Thursday, December 18, 2014

Pengalaman Kali Pertama Cabut Gigi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu perancangan saya sementara cuti sekolah ni, memang nak bawa Fasya cabut gigi atas dia. Kebetulan gigi baru tumbuh kat bahagian atas, tapi gigi lama dia masih ada. Kalo tak dibuang takut menganggu pertumbuhan gigi baru. So, sempatlah bawa Fasya ke klinik gigi. Asalnya nak masuk kerja lepas dah settle hal gigi Fasya. Kebetulan hujan lebat, terus ambil cuti je. Lagi pon, dah janji nak bawa dia ke library selepas cabut gigi. Fasya dengan klinik gigi ni dah familiar. Saya dah jadikan rutin berjumpa dentist 2x setahun sejak dia berumur 2 tahun lagi. Cuma tahun ni, lewat sikit jumpa dentis..kira-kira bulan 9 haritu, sebabnya awal tahun haritu saya kemalangan kan. Gigi Fasya sebenarnya bukan buruk, cuma masalahnya gigi susu dia mereput & lama kelamaan dah tenggelam duk dalam gusi. Kalo sekali tengok macam gigi atas dia dah tak ada. Sebenarnya ada je, cuma dah mereput & tinggal sipih-spih kat dalam gusi. Tu yang kena buang jugak.

Sebelum tu, pada tanggal 5.11.14 buat pertama kalinya gigi bahagian bawah asya tercabut. Yang ni memang kes gigi goyang dan tercabut dengan sendirnya. Sekarang dah tumbuh gigi baru pon.

 15.12.14
Ok, berbalik pada tajuk. Ini juga pengalaman kali pertama Fasya cabut gigi kat klinik. Selama ni kalo pergi pon just rutin checkup aje. Mula-mula risau jugak takut dia melalak macam mama dia masa kecil dulu. Mama dia punyalah dasyat, lepas doc cucuk ubat selumber lari laju ke luar & terus berpaut pada plat kereta orang. Sampai tercabut habis. Sudahnya, selamatlah mamanya waktu tu. Punyalah penakut. Hihi. Bimbang juga, buatnya menurun perangai mamanya.

Masa baru sampai kat klinik gigi.
Dia rileks je.


Dalam debaran menunggu masuk bilik.

Masa ni Fasya tanya :-
"mama.. sakit tak cabut gigi.. dia buat macam mana?"
" Eyhhhh,,, sakit la.. dia ambik jarum panjanggggggg sangat lepas tu cucuk kat gigi. Lepas tu ambik spannar, korek-korek gigi sampai tercabut" --> bahagian nak menakutkan.. haha..
"Haaaaa... betol ke mama.. bakpe papa kata, dia cucuk sikit..lepas tu dia tumbuk je kat gigi..gigi terus tercabut"
"Dah...adik tak takut ke??"
"Takut mama... macam mana ni mama"
"Ok.. kalo sakit, ingat macam mama ajar, tarik nafas panjang"

Eyhh..senyum je dia masuk bilik ni

Time cabut gigi bahagian atas. Alhamdulillah, nampak dia pejam-pejam mata. Maybe menahan sakit. Tapi syukur la, dia steady je. Tak de lah menangis. Lepas cabut gigi, senyum aje.

 Lepas dah cabut gigi. Bila tanya sakit tak? sakit sikit je kan.. katanya " mana ada mama.. sakit banyak laaaa mama.." . Tapi bila ditanya, lepas ni takut lagi tak kalo nak cabut yang lain. Saja nak test power dia, nak tengok jawapannya. Tapi mujurlah, dia angguk..katanya, xpelah sakit sekejap je. Sebab asya nak senyum nampak gigi.. hihihi
Menunggu ketibaan papa dalam hujan lebat.
Kebetulan start hari ni hujan lebat non stop.
 Bimbang jugak, takut banjir macam tahun lepas.

Petang tu cuba bagi makan pil paracetamol, takut gusi dia sakit-sakit. Tapi dia terkeluarkan semula pil tu walaupon dah dipotong kecil. Tak leh telan, pahit katanya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


35 comments:

Aisy Nasiha said...

Ala.. Fasya ni takut telan ubat ya.. macam mana nak cepat baik kalau tak makan ubat, kena mudah telan ya? Ai.. aunty hok dah besar ni pun takut kalau nk jumpa doktor gigi tau, jadi Fasya memang hebat la.. berani dan good girl masa cabut gigi. Bagusla gitu, nanti baru dapat gigi yang lawa tau.. mulalah rasa risau, dua Ahmad ni kalau kena macam ni, agaknya macam manalah ya??

babYpose said...

pengalaman awal cabut gigi, steady Asya ni tak nangis..nanti gigi tubuh cantik, bagi makan ubat tak nak ye..

CikAnie said...

pandai asya tak nangis,, bukan semua budak berani masam asya,, anak saya pun nangis kalau jumpa doktor gigi,, sebenarnya bebudak ni takut hihihi,,

Bbwana adienia said...

Hehe..kuat semangat fasya tu kan..wana pengalaman pertama cabut gigi masa tadika..walaupun takut tapi x la melarikan diri..hee :)

AnneRaini said...

wah hebatlah asya...auntie pon takut nak cabut gigi..hahhaa

suhailah hamid said...

Bagus asya sbb berani.
Good girl :)

lieyalatif said...

yeay!!! asya berani....brave girl!!! muke steady jek tu lya...langsung tak de riak muke cuak heheeheh.... bagus asya....

tu laa lya, same laa mcm budak2 ni dulu...gigi mcm buruk maybe kesan hisap botol susu mase tdo.... tapi mia mija jenis lambat gak luruh gigi susu..sampai gigi kekal berebut nak keluar.... simpang siur gigi kekal...mmg kene pakai braces besar nanti....

syawalsimpsons said...

adoi asya ni kuat la....muka tak nangis pon..mmg kuat

Sue-Rya Qistina said...

wahhhh..bagusnya asya..aunty sendiri takut nak g klinik gigi..hehehe..wat malu je kan aunty ni..

www.suriaqistina.blogspot.com

mamabeauty said...

selalunya i yang akan takut bila cabut gigi.. my daughter rileks jer hehehe.. as usual mommy dia yang lelebih..

salwana nordin @ che'wa said...

berani sgt asya!

abg hadi pun belum seberani mcm ni tau hhhiiiiiiiii

alya lg la..

good job asya!nnt gigi cantik tersusun je :)

AMIIZAA said...

Hehehehehhe cute pertanyaan asya:)

norhidana miswan said...

berani nya asya....

nadia mansor said...

wa...kuatnya fasha..aunty sampai sekarang dgr dr gigi pon terketar lutut lg..kohkoh

Kakzakie said...

Lya ni pun satu kenapa nak takut-takutkan. Nasib baik Asya jenis budak berani:)

Khai♥Rin : anies said...

malu kt asya berani g cabut gg ;-)

amirah said...

ahmad pun sama la liya...gigi dia dah mereput dah...nak cabut dr kata biarkan dulu..so senyum x leh nampak gigi lagi..hihi

Nur Inani said...

cool je muka anak mama ni. hihihi :)

Sura Mohd said...

bagus bawak asya cabut gigi cepat..anak akak dulu pon camtu..klu gigi baru kluar..tp gigi susu belum tercabut..cepat2 bawak jumpa dentist..takut anak dara gigi x lawa..haha.anak no 2 akak gigi jarang2..huhu:)

aizamia3 said...

Anak saya pun dah lama tak pergi check up giginya

Chenta Ummi said...

masa saya kecik saya ada pengalaman cabut gigi yg sangat menyakitkan ditambah pula dengan layanan nurse yang sangatlah menyakitkan hati.. sampai skang saya mmg ada fobia skit nak cabut gigi..huhuh

Nafira usof said...

Ya Allah.. berani nye Asya.
kagum untie tengok Asya.
untie sendirik pon penakut tau.
lepas nih nak pergi cek gigi jugak lah. harap2 x de yg rosak.. hehehe

Daddy Ziyyad said...

Good girl Asya !!

Susah nak yakinkan budak2 utk jumpa dentist ni, sebab org dewasa pun, ramai yg takut! hahaha

εïзmummyHazaεïз said...

Acik haza surrender... Paling takot dentist. Walaupon sendiri keje nurse. Caya la asya..

Diana Rashid said...

Anak saya dah dua kali cabut gigi..mula2 tak nangis.kali ke dua dia nangis..tapi kalau apa2 pasal gigi dia tak kisah nak pi klinik..heheh..mujur la..

Qaseh Vee said...

bab cabut , saya ok lagi tapi klu bab korek ... dgr bunyi jer dah meremang bulu roma ... hahahaaa

Puan Awin said...

ala fasya, cabut gigi susu ni sakit sikit je, sakit sekejap je pun ;) pas mkn aiskrim, hilang la sakitnya...

el said...

gud girl fasya
lau anak el semua penakut ekeke

sal ya said...

Alya pun cabut gigi jgk. Mmg dia tkt. Cm lps cabut dia ok je. Seronok plk.

Lynda Che Lah said...

beraninya syg..
tp auntie tau..asya mmg anak yang hebat..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

gud girl asya..steady jek masuk dlm bilik doc..kalau zara kompem nanges2 dah..hahaha..nway,z ara satu gigi pon tkt ercabut lagi..sume gigi susu ada lagi tu haa.wuwuwuwu

Rosmiza Ali said...

Strong girl Fasya! Dari dalam perut lagi dah bertarung, inikan pula setakat cabut gigi kan? Syabas sayang! ^_^
RosmizaAliDotCom™

Yana Yani said...

saya tak pernah lagi bawa anak p klinik gigi =)
tapi asya kuat cam mama dia
tengok muka pun steady aje

Mummydearie said...

Akak pun jenis penakut juga. Cuti kali ni memang plan nak bawa anak pi klinik gigi tapi asyik bertangguh je. Last-last last week pi klinik gigi doktor pulak takda tengah bercuti. Dapat buat appointment aje. Itu pun 7 Feb nanti baru boleh datang semula!

Masya said...

kira beranilah jugak fasya ni .. walaupun sakit mahu jgk dia cabut gigi...