Thursday, November 13, 2014

Oktober Dalam kenangan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat tinggal Oktober.. Sekarang dah pon memasuki pertengahan November 2014. Lagi seminggu, berakhirlah sesi persekolah tahun ni. Dah naik darjah satu tahun depan. Cepatnya masa berlalu. Entri-entri sebelum ni semuanya autopublish dan siap disheduled sejak seminggu-2minggu lepas camtu. Yang ni sempat saya draftkan hari ni (12.11.14) untuk dipublish esok. Saya mohon maaf kalo lambat BW, yelah..nampak entri update.. Tapi BWnyer idak. Tak sempat kejar masa. Entri pon saya draft sekali harung untuk seminggu atau 2minggu terus. Waktu kerja, memang saya tak hadap blog terus.. kalo sempat saya BW mana yang sempat time rehat. Tu pon bila buka kot HP, tahu-tahu jela.. lambat loading. Boleh je nak buka kat PC ofis. Tapi, saya memikirkan keberkatan bekerja tu. Takpe la..walau lambat atau cepat, tetap akan BW..sekali harung.

 Satu lagi, maybe cerita kat sini semua membosankan ye la.. xde gosip-gosip.. asyik pasal anak je . Hehe. Dah kata nak simpan kenangan untuk anak.. haruslah maintain di landasan yang betul kan? Nak cerita pasal luahan perasaan lak.. tipulah xde masalah..ada.. 1001 masalah, kesihatan+kehidupan+anak+kerja dan macam-macam lagi, sama seperti manusia normal yang tak lari dari masalah.. cuma... akan cuba untuk pendamkan melainkan bila dah terpublish kat sini sebabnya saya tak mampu menyimpan n menanggung beban sorang-sorang serta perlukan nasihat + sokongan sahabat maya saya ni.

Selain tu, sekarang dah nak masuk bulan Disember. Bermakna kena bersiap sedia dah..buatnya datang banjir mengejut macam last year. Sampai 1 habuk pon tarak selamat. Eyhh.. tipu la..percent kehilangan/kerosakan harga benda 80% jugak. So, tak nak pisang berbuah 2 kali.. walaupon seumur hidup saya, kawasan yang saya duduki ni bukanlah kawasan banjir.. Tapi kuasa Allah SWT tiada siapa mampu menghalangnya. Tapi jauh disudut hati.. mohon semoga tahun ni x kena banjir. Perit sangat rasa saat menjadi pelarian.. xde makanan.. berhari tak makan nasi. Sedih. Bila dah dapat makan just lauk telur dadar.. Itu pon berebut. Dengan terputus hubungan/elektrik+air+telekomunikasi. Apa-apa pon, sediakan payung sebelum hujan. Ok la..dah termelalut ni. Motip utama just nak rewind sedikit sebanyak pic-pic asya yang sempat saya snap sebelum & selepas balik school (ni papa whatsapp) di sepanjang Oktober lalu. Eyh, macam tak caya je.. panjang pulok mukadimah kali ni. He he.

7.10.14
Hasil menyoping kat koperasi sekolah

12.10.14
Odway ke school. Wefie kt trafic light.
Muka saya tak glowing gini ye. Tipu belaka..
Effect cahaya matahari pagi+foundation

13.10.14
Ni papa whatsapp jugak.
Hobi dia memang suka menulis, melukis & bercerita.
Dia akan tulis, lukis je apa yang dia suka.
Kadang2 comot.. kadang2 santekkk.
Yang pasti dia suka tulis surat/note untuk mamapapa.
Hari-hari dapat. Heh

16.10.14
Hasil kerjaannya..
Pic kena cover sebab tak berbabju

19.10.14
Muka pagi hari... sebelum ke sekolah
20.10.14
Ni papa whatsapp.. makan roti feberet dia.
Sekarang ni dia buat hari-hari balik school makan donut.
Fasya ni jenis tak makan nasi, dia suka makan roti, biskut, kek camni.

 10.10.14
Nak selit sikit pic ni.
 Sempat snap lepas balik dari majlis Nikah ofismate mama
29.10.14
Masa ni Fasya demam kuat
Dari kiri : ambik mama balik kerja
Tengah : Last day ke kelas tuisyen bagi tahun 2014.. balik pekena roti canai
Kanan : Budak demam request vitagen

Owh my asya... lagi seminggu kamu berada dalam kelas tadika.
 Next year dah darjah 1. Dah besar baby ajaib mama ni..
Bila terkenang. rasa sedih dilubuk hati.
Walau susah payah sekali pon.. syukur alhamdulillah...
kamu terus menemani mama hingga ke saat ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


42 comments:

idzwa kamaruddin said...

kenangan, pengalaman mendewasakan kiter.. :)

mamabeauty said...

its good apa kita buat mcm journal gitu utk kita baca kemudian hari masa2 yang berharga dengan anak2..

semoga dipermudahkan dear tak kena banjir coz here di subang bestari tak pernah pula merasa.. minta dijauhkan ..

mommychaa said...

budak bijak Fasya ni :)
comel pulak tuuuuuu

lia said...

baju sekolah Asya ada tie yer?

eMMe said...

Lya..syukur kepada Allah swt yg maha kuasa dan maha memberi rezeki... mane tahu kan Asha dpt adik nnt... tu kan semua Allah punya kuasa...

eika_jps said...

cepat masa berlalu...aysa pun dah nak masuk darjah satu...
semoga diberi kesihatan yang baik dan rajin belajar ya asya...jangan malas-malas

AnneRaini said...

betullah lya bulan 12 mmg bulan hujan...kt kampung sypun selalunya banjir cuma umah sy xkenalah.. tapi kalu teruk jalan nak masuk ke kwsn rumah tu akan banjir dan lepas tu mesti takde letrik..Lagi teruk kalu jalan runtuh...haruuu

Fazleyatul Aini said...

sekejap je dah nak akhir tahun kan

lieyalatif said...

tu laaaa lya...hujung tahun dah kan..cepat betul setahun berlalu..asya pun dah nak bergelar pelajar sekolah kebangsaan...alhmadulillah...moga asya terus berjaya dlm pelajaran....

kite plak rase dah tua kan lya sbb anak dah masuk darjah 1 heheheehehe

Kopiolimauice said...

semoga asya n mama asya sekeluarga sihat sejahtera n bahagia sokmo ;)

Allene said...

asya.. makin besar makin comel...

amirah said...

memang kejap aje masa berjalan skrng ni...ahmad pun tahun depan dah 6 years...cam tak caya aje..

suhailah hamid said...

Betul juga tu. Buat persediaan awal. Kuasa Allah mengatasi segalaNya kan.

Lgpun kene berjimat jg utk persediaan belanja buka sekolah thn dpn kan.

Nama pun blog, so terpulang la nk share apa pun kan ;)

Kakzakie said...

Betullah Lya harapnya tak adalah banjir buruk macam tahun lepas.

Tahun depan dah tahun 1 ye Asya. Dah bertambah besar dah:)

dakcik said...

Tulah kan..lagi seminggu nk habes dah sekolah..sopea asek tanya bila last sekolah..haha

Nafira usof said...

betol tu Lya..
blog nih kita buat utk kenangan masa depan. biar anak2 kita tahu apa kenangan manis dia masa kecik.. :)

buat persediaan awal agak kita lebih bersedia hadapi banjir kan.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

aslmlkum..dlu anak sy slalu demam..bdn dia x kuat..antobodi x kuat..darah dia mudah infeksyen..masa umur 6 thn sakit smpi admited..since dr tu..sy bg dai minum susu pedia sure perisa vanilla..smpi skrg da umur 8 thn..sukur alhamdulillah..dia kuat..dmm bole d katakan jrg sgt..pns bdn pn skjb shj..bg ubat esok da ok..sy ada baca psl anak u..just nak shre mana tau..bla bg minum susu tu..bodi dia kuat..berat bdn anak sy pn da naik 6kg since dr sakit bln nov 2012 tu..kira ok la..hee

AMIIZAA said...

cantik hasil kerja asya....auntie mieja ucapakan happy holiday ya:) cuti sekolah tinggal beberapa hari sahaja....:)

Asha Lya said...

Sedar x sedar fasya dah nak naik darjah kan

Bunda a.k.a KN said...

Owh! tak lama jer lagi Asya dah nak masuk sekolah...dah besar dah dia...

Harap2 takder banjir dah tahun ni Lya...

Tina Othman said...

rajin papa asya whatsapp gambar ye

eima said...

kejap je kan anak kite besar kan lya .. dah darjah 1 thn depan .. wu wu wu

Diana Rashid said...

ha ah lya..hujung tahun ni hati2 la .nak menempuh banjir tu..batuk2,demam,selsema yang tak tahan tu..

Yana Yani said...

samalah saya pun lya
semua entry kat blog saya pun saya auto publish je
mana ada masa nak buat tiap-tiap hari
biasanya saya peruntukkan satu atau dua hari untuk type entry selama seminggu
pastu pilih ajelah ari yang kita nak =)

saya pula blog caca merba
semua benda saya cerita walau main fokus adalah anak-anak =)

Yati said...

Ooh.. Asya macam anak tengah yati, dia pun tak makan nasi juga. Suka roti, kek, biskut. Makan nasi, kalau bersuap. :)
Boleh yati cadangkan satu benda? Kalau buat background putih dan tulisan hitam, kurang sakit mata kalau baca. Cadangan yati saje ya, apa pun terpulang pada Lya.

Chic Na said...

cepat je.. rasa cam memula kenal asya dulu kecik lg dia.. huhu..

kt kelantan ni pun dah start hujan.. tiap2 hari hujan..

Puan Kutu said...

cepatnya masa berlalu kan..taun depan asya dah dajah1..apa pun byk dh kenangan tercipta masa asya tadika..kiranya asya ni jenis yg kreatif...:)

Didie Kamila said...

harap2 kemaman x banjir thun ni..teringat kenangan banjir tahun lepas..masalah makanan, air, elektrik..nasib baik rumah tak naik air masa tu..nasib baik jugak kwn ad dkt sana masa tu..snggup redah air dkt perwaja sbb nak balik..hehe..

Chekgu Azrine said...

Setuju sis.akk pun byk bt entry autopublished jgk...sbb kat sekolah kalau BW banyak guna hp je..

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Eda Michio said...

Bila ank dh membesar terasa waktu tu cpt sgt berlalu kan..

QasehnyaRania said...

sama la dg su
masih gigih bls jejak yg berbaki masa tenpoh berpantang hari tu..
nak publish entry baru kang bertambah pulak komen.den x dayo nak bals jejak.huahua.
masa hbs ke anak skrg ni..hihi.
syiokk mengulitnya..

tak lama dh kan asya naik drjah satu..
smoga asya terus dikurniakan kesihatan yg baik aamiin
tk pa lya ambil langkah berjaga2..
kita hanya merancang Allah yg tentukan..
hope tiada la kan..

Zefa NorAsmara said...

Dah besar dah Asya ye, nak tahun 1 dah tahun depan. Semoga Asya membesar menjadi anak yg cerdik dan solehah..

Afasz said...

sekejap je kan rasa anak membesar.

thn depan dah darjah satu ek.. moga dipermudah kan. belajar rajin2. dapat no 1. aamiin.

salam singgah dari http://afasz.blogspot.com

Mia Liana said...

kenangan sudah... (^_^)

- Mia Liana -

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah..membesar dgn cukup sempurna .. moga dipermudahkan urusan darjah 1 nnti ye ... mesti sayu kan terkenang anak kian membesar :(

Amanina Mads said...

banyak kisah suka duka tahun ni buat lya.. tahun depan dh 7 tahun. makin besar :)

nik ros said...

wah..tahun depan dah masuk sek ren yea. blaja rajin2 asya

TunSha Ayunie said...

entahlah, suka sangat tengok muka asya yang slumber tu... banyak kelebihan asya kan? semoga membesar dengan baik ya sayang :)

Aisy Nasiha said...

Pendek kata semua gambar nampak ceria dan seronok nak tengoknya..

Suka pasal elakkan luah perasan kat blog. Akak pernah juga terluah perasaan di blog, malu juga cerita masalah sendiri kat blog bg otang tahu.. ai.. mmg patut disimpan sendiri je..

Naemah Umi said...

kejap je rasa kan ...tup tup tgk dah besar dah anak tu...semoga terus berjaya di dunia dan akhirat ye asya...amin :D

Mummydearie said...

Hahaha... macam terkena ke muka sendiri je bila Lya cerita pasal berkat bekerja. Okey, akak ni memang kerja tapi bila takda kerja daripada bergayut kat telefon atau buat ntah apa-apa kat office lebih afdal mengadap blog. Kalau bos tegur, dah lama akan resign daripada berblogging. Keh3x.

Akak setakat tulis panjang berjela ni tak hairan dah. Nak kena baca orang tulis panjang-panjang pun tak hairan juga. Sedia membaca sampai ke perkataan terakhir. Wah, gitulah kononnya!

Kalau ikutkan hati, nak juga ikut style Lya. Hari-hari ambil gambar anak-anak. Memori indahkan semua ni. Dahlah mereka tu membesar bagai johan terlalu pantas. Kadang bila tengok rasa sedih dalam hati kerana tak sentiasa kita ada di sisi bila mereka memerlukan.

Lya, nanti bila hantar Asya masuk Tahun 1 tengoklah siapa yang menangis - mamanya ke atau Asya. Akak confirm mama yang sedih sebab masa tu kita rasa macam anak yang kita lahirkan tu dah besar sangat, dah menempuh alam baru dalam hidupnya. Tengok anak pakai baju seragam sekolah pun dah buat menitis air mata melambak gitu. Erkkk, berdasarkan pengalaman yek!