Friday, November 21, 2014

Last Day School : Majlis Khatam Al-Quran 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 18hb Nov 2014 yang lalu ada Majlis Khatam Al-Quran peringkat kanak-kanak tadika/pra di negeri Terengganu yang dilakukan serentak mengikut daerah masing-masing. Sekolah asya terpilih untuk join aktiviti ni. Dan asya salah seorang wakil kelas pra yang terpilih. Sekali lagi saya ambil cuti sebagai tanda sokongan. Bulan ni saje 4 hari unpaid leave sebab cuti tahunan dah habis lepas kemalangan aritu. Tak kisahlah potong gaji demi anak. 3 hari tu memang untuk asya melibatkan sambutan harijadi kat sekolah, hari graduasi & untuk majlis khatam ni. Lagi sehari tu sebab saya jatuh sakit, tapi alhamdulillah tak melarat. Seawal pagi papa dah hantar asya dekat school sebab fasya ke lokasi khatam al-quran dengan teacher dia. Saya n papa asya gerak kesana dalam pukul 8.45am. Sekali punyalah jem jalan. Lama jugak terkandas. Mujur papa asya terror jalan belakang, terus masuk jalan kampung & tak sesak dengan jem. Time balik pon, nak keluar dari lokasi tu hampir 1 jam jugak. Dengan hujan lebatnya. Baju & tudung asya sponsor dari JPN.

Pic selepas selesai majlis.
Kat luar hujan lebat.

Sebelum majlis bermula.
 Dalam ni rasanya hampir 1k kanak-kanak tadika daerah Kemaman.

Haaa.. nampak pon anak mama. Mujur duk tepi-tepi je.
Selepas snap pic ni mama duk kat khemah luar.
Sepanjang majlis khatam, just dengar dari luar bangunan ni sebab terlalu penuh.
Dah siap khatam, cepat-cepat saya masuk takut tak jumpa asya lak.

Bersama kawan sekelas & cikgu kelas asya

Bersama kawan-kawan, cikgu kelas & pembantu kelas Pra Bestari

Hihi.. cikgu asya tolong snapkan pic ni.

Asya & Cikgu Aribah

Sebelum bersurai

Pose dengan mama je ada. Papa duk kat khemah luar
Sebab mama ada, so cikgu bagi asya balik dengan mama terus.
Siap peluk cium dengan cikgu sebelum balik, sebab last day kan..

 Ramai berebut nak posing atas stage ni.
Biasalah kaum ibu selalu eksited nak snap pic anak kan

Ok... jom balik mama !

Ni pagi hari sebelum bertolak ke school.

Mujur Fasya dah bawah hadiah untuk cikgu & pembantu cikgu kelas asya pagi ni sebab hari ni dah last day sekolah. Cikgu bagitau, tak pe dah tak datang sekolah pon. Lagi pon tinggal 2 hari je lagi. Ramai budak yang dah tak ke sekolah. Huhu.. last-last masa bersalam dengan teacher asya, rasa sebak sangat. Asya pon mesti sedih sebab next year dia sekolah kat lain. Semestinya jumpa kawan-kawan baru.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


42 comments:

syawalsimpsons said...

seronok asya join khatam al quran ye...seronok deahkan anak2 gini kan

suhailah hamid said...

Terharu..rasa sebak sbb thn dpn Asya sek lain. Jumpa cikgu & kwn2 baru nnt..

Good luck Asya.

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Mesti sayu je Asya rasa kan sebab dah last day..lepas ni ke sekolah lain pulak..Semoga Asya akan terus berjaya dalam pelajaran..Amin!

mamabeauty said...

Way to go Fasya..
NExt year sure dapat cikgu dan kawan2 baru..

eima said...

tak teringat nk beli hadiah cikgu ...wlupun ade plan ari tu ...huuuwaaaaaaaaa baca ni baru teringat .... aduhai

tahniah asya .... sbb dpt masuk majlis khatam alquran

εïзmummyHazaεïз said...

Last day mmg menyedihkan.. Anak2 kak haza next wk baru tamat sessi sekolah. Banyak agenda lagi diorg ni.

Asha Lya said...

Pintarnya asya msti pndai mengaji ni kan

eynda said...

Alhamdulillah... tahniah :-)

salwana nordin @ che'wa said...

utk anak2 apa pun kita snggup kan lya :)..bertuah asya dpt mama yg sporting :)

sama mcm akak lya, kalo bole segala aktiviti anak nk join..alhamdulillah suami pun jenis begitu..sbb kita bekerja, masa kurang dgn depa so bila ada aktiviti tanda sokongan kita kan :)

alya harini last day..smalam akak dah salam2 dgn cikgu2nya pun rasa sebak sbb selama sethn alya kt sekolah tu cikgu byk membantu..alhamdulillah syukur sgt pd Allah :)

alya pun pagi td bangun tido terus ckp..'saya sedih la tak jumpa cikgu dah'

QasehnyaRania said...

yeay.alhamdulillah.tahniah asya :)
tak sabar nak tunggu tgk anak sendiri pulak nanti

idzwa kamaruddin said...

meriah + sedih + touching semua ade kannn...

AnneRaini said...

baguskan asya nak join aktiviti mcm ni. Kalo Kasyah pemalu ya amat. Diam kaku je kalau suruh buat pape..hahaha.

Khai♥Rin : anies said...

ramai yek yg amik bahagian? sememangnya satu aktiviti yg bagus...

mesti terharu cikgu2 asya bla dpt hadiah tu... ye laa ntah bla laa akn dpt bertemu lg...

Kakzakie said...

Program yg macam inilah yg patut dicontohi semua. Anak-anak dpt pendedahan dari awal.

Jie said...

hai sis. jie duduk dungun je. terima kaseh singgah. merahnya adik. comel semua, tahniah adik

rasp said...

pandainya asya...
wakilkan sekolah tu...
alhamdulillah...
alololo cian dia ye sedih tinggalkan cikgu2...
takpe in sya Allah nanti dapat kawan baru ye....

Kakcik Nur said...

Nanti sekejap je rasa, sekolah dah buka semula...Anak2 tadika, akan naik ke tahun 1 pula...

Acik Erna said...

Tahniah Asya..dah tamat..tahun depan mula yang baru

jamian sarif said...

bestnya...

el said...

anak2 mmg excited bab2 event mcm ni..mak ayah lagilah excited bagai...hehehe
xpelah unpaid leave..asal anak hepi kita pun hepi2

nusha fasha said...

Alhamdulillah...

Msti sdih.. tiba2 tringt ckgu lama..

ijad said...

selamat cuti sekolah

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

bagusnya asya dapat peluang join aktiviti mcm ni..satu penaglaman baru utk dia kan..=)..nway, zara still gi skool lagi tp untuk day care jekla..nk antar bbysitter sian plak bbsitter nk jaga ramai2 sbb anak2 die tgh cuti sekolah sume kan..huhu

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

bagusnya asya dapat peluang join aktiviti mcm ni..satu penaglaman baru utk dia kan..=)..nway, zara still gi skool lagi tp untuk day care jekla..nk antar bbysitter sian plak bbsitter nk jaga ramai2 sbb anak2 die tgh cuti sekolah sume kan..huhu

LadyBird said...

Nanti mesti asya rindukan kngn d sekolahnye... tumpang sedih.. asya x ngs ke?

dalila said...

demi anak apa pun sanggup kan... ya la..pengalaman yg berharga utk anak.. :)

Kopiolimauice said...

dh besar asya ye jap gi dh nk masuk darjah satu

Tihara said...

bagusnya Asya beri hadiah pada cikgu
mesti cikgu2 terharu
moga dimudahkan urusan pembelajaran Asya lepas ni
insha Allah ^_^

Puan Kutu said...

program yg bagus,asya pun dpt pendedahan awal..ramainya umat dlm dewan..:)

mesti asya sedih,taun depan asya dh darjah satu..

NzA said...

Tahniah asya.....moga jadi anak yg solehah dan penyejuk hati mama, papa dan org2 sekeliling.

AINUN ZURIYATI MOHAMED said...

Alahai...cool jer dia...:-)

aishah nin said...

Tahniah Asya :)

Mama Myja said...

cantik nya semua sedondon baju. hehe next year darjah satu la yer. sama la ngan mamamyja. hehehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tahniah pada anak akk.. pengalam baru bagi anak2 kn... ni la peluang nak rasa majlis khtam ni.. dh besar2 ni, jarang lak ada majlis khatam untuk org besar kn.. :)

Aisy Nasiha said...

Wah..alhamdulillah selesai dengan sempurna majlis khatam ni ya. Untung anak anak di Terengganu dapat menyertai majlis khatam ni di usia muda..lebih meriah bila semua rakan pun ikut serta masa tu..

Nafira usof said...

Tahniah Asya.. kecik2 dh khatam quran.

ramai jugak ye Lya joint khatam quran nih.. penuh dewan.

aryan azra said...

seronoknya ada aktiviti macam ni..wah...comelnya hadiah asya utk cikgu tu

dakcik said...

same macam Sopea nangis2 last sekolah..dia kate sedih tak dapat jumpa cikgu dan kawan2 dh..setengah hari monyok je..huhu

Masya said...

alhamdulillah sebenarnya pupuk satu keyakinan diri .. bila masuk majlis² mcm ni dok atas pentas kan...

Yana Yani said...

saya pun kalau melibatkan anak ni sanggup ambil unpaid leave
tapi anak bujang saya tak sedih pun
lagi suka adalah sebab dah tak sekolah..hehe

Yana Yani said...

saya pun kalau melibatkan anak ni sanggup ambil unpaid leave
tapi anak bujang saya tak sedih pun
lagi suka adalah sebab dah tak sekolah..hehe

Mummydearie said...

Kalau anak tak sayu, mak pulak yang rasa sayu sebab anak dah habis belajar tadika. Tak gitu, Lya? Akak pun pernah merasainya ^_^

Sekejap masa berlalu. Kenal Lya rasanya masa baca tentang Asya akan ke pra sekolah kot. Tau-tau dah nak masuk Tahun 1.

Lepas ni bolehlah membeli belah peralatan sekolah. Kita mak-mak ni memang overkan!