangkan ujian yang diharungi
kalau saya, belum tentu kuat menghadapi
saya doakan semoga fasya menjadi anak yang solehah
sentiasa ingat pengorbanan papa dan mama untuk membawa fasya ke muka bumi ni
diharapkan juga terus sihat dan ceria =)

LiYa HaNiF :: said...

happy belated besday asya... moga jadi anak yg soleh buat mama & papa ye... :)

Rosmiza Ali said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-6 Asya! Sekejap je, dah besar dah.. Semoga terus membesar bagaikan juara.. ^^,
RosmizaAliDotCom

Syima Syaz said...

Subhanallah.... Siapa lah kita nak melawan kuasa Allah kan. Walaupun doc kata macam tu macam ni tapi Allah penentu segala-galanya... Asya sangat kuat, lya pun kuat!!

Selamat ulangtahun utk mama, papa n asya.... Strong family!

Asha Lya said...

Begitu ajaib kekuasaan Allah, moga family lya sntiasa d lindungi insyallah

QasehnyaRania said...

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya..
alhamdulillah fasha sihat hingga hari ni.
ciksu doakan smga fasha berjaya dalam hidup seperti yang mama lya harapkan aamiin

ros_reeza said...

Allahuakbar... tersentuh juga baca pengalaman masa mengandungkan Asha... Moga Asha membesar seperti yang mama Lya doakan :)
Kuatnya akak n Asha!

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alhamdulillah..magic baby ni dah besar panjang dah kan..Semoga terus membesar dengan dihat ye sayang..stay strong n healthy like ur mama k..

Aisy Nasiha said...

Masa tenagh sibuk hari tu akak ada baca entry ni, separuh, tak snangka nak habiskan baca ni terasa sedih.. walaupun dah banyak akak baca kisah ketabahan Lya dan keadaan masa mengandungkan Fasya ni, akak masih lagi terasa sedih dan kagum dengan Lya setiap kali membaca kisah yang Lya tulis ni.. Sesungguhnya Allah Maha tahu apa yang terbaik buat hamba-nya, malah memang perancang yang terbaik...

Cik Puan Eka said...

Happy belated birthday Asya yg cute.

Alhamdulillah kuasa ALlah swt takde sapa boleh jangka kan.