Wednesday, November 19, 2014

Big Hero 6 : Fasya Bagi 5 Bintang

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, last weekend ada rezeki bawak Fasya tengok movie yang dah lama dinantikan. Kes tengok preview Big Hero 6 sebelum ni, setiap masa asyik tanya bila ada cerita Big Hero ni. Tayangan baru je start minggu lepas. Filem ni keluaran Walt Disney Pictures. Kalo keluaran Disney ni kebiasaannya memang best la. Kalo tak silap pengarah yang sama dengan Frozen. Ticket macam biasa, just booking online.

Wajib pose dengan poster Baymax

Rupanya Big Hero 6 ni adaptasi daripada superhero dalam komik Marvel. Saya kasi 5 bintang untuk movie ni. Dari permulaan perjalanan cerita hingga ke habis memang memuaskan. Jalan cerita pon best. Yang penting banyak elemen sains jugak. Cerita ni ada part happy, poyo, kelakar & sedih. Wah.. saya boleh menitis air mata tengok cerita ni. Salah satu filem yang memang tak rugi nak bawak anak-anak or diri sendiri nak tonton. Malah saya rasa, Baymax atau Big Hero 6 ni akan menjadi fenemone dalam kisah superhero kanak-kanak. Kalo tak percaya best, try la tengok preview/trailer Big Hero 6 kat youtube.
Dia dah mula hafal beberapa aksi & dialog Baymax + Hiro

Sinopsis Big Hero 6 :-
Terletak di kota metropolitan San Fransokyo (portmanteau dari San Francisco dan Tokyo), Hiro Hamada yang ajaib berusia 14 tahun menciptakan robot pertempuran (dari robot huggable saudaranya) bernama Baymax untuk mengisi kekosongan setelah kematian abangnya iaitu Tadashi.Untuk menemukan si pembunuh, maka Hiro membentuk kumpulan yang bernama Big Hero 6 terdiri dari Wasabi, Honey Lemon, GoGo Tomago, Fred, Baymax dan dirinya sendiri (Hiro Hamada). Selain itu Big Hero 6 juga berusaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dari cengkeraman plot kriminal yang mengancam untuk menghancurkan San Fransokyo. Sumber : Sini

 Sebelum masuk panggung. Sempat snap kat produk limited edition Penguins. Kalo tak silap filem ni akan ke pawagam pada 27.11.2014. Insyallah, sempat la mamapapa dapat gaji, boleh bawak asya tengok Penguins jugak. Sempat jugak rembat bantal cute limited ni.
 Pose sebelum masuk panggung.
Kiri : Tertarik nak ambik pic kat sini sebab poster 3D dia cantik. Sepatut ambik dari sudut tepi baru nampak rumah tu terkeluar sebenarnya.
Kanan : Ondaway nak masuk ke panggung
Habis je cerita ni, keluar panggung terus ke parking kereta. Memang tak de la round dalam mall sebab kalo round takut ada je yang ter-ngap. Kan dah lari budget. Sebelum start cerita ni ada tengok preview "Into The Woods", wahh... memang menarik cerita ni. Ala-ala malaficient, semua karekter ada.. antaranya The Little Red Riding Hood, Rapunzel, Jack & Kacang Ajaib. Tapi tak tahu bila tayangannya. Maybe next year.

Odway balik singgah ke restoran febret kitaorang, Chahaya Mesra Seafood.
Fasya request nak makan Chicken Chop. Dia kan jenis tak makan nasi.

Mama & papa bereh sokmo. Menu pilihan pon simple je.
Cuma nasi putih, sup keting & telur dadar.Total kesemua makan ni just RM23.00.
Bagi saya sangat murah, sebab termasuk air manis lagi. Tak nak compare kat negeri lain.. just nak compare dengan kedai makan kat dalam Kemaman ni, harga ni memang jauh lebih murah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

41 comments:

Chekgu Azrine said...

comel falsya..
wahh..seronok dia dpt tgok movie

:: Cik Viva :: said...

Ramai yang cakap cite ni besttt...kelakar + sedih

suhailah hamid said...

Mcm best je citer ni, nnt nk bw ank2 p tgk jg la.

Harga mknn tu mmg murah la. Kt kl mmg x akn dpt hrga gitu..

Zee Suhaini said...

amboiii awalnya asya dah tengok dulu..
cepat betul..hihii

hero2 zee pon dok request tu nak tengok wayang..ingat citer ni tak start lagi..tunggu la cuti sekolah kang baru pegi..

sup keting memang terbaik lya..i suka..

Khai♥Rin : anies said...

yap setuju dgn asya! cerita ni boleh beri 5*****!!

el said...

nti nak suruhlah en. hb donlod big hero tu kt dlm dekstop boleh tgk ramai2..lau nak pi wayang x kut..bising kang dlm tu kami anak beranak haha

norhidana miswan said...

Lya selalu bwk asya tgk wayang kt mana? kt kemaman ada panggung wayang ke or tgk kt mesramall? seronok asya n rajin btl dia layan wayang...

akak tingin bwk aiyan pi tgk wayang tp tak tau berapa lama blh bertahan... sbb kt umah pun dia bkn jenis reti duk diam... kang elok mak pak kene halau dr panggung kalu anak jerit2... tp mmg tingin lah sekali bwk aiyan pi tgk wayang

amirah said...

bestnya asya dah tgk citer ni...

idzwa kamaruddin said...

Ha...nak kene pegi tgk jugak la ni!

Fazleyatul Aini said...

ada tgk trailer big hero macam best je kan
nak jugak tengok nanti

eMMe said...

wahhh byk nye binta fasya bg... aunty tunggu kuar cd okey! aunty suke tgk citer yg kanak2 suke, heee... jap aunty eMMe tgk trailer yea...

eima said...

Teringin nk pi tgk jg sbb nampak cam besh je kan...

Cik JuE said...

serius murah berbanding kat sini...
suka tengok falsya posing

rasp said...

as salam sis..
lama sungguh akak tak menjelma....
asya dah big girl lah...
ayuuuuuu je....
muahhhhhhhhhh
aunty pun setuju citer ni best...

Sura Mohd said...

cam best je...teringin pulak nak tengok wayang ngan anak2..tapi bila fikir kosnya..sayang pulak..tunggu kat Astro jelah...hihi..
sedap pulak tengok makanan tu...terliur tengok sup..:)

Afasz said...

wahh 3 bintang ek. nnti nak tgk la. :D

Nafira usof said...

best eh Asya??
nanti Untie nak carik jugak lah citer nih.. nak bagi kakak Anis tengok.. hehehe

Lya.. murah lah makanan tuh.. skali ciken cop asya baru rm23.. berbaloi2!

Irfa said...

tgk sabtu lepas, smpi ari ni kami duk gelak, pastu kejap buat lawak laga tangan ala baymax sambil bunyi lalallala, hihi

mmg nak bagi 5 bntang

Kakzakie said...

Asya juga yg untung. Dpt bantal penguins dapat menonton big hero6.

mamabeauty said...

belum berkesempatan bawa anak2 tengok.. tq for the review nanti cuti skool bulih bawak diorng..

Tihara said...

akak suka kalau dapat tengok cerita kaertun macam ni
cuma takdak masa nak pi
memang murah la lya RM23 sekali chicken chop semua kan ^_^

Diana Rashid said...

Anak saya pun tengah gelisah nak nengok citer nih..heheh

NzA said...

lama dah xtgk wayang...sibuk sokmo....cuti2 ni kena p jengah2 jugak la.....

Puan Kutu said...

best ekk cerita ni.aiman kata dia nak beli cd tp abah tak bagi.kesian dia.hehe..

Ujie said...

Rm23 jek sume2 tu...murah!

Cikna said...

Lama dh xtgk wayang, RM23 utk semua makanan tu mmg murahla, Cikna yg stay luar bndr ni pun xdpt merasa harga yg mcmtu dh...'

Asha Lya said...

Lya x brkesemptn lgi tgk crita ni

lovelywa said...

tak dan nak bawak lagik budak2 tgk cite nih..tunggu gaji la kot..huhuh..Umar pon sibuk dah ngajak tgk cite nih..best ekk??

QasehnyaRania said...

dah lama x tgk wayang.
menarik juga sinopsis yg lya simpulkan..

Najib Ariyan said...

yep baru je tengok cerita ni... suka dengan jalan cerita dia.. kemas dan lucu tak meleret2 dan logic... walau ada kisah sedih yg penting ada jalan keluar yg menarik...

mamaarifakeem said...

Best ye.... dh lama sgt tak tgk wayang, terasa nk bw si adikmerasa masuk panggung..hi... boleh gk lyn citer ni..tq for review :)

Naemah Umi said...

wahhh best ek...dpt review dr ramai blogger kata best citer ni...ermmm ada masa nnti bleh la bw diorg tu :D

AnneRaini said...

nak tgk jugaklah citer ni...nak bawa kasyah.

Kopiolimauice said...

mcm best plak citer tu rsa nk tgok gak

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

ooo..best eh citer ni..lehlah carikc d dia nnti..nk tgu masuk panggung ntah bila..hahahaha

LYAfrina said...

Kak dana.. biasa tgk kt tgv mesra mall.. pnh jgk kt GSC ktn dlu. Tp ada y dekat.. pegi y dekat la. Hehe

Ok je bwk aiyan kak. Tp pilih y tepu tangga.. klo ada couple seat, ambk y tu. Sng aiyan nk gerak. Org faham.. standard la bwk bdk kan.. time lya tgk ni pom ada je bdk y bnyi2 mulut. Tp bila tgk tv beso dlm gelap tu sure akan diam la..

LYAfrina said...

Haha.
La laaa laaaa laaaa


Kita org pom dh jngkit jugak

Aisy Nasiha said...

Sebab entry ni la kami pegi tgk wayang semalam. Thanks

Masya said...

lamanya tak tgk wayang ... bnyk pulak cerita menarik untuk budak².. nanti ada kesempatan nak pg jgklah.. ramai kata cerita ni best...

Yana Yani said...

afif nak ajak tengok juga
tapi belum kesempatan lagi
lagipun cite kartun ni papa dia kurang sikit =)
sonok dapat asya tu =)

Mummydearie said...

Murahlah tu RM23. Kat KL tak dapat harga ni rasanya. Untung Fasya, asal ada movie baru je mesti MamaPapa bawa pergi panggung. Posing dah semestinya, bukti dah tengok wayangkan :D

Into the woods tu macam menarik je bunyinya. Tengoklah tahun depan Adik dah 4 tahun maybe bolehlah bawa masuk panggung.