Friday, December 5, 2014

Dalam Kenangan

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat berhujung minggu.. Dah terkena jugak virus "malas" akhirnya. Cari pic-pic lama yang tak pernah simpan kat sini sebagai modal untuk update blog. Ok... Folder February & March detect!

Kenangan Feb 2014, sebelum kemalangan hampir meragut nyawa pada 1 March 2014. Yang saya ingat, time ni dah mula kelemau-an mengupdate blog sebab masalah kesihatan. Selain tu entri terakhir pada bulan Februari sedih-sedih sikit, mengenangkan asya. Alhamdulillah, hari ni saya dah mampu tersenyum dengan hal berkaitan asya. Tanda-tanda sebelum kemalangan tu, saya mengalami kemurungan & kesedihan yang agak teruk jugak kot. Dalam duk berperang dengan perasaan tu, tiba diuji dengan perkara tak dijangka. Pada hari kemalangan tu pon sepatutnya saya cuti weekend, tapi entah macammana pagi tu ubah fikiran nak tukar cuti weekend pada minggu depan. Dan hari kemalangan tu pon, kebiasaan papa asya ambil dengan kereta, tapi ntah macamana hari tu dia datang ambik dengan motor.Ye la, kadang-kadang semua tu nak jadi kan. Akibat kemalangan tu jugak, saya mengalami "spinal cord injury" dan beberapa masalah lain lagi.

FEB 2014

Ni kenangan awal-awal bulan Feb kot.
Bangun pagi tengok ada note ni kat cermin dari papa asya.
Haha

MARCH 2014

March. bulan yang penuh mencabar dalam kisah hidupku. Permulaan satu perjuangan antara hidup & mati. Bersyukurlah, kerana Tuhan masih memberi izin pada diri ini untuk terus bernafas dibumi Allah. 


Perkembangan saya terkini, syukur alhamdulillah.. Walaupon masih sakit & tak boleh duduk bawah tapi dapat lakukan kerja normal mcm biasa. Cuma time sakit tu, sakit la.. Satu lagi, kos saraan saya makin meningkat jugak sejak selepas eksiden ni. Kalo sebelum ni boleh je Fain hantar & ambil naik motor, sekarang 100% naik kereta. Dah la minyak naik. Kalo sebelum ni isi minyak kereta just RM150 sebulan, sekarang RM300++sebulan.  Jadi kena banyak berjimat tang lain.. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

28 comments:

amirah said...

kenangan kan liya...memori lepas..doa yg baik2 untuk masa depan...insyaAllah

syawalsimpsons said...

SERONOK BILA TERKENANG KAN

Allene ALineWorks said...

macam2 galagat asya...

suhailah hamid said...

Smg mamaAsya terus dibwri kesihatan yg baik dan murah rezeki selalu. Amin..

Dhiera nadhirah said...

ya Allah, lya. mesti teruk sangat kemalangan tu sampai ijured dkt spinal cord.
semoga lya kuat ye!
inshaAllah ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku tu

Cik Iman said...

syukur alhamdullilah allah panjangkan lagi umur untuk jaga anak nie kan

LydSunshine said...

Mmg Lya, terasa sgt dgn kos sara hidup. Macam Lya lagi la lagi double. Tapi takpe la.. Asalkan kesihatan lya semakin baik.

Kalo nak jimat, guna ron 97. Lebih pemanduan.

Mummydearie said...

Itulah untungnya bila suka snap photo ni, Lya. Banyak kenangan tersimpan rapi. Mujurlah sekaran dah banyak sihatnya Lya ni, harap perkara yang elok-elok aje lepas ni ya ^_^

AnneRaini said...

syukur semuanya dah berlalu... tang minyak kete tu mmg menjejaskan sungguh.. diam2 harga brg sume naik...kalau dulu pergi pasar cukup Rm50 skrg ni tak cukup dah..stress2

Kopiolimauice said...

skrg semua kos sara hidup meningkat next year dh start GST plak kan...

Cik Puan Eka said...

semoga akak terus kuat. Suka tengok akak dan family. Akak sangat tabah dan kuat.

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah..mcm2 ujuan ye lya..

insyaaAllah Allah memberi ujian tidak melebihi kemampuan hambaNya..

alhamdulillah semua lya hadapi dgn kesabaran kan :)

bertabahlah ye dik..

Mama Myja said...

Lya, buat bisnes sabun juga yea. sama la macam mamamyja. cari duit sampingan. hehehe

NzA said...

setiap ujian Allah ada hikmahnya.....Akaktau lya mmg seorg yg kuat sbb tu Allah uji sebegitu juga. Moga 2015 ni menjanjikan yg terbaik utk lya skluarga.

el said...

insyallah semoga dipermudahkan urusan uols ok

papa asya ni mmg bestlah siap nota2 surprise bagai untung lah hehe

Yati said...

Kak Yati doakan semoga Lya sembuh sepenuhnya. Kak Yati juga pernah alami fasa di mana setiap hari adalah satu perjuangan. Doa dan sentiasa fikir positif. Insya-Allah. :)

thenunu said...

salam lya,

la tahzan. semoga lya kuat. Saya doakan lya sihat dan kuat menempuh cabaran. Allah sentiasa bersamamu :)

Amanina Mads said...

lya accident? baru tahu ni.. semoga cepat sembuh.. alhamdulillah :)

Bunda a.k.a KN said...

Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...terima kasih sangat..

Puan Kutu said...

sweetnya papa asya tinggal nota cmtu.huhu

suka tengok setiap pic asya..baby ajaib mama yg betul2 kiut..:)

TunSha Ayunie said...

Dugaan kan kak lya?? nasib baik ada Fain yang setia menjaga akak... tak ramai suami yang sanggup... semoga keluarga akak dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat :)

Yana Yani said...

makin mengenali lya, makin rasa nak peluk pula
kalaulah pelukan tu boleh hilangkan segala keresahan di hati
kita tak pasti apa perancangan ALLAH buat kita
tapi pastinya ia adalah terbaik buat kita
teruskan melangkah ye walau apapun rintangan

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

sweet jek note dari en hubby tu..hihi

hainom OKje said...

Syukurlah Allah masih menghidupkan kita, masih memberi peluang untuk kita menambahkan amalan didunia ini....
Bila dah berlaku kemalangan mulalah kita pun ingat perkara perkara sebelum berlaku kan Lya

Aisy Nasiha said...

Ceria kebanyakkan gambar ni..suka tengok..

InsyaAllah, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.. yang paling ketara akak rasa, Lya makin tabah dan keluarga makin besatu dna saling menghargai antara satu sama lain.. itu yang paling penting

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Random Pic yang penuh warna warni..Banyak kenangan tahun ni kan Lya..semoga tahun depan lebih bermakna..Amin!

ros_reeza said...

Kak Lya, Ros doakan moga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan... Ros kagum dengan ketabahan Kak Lya.. Tak semua boleh lalui apa yang kak Lya hadapi..

QasehnyaRania said...

in shaa Allh smga stiasa di bawah lindunganNya
nota tu sweet la lya. hihi