Monday, December 1, 2014

Dear December, please be good to me ;-)

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Senyum...
walaupun disebalik senyuman itu ada duka..

Hari ini.... 1.12.2014 . Memasuki bulan terakhir bagi tahun 2014. Cepat sungguh masa berjalan. Banyak kenangan yang tercipta di sepanjang 2014 ni. Lagi-lagi peristiwa yang tidak pernah kita jangkakan akan menimpa. Sama seperti insan lain, apabila memasuki tahun baru semestinya kita mengharapkan kehidupan yang lebih baik. Namun, dalam pengharapan itu...kita tidak lepas daripada diuji. Menyusuri perjalan hidup ini, saya di uji sejak dari saat dilahirkan. Sehingga tahun 2000 disahkan sakit kronik & menjalani pembedahan. Sehinggalah tahun 2002 merubah seluruh kehidupan. Seakan gelap gelita saat itu apabila terpaksa akur dengan ujiannya. Terlantar di hospital & harus terima hakikat hidup apabila tubuh badan lumpuh & tidak berfungsi. Namun disebalik ujianNya yang cukup indah ini..di berikan PELANGI yang cukup indah & penuh warna mengubati hati ini.

Kehadiran sahabat sejati yang begitu ikhlas menyayangi diri ini seadanya. Dalam pertarungan melawan sakit, diri tetap utuh berjuang untuk menimba ilmu. Teringat lagi, sampai satu saat pergi ke kuliah dalam keadaan didukung & dipapah. Tahun demi tahun, terus di uji dengan masalah kesihatan. Sehingga satu saat, menerima lamaran dari sahabat sejati untuk menjaga diri ini. Walaupon hati berbelah bagi...menolak.. tapi semuanya terjadi dengan izinNya. Bulan madu pertama kami di hospital, menemani isterinya yang tak sedarkan diri. Begitulah kehidupan berlansung selama beberapa tahun. Rumah..hospital...rumah...hospital.. Cukup 2 tahun usia perkahwina, dikejutkan dengan kehadiran baby ajaib dalam rahim. Walaupon diuji saat membawanya, namun kehadirannya kini mengubati segalanya. 2000-2011 menjalani kehidupan seorang insan yang amat lemah. Sehingga tahun 2012 mengubah segalanya, keyakinan & perjuangan..alhamdulillah Allah SWT makbulkan impian saya untuk menikmati kehidupan seperti insan normal. Keluar ICU akhir tahun 2011, saya nekad untuk ubah keadaan diri demi anak & keluarga. Melawan penyakit dari dalam hati bukan semudahnya. Berperang emosi yang dalam.

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menikmatinya. Sehinggalah Mac 2014, sekali lagi hampir merubah kehidupan. Tak diakui, pada permulaan saya sedar dari koma, saya lemah selemahnya. Masa tu saya fikir mungkin saya akan hilang segalanya sekali lagi? Kali ni saya merasakan sangat sukar untuk dapatkan semula kekuatan tu. Tapi dihujung-hujung saat hampir tertewas, diberikan semula sinar baru. Rupanya, Dia ingin kita merintih & memohon padanya. Alhamdulillah, hari ini saya mula kembali nikmati semula kehidupan itu. Inilah kehidupan, akan sentiasa ada perkara yang tidak terjangka & diduga. Buat mereka yang diuji, bertabahlah.. Masing-masing ada kekuatan itu. Cuma kena cari & kuat. Paling penting, saat diuji..redhakan dihati insyallah kita akan mudah melaluinya walau amat sakit.

Ehh... saya sendiri tak tahu macam mana boleh tercerita semua ni. Idea spontan, point utama just mengharapkan, tahun ni berakhir dengan baik & memasuki tahun baru nanti..semoga kehidupan lebih indah. Cuma, kita kena ingat kehidupan ini ada manis, masam, tawar, pahit. Disebalik semua rasa ni, masing-masing harus bijak untuk mengatasinya. Walaupon kita sentiasa mengharapkan yang baik-baik untuk kehidupan mendatang...tapi kita juga harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

30.11.2014
Penghujung november bersama baby ajaib yang dah tak baby.

29.11.2014
Plan berkumpul dengan BFF. Walau duduk setempat, tapi jumpa setahun sekali mujur
Fliz Star Junior
Lagi 2 orang sibuk main

Best friend forever
FLIZ Star

Aucakkkk...jumpa pic baby ajaib masa tahun 2009.
Puting tak leh lepas.... biar terbalik pom..
Miss u so much sayang!!!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

41 comments:

SalbiahM said...

Semoga 2015 ni akan membawa keberkatan dan kebaikan buat kak lya n keluarga. .stay strong ye ;)

Lynda Che Lah said...

cepatnya masa berlalu kan Lya..
semoga semuanya berjalan lancar dan terus disinari pelangi..

suhailah hamid said...

Sesungguhnya Lya insan terpilih yg diuji oleh Allah untuk mengangkat darjat Lya kpd yg lebih baik.

Sungguh Allah sgt sygkan Lya. Alhamdulillah Lya berjaya tempuhi ujianNya dgn tabah.

Smg beroleh iktibar dr ujian yg diberi.

Semoga kehidupan Lya sekeluarga terus bahagia dan dilimpahi rahmatNya :)

lieyalatif said...

semua kenangan manis dan dugaan sepanjang tahun ni akan menjadi satu memori dlm lipatan sejarah kite lya...moga ape yg belaku ade hikmah tersembunyi...

tak sabar tgu citer darjah satu asya tahun depan heheeheheh...

Salina@IbuAqil said...

Semoga 2015 lebih bersinar..
Dan Allah swt memudahkan urusan kita Lya..
Baby ajaib yg dah x baby tp akan sentiasa menjadi baby dlm hati mamanya selamanya..
Muahxxxxxxxxxxxxx!!
Good luck asya for the next year..
Ibu syg asya ketat2.. ;)

Tengku Fauziana said...

semoga 2015 memberi seribu kebahagian utl ya family dan sentiasa dimurahkan rezeki..amin...

salwana nordin @ che'wa said...

semoga thn disember ni membawa perkara yg baik2 aje utk lya sekeluarga ye..in shaaAllah..

mudah2an Allah memberkati hidupmu dunia akhirat :)

Nur Inani said...

cepat masa berlalu. sedar sedar dah hujung tahun :)

Hati Ema said...

ye... semoga 2015 lebih indah

idzwa kamaruddin said...

semoga kekuatan yang tidak kamu ketahui dapat memberi sinar baru sekali lagi kepada kamu sekeluarga

Acik Erna said...

Alhamdulillah Lya kuat dan bertambahkuat dengana danya baby ajaib dan suami yang sangat memahami dan baik

εïзmummyHazaεïз said...

Stay strong.. semoga kite semua di bawah rahmatNYA..

Jie said...

besar ujian yang diberi, menguji sejauh mana kekuatan n kesabaran yang kita ada.
semoga tahun depan lebih baik,bahagia,sihat dari tahun sebelumnya

AnneRaini said...

in sha Allah ada sinar menanti di hadapan.

Chekgu Azrine said...

Semoga di thn mendatang kehidupan lya akn lebih baik dan bahagia..amin

- dieyana - said...

:-((
Moga awak sentiasa sihat di samping keluarga tersayang.. dan di bawah lindungan Allah Taala. Allah maha besar..allahuakbar!

mamabeauty said...

InsyaAllah 2015 membawa seribu sinar pada diri you ya..

Mama Myja said...

perit getir dugaan dan cabaran adalah salah satu perjalanan sesuatu kehidupan. semoga lya tabah menghadapinya. my wish, semoga lya menjadi isteri dan ibu yang solehah. insyaallah..

~aSHa~ said...

dah ada baby kawan lya yg asha jumpa kat hospital tu

Zee Suhaini said...

bizi la lya lepas ni nak prepare barang persekolahan asya..moga semua dipermudahkan..

mesti eksited asya kan nak masok sekolah baru..

Zaitun said...

MashaAllah tabahnya seorang insan yang bernama Lyafrina. Semoga 2015 memberi cahaya kebahagian buat Lyafrina sekeluarga.

dakcik said...

Semoga 2015 membawa 1000 kemanisan kpd kita ye :)

eMMe said...

Alhamdulillah... Syukur Lya..saya bangga dengan awak, sonok kongsi suka duka dgn Lya.. kalo saya.. ntah la, sekuat lya ke hadapi semua itu... Semoga Lya dan keluarga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkati Allah swt...mane tau, pas ni Fasya dpt adik.... kan.. keajaiban Allah kita tak tau kan lya...

Daddy Ziyyad said...

Saya doakan awak terus diberikan kesihatan yg terbaik, gembira disamping suami & anak anak...Ujian kesihatan yg awak lalui, mmg bukan calang hebatnya....
Jujurnya, saya teringin nak tahu awak sakit apa sebenarnya...kalau sudi berkongsi, email lah ke email saya...audidarthvader@gmail.com

Kalau tak mahu bercerita, tak mengapa, saya faham tentang privasi :)

Moga 2015 kelak kita semua terus dikurniakan Allah pelbagai nikmat dari NYA..

Puan Kutu said...

semoga terus tabah menghadapi hari mendatang.lya insan istimewa yg Allah pilih utk diuji,tu tanda Allah sayang..semoga tahun2 seterusnya terus dilimpahi dengan kegembiraan.Ameen

Najib Ariyan said...

wahh kisah menarik yg turun naik dan berliku2... rajin nya dia menaip panjang2... saya tak pernah ingat apa yg telah lepas... kalau ada gambar baru lah ingat... mudah2an kehidupan akan lebih bahagia di tahun2 mendatang

Kaisara Aiman said...

semoga tahun 2015 lg baik dr tahun ni..;)

Khai♥Rin : anies said...

kesusahan dan kesukaran itu, jika diselami bukan utk menyusahkan tetapi menyenangkan. mungkin bkn utk kesenangan di dunia tetapi diberi pd hari pembalasan nnt...

all the best utk lya sekeluarga

Diana Rashid said...

kagum dengan semanagt Lya...semoga terus sihat sejahtera ye..

Aisy Nasiha said...

Dugaan setiap orang tak sama. Akak mudah sejuk dan redho kalau akak dpat terima hakikat tu bila dalam masalah.. bila berblog ni banyak sangat dapat berkongsi pengalaman dan dapat juga belajar daripada pengalaman orang lain, contohnya dapat tahu kes Lya..
mari kita sama2 doakan seterusnya bakal jadi lebih baik dan lebih gembira ya.. ai..baby dah nak masuk sekolah dah tu..pengalaman baru

NzA said...

InsyaAllah....pakat2 kita brdoa agar thn 2015 menjanjikan yg lebih indah dan baik2 saja.....amiin.

Syima Syaz said...

tahun 2014 ni tahun menguji kita kan Lya.... Insyaallah ada hikmah yang Allah nak bagi pada kita...

semoga tahun 2015 adalah tahun yang baik utk kita semua... insyaallah.

Fiza Rahman said...

Kejap jer kan. Smoga thn 2015 lebih baik dari thun yg sebelumnya. Dan smoga lya di kurniakan kesihatan yg baik hendaknya.

Fifi Nadhrah said...

comelnye fasya mase baby.. pandai julingkan mate..

Mummydearie said...

Semoga 2015 ini membawa sinar kebahagiaan berpanjangan buat Lya, Fain dan Asya. Insya Allah!

Akak mengikuti blog ini pun sebab terasa amat kagum dengan semangat Lya yang kental walaupun pada usia muda. Bila membaca kisah Lya, terasa pulak betapa diri ini kerdil dan lemah bila menghadapi dugaan yang 'biasa-biasa' aje.

Moga segala peristiwa pahit tak akan berulang lagi pada masa mendatang dan hiduplah hendaknya Lya sekeluarga dalam penuh harmoni dan aman damai ya!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Harap2 2015 menjadi tahun yang lebih bahagia dan bermakna buat Lya sekeluarga ...amin

Cik Puan Eka said...

cepat je masa berlalu kan. eka pon mengitung hari lagi dua bulan lebih je nak bersalin. Debarnya.

Smoga akak sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Semoga akak terus kuat

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Semoga hari2 seterusnya dapat dilalui dengan penuh sabar dan tabah..dan semoga pelangi akan menjelma setiap waktu..Amin!

Kopiolimauice said...

smga bulan baru membawa kebahgiaan lya sekeluarga...amin

Yana Yani said...

lya seorang yang kuat pastinya
kalau tak, masakan di uji sedemikian rupa
tahniah pada lya kerana berjaya mengharungi semua ni
tahniah buat suami kerana setia menemani
tahniah buat asya kerana menjadi sahabat sejati
dari jauh saya doakan moga lya terus tabah mengharungi kehidupan ni =)

QasehnyaRania said...

betul tu
in shaa Allah lya smoga tahun 2015 bakal membawa seribu makna buat lya..
jaga diri ye.