Tuesday, November 11, 2014

Keladi Western


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu pilihan western food kat Kemaman ni. Cuma keadaan kedai ni tak se-gah kedai western food yang lain-lain dari segi dekorasi. Hanya warung biasa. Dah lama gak ushar Keladi Western ni, pelik gak pada awalnya.. lokasi tepi jalan je.. Tapi mana?? man?? mana?? Saya tak target pon warung ni. Tapi.... Don't judge a book by its cover. Serius.... saya suka layanan & makanan kat sini. Harga pon lebih murah berbanding western food lain kat sini. Tapi ada satu tempat lagi yang murah jugak.. tak pernah cuba lagi. Saya dah tiga kali pekena western food kat sini. Kali pertama & kedua saya perti time malam. Dan, kali ketiga ni singgah time balik kerja. Kebetulan Fasya demam, dia yang request nak makan lamb chop. Ok.. tu febret food dia ye. Jangkit mamapapa.


Muka budak demam..
Monyok je

Pilihan saya semestinya Spagethi Carbonara
* Bagi saya memang sedap dan kena tekak saya. Tiap kali ke sini, memang ni la pilihan. Lepas ni boleh cuba Bolognese & Oglio lak.

Lamb Chop Asya
* Memang sedap & puas hati.

Muka happy dapat makan lamb chop.
Asya kongsi dengan papa je. Dia sorang mana habis.
Selera besar.. tapi makannya sikit aje.

Selain tu, kat sini pom ada masakan panas. Jadi ni lah salah satu faktor kita orang suka ke sini, sebabnya Fain tekak orang melayu kita mesti nak makan nasi jugak. Fain pernah cuba nasi goreng merah, harga pon sangat murah. Rasanya pon macam nasi goreng homemade orang tua-tua buat.. Memang sedap la. Paling suka keramahan pekerja dia.. Lepas dah bayar dia siap tanya macam mana makanan kat sini OK tak? Kalo ada kekurangan dia suruh kita tegur. Bab rasa & layanan bagi saya tip top. Tak kisah walaupon sekadar warung biasa. Yang penting servis tip top & sedap. Ownernya pom asyik tersenyum memanjang.

Waktu malam.. Ni habis edit dah nak cerahkan ni. Hehe

 Cuma satu je komen saya, maybe kena tambah pengcahayaan lagi. Sebab bila time malam memang agak gelap. Bagi yang sempat duduk dalam tu OK la. Bagi yang meja kat luar memang agak gelap jugak. Satu lagi, kalo nak ke sini memang kena awal. Kalo tak kita memang kena menunggu la sampai ada meja kosong. Maybe kena tambah lagi meja+kerusi.

Untuk rujukan bagi sesiapa yang nak mencuba

Pelan lokasi


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


33 comments:

Amanda Suria said...

Wah2 Asya...demam tp sekera bukan main lg mamalong tgok ha.. sama ngan dania la ...mmg dia pun suka lamb chop...

lieyalatif said...

amboi asya...pandai makan kambing...ni boleh geng dgn damia lieya ni lya sbb mia pun suke gile makan kambing...kallo makan lamb chop tu tak cukup share dgn mia hahaahhahaa.....

εïзmummyHazaεïз said...

alahai kesian asya demam ye.. ujung2 tahun mmg musim lya.. akak pon kong kong batuk..

lia said...

wahhhh hebatnyer Asya da pandai makan lamb chop... Amsyar daging pon x reti makan he3, lekat celah gg katanyer...

Adlin Mohamad said...

lawa pinggan ..
food pun nampak sedap

Chic Na said...

jarang nak jumpa kedai western yg simple macam ni.. selalu mesti deco pun ala2 western.. tp terbaikla sebab sedap kan.. service pun ok..

Chekgu Azrine said...

wahh..nampak sedap sangat

suhailah hamid said...

X sangka, warung biasa pun ada yg servis tip top cenggini. Lg menarik org utk dtg lg kemudian hari kan :)

mommychaa said...

pandai ur dotter makan lamb chop, i still takleh nak mkn kambing asek beef saje. even ramai dah ckp lamb ni sedap dari beef. Huhuhuhu :)

Yana Yani said...

presentation dia nampak menarik
murah ke western food di kedai tu?

Allene said...

sedapnya tgk makanan dia tu.... lagi2 carbonara

idzwa kamaruddin said...

awak..saya copy entry awak yg kat kuantan tu tau..yg kedai lama ade basikal kat dinding tu.. :)

~aSHa~ said...

JJCM...wah leh masuk dlm grup kemaman ni...

Permatabiru said...

ohh..asya suka makan wastern ekk..tekak anak2 kn...anak sy kaisara suka spagheti..

amirah said...

lamb chop!! wah serius nampak sedap...

:: Cik Viva :: said...

sedap nampak menu dia...

AnneRaini said...

sedap sedap sedap....sy tak pernah order lampchop..hahaha kesian tak?..

eima said...

wahh menarik klu pi area sanan nati nk ry la .. kedai mcm kedai tomyam tp ade seafood yg besh ngan harga berbaloi harus la nk pi try

el said...

byk gak kedai western kat sn ek
kt penang ni byk yg tomyam jek huhu

AMIIZAA said...

nampak sedap...terliur kak mieja tgk:)

Diana Rashid said...

sampai kena tunggu meja kosong..maknanya memang ramai pelanggan tetap dia nih..kan??

Asha Lya said...

Aishh sdpnya lamb chop tu

hainom OKje said...

Laaaa ingatkan nak cari keladi ....rupanya nama kedai haha.. .
Tak kisahlah warung tepi jalan yg penting murah dan sedap...

MegaImaginasi said...

macam sedap ..

norhidana miswan said...

nnti kalu balik kerteh nk cari lah kedai tu lya... tgk mcm kedai mkn biasa je, dia punya menu perkkkhhh mcm kt restoren lah... nampak pun dh tau sedap...

QasehnyaRania said...

mcm best je lamb chop tu..
lya, serius tau su blom pernah mkn spageti carbonara lg. tak tauu mcm mna rasanya..

sal ya said...

Kalau nk mkn western skg, msk snd. Br ni msk mac & cheese.

eMMe said...

adohhh..italian food, mmg my feveret lya... nak kene buat balik ni, heee~

aryan azra said...

memang nampak sedap tu

nik ros said...

tengok gambar pun dah nampak sedap :)

Aisy Nasiha said...

Nama kedai pun dah unik.. masakan pula sedap, mmg patutla pergi banyak kali..

Izzati Amira said...

gambar first tu kelakar laa.. nampak kepala je.. hihi.
aiseh men.. jeles tgok org g makan sana sini

Mummydearie said...

Wah, kecil-kecil dah pandai berwestern food ya, Asya! Kalau semua bagus, memanglah kita akan singgah makan beberapa kali sampai naik jemu. Warung macam nilah patut masuk JJCM. Ni yang masuk semuanya menghampakan je!