Thursday, November 27, 2014

Karya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar menyimpan kenangan imiginasi Fasya berkaitan keluarga ku. Sebenarnya dah lama giler dia lukis ni. Dah lebih setengah tahun kot atau lebih. Pic ni pom duk terperap dalam draft pom dah lama. Cuma idea nak menulis tu xde. Otak tak sastera.. susah la sikit nak buat ayat cantek-cantek.

Lukisan penuh dari Fasya yang menceritakan antara kegiatan harian kami sekeluarga.

No 1: Katanya.. Ini asya..  Hari-hari asya petik bunga rose sambil main dengan kucing.
No 2:Ni papa baru balik kerja
No 3 : Mama Jemur kain
No.4:Tokma,,,,pah cerohhh letak kucing dalam sarang.

Haha.. kadangkala gelihati dengan imiginasi anak ni. Asya..asya.. bila besar nanti, sila tengok semula semua ni. Mesti tergelak punya. Sebenarnya apa yang asya ceritakan disebalik gambar yang dia lukis ni panjang lagi.. tapi mama dah lupa la.. Huhu..sayangnya.

Satu lagi jumpa buku warna yang dia buat sendiri guna kertas kosong & distaplerkan macam buku. Ntah zaman bila punya ni. Dah lama.. Setiap page tu, ada lukisan & siap warna. Yang baju hijau tu papa dia la.. Pic mama dia malu nak letak.. macam princess sangat. haha. Biasa kalo dia duk saje-saje, kalo tak main mainan... ada je projek art dia. Yang penting hari-hari ada surat untuk mama.. Yang kelakar.. kalo dia merajuk pon, dia tulis surat untuk mamapapa luah perasaan. Memang kelakar sangat. Haha. Semua tu nak kena simpan letak dalam 1 fail la. Untuk kenang-kenangan.

Ni antara yang terbaru... CINTA ???
haipppp!! sekoloh dok abih lagih ni! Retakkk ni kangg!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

41 comments:

Mama Myja said...

aip.. xmo, xmo cinta pula.. kecik agi dear. belajar rajin2 yer. hihik

Mama Myja said...

aip.. xmo, xmo cinta pula.. kecik agi dear. belajar rajin2 yer. hihik

Siti Asiah said...


pandai betul Asya melukis...
tang cinta tu tak tahan tu...hihi

Kakzakie said...

Senyum kakak dibuat anakanda Asya ni Lya:)

Setiap yg dilukis ada cerita sebenarnya - dia saja yg faham.

Bbwana adienia said...

Cantik lukisan asya tu..Lucu juga ya..kalau merajuk ja tulis surat..Haha mcm comel pula :D

Cik Puan Eka said...

pandai Asya lukis. Cantik pulak tu.

Eka dlu masa kecik, tak puas hati ke merajuk ke mesti tulis atas kertas. kadang tulis atas tisu. Mak ayah bace pastu gelak2, kite lak yg malu hehehehehe

dakcik said...

same hobi dengan Sopea..menulis..melukis..mewarna..lukisan org pun hampir same..tp asya punya lg cntik lah..hehe

Khai♥Rin : anies said...

hamboiiii cintan cintu ye asya...tau x makna cinta tu apa? ;-)

Khai♥Rin : anies said...

p/s it's ok...bkn lya je yg x berani, ramai lg yg x berani nk sahut cabaran tu... tu yg bikin kepala sy pusing 360 darjah! ;-)

Allene said...

framekan semua tu lya.. gantung kat bilik asya.. mesti best.

Tengku Fauziana said...

tu asya ke sedih sbb tadika dh habis kena tinggal pakwe..hihihih

salwana nordin @ che'wa said...

eh..cantik la asya lukis lya..serius..cantik sgt!

siap berimaginasi lg tu..dia mmg suka art npknya tu..

alya pun kdg2 melukis jugak..boleh tahan tp colouring tak cantik dia..hhhaaaaaa

mamabeauty said...

bebudak berimaginasi gitulah..

nice one ASya

nieda said...

pandai Asya lukis..imaginasi kanak2 sgt sweet. lahir dari hati yg tulus. good luck asya

Yusmawati Paiman said...

memang ada bakatlah Asya ni, cantik lukisannya...

Didie Kamila said...

nice pic..rajin asya melukis..lya kalau tgk hasil lukisan die pun mesti hepy je kn..

Yana Yani said...

untuk budak pada usia dia, memang cantik!
mewarisi bakat mama dia ni =)

keep it up asya!

Mummydearie said...

Otak tak sastera... hahahah... gelak pulak akak baca!

Gambar 1 - awat Mama paling kecil sekali. Taulah Mama awak tu slim tapi patutnya kena up lagi ketinggian lebih daripada Fasya. Hahaha.

Gambar 2 - Hensemnya papa dia.... Bab mama macam princess boleh pulak takmahu letak. Aduhai, Fasya!

Gambar 3 - Ni kena ambil langkah pencegahan ni, Lya. Sekolah pun tak start lagi ni dah tahu cinta! Budak-budak zaman sekarang, over tau ^_^

Akak pun simpan semua lukisan si Abang dalam file. Mudah nak belek-belek masa teringat nanti. Nak buang sayang, nak simpan memang penuhlah alahai rumah!

adarnadzmie said...

Asya ada bakat melukis ni...comel 2 jer lukisan yg asya karyakan...

Nur Inani said...

kreatifnya dia :) mesti minat seni ni :)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Kreatifnya Asya..imaginative sangat..gud girl..Teruskan usaha ye sayang..

Daddy Ziyyad said...

Cantik...ada bakat..
Pilihlah 2- 3 yg berkenan, frame kan..atau at least, laminate kan...boleh tahan lama...nanti jadi kenangan terindah bila dia dah besar

suhailah hamid said...

Kagum tgk hasil kerja Asya. Asya warna sgt cantik dan kemas. X keluar border pun.. hebat!

eima said...

Cantik dan kemas.....pandai la asya

Zuraida Rahim said...

pandainya Asya.. sangat kreatif..

eMMe said...

Asha pandai lukis laa.. cantik.. aunty suke tgk la....

QasehnyaRania said...

hihisetiap lukisan ada maknanya

retak kang?? apa maksudnya lya..

maszmadi muhamad said...

cantik lukisan asya...
erm yg last tu siapa cinta siapa tu?... hihi

Diana Rashid said...

hahah..mesti petah mulut dia bercakap..saya pun simpan apa yang anak tulis dalam fail..nanti besar kalau tunjuk mesti dia malu tu..dengan surat2 cinta semua ada..

Najib Ariyan said...

pandai juga dia melukis satu lukisan penuh tu... kalau saya lah.. baru suku jer dah malas... jangan kata idea... tangan pun malas nak lukis...

Falsya said...

Pandai fasya melukis..yg part cinta yg xtahan tuh..hehe

Cik Balqis said...

Tang cinta tu best. Haha. Siap prince princess lg..hikhik
Pencarian Sponsor Diperlukan

Kopiolimauice said...

pandai gak ye asya melukis...ada bakat seni ni..

el said...

mmg ada bakat melukis asya ni lau diasah2 ni boleh pergi jauh ni

mama 3farhanah said...

Tergelak jap tengok lukisan cinta tu.
Memang bagus imaginasi fasha ni.

Amanina Mads said...

tak lama lg pandai melukis doodle pulak la.. hehee. mama asya tgh berblog takda lg.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

alalala..santek2 lukisan asya..kreatip dia siap diy bukuw arana sndiri..hehehe..tp lukisan akhir tu mmg kalakrlah..cinta ehhhhh..=p

NzA said...

Pandai asya melukis. Biasanya org seni pndai maths.

CINTA???? he3x...sapa la jejaka idaman asya agaknya.

::EIDA:: said...

CINTA? amboiiiii mama iye tahniah nak dapat menantu dah hikhikhikhik

Aisy Nasiha said...

Haha.. pandaila Fasya ni.. lukisan dia ada watak.. ada jalan cerita ni, esok2 bolehla tulis kisah di blog pulak ya..

Boleh sangat ni hasil kerja budak 6 tahun macam ni.. dah nampak kemas dan matang. Legalah tengok..tak kiralah lukisan ni ada CInTa pun, haha.. imaginasi dan minat tu yang penting.. Fasya, siapa yang cinta tu?

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahaha...haipp..namo cinta-cinta...cinta mama-papa cukup .hahahhaha...comel sgt Asya ni tau ..siapa la jejaka betuah tu ..hihi