Tuesday, November 25, 2014

Hujung Minggu & Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hujung-hujung tahun ni, mesti ramai yang plan nak bercuti. Tapi kat sini musim tak menentu, jadi memang tak berani la nak bercuti. Kesian asya... selama 6 tahun ni belum pernah sekali dapat bawa dia bercuti. Dulu-dulu saya selalu sakit, memang tak berani jalan jauh. Lepas dah makin sihat, perancangan tu ada..tapi biasalah, kita hanya mampu merancang hanya Allah SWT yang menentukan. Insyallah, next year kalau ada rezeki. Walaubagaimanapun, saya dah ada aktiviti menarik untuk asya sepanjang cuti sekolah supaya dia tak bosan.

Mula-mula nak share cerita hujung minggu, sempat jenguk progress rumah. Alhamdulillah... dah siap, cuma tunggu nak masuk api+air. Tiang elektrik pon baru nak tanam. Rasa semakin eksited nak masuk rumah baru. Rumah saiz kecik je, 20x70 . Ada rezeki boleh sambung bahagian ruangtamu.


22.11.2014
 Pose kat dinding ruang tamu rumah baru

Kat bahagian luar pagar, dah letak tiang elektrik.
Cuma belum tanam.

 Pintu sliding pon dah pasang
Insyallah, ada rezeki nak tukar pintu daun biasa.

 Ruangan dapur. Ada rezeki buat kitchen cabinet.
Kat bahagian belakang tu sepatutnya dapur basah tapi nak jadikan laundry area

 Lepas tengok rumah. Pegi kedai makan isi perut. Kebetulan ada pasar minggu.
 Beli kuih muih + montot ayam. Makan kat warung situ.
Saya pekena nasi goreng ikan masin + montot ayam goreng .. memang sedap.

Finally..dapat jugak rasa roti sarang lebah ni.
Beli kat pasar minggu situ.

Inilah aktiviti untuk asya sepanjang cuti sekolah ni.
Aktiviti ni dianjurkan sekolah tadika asya masa umur 5tahun dulu.
Dilema anak tunggal.... tapi mamapapa isi kesunyian asya dengan penuh kasih sayang & perkara bermanfaat.
Setakat ni, saya register asya untuk 2 siri kem ni.
Sebab asya memang minat bab-bab memasak & art ni.
Kalo buka youtube, biasa budak-budak suka tengok kartun..
tapi dia lagi suka tengok memasak.

Hari ini (23.11.2014) dah mula kelas pertama asya untuk Cooking Camp.
Punya la dia semangat. Awal-awal pagi dah call mama kat pejabat, tak sabar nak pegi kelas ni.
Bangun pagi, terus mandi pakai baju. Lepas tu call mama lagi, tanya papa lambat lagi ke balik ambik dia. Teruja sungguh dia.Kata papa asya, balik je dari kelas tak sempat masuk kereta lagi terus bercerita. Betapa seronoknya dia. Siap suruh beli cornflakes & madu nak buat jugak kat rumah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

Aisy Nasiha said...

Teringat pasal satu tajuk soalan lisan yang akak tanya budak2... students yg memilih jawab soalan tentang anak tunggal kebanyakkannya bagi hujah pasal ank tunggal ni best sebab dapat kasih sayang sepenuhnya, dapat buat apa saja, dapat peluang yang banyak dan tak payah kongsi dengan orang lain. Betullah apa yang Fasya dapat ni. Untung juga ya.. macam2 dinikmati Fasya.. alhamdulillah

Allene said...

umh memanjang kebelakang yek lya.. kenapandai susun perabot nnt =D

LYAfrina said...
This comment has been removed by the author.
mamabeauty said...

yeap bermanfaat sangat kem2 cuti sekolah ni.. so far my baby yang tak brapa baby tu i hantar ke kem for 1 month..

insyaAllah jika ada rezeki Asya tu tak kemana.. hehe just yakin rezeki tu Allah yang beri..

AnneRaini said...

bagus xtvt2 ni...lepas ni asya boleh masak sndiri dah..hehe

mommychaa said...

bestnye dah ade rumah baru :)
neway congrats dear...nanti rase new environment pulak yer di umag baru tu.

suhailah hamid said...

Smg mamaAsya ada rezeki nk buat kitchen kabinet. School holiday program mcm2 ada. Tinggal pilih dan sediakan duit jer... Ank2 sue blaja di rumah je. Bln 12 ni baru blk kg.

Daddy Ziyyad said...

Sekarang mmg musim cuaca tak menentu..kalau kat Shah Alam ni, petang2 aja hujan...kadangkala ribut..nak berjalan2 ke Tganu/Kelantan?pahang...banjir pulak!

Takpa, ada rezekinya nanti..boleh bawa anak anak jalan..

Selamat masuk rumah baru...:)

eima said...

tahniah rumah siap ...

wahhh bgs nye asya ..ade aktiviti time cuti sekolah .. fahim dok saje je ni kat opis mama die ....huhu

Nur Inani said...

kecik2 dah pergi kelas memasak.. bagusnya. ada harapan jadi chef ni nanti.. hihi :)

Norizan J said...

bestnye rumah dah nak siap.. mesti seronok dah duk umah sendiri..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedap tgk roti..

trima kasih sudi share kak psal dana meow tu.. alhamdulillah moga ALLAH permudahkan..

siti natrah said...

bestnya dpt rumh bru...tahniah ya...Allh sebaik-baik perancng..in sya ALLH ada yg lebih baik tu ALLAH rancngkn...

Nafira usof said...

xtvt yang bagus tu lya.
sekurang2nye ade jugak xtvt yg berfaedah utk dia.
Zura suh Anis ulangkaji balik silibus darjah 1 yg dia belom mahir. pastu buat jadual utk belajar solat. alhamdulillah.. nampak positif. :)

Cik Puan Eka said...

bestnya masuk rumah baru,

Doakan kite dapat beli rumah pulak ye hehe. Tgh mencari lokasi sesuai.

Comel Asya. Nanti Mama bawa Asya jalan2 ye

AMIIZAA said...

happy holiday asya....seronok dapat pergi course masak memasak:)

insyallah ada rezki ajak mama pergi jalan jauh sikit :):)

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhhhhhhhhhh seronok asya ada camp memasak tu :)

bagus utk minda dan mengasah bakat jugak ni :)

alya ngan abg hadi pun ada kelas..tp bln 12 nnt baru start..

tempting tgk roti sarang lebah tu!

Khai♥Rin : anies said...

all the best asya...nnt boleh asah bakat msk master chef plak ya

Eda Ejai said...

bestnye nak masok umah baru.. bile dah ade kabinet kat dapo nnt mesti lagi tambah semangat nak masak..

lieyalatif said...

tu laa lya cuti sekolah ni dok pikir2 ape nak buat aktivit anak2 kan...mcm budak2 ni tgk tv jek laaa..tapi buku kene selak2 gak heheeheheh...

dah siap byk tu lya...mesti tak sabar nak pindah n deco2 rumah baru kan.... boleh dah tu start membeli sikit2 lya...masuk rumah baru ni byk pakai duit wooo heheheeh

Time Traveller said...

Excited nyer dia nak pi kelas cooking camp tu :D

- dieyana - said...

ha..okey sgt tu, ada juga aktiviti utk fasya...

bestnya masuk rmh abru..semoga dipermudahkan ya..;-))

Zee Suhaini said...

dah terisi la waktu cuti asya..mama planning siap2 senang ckit..takde la boring dier nanti..

rumah pon dah nak siap tu..mesti excited lain macam kan lya dapat duk umah sendiri..bestnya lahai..

LydSunshine said...

Bagus jgk dedahkan dia utk memasak ni Lya. Lebih2 lagi kalau dia sendiri minat. Yg art tu, maybe lya boleh buat sendiri kat rumah sama2 dgn dia. Gugel je kat youtube, atau buat backyard science dgn dia.

Masya said...

cuti sklh mmg pening nak bawak anak pg mana.. tp bila kt bizi kenalah cari alternatif lain.. bagi dia rasa terhibur ...

Masya said...

cuti sklh mmg pening nak bawak anak pg mana.. tp bila kt bizi kenalah cari alternatif lain.. bagi dia rasa terhibur ...

Fifi Nadhrah said...

wah.. bagusnye.. ade macam2 xtvt.. asya mesti seronok..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Great. Tak pernah tau wujud Cooking Camp.
Roti sarang lebah? Nampak menarik.
Tapi, takpernah jumpa.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Tahniah rumah baru sedia untuk diduduki.
Berapa agaknya rege rumah sekarang kan dah mahal.

Stephanie Liew said...

Tahniah..wauu bestnya ada rumah baru..smga murah rezki selalu :)

Yana Yani said...

besar juga 20x70 tu, memanjang kebelakang
samalah dengan rumah saya duduk ni
mesti excited kan nak duduk rumah baru
saya dah nak masuk 5 bulan duduk rumah baru ni pun
belum betul habis mengemas...hehe

wah bagusnya sekolah asya ada aktiviti gini
kalau ada dekat sini, dah anta afif juga =)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Bagusnya dah ada perancangan cuti sekolah n aktiviti untuk Asya..semoga ianya bermanfaat untuk Asya sepenuhnya..Roti Sarang lebah tu pun Feveret Aida..memang sedap..Design rumah tu cantik n modern..mesti tak sabar nak deco2 kan lya..

Mummydearie said...

Dah nak siap rumah baru Lya ni. Bila boleh masuk rumah? Harapnya segala urusan berjalan lancar. Baguslah Asya minat masak, untung banyak Mamanya nanti ^_^

Cik Balqis said...

Mmg bgus hntr ank g camp ^^
Pencarian Sponsor Diperlukan

Kopiolimauice said...

best nya ye siap ada course mcm tu bgus utk budak2 skrg kn tgh cuti sekolah ada la aktiviti yg depa boleh buat kan..