Wednesday, December 17, 2014

Mewangi

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang ni, saya sangat suka dengar lagu "mewangi" ni. Lirik & melodi sangat kena dengan jiwa saya. First time dengar kat Blog Ema yang ada share video lagu "mewangi" ni. Sekarang tiap-tiap hari, sambil buat kerja pasang lagu "mewangi". Duk ulang je. Bila menghayati lirik lagu ni terasa syahdu sangat. Terus teringat kat Fasya, terkenangkan detik-detik membesar dia sambil tengok semula pic-pic lama asya year by year. Memang folder gambar saya dah tersusun setiap tahun. Dalam folder setiap tahun tu ada pulak folder month by month.

Bila tengok kesemua gambar tu, rasa syahdu sangat. Lagi-lagi terkenangkan saat mengandungkan Fasya dalam keadaan koma. Bila diteliti tahun demi tahun, dapat dilihat semakin berubah muka Fasya dari segi kematangan seiring dengan usia. Serius, mama touching sangat ni. Lagi-lagi memikirkan, dalam 2minggu++ lagi Fasya akan memasuki darjah 1. Mama rasa macam tak percaya. Fasya bukan lagi baby yang selalu mama anggap baby. Fasya dah membesar menjadi seorang kanak-kanak perempuan & akan beralih ke alam remaja dan seterusnya ke alam dewasa. Walauapapun, Fasya tetap baby buat mamapapa selamanya.

Masa Fasya baby dulu lak, saya suka dengar lagu "Tercipta Untukku" nyayian ungu. Bila dengar tu boleh menitis air mata. Lirik sangat kena dengan kehadiran Fasya dalam kehidupan saya .


 2008

 2009

 2010

 2011

2012

 2013

 2014

 Lirik Lagu Mewangi
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Perlulah diingatkan.. walau sayang & agungnya seseorang dihati kita. Kita mesti selalu ingat tiada siapa dapat melawan keagungan Allah SWT dalam kehidupan kita semua. Apa-apa pon, kita harus menyemai kasih sayang sesama manusia demi Allah SWT . Teringat otivasi yang saya terima masa lumpuh haritu. Katanya "CINTA, KASIH,SAYANG"..Kalau semuanya diberikan untuk manusia..apa yang ada? Cintailah Allah SWT sepenuh hati. Kasihilah ibubapa sebab melahirkan & membesarkan kita & Sayangilah kita sesama manusia.
11.12.14 @ 6.36pm
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

47 comments:

suhailah hamid said...

Betul lya. Walaupun anak dah makin besar. Mereka tetap baby kita selamanya.

Sob sob sob..sedih baca coretan lya.

Bbwana adienia said...

Fasya dah membesar jadi anak yang cantik..x lama lagi dah nak jadi anak dara sunti ;)

Fazleyatul Aini said...

pic 2009 tu comelnya pipi asya embammmm

syawalsimpsons said...

kejap je asya membesar..alhamdulillah

~aSHa~ said...

ala mcmane music nye..je bagi link blog tu...mau dgr

CikAnie said...

seronok tengok anak sendiri membesar depan mata kan,, sekejap je dah besar,,,sok lusa dah ada kehidupan sendiri,,

salwana nordin @ che'wa said...

akak pun suka sgttttttttt lagu ni lya :)

comei sgt asya dr kecik sampai besar ni..

mmg kan kdg2 kita rinduuuuuuuu saat diaorg kecik, masa berjln tau2 dah besar skang :(

alhamdulillah semoga Allah merahmati dan memberkati hidup asya!!amin

Kakzakie said...

Anugerah terindah yg Allah berikan buat Lya dan Fain tak ada tolok bandingnya kan.. moga terus mewangi hingga ke syurga abadi.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tulah kita pun dah terminat lagu mewangi ni, best kan..akim nyanyi feel gitu..Kita pun ada banyak gambar anak2 tapi tak sempat nak sorting cam ni, rajin lya..Nak buat photobook pun kita tak sempat tau.

mamabeauty said...

In Shaa Allah semoga semuanya always MEWANGI senantiasa ya..

AnneRaini said...

kejap je anak2 membesar. sypun kdg2 dok teringat2 ms diorg baby xtau pape lg..

Tengku Fauziana said...

asya ikut muka sapa ye..bapa dia kot..hihi..
kite pon suka lagu mewangi ni..hihih

Acik Erna said...

Alhamdulillah permata hati Lya membesar dengan sihat dan comel

che mid said...

Allahuakbar..memang syahdu. Rajinnya susun gambar Fasya. Deeja kata comel he he..

amirah said...

anugerah terindah kan asya...tersentuh...

Tihara said...

comelnys asya
suka tengok gambo dia dari kecek sampai beso..
moga jadi anak solehah
aminn ^_^

Tihara said...

klik inti college ^_^

AMIIZAA said...

salams lya,

comelnya asya:)

kita boleh share lagu tercipta untukku :)lagu peberet

Cho Zila said...

lirik cam best.. kena cari ni...
biarkan kasih harum mewangi antara kita dan anak2.. nampak perubahannyerkern... dari kecik dah besarpun sekaranngni..

Aisy Nasiha said...

Sejak baca entry ni tadi, dah 3 kali akak dengar lagu mewangi ni. cepat-cepat buka u-tube tadi, memang sedap lagu ni. sesuai untuk penghayatan kita.. bolehla dikatakan lagu sesuai dengan luahan hati seorang ibu.. moga anak kesayangan Lya ni menjadi insan solehah dan berjaya.. dunia dan akhirat nanti juga...

Falsya said...

falsya pun suke lagu nie..kadang dlm kete berlawan nyanyi ngan somi..hahaha..

somelnye fasya..betul la lya..kalau tgk gambau anak2 time baby smp skang kan, allah rindunye nak peluk masa dieorg baru2 lahir..

Asha Lya said...

Lya pun slalu dgr lagi ni best liriknya

Mama Myja said...

mamamyja suka juga lagu mewangi nih !!! pasang sampai dah bosan dengar. hehe

alongxp dotcom said...

saya baca entri pasal awak koma tu, tapi tak habis, sampai kat masa besday pain tu je, saya terdengar macam suara orang menangis sambil baca apa yang awak tulis, lagipun makin panjang baca, makin sebab... awak memang kuat... all the best for all of you

Fizalinolie said...

Bestnya kan... Setiap detik dirakam. Kekadang ia membuatkan kita berasa syahdu dan betapa bertuahnya dianugerahkan zuriat. Pendek kata. Sudah semestinya kita hendaklah jaga anugerah itu sebaik-baiknya.

Mummydearie said...

Oh, ini lagu yang Lya cakap tempohari dalam komen ya! Akak pun suka lagu ni, sedih lagu ni tak terpilih ke AJL. Akak pun sama, kalau dah suka memang ulang tayang main sampai bernanah telinga ni mendengarnya!

Bagus Lya buat macam ni, setiap bulan dan tahun ada gambar kenangan Fasya. Dah besar nanti tentu dia terharu dengan kerajinan Mamanya menyimpan memori. Anak kan, makin mereka besar semakin rindu kita jadinya!

eMMe said...

Lya, awak dok Kuantan ek, hahaha! kalo la dpt jumpe dah lame wasap ajak jumpe.. Asya anak yg manis...tgk gambar2 Asya dari lahir sampai la skrg.. Alhamdulillah..Mama n papa Asya telah berjaya membesarkan Asya hingga saat ini... Syukur...

Nafira usof said...

tak sangka kan.. dah besar dah anak ajaib Lya nih. senyum sendirik zura tengok setiap pic Asya dari kecik sampai skrg.

Hati Ema said...

terbaik gambo gambo ne.... suke...

Nur Inani said...

kta pun sukaa dengar lagu tu :)

εïзmummyHazaεïз said...

Akak pon suka lagu ni... Melayang2 je jiwa.. Memori terbaik utk asya dr mamanye kan

Liza Yati said...

Dah besar dah Asya. Mewangilah utk mak dan ayah.. :)

Didie Kamila said...

sy pun suka dgr lagu ni..feeling je dgr..hihi..

home renovation said...

Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

norhidana miswan said...

akak pun suke lg mewangi nih... lirik dia tuh bikin touching...

heheheh suke akak tgk gambar asya dr bby sampai skrg nih, dia ttp comei di mata akak... juga di mata lya n suami kan

moga asya kekal sihat n jd anak yg berjaya

Permatabiru said...

rindu mereka kecik2 kan

Syima ~Mama Kyra~ said...

Comel gmbr asya dr bb hgga kini..x lama lg anak kita dah remaja..sedih la pulak teringat time kyra baby..mujur ada abadikan video kyra dlm youtube...bila rindu tgk video..gmbr2 abadikan dlm album, photobook :) :D

Kopiolimauice said...

syahdu plak bca lirik lgu mewangi tu....mcm ank cina fasya bru lahir

Nurul Ain Zulkarnaind said...

syahdu je kan tgk muka anak.

makin comel Fasya skg.

Khai♥Rin : anies said...

arini pun dgr lagu mewangi je...


pic 2008 no 4 tu da nampak muka asya skrg...how time flies kan lya?

el said...

bila tgk gambar2 fasya ni teringat anak2 el ms kecik2 tu..bila anak2 ms diorg kecil ni sure sebak..huhuhu
semoga dipjgkan umur kita untuk membesarkan mereka amin

sal ya said...

Suka jgk dgr lagu ni. Dlm kereta ambik bdk2 ni blk sekolah, kdg2 ke udara. Layan...

Lynda Che Lah said...

inilah syurga kan Lya..
sebak tgk gambar fasya masa baby sbb teringat perjuangan Lya dan Fasya..
semoga Allah melidnungi kalian :)

Sheila Mutalib said...

Sheila pun suka lagu Mewangi ni. Kena pulak cerita Zahira kat tv3 pun pakai lagu ni. Tu yg tengok cite tu jugak...

Fasha dah nak sekolah ye. Seronok kan tgk anak2 membesar.

Rosmiza Ali said...

Benar Lya.. Tapi kite manusia ni terlalu mengagungkan rasa cinta dan mengasihi sesama manusia sehingga tak perasan yag perasaan tu dah melebihi rasa cinta dan kasih kita pada Allah..Huhu.. Sedang muhasabah diri.. Semoga terus diberi ketabahan & kekuatan.. T_T
RosmizaAliDotCom™

Yana Yani said...

saya pun suka dengar lagu tu

kan lya...cepat betul anak kita membesar
rasa macam baru semalam membelai diorang
ni kejab lagi dah masuk darjah satu
nanti kang, tau-tau aje nak kahwin...wahaha!
tak percaya betul rasanya

Masya said...

bila anak makin besar mmg kita akan mudah rasa tersentuhkan.. terkenangkan masa mereka kecil ...