Monday, December 8, 2014

D.I.Y : Simple & Budget Birthday Backdrop

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jom buat sendiri birthday background dengan kos yang cukup minimum.
Bukan susah pon, cuma kena rajin mengoogle untuk mencari hasil yang diingini.
Tapi kalau ada banyak $$$ boleh je bayar pada yang pakar untuk realisasikannya.
Tapi kalo saya, lagi suka buat sendiri walaupon hasil tak seberapa, yang peting puas hati.

Birthday background yang simple untuk birthday Fasya ke-6

Antara bahan utama yang diperlukan ialah kertas tisu. Ada jenis yang dah siap gulung cam riben tu & ada yang jenis sekeping. Saya beli macam yang sebelah kiri gambar. Just potong panjang-panjang. Kos kertas tisu yang macam saya beli tu just RM0.50 sekeping. Saya beli 3 keping, warna merah, biru & purple. Kalo yang jenis riben ni tak pasti berapa harganya. Tapi better beli yang jenis sekeping ni je, tu pon dah cukup banyak.

Kertas tisu yang dipotong tadi just stapler kan pada tali or riben selang seli warnanya atau mengikut kretiviti masing-masing.

Untuk hiasan sisi tu just guna kertas tisu warna purple yang dilipat selang seli dengan riben turqoise yang sedia ada. Lebihan gambar "Frozen" untuk banner tu letak kat kedua penjuru.

Untuk hiasan meja just guna lebihan kertas tisu warna purple yang dipotong segitiga & staplerkan pada riben. Lepas tu letak je sekeliling meja. Ada gambar "Sofia The First" saya lekatkan pada setiap segitiga tu. Sepatutnya gambar Sofia The First tu untuk diletakkan pada goodies bag, tapi tak sempat.

Ada lagi lebihan kertas purple, lekat sekeliling meja kek

My little helper

Bila sambut hari jadi tak meriahlah kalo tak ada belong. Kali ni lari dari kebiasaan gantung pada dinding. Kali ni saya beli belon yang berbatang macam ni. Kebetulan rumah MIL ada tempat cucuk bunga telor, terus gunakan untuk cucuk belon ni.

Angkut blackboard Fasya untuk tulis ni

Simple..
Saya tak sediakan banyak makanan kat sini sebab just celebrate family memang tak ramai budak.
Marshmallow tu sebenarnya panjang-panjang, saya potong dan cucuk bulat pada lidi. Cup cake stand tu beli kat MR DIY, just RM5.00.

Lebihan riben saya just letak kat meja candy booth sebagai penyeri.
Candy booth la sangat.

Kos membuat birthday backdrop :-
Kertas tisu 3 pcs = RM0.50 x 3
Cup Cake Stand = RM5.00 (boleh guna lagi lepas ni)
Belon Batang = RM15.00 (20 pcs)
TOTAL : RM 21.50

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

Ann said...

cantik..kreatif mama..byk jimat kt situ kan

mamaarifakeem said...

Cayalah lya..menarik sgt.. hurm... eina pun suka bab2 ni, tapi macam...... pembantu kecil kt rumah ni pasti menyersbutkan keadaan jer..huu...
Pepu tahniah lya.. usaha yg ptt dibanggakan, pasti asya sgt2 happy kan...

syawalsimpsons said...

murah, cantik, kemas N jimat yang penting...yang penting lya mmg rajin...tahniah...sue kalo nak pon gini la

Nurulhuda Abdul Latip said...

Bagus lya diy cam ni, menjimatkan dan lebih memuaskan hati kan..Kita pun sekarang kalau nak buat diy je lebih puas hati kan..

Acik Erna said...

rajinnya Lya..cantik..boleh jadi kenangna Asya

-iLLa- said...

rajin sungguh dan kreatif mama hasya ne..

salwana nordin @ che'wa said...

serius lya..cantik dan kreatif sgt!!

Yana Yani said...

saya suka buat benda gini tau
tapi tulah, faktor kerajinan tu yang membataskan...hehe

Yana Yani said...

saya suka buat benda gini tau
tapi tulah, faktor kerajinan tu yang membataskan...hehe

Falsya said...

Simple tp comel sgt..suke kaler2 background tuh..

LydSunshine said...

murah je kalau buat sendiri kan Lya?

Cikna said...

Happy birthday Fasya... murahnya kertas tisu, beli kat mane eyhh...

done follow bnack #1805....>__<

Syima ~Mama Kyra~ said...

suka tgk lya but DIY..nnt nk try buat jgk la :)

Nazayiena Ayiena said...

comelnya backdrop birthday Asya,hepi belated besday Asya...

IeRA said...

salam singgah..

Jemput follow blog saya ye..tq

AnneRaini said...

lagi senang diy..jimat pon jimat.

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Mama Myja said...

rajinnyer ibu dia... hehe

idzwa kamaruddin said...

wahhh dah la jimat pastu cantik pulak tu!

Nur Inani said...

kreatif nye akak ^__^

AMIIZAA said...

salams lya, cantik dan kreatip.....:)

Kopiolimauice said...

gud sharing bleh cedok idea skit2 kot2 nak buat kan.. ;p

siti alfakhishah aman said...

diy sendiri memang berbaloi.. :)

Najib Ariyan said...

cantiklah... nampak macam mahal juga tu...

saya teringat pegi besday anak sedara kawan... mak bapak dia beli kan belon pelbagai warna yg banyak giler, hampir penuh satu rumah... dahhh tu je prop dia... punya lah meriah tengok... habis parti memasing letupkan belon...

Muhammad Shahril said...

Datang jalan2 dekat sini . Done Follow . nanti jalan2 dekat BLOG kita pulak ehhh :) http://muhammadshahril97.blogspot.com/

Muhammad Shahril said...

Datang jalan2 dekat sini . Done Follow . nanti jalan2 dekat BLOG kita pulak ehhh :) http://muhammadshahril97.blogspot.com/

hainom OKje said...

Mama Asya kreatif..... hihi....tp la ni pun dah banyak contoh kat tenet boleh referkan....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

wahhh..mmg jimat sgt bila diy ni kan..klu kreatif senang jek nk buat ape2..mmg comel n ceria sgt backdrop nih..^_^

Aisy Nasiha said...

Kalau tgk bendanya tak percaya kosnya cuma 21 henggit, nampak mahal dan lawa je..

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Cantik!kreatifnya mama Asya ni..aida try buat hari tu tak meriah sangat cam ni..hihihi..ada helper pulak tu..memang mudah kerja jadinya..hheehe

Ibu Lala said...

Berbaloi rasanya buat sendiri kan dari upah org buat. Syabas lya. Kreatif sgt.

::EIDA:: said...

ini kalau ada Choc Fountain ida lagi meriah nii hehehhehe ~

ros_reeza said...

cantiklah .. kalau jari kreatif, semua pun jadi :)

QasehnyaRania said...

lya mmg kreatif.
jimat sgt kan bila buat d i y. ni

Mummydearie said...

Kalau orang kreatif, beri apa pun jadi. Kiranya Lya ni hebatlah. Akak ni kalut kalau nak buat DIY. Mahu tak menjadi terus majlis. Dah tangan memang keras. Hahaha.