Thursday, January 30, 2014

Family Fun Day 2013 @ Dhe Rhu Beach Resort : Day 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nak sambung stori family day last year (2013)... yang terbengkalai terus ni. Takpelah lambat pon, tetap nak abadikan kenangan kat blog ni. Sebenarnya pic ni dah lama pon upload, cuma bab mengayat tu yang lambat. Nak mengayat pon kena ada strategi, baru orang tak jemu membacanya. 

01.11.2013
Hari ke-2 ni sepenuhnya acara sukaneka buat kesemua pekerja, family & anak-anak.
Alhamdulillah, memang enjoy giler. Masing-masing semuanya sporting. Start dari pagi & berhenti rehat pukul 12.00pm-2.30pm. Pukul 2.45pm sambung semula acara suakneka sehingga pukul 5.00pm. Selepas tu acara bebas.



 Lepas breakfast buat sesi photoshoot. Walaupon sebenarnya tak sepenuhnya yang ada dalam pic ni.
Kenangan , bukan senang nak kumpul-kumpul camni

 Mula berkumpul di padang permainan.
padang yang disediakan amat selesa untuk sukaneka yang dijalankan hari tu.


Asya & kakak Pearl


Isi Air Dalam Botol

Lari Sambil Kepik Belon Celah ketiak

Asya just masuk 2 acara je.. Saja meriahkan. Asya tak menang pon, coz bertanding dengan budak umur 6 & 7 tahun. hehe.. Tapi xpe, just have fun kan asya...


Peace Sana


Peace Sini

Kalah teruk ! Tak mampu den nak menarik


Sambut telur.. 
Pon terkeluar awal


pecah belon dikaki..
Yihaaa.. menang tempat ke-2. Persaingan sengit.


Sambung straw & berlari..
Sebenarnya winner.. elok je sampai kat juri, straw jatuh & patah..
Huhu.. dah xde rezeki ;-(





Cari gula-gula dalam tepung, yang ni saya menang tempat ke-2

Sebenarnya banyak lagi game yang dipertandingan mengikut kategori.. Lebih daripada 20 game kot.. Cuma saya upload yang saya join je.. hehe..acilah kan? Jimat space katekan.


My happy family





Last sebelum bersurai, gediks2 tepi kolam.
Selepas tamat acara sukaneka tu, aktiviti bebas.. Mandi kolam sekejap, pastu terus melepak dalam bilik je. keletihan.




Acara malam lak, just dinner & game spontan.. Hadiah pon spontan malam tu. Dapat wang tunai $$$$ memang kelakar habis la.. lepas tu, dah settle acara makan malam & game spontan tu saya & AJK sibuk buat preaparation untuk majlis penutup pada keesokkannya. Termasuk menyusun majlis, proses pmbahagian hadiah-hadiah & cabutan bertuah. Dah settle, saya join main badminton & lepas tu terus balik ke bilik.

** Selamat bercuti panjang uols semua!! 
Saya hari Ahad dah kerja ye.. Have a nice holiday !**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, January 27, 2014

D.I.Y : Minion Goodies Birthday

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni sebenarnya dah di draft sejak Nov 2013 lagi.. Tapi ni baru sempat nak publish.. Lepas ni keje saya nak publish semua entri-entri yang dah di draftkan sebelum ni jela. Sempena ulangtahun kelahiran asya yang ke-5, saya sempat prepare goodies untuk kawan-kawan asya ni.

Mencari idea untuk menyediakan goodies harijadi??Tahun ni (2013)  hot dengan karekter "MINION" dalam cerita kartun Despicable Me 2. Oleh kerana kali ni kesuntukan masa untuk menyediakannya.. jadi tak sepenuhnya DIY. Contohnyer paper bag pon saya beli yang siap.. Kalo ikut plan nak buat sendiri je. Budget untuk goodies ni semua dalam RM70++ untuk 100 pcs .  .

1. Just beli paper bag ni. 
Banyak jual kat kedai borong or pasaraya. Harga dalam RM4/100pcs

2. Just edit nama asya kat McWord.Print & gunting untuk ditampal pada paperbag. 
Kosnyer FOC aje. Yang perlu cuma ideal. Hehe

Yang dah siap ditampal

Riben. Saya combine riben biru & kuning.Saya beli yang roll & buat sendiri riben ni.
Warna tema MINION kan.. Kos dalam RM3 je kot.

Just lipat hujung paperbag & staplerkan dengan riben

ISI-ISI DALAM GOODIES BAG




Handmade card ni saya tempah dengan CHA@Blogger HIJAU .
Kalo tak silap kosnya dalam RM30.

Topeng ni beli kat SUPER COWBOY.
Kalo kat sana memang banyak giler pilihan & murah-murah.
Harga dalam RM4.00

KeyChain MINION. Juga beli kat SUPER COWBOY.
Just RM6.00/100pcs

Selain tu saya isikan coklat, biskutApollo, Kek Apollo & Kacang.
Beli kat kedai borong just RM30.
*Pic xde..lupa snap*





Sekian...ideal goodies budget rendah. Apa yang penting anak suka ;-)
Saya sediakan goodies ni dalam 100pcs untuk kawan-kawan sekolah, sepupu & anak-anak blogger ( tapi sori, xsempat pos, sebab semua musnah disebabkan banjir). Mujur birth sempat celebrate sebelum banjir tu.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, January 21, 2014

Afina Aulia kah???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Afina Aulia kah ini??? 
Sape pernah layan Playboy Itu Suamiku tahu la kan sape Afina Aulia ni??
 Saya ni bukan layan sangat, tapi sesekali terlayan jugak citer ni.
Pic ni diambil pada November 2013. Masa pergi kat Kedai Ekonomi RM2, asya terbekenan dengan spek beso ni plok. Tapi bila dpakai...CUTE la plok anok mama ni!



Pergi pasar malam pon, xnak buang spek dia tu.
Tapi sekarang spek ni ntah kemana.. Dah hanyut banjir kot.
Mujur RM2 je.



Sekian dulu la.. Baru start enjin ni nak menulis semula.
Biasalah..mula2 tu slow sikit, dang dia panas laju berdecung la...

** Kat entri sebelum ni ramai yang ingat mama saya muda lagi.. Sebenarnya dah nak masuk 70 tahun pon usia mama. Alhamdulillah, muka mama awet muda (tapi rambut mama mmg dah beruban sekepala) & nampak sihat. Kalo tak manakan SUPERWOMEN ni dapat menjaga waktu saya sakit dulu. Kalo duduk sekali dengan abang & kakak memang orang ingat adik beradik. Maybe sebab pemakanan jugak..sejak dulu mmg mama saya x makan ayam & x pernah sentuh makanan segera sprti KFC,PIZZA dll. Selain tu setiap kali makan nasi, wajib berulam.Dan paling penting, air wuduk tu menyerikan wajah **


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, January 20, 2014

Selamat Menunaikan Umrah Mama !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tenggelam timbul..tenggelam timbul.. Time timbul adela entri ye. Kat cni line internet sekejap OK, sekejap KO. Menurut TM, banyak kabel yang rosak sebab banjir & terpaksa tukar/baiki..sebab tu line internet kat sini selalu putus-putus & lambat loading. Huhu.takpelah..bersabarlah kite.

Last week ( 15.01.2014), saya ambil annual leave sebab hantar mama menunaikan umrah. Asya pon ponteng sekolah sebab nak hantar tok ma dia kat airport. Mama dijangka balik pada 27.01.2014 . Mudahan mama dapat melakukan ibadah umrah dengan sebaiknya & dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Insyallah. Seawal pukul 6.30am dah bertolak dari rumah, coz flight ke KLIA pukul 9.00am.

Naik flight dari  Lapangan Terbang Sultan Ahmad, Kuantan ke KLIA .

Mama saya yang sangat kuat, tabah & comel.
 Hehe

Asya & Tok Ma

Kenangan bersama mama.
Saya sendiri tak tau, nape bila dalam pic saya nampak sangat2 berisi esspecially tang muka. Huhu, muka x fotogenik.


Bergambar kenangan sebelum mama berlepas bersama sebahagian family yang hantar, abang-abang yang lain tunggu  kat KLIA.

Mama sebelum berlepas tu, memang terjadilah adegan airmata.
 Sedih yang amat, sebak semacam.

Kemain eksited tengok kapalterbang depan mata.

Odway balik singgah ke Giant Kuantan sebab Fain nak cari karpet kereta. Sempat isi perut kat food court d\Giant Kuantan. 

Saya order Lamb Chop. Sebab dari dulu saya suka makan Lamb Chop kat sini. Dan lagi best sebab harga dia murah, just RM12.50. Tersangat jauh beza dengan harga Lamb Chop di Kemaman, harga standard RM18++ & ada yang cecah RM38.00, tapi rasanya biasa2 sajo..dah la kecik. Kira puas hati la makan kat sini. Sememangnya harga makanan tersangat mahal di Kemaman, ramai orang luar dari KL dll terkejut dengan harga makanan kat sini yang jauh beza mahal. Huhu.. terpaksa terima hakikat duduk di Kemaman yang tersenarai di tangga ke-3 taraf hidup tinggi. Selain tu kat Food Court Giant ni kalo singgah wajib gak pekena sizzling or claypot. Memang terbaik r. 

Lepas ke Giant, singgah MYdin sebab nak beli barang sikit. Dan bila dah sampai kat Giant ni wajib pekena Cendol kat sini. Memang femes sejak dulu.. Sekarang dah generasi ke berapa ntah..dulu pak cik tua. Lokasi, tepi MYDIN Kuantan aje..

Tak sabar nak pekena Cendol. Kongsi dengan mama je.

Saya pilih Cendol Pulut. Just RM2.50 . Memang terbaik la.
 Rasanya lemak-lemak santan + manis2 gula melaka.

Last destinasi, singgah di SSF cuci-cuci mata & survey barang2 untuk masuk rumah akan datang. Confirm akan datang sini sebab suka dengan semua kelengkapan daripada sofa hinggalah ke barangan untuk deko-deko. Nak gi Ikea jauh sangat! Tapi bunga-bunga ni not my taste la.. Suka simple2 aje.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)