Wednesday, December 24, 2014

Begini Rasanya...

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengalaman pertama kali membuat persiapan persekolahan buat Fasya membuat hati ni terasa sangat sebak. Padahal, dalam tempoh 2 tahun ni ada juga buat persiapan sekolah tadika Fasya. Tapi memang tak sama, sebab yang tadika just prepare alat tulis & baju sekolah beli dengan pihak tadika. Bila masuk sekolah sebenarnya, lain sungguh rasanya. Tengok dia cuba baju sekolah, kasut sekolah... rasa cepat sangat masa berjalan. Dah besar anak mama. Masih terasa seperti mimpi. Oleh kerana semangatnya mamapapa, awal bulan haritu dah siap-siap shopping pakaian & kasut sekolah Fasya. Salah satu faktu sebab tak nak buat persiapan last minute & bersesak dengan orang ramai. Lagi pulak, takut tak ada saiz untuk baby kecik mama ni. Memang betul tekaan saya, memang susah nak cari baju yang sama saiz dengan Fasya.Semuanya "besor bapok" . Banyak tempat juga pergi, mula-mula berkenan dengan baju canggih sebab kain dia cantik , tapi saiz yang paling kecil pon besar teramat dengan Fasya. Agaknya saiz tu muat bila Fasya darjah 3 kot. Tengok harga , wow... boleh tahan. Tengok brand KIKO pon sama, saiz paling kecil tetap besar dengan Fasya. Habis semua brand dekat pasaraya tu test, memang besar-besar belaka. Ingatkan nak kena beli kain je la & tempah jahit je.

Touchingnya tengok Fasya pakai pakaian sekolah ni.

Finally... jumpa juga saiz Fasya walaupon besar sikit je.Teringat ofismate bagitahu ada sebuah kedai orang kemboja yang jual pakaian sekolah berkualiti dijahit sendiri. Try pergi situ, just ada 4 pasang je lagi saiz ni. Terus ambik 3 pasang untuk Fasya. Kain pon memang cantik. Puas hati. Beli 3 pasang baju sekolah+tudung sekolah+singlet semua sekali RM150.00. Rasanya dah cukup murah kan?

Mula-mula cari baju sekolah kat The Store.
Semua besar-besar. 
Dah settle cari baju sekolah, misi diteruskan dengan pencarian stokin & kasut sekolah Fasya. Sekolah Fasya memang mengenakan kasut sekolah warna hitam. Bagus jugak macam tu, takde la kotor & perlu kapur kasut. Cuma... cabaran bermula bila saiz untuk kasut hitam semuanya besar-besar. Yang saiz kasut putih ada aje yang muat. Beberapa buah kedai jugak pergi, akhirnya kat kedai BATA jumpalah kasut B.Firts yang kiranya paling muat dengan Fasya, walaupon still longgar. Sepasang harganya RM33++. Papa asya beli 2 pasang terus.

Bab baju, kasut & stokin alhamdulillah dah complete. Cuma tinggal bahagian beg sekolah & alat tulis aje lah. Insyallah dalam masa terdekat ni la cuba untuk settlekan. Rupanya teruk juga belanja anak nak masuk sekolah ye. Tak dapat bayangkan orang yang berpendapatan biasa-biasa macam saya, tetapi mempunyai anak bersekolah yang ramai. Tapi dekat Terengganu ni ada bantuan duit untuk persediaan untuk setiap orang anak-anak ke sekolah bagi yang berpendapatan rendah. Tak pasti banyak mana, tapi insyallah boleh membantu meringankan beban. Kat negeri lain tak pasti ada atau tidak bantuan seperti ni.

Update 20.12.14, keperluan alat tulis Fasya dah selamat pon dibeli. Tinggal buku latihan & nak marking setiap alat tulis dia je lagi. Entri ni dah draft sejak awal bulan lagi.. tapi tersimpan je dalam draft. Semua saya scheduled je ikut date. Beg sekolah tak tahu nak beli baru ke tak, sebab dia ada dapat beg sekolah free masa konvo Pra aritu. Tapi sangat kartun la.. Kalo tak jumpa beg yang simple, guna je la yang tu dulu.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


53 comments:

Mama Myja said...

oh, mamamyja shopping kat hari2 kebetulan dapat baucer 10%. kualiti baju not bad jugaklah. hehehe

syawalsimpsons said...

seronok dah beli kelengkapan memasing kan

Cik Puan Eka said...

Comel je Asya kecik molek ni. Dlu masa ika skolah. Pkai baju canggih tu. Kdg tak payah gosok hihihih.

Tpi mmg btul. Belanja persiapan budak skolah skng besar. Kasihan pada yg adik bradik ramai. Smoga allah permudahkan

Time Traveller said...

Alahai comey nyer dia bila dah pakai baju sekolah.. semoga dpt belajar rajin2.. :D

SalbiahM said...

kalau darjah satu takpe lagi kot pakai beg kartun.huhu..kecil molek Fasya ni memang susah cari baju.good luck untuk sesi persekolahan nanti

Zuraida Rahim said...

Belanja untuk persiapan sekolah memang banyak. Tahun depan dua orang anak dah bersekolah. Setakat ni persiapan semua dah nak hampir seribu... huhuhu...

Falsya said...

Falsya akan rase ape lya rase lagi 7thn..sobss..

Cho Zila said...

memang kena bersedia wang ringgitlah kan.. dulu mak akak jahitkan sendiri baju anak2.. jimat banyak kot...
rasa macam cepatjerkan masa berlalu dha besar dah fasya...

Didie Kamila said...

Excited nye fasya nak masuk sekolah..mamapapa die lg excited kot..hehe..blaja rjin2 ye fasya..:)

suhailah hamid said...

jangan kan yg nak masuk sekolah je, yg tadika punya belanja sekarang ni pun mahal bukan main..

mmg suami isteri kene kerja keras nak membayarnya. semua parents nak yg terbaik untuk anak2 kan :)

Tengku Fauziana said...

yeee..asya dh nk sek rendah dh..

ana ni anak baru nk tadika..tp dh beli brg sume pon dh brp..blm masuk sek betul lg..eemm..

Kakzakie said...

Begitulah Lya sebagai ibu-bapa nak tak nak setiap hujung tahun inilah satu dari tanggungjawab yg kena dilunaskan...

Kakak biasa jahit baju/tudung sendiri aje.

mamabeauty said...

wahhh sure Fasya tak sabar ke school kans..

time flies so fast kan dear.. kang esok2 anak dah masuk uni

Siti Asiah said...

wah, dah setel dah persiapan Asya nk masuk darjah 1 ye...anak Asiah plak besar, semua bj nk kn oter...huhu

LydSunshine said...

Terharunya... Anak dah sekolah darjah satu. Rasanya follow blog Lya ni sejak fasya umur 3 tahun kot. Dah 4 tahun dah tgk dia membesar.
*murah la baju skolah 3 pasang harga mcm tu.

AnneRaini said...

seronok tgk org sibuk buat persiapan sekolah anak..tp tulah, brg skrg bukan murah2. tengah fikir jugak nnti bila anak sy masuk sekolah..parah parah.

Yana Yani said...

saya pun dah siap beli peralatan sekolah afif
cuma alat tulis aje belum
tulah kan rasa sebak, tak sangka kita dapat lalui semua ni

fazilzura said...

xcited kan bile anak 1st time msuk sek ... sebak jgk lew.. xsngka dh besaaaaa anak dara

Kopiolimauice said...

senangkan klu dh buat persiapan awal...

rini.borhan said...

masa ank kecik asik ckp bila nak besar kan..bila pejam celik tup..tup..nak masuk darjah 1 dah..uish kalau perempuan takde saiz lei lagi pilih option nk tempah..kalau ank laki costly gak kalau nak tempah tu..

katne kedai kemboja tu?

Ibu Bizi Sangat

Ibu Lala said...

Akk siap nangis ms hr pertama anak masuk sekolah. Tiga anak tiga 3 nangis

norsalihah shaleh said...

baca entry ni tetiba teringat masa mula2 masuk darjah satu dulu. takut ada, malu pn ada. Abah sorg jer hantar gi sekolah tp tu pn tak tunggu sebab Abah nak kena pi kerja. Tapi Alhamdulillah anak Abah ni pandai berdikari. Cuma time rehat je Abah dtg tgk... selamat bersekolah fasya.. semoga membesasr mnjadi anak yg cemerlang dunia n akhirat.. Amin

Khai♥Rin : anies said...

pejam celik pejam celik dah nk msk sekolah... pic 1st tu betul2 nmpk 'budak besar nak msk sekolah' ;-)

Mummydearie said...

Memang banyak belanja bila anak masuk sekolah ni, Lya. Tak terbayang kalau ada anak ramai yang bersekolah. Memang kena mohon BR1Mlah kotnya ^_^ Tapi Insya Allah, ada rezeki setiap anak tukan.

Akak pun first time dulu beli Professor tapi lepas setahun guna, rasanya sama je dengan baju sekolah lain. Tukar ke Canggih sebab saiznya besar dan mudah nak cari untuk Abang.

Kita ni berbeza. Kalau Fasya tu takda size sebab dia kecil, akak ni pulak ada masalah juga nak cari saiz sesuai sebab si Abang tu lebih besar dari rakan sebaya.

Alhamdulillah, dah siap semuanya! Tinggal tunggu nak masuk sekolah balik je. Akak takdalah excited sangat sebab anak dah masuk Tahun 3 tapi awak tu memang terujalahkan. Menitis air mata tau tengok anak kat sekolah Day 1 nanti :)

Eh, nanti akak datang baca entri lain sebab hari ni tak sempat. Cuti ni tapi masih nak menghadap blog. Punyalah tegarkan.

P.S. Apa cerita di sana? Kawasan tempat tinggal Lya pun kena bah juga ke? Bila dengar pasal banjir tetiba kepala ni teringat kat Lya di sana!

Puan Kutu said...

mmg terasa sikit sbb fasya kan nak masuk dajah satu..aiman dulu pun sama.taun ni tak beli byk dh,kasut sepasang n baju sepasang je.beli stokin n seluar kecik pastu bekas air.yg lain pakai yg taun lepas pun masih elok..tu pun campur alat tulis dah rm200 something juga..

klu anak ramai macam manalah ye..huhu

Najib Ariyan said...

anak sulung yer.. bestnya... saya dulu dari keluarga susah... semua pakaian dari 2nd hand abang2... mudah2an dia menjadi anak yg menyenangkan nanti

TunSha Ayunie said...

Seronok Asya nak masuk sekolah ye...
belajar rajin2 ye sayang :)

Nurul Says said...

tertanya-tanya apalah khabar lya di sana..

::NureeN:: said...

klau nureen jd lya pon nureen cari yg jahit sndri mcm tu, mmg cmfrm saiz dia cantik n terbaik...

elly nureen beli cangiih 2 pasang, saiz paling kecik ok cuma elly ni tinngi n kurus.. x per la baju tu besar ckit..

pastu baru2 ni tgk brand cerdik, lagi cantik dr canggih hihii...
rembat sepasang lagi...

murah sgt2 tue lya 150.. nureen beli 2 pasang baju, selai tudung, 2 pasang kasut dh 250... tudung nak cari lagi sbb saiz kecik byk dh abis huuuu

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdulillah..semua dah setel ye..kira murah dah tu..untung duduk luar dari KL..entry persiapan sek kyra dah draft nt akan publish mgu ni..belanja utk bju sek 5 psg + tdg rm300..mujur kst sek dpt bantuan dari tawas :)

Ema Johari said...

pengalaman yang menyeronokkan bila anak mula nak masuk tahun satu.

Bintu.Zulkiffli said...

Mama saya lagilah Kak Lya. Masa sekolah rendah dulu, setiap tahun mesti beli peralatan-peralatan baharu tetapi kebiasaannya mama saya beli kat Mydin. Murahlah juga. Adik-beradik saya semua beza setahun je seramai lima orang. Kalau pakaian sekolah perempuan, saya bersyukur mama saya jahit je dan tak pernah beli sampailah saya kat sekolah menengah.

Memang kalau sekolah rendah, setiap tahun tukar sebab faktor ketinggian tapi bila dah masuk sekolah menengah jimat sikit sebab dah berhenti tinggi. Dua atau tiga tahun sekali baru tukar xD

Sekadar perkongsian :)

Al-Manar said...

Seronoknya anak kesekolah. Apa rasanya bila kemenara gading nanti. Dekat runah saya ada dua buah - KUSZZA dan UMT. Datang lah tengok tegok. Boleh singgah di pondik. Tapi tunggu selepas hujan ni

Cho Zila said...

akak rasanya dah komen yang ni.. tak masukker... ulat bukupun dah komen..
rumah LYa ok tak banjir kali ini...

Masya said...

alhamdulillahhhhh semua dah setel yer...

eika_jps said...

cepatnya masa berlalu....kejap ja anak nak gie sekolah....mummy sakit bersalin pun masih terasa, nie anak nak gie tadika dah....huhu...apa pun comel la fasya pakai baju sekolah....

m.u.l.a.n said...

alaaa comey princess ni nak masuk sekolah..

adarnadzmie said...

banyak persiapan yg nak kena beli sbb qisya baru nak mula sekolah... macam akak cuma topup jer brg keperluan sekolah.... anak2 dah 2 org sekolah... hehee

Fizalinolie said...

Tak lama lagi nak sekolah dah dia. Tgk muka mcm excited je dia. Hehe...

Rosmiza Ali said...

Nak masuk skolah dah Fasya.. Sekejap jer masa berlalu..
RosmizaAliDotCom™

el said...

kejap je kan anak2 dah mula sekolah
mesti mama fasya excited lebih dr fasya kan haha

eh beg sling frozen fasya tu ada apa dlm tu?

Nik Azidah said...

Kejap je masa berlalu kan...tengok anak2 buah pun sama...alahai dulu kecik cinonet duk dukung...ni dah nak masuk darjah 1 dah...

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. sayu hati bile nak hantar anak masuk seolahkan.. fifi tak rase lagi.. inshaAllah kalau panjang umur.. merase jugak..

Najib Ariyan said...

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

Nur Inani said...

tak sabar aihh dia nak ke sekolah. nanti belajar rajin raji n okayy :D

Nur Inani said...

tak sabar aihh dia nak ke sekolah. nanti belajar rajin raji n okayy :D

Mar Mansor said...

selamat bersekolah fasya

ros_reeza said...

mesti excitedkan nak masuk sekolah...

εïзmummyHazaεïз said...

Risau lya sekeluarga kat sana... Ape khabar lya...

NzA said...

alahai anak dara comel ni ah naik darjah 1 ye.....gud luck ye syg..
belajar rajin2 ye.

Yelah lya, kain di kedai kemboja lebih berkualiti sbb mrk gunakan kain kasibo yg lembut dan selesa dipakai.....Akak dulu smpai skrg mmg jahit sendiri baju uniform 4F,jimat kos dan dpt jahit guna kain yg brkualiti cuma yg farouk je kena beli ready made....

wa said...

Samalah kita..anak wa pun masuk tahun 1 tahun ni hehehe

LydSunshine said...

Eh, ari tu rasa cam dah baca entry ni. tapi tak sempat komen.

Memang bertuah la sebab last skali jumpa juga baju dgn saiz yg hampir padan dan harga berpatutan. Lya mmg expert kalo bab mencari barang dgn harga berbaloi. Tabik!

Saya dulu smpat le jugak 2 tahun pakai kasut hitam masa skolah menengah. Lagi suka pakai kasut hitam sbb nampak semat skit.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

sebak kannnn tgk anak nak masuk sekolah rendah..terharu tgk diorng sarung sergam sekolah tu..cpt jek dh besar rasa..nway, mesti fasya ni comel lote sgt orgnya kan sbb baju sume size besar..zara paaki baju size 26..last minit shopping nasib sng cari saiz..=p