Wednesday, December 3, 2014

The Gingerbread Man

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fasya ni jenis dia memang susah sangat nak makan. Kalau nak bagi dia makan memang kena buat special-special sikit. Tapi sekarang ni dia dah pandai demand, sikit-sikit... "mamaaaaa.... buat sesuatu untuk adik...buat special untuk adik" . Kalo roti tu macam-macam peseng (style) dah buat . Kadang tu sosej, daging burger dan khemah biskut pon ada. Asya kan jenis tak makan nasi, dia makan yang macam-macam ni je, almaklumla "mat saleh celop" .

 Tapi kan, tak diakui, anak akan berselera makan bila kita hidangkan dalam bentuk yang menarik. Sebab tu saya berazam untuk darjah 1 nanti saya nak sediakan bekal a.k.a bento hari-hari untuk Fasya. Insyallah mudahan dipermudahkan lah untuk saya. Tapi sekarang dah masuk hampir 2 bulan kot saya bawak bekal ke tempat kerja. Memang tiap-tiap malam saya akan memasak lauk untuk esok. Selan untuk saya, untuk papa asya jugak. Banyak tu jimat. Kalo sebelum ni bila keluar makan, RM10 dalam tangan la keluar. Atleast sekarang RM10 saya boleh simpan.

Ehhh.. termelalut dah cerita. Berbalik pada tajuk, gigih saya prepare roti untuk cinta hati saya tu. Simple je, bukan susah pom. Tapi yang simple tu tetap memberi impak besar pada anak. Keterujaan & kegembiraan teserlah. Biasanya tiap kali saya buat "special" untuk asya memang saya tak bagi dia tengok. Kata surprise kan. Mula la member ni terhendap-hendap dari belakang nak tengok. Sebelum ni pernah buat bentuk "Love", Triangle dan macam-macam lagi. Patut kena snap semua tu untuk kenangan. Tapi ye la, tak semestinya setiap masa sempat nak snap-snap ni walaupon saya tukang snap yang tegar. Mana yang sempat, sempat la. Biasanya tiap kali nak buat ni, kalo kering ideal... gunakan jejari runcing dan google.

Taraaa... special untuk asya.
Just roti keping biasa disapu susu pekat.
Dia suka makan roti+susu pekat ikut mama dia la ni.
Bahagian mata tu, guna roti yang digentel.
Yang bahagian kening, mulut, hidung &
button pada badan tu just guna bahagian tepi roti tu

Kata Asya :-
" Tq mamaaa...sebab selalu buat special untuk adik"
So sweet.. mama rasa dihargai sangat bila asya makan
dengan penuh selera siap suruh buat satu lagi

Pic ambik kat FB Kelab Bento.
Sebenarnya saya nak buat macam ni...
Tapi bila buat jadi lain la plok. Ha ha.
Biasalah, memang kita boleh ambik idea orang,
tapi bila airtangan kita akan lain hasilnya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

39 comments:

SalbiahM said...

Roti bentuk macam tu saya pun selera jugak tengok. .hehe.moga tercapai impian nak bawak bekal bento untuk asya tahun depan ye

Kakzakie said...

Berbento ni tangan dan minda kena kerja serentak baru menjadi dan yg pasti anak-anak memang suka kan:)

IeRA said...

SAlam pagi..

Cute nya..

Mama Myja said...

rajinnya mama dia. mamamyja nak buat cam tu pon xsempat. hehe, x menang tangan

Aeen said...

nak ada bentuk baru nak makan yeh...heheh...

Bbwana adienia said...

Best dan mcm2 bento yg bleh dibuat dlm bentuk kreatif..sgt comel ginger bread man tu..hehe..wana pun teruja tengok ^_^

syawalsimpsons said...

rajin mama asya ngan asya main deco2 ni yee

Mummydearie said...

Rajinnya, Lya. Ciri-ciri rakan blogger si Lieyalatif dah nampak menjangkit dah ni. Tak sabar nak tunggu tahun depan. Mesti comel-comel bento Asha. Sila jangan lupa snap setiap kali buat ya. Akak suka tengok ajelah. Nak buat, memang kita je mengerah tenaga, si Abang tak hairan pun nak makan!

Ummu Athiyah Ismail said...

comel nyer roti hihi..nak makan pun macam sayang jer :)

NzA said...

kreatif mama asya.....beruntung asya dpt mama yg hebat.

εïзmummyHazaεïз said...

Hehhee good luck mama lya. Akak dah berbento masa awal2 diorg start sekolah. Sejak start keje office hour dah jarang berbento diorg..

suhailah hamid said...

Boleh join fb group bento. Mcm2 idea bento yg dikongsikan di sana..

Khai♥Rin : anies said...

lepas ni lg banyakkkk bento utk asya kannnnn ;-)

eMMe said...

oh tu bukan ginger bread Lya, tu Milkybread, hehehehe.. sbb tak gune ginger, gune susu kan, heeee~ kreatif kamu Lya, sonok Fasya suke makan kan.. roti la senang... tak yah beria nk masak, heeee~

AnneRaini said...

haha comel2...tahun depan blh tgk lya update citer bento asya pulak..

Siti Asiah said...

xpe, permulaan Lya...nant pasti mst dapat wat cam kat gambar tu. Mst Asya lagi hepi...;)

Cik Puan Eka said...

comelnyaa. nak makan pun syg kalu gini hehehehe

norhidana miswan said...

comei... suke lah si asya tuh... pasni msti lg mcm2 lya bt

Syima ~Mama Kyra~ said...

wah bagusla idea ni..sama cam kyra ssh ckit nk mkn..cerewet sb tu kurus..kekeke..bagus lya bwk bekal..bole smpn duit utk reno nnt kan..sama cam kami dlu2 jimat utk saving..Alhamdulilah dpt smpn duit utk reno deco umah idaman wlpn simple tp puas hati sbb guna duit saving bkn loan :):D

- said...

hmm..mamanya kena kreatif setiap hari ni...hehehe

idzwa kamaruddin said...

alaa homey homeyyyyy ;)

Nafira usof said...

kreatifnye Mama Asyaaaa!
kiut pulak nampak.. hehehe.

el said...

kena rajinlah pas ni lya
el pun excited tgk uols wat bento2 ni..el xde nak bento2 lahhhhh..mkn lah anakanda semua mcm tu je hehe

el pun suka mkn roti keping sapu susu..sedapppp!!!

Kazman / Sue said...

bila tengok makanan tu comel macam sayang pulak nak makan....

AMIIZAA said...

comelnya......

Asha Lya said...

Good idea mnarik minat ank2 utk mkn

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

hehe..comel jugak..cuma kena lebihkan main dengan kaler kot Lya..lagi menarik..hehe..Asya sama dengan Aqil..taknak makan nasi..runsing aida..huhuhu

Daddy Ziyyad said...

Mmg kena kreatif bila nak pujuk anak anak jenis yg susah makan..so kena create bentuk2 haiwan..bentuk2 yg cantik....:)

Bawak bekal mmg option terbaik..sekarang ni, makan luar mmg mahal

mummY daniSha said...

dulu mase danisha kecik2 payah makan....buat mcm ni lah hahaha...semate2 nak bg die suke mkn hehe....

Didie Kamila said...

rajin n seet nye mama fasya..sweet sngt..

Diana Rashid said...

comel nya..buat special2 macam ni baru nak makan ye Asya..bijak!heheh

hainom OKje said...

Kreatif ler....mmg sukalah asya makan kalau cenggini

Kopiolimauice said...

eh cute je yg mama asya buat tu takpe hari2 buat nnti msti hasilnya kebabom

Puan Kutu said...

kiutnya roti..mmg klu anak susah makan ni mamanya kena la kreatif..macam aiman tak payah, bagi apa pun licin dia kerjakan,,tak payah deco..(nmpk sgt ibunya malas.hahaha)

Amanina Mads said...

kalau bawa bekal memang jimat.. nina pun kalau rajin selalu bawa bekal. comelnya.. memang kreatif lya :)

Yana Yani said...

hehe...kira okay tu lya sebagai langkah permulaan
saya mi langsung tak buat gitu
bila nak buat encik suami bising, dia kata keluar jadi lain juga...hehe
asya macam sepupu saya tak makan nasi
dia geli temgok nasi, dia makan sama macam asya =)

Aisy Nasiha said...

Olo olo..comelnya roti Fasya ni. Patutla Fasya suka. Untung la ada mama yang rajin buat macam2 peseng makanan.. ai, akka pun ada niat nak berbento tapi setakat ni malas lagi.. apa nak buat ni? Adoi

ros_reeza said...

budak budak memang akan berselera kalau kita hias macam macam kan :)

QasehnyaRania said...

kan xlist lya dh cuba yg terbaik buat asya.
kalau saya ntah jadi ke tidak tu.hihi
kena prektis la jugak.nti blh buat bento dkt anakmhihi

betul tu skrg ni mana mana mkan mmg mhl dpt bjimat duit waktu kja pon kira bgus dh.. kan.