Monday, November 24, 2014

Selamat Tinggal Pra Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Last entri untuk kisah persekolahan Fasya tahun ni. Antara pic yang terakam disepanjang bulan November. Akhirnya, berakhir sudah perjuangan asya di Pra Sekolah. Next year akan melalui kehidupan baru di alam persekolahan sebenar disekolah baru. Nanti nak kena beli sendiri makanan kat kantin sekolah. Pergi toilet pon sendiri. Harap anak mama mampu berdikari. Semoga asya terus maintain senang bangun pagi & tak menangis nak ke sekolah. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun bersekolah ni..memang dia tak pernah meragam & menangis tak nak ke sekolah.

Cuma awal-awal sekolah masa umur 5 tahun dulu je menangis sekejap lepas kena tinggal. Ye la, 1sti time kena tinggal. Tapi dalam nangis-nangis pon, pagi tu dia tetap bangun & semangat nak ke sekolah, cuma bila bab mama bye-bye, terus keluar airmata. Ha ha. Tapi dalam 3 hari je camtu, lepas tu bereh...sampai lah umur 6tahun berpindah ke sekolah Pra. Dapat masuk pra pon last minute. Memang rezeki asya. Hari pertama nak hantar pon risau sangat, takut dia menangis sebab terpaksa harungi suasana & kawan-kawan baru. Tapi mama silap, alhamdulillah.. dia wak rileks je. Haha. Next year pon sekali lagi asya kena tempuhi pengalaman serupa, suasana & kawan-kawan baru.. mudahan anak mama rileks aje.
Sepanjang cuti sekolah pon saya dah plan nak sediakan soalan-soalan untuk asya selesaikan. Just simple-simple aje, sebagai persediaan untuk exam Linus darjah 1 nanti. Saya pon tak adalah memaksa dia. Dia jawab soalan tu bila dia rasa nak jawab, lepas tu sambung-sambung main. Biasa dia memang macam tu.

3.11.2014
Hari lahir Fasya yang ke-6.

6.11.2014
last selfie dengan mama awal pagi.
Kita sambung next year ye

12.11.2014
Hari ambil rekod kemajuan Fasya. Alhamdulillah semuanya yang +ve. Senang hati mama mendengar penerangan dari cikgu fasya. Banyak sangat peningkatan & kebolehan di Pra ni.Tapi cikgu kelas asya bagitau, fasya sangat lemah lembut budaknya, selagi tak siap kerja yang cikgu bagi memang dia akan tumpu kerja je.. Tak hirau kawan-kawan yang main.

17.11.2014
Hari last pakai uniform sekolah untuk ke majlis graduasi

 Balik tu singgah kedai frozen beli ikan dan lain-lain
 Untuk pengetahun, pra sekolah tak ada exam ye. Tapi dia orang mempunyai sistem tersendri untuk penilaian pelajar. Yang pasti, pelajar akan diasuh sehingga boleh membaca. Bulan ke-2 asya di pra sekolah da dah mula lancar membaca, matematil dan banyak surah jugak dia boleh hafal. Memang saya rasa pilihan tepat sangat hantar asya ke Pra Sekolah ni walaupon pada awalnya dulu sangat ragu-ragu. Buku-buku pon ikut silibus kementerian. Bila dah habis sekolah ni baru saya berpeluang tengok semua buku-buku sya guna kat pra sekolah. Selama ni buku ni memang tinggal kat dalam kelas dia je. Dapat tengok, perbezaan awal tahun hingga sekarang dari segi tulisan & kemahiran dia. Yang pasti silibus yang dia orang belajar kat pra sekolah ni standard apa yang zaman saya belajar masa darjah 1 dulu.

 Fail yang menyimpan segala aktiviti Fasya kat kelas sepanjang tahun
 Buku latihan Jawi & Pendidikan Islam
Buku Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik & Sains
 Kecik-kecik dah belajar sains.
 Yang tertarik sekali buku-buku ni...
writing book -- yang melatih penulisan
Buku Komputer--> Ilmu komputer yang simple2
Kreativite --> Aktiviti untuk anak-anak meluahkan idea
Tear & Paste --> Ini pom menarik
Ketata Negara --> Bendara2 negeri, rukun negara, masyarakat majmuk dll.
 Setiap hasil kerja ada cop ni..
Semua kerja asya awal-awal dulu di tahap sederhana..
Dan selepas tu maintai Baik.
Ni buku latihan kat sekolah Pra
Teruja mama tengok tulisan fasya yang semakin kemas.
Tulisan atas buku garis kosong pon kemas macam ni jugak.
Cuma bila tulis atas kertas kosong tak maintain lagi.
Mama masa umur 6tahun dulu tulisan tak nampak rupa

Sekian kenangan untuk sesi persekolahan 2014. Cepat benar masa berjalan. Semoga baby ajaib mama terus sukses & berjaya. Mama tak score asya exam dapat no 1-3, bagi mama yang penting dapat maintain & result sentiasa meningkat. Kita fokus skor A untuk semua subjek. Insyallah.. Tapi tak tahu macamana gayanya bila naik ke darjah 1 nanti. Apa-apa pon mama nak asya belajar sebab minat & bukan dalam keadaan tekanan. Terima seadanya kemampuan anak & paling penting sentiasa bagi galakan & memuji/menghargai kebolehan anak sebagai galakan. Jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Jangan rasa kecewa bila melihat anak orang boleh apa yang anak kita tak boleh. Inilah kekuatan jiwa & keyakinan saya. Sentiasa gembira melihat kejayaan anak-anak orang lain juga dan jadikannya pemangkin semangat untuk berusaha mendidik anak. kejayaan besar seorang anak juga hasil dari didikan ibubapa & bukan diserahkan pada guru bulat-bulat.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


41 comments:

Lynn Hamzah said...

wow...bagus asya...be a good girl yer sayang...

Najib Ariyan said...

Selamat Maju jaya Fasha... selamat menempuh kehidupan baru dan cabaran baru (maknya tolong bacakan ucapan uncle ni yer)

eima said...

wahhh cantik tulisan asya ....
good luck asya ....

NzA said...

sebagai seorg guru akak setuju dgn pendapat liya.....anak seumur asya (Tahap 1) jgn diberi tekanan...biar mrk belajar sesuai dgn tahap mrk...jgn melepasi tahap kerana drp pengalaman akak murid2 yg diberi tuisyen seawal usia...diberi tekanan utk belajar melepasi tahap...bila naik tahap 2 prestasi mula merudum..byk kes ank2 yg cemerlang diperingkat bwh (sbb tekanan belajar + tuisyen)akn kecundang...mrk jd malas dlm kelas...xde tumpuan dan belajar smbil lewa sbb mrk rasa dh pndai..akhirnya rakan2 yg sederhana lbh menonjol dan tip top....
Dr pengalaman 5F...akak lbh bertoleransi...mrk tiada tekanan...tidak pergi tuisyen luar (krn di sk dh ckup) dan belajar atas kesedaran dan enjoy melalui zaman kanak2....Alhamdulillah 4Farah dh buktikan mrk cemerlang sejak UPSR lg......

suhailah hamid said...

Cantiknye tulisan Asya..mmg nmpk improvement pembelajaran Asya...
Untungla senang gerak Asya pergi school.

Ank sue 4thn kdg2 meragam jg nk pergi sekolah. Tgk thn dpn mcm mana..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Asya dah besar ..cepat je ms berlalu kan ..makin cun dia tau :)

Eliss Mie said...

berdebar pulak anak nak masuk tahun 1 kan.. takut budak2 pressure pulak dengan exam2 tu.kan best kalau sekolah x de exam oriented kan..apapun selamat masuk alam persekolahan asya :) apapun, sebagai ibu bapa memang nak anak berjaya kan setakat yang dia mampu..

~aSHa~ said...

kemas tulisan dia..

dia dah biasa sekolah inshaallah...

sha dulu berdebar jugak dgn danish...

sbb biasa dia nak kencing dia akan buka seluar semua....tapi kat sekolah tak leh la buat gitu..nantikawan2 ejek..jadi kena praktis la skit...

Sura Mohd said...

bagusnya Asya..cantik tulisan dia..moga lebih berjaya lagi tahun depan dan tahun2 yg seterusnya..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

semakin bsar dh anak akk =)

Lynda Che Lah said...

semoga asya terus berjaya..
Kita yang dok risau mcm-mcm kan..tp insya allah..ok semuanya
tahniah asya

Fyda Adim said...

Adriana pun darjah satu tahun depan lya..teruja maknya...semoga anak kita berjaya dunia akhirat..

Adlin Mohamad said...

cantik tulisan dia
bagus pra ni ada tulis kat buku garis 3 ayat panjang2
kyra tulis kat buku tp huruf2 je yg nampak ayat x nampak ..cuti sekolah ni kena train dia tulis dlm buku ..

selamat melangkah ke alam persekolahan yg sebenar ..
** lawa tulisan dia **

mamabeauty said...

Tahniah ASya..
nanti darjah 1 lagi mcm2 belajar perkara baru dan kawan baru..

yeap.. let them explore their kids world..

Noor Ahmad said...

salam..

wah cantiknya tulisan ...

Kakzakie said...

Cuti ni puaskan bermain. Tak lama lagi dan masuk tahun 1 dah mulalah lebih sikit pembelajarannya berbanding tadika..

Falsya said...

cepat je kan masa..tau2 fasya dh masuk sekolah darjah 1 dh..

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah baby ajaib ni dah pun tamat sekolah tadika.. tengok Fasya ni saya selalu rasa pasti sejuk perut mamanya..nampak gitu baik...Tahniah buat Fasya dan mama, eh papa juga..

Moga pengalaman manis di tadika ni akan memudahkan lagi pembelajaran Fasya yang seterusnya..

Bagi akak, ada sesetengah budak yang nampak boleh mematuhi peraturan, pembelajaran tadika yang lebih kepada bermain memang sesuai.tapi bagi budak rasanya perlu lebih didisiplinkan, memang lagi sesuai dimasukkan ke sekolah tadika yang lebih ke arah penilaian..macam Naim, dia asyik main je sebenarnya, jadi lepas berbincang kami pilih tadika Naim ni walaupun akak mmg tak suka 4 tahun dah ada peperiksaan. Namun akak pegang pada kata2 pengetua sekolahnya yang sistem diorang bakal mendiplinkan dan mendidik pada masa yang sama..

idzwa kamaruddin said...

kejap je masa kan :)

- dieyana - said...

Alhamdulillah..semoga anak-anak kita dilindungi Allah Taala..

Insya-Allah moga baik-baik nk masuk darjah satu, Dieyana pun risau juga ni, Wafiy darjah satu depan, harap semuanya okey..;-))

cantik n kemas tulisan Fasya.

Acik Erna said...

cantiknya tulisan asya Lya..kemas sungguh

Tengku Fauziana said...

Yeey, dia nk masuk sek rendah dh..
anak kite baru nk sek tadika taun depan..ni omak nyer yg nerbas..hahaha..
takut melalak jo..

Khai♥Rin : anies said...

time kite dulu x de cop cop ni...cikgu kasi bintang je...plg byk dpt bintang kira terer la tu ;-)

byk jg buku ya lya!

Chekgu Azrine said...

Semoga falsya trs sukses dlm pelajaran bila dh masuk 7 tahun nnti..sama baya yaya la kan dia..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam liya,
sonoknya uols asya dah abes pra sekolah kan3
iols ni anak dok tak sekolah pun lagi he3

Khai♥Rin : anies said...

P/s kalau papa asya pandai lukis, berani tak sahut cabaran melukis utk buku teks?

Diana Rashid said...

Alhamdulillah..dia sernok belajar..memang cantik tulisan Asya,,kemas je..macam dia jugak la..comel memanjang..ehhehe

Nur Inani said...

semoga anak sis jadi anak solehah dunia akhirat :)

Mama Myja said...

Cantik betul tulisan. Mamamyja ingat anak no.2 nnti nk masukkan pra sekolah jgak lah. Hehe....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

cantik tulisan asya..=)..nway, mama zara pon risau mcm mana die darjah 1 nnti..part plg risau beli makanan kat kantin tuhla..tkt dia tk pndai..huhu

LZ - The Blog Owner said...

Anak saya baru graduasi sekolah tadika.. Tahun depan darjah 1.. Sayu hati bila mereka buat persembahan majlis perpisahan.. Banyak kenangan di sekolah tadika..

LZ - The Blog Owner said...

Anak saya baru graduasi sekolah tadika.. Tahun depan darjah 1.. Sayu hati bila mereka buat persembahan majlis perpisahan.. Banyak kenangan di sekolah tadika..

AnneRaini said...

kejap je dah nak masuk darjah 1 dah..

aryan azra said...

kemas sangat tulisan asya ni, bagus teruskan belajar rajin2 ye

dakcik said...

cantiknya tulisan dia..kemas je..
Tahun depan sopea pun masuk prasekolah..harap dia dah pndai mengeja dan membaca..:)

Time Traveller said...

Good gurl.. bagus la.. moga terus cemerlang sampai menara gading..
suka tgk "emak geli tengok cicak" hahahaha :P

Masya said...

haah lah cantik tulisan asya.. bnyknya kenangan asya sblm darjah satu ..

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. fasya sangat hebat!~

Yana Yani said...

afif dulu masa 5 tahun sekolah pun sama, menangis aje
masuk enam tahun barulah okay
belajar pun ada perubahan
saya pun tak beri tekanan pada afif

sebab saya teringat diri sendiri dulu
sekolah rendah agak bawah
tapi naik hinggalah merasa ke U
harap afif juga begitu =)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alhamdulillah..selesai persekolahan Asya di Pra Sekolah..Lepas ni nak masuk darjah 1 pulak..terus success ye Asya..

Mummydearie said...

Budak tadika sekarang memang tak macam dahulu. Macam-macam mereka belajar. Buku-buku latihan dan bukukerja tadika Abang selama dua tahun penuh dua kotak, Lya. Semua pun kena harung belajar ^_^ Yalah, anak-anak berbeza, tak elok dibanding-bandingkan. Biarlah mereka berseronok lebih sikit. Bila dah besar nanti lagi banyak bebanan. Kesian kat mereka! Akak pun tak target anak mesti top ten dalam kelas tapi alhamdulillah Abang tak mengecewakan. Yang penting kena maintain A. Kalau ada dapat B pun takpalah sesekali ^_^

Masuk sekolah pun macam tu juga. Semua fail cikgu simpan. Dah hujung tahun barulah nampak segala file komputer, dunia seni dan sebagainya. Buku yang selalu bawa balik rumah dah tentu-tentu sebab kerja rumah. Tapi la ni sekolah cina pun homework takdalah banyak mana pun!

Cantik tulisan Fasya. Dah macam sama dengan tulisan Abang yang dah Tahun 2!