Tuesday, February 25, 2014

Jantung Hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sejak petang kelmarin, hati ni tak keruan memikirkan satu-satunya jantung hati ini. Bagai dihempap batu bila terima Whatsapp dari Fain t/hari tu. Menangis & menangis... Sedih... Adakah apa yang dikatakan oleh doc sewaktu mengandungkan asya menjadi kenyataan hari ini?? Sungguh.. susah saya nak terima semua ni. Ya Allah, salah mama kah sebab mengandungkan asya dalam keadaan koma dulu?? Hingga membawa derita dalam diri asya? Sampai saat ni, saya xleh tumpu perhatian pada kerja. Masih terfikir-fikir.. Terngiang-ngiamg apa yang diperkatakan. Fain dah nasihat, " jangan fikir sangat... biar apa yang orang nak kata"... Macamana tak nak fikir?? Sebab saya yang mengandung & melahirkan dia?
OK.. FULLSTOP ! Mamapapa redha.. mamapapa akan lakukan yang terbaik buat asya. Ini ujian buat mamapapa.. Mamapapa takkan putus asa.. akan terus berusaha demi asya. Teruskan kekuatanmu, sebagaimana kamu kuat sewaktu berjuang untuk bertemu mamapapa.

Wajah yang menyimpan 1001 kisah.. Kamu anak istimewa buat mamapapa sayang.. Terus berjuang ! Saya sendiri, sejak semalam dah mula tak sihat.. Maybe kerana terlalu memikirkannya. Dari semalam nak pitam-pitam. Hari ni, xleh nak sentuh makanan... Semua rasa pahit. Tak pela... akan terus positifkan diri. Insyallah.. insyallah..insyallah ... 

** mesti semua tertanya-tanya, kenapa dengan asya?? Saya tak bersedia untuk berkongsi. Biarlah kami saja yang mengetahui hakikat ini. Hakikat yang amat perit . Stay strong ! Kalo ikut hati, saya tak nak pon menulis kat sini.. Tapi... HATI saya tak tertahan.. Rasa yang perlu diluahkan..**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 24, 2014

Allesya Kafe : Mencari Takoyaki Di Kemaman ??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah...boleh juga menaip akhirnya.. Kadang-kadang sakit jiwa dengan strymyx,rasa nak potongggg je. Asal kul 11pm++ mesti line putus2.. Ntah la?Tak tahu apekes.Tapi jadi geram jugok la.. boleh potong stim mood nak bw n up entri. Lega, sebab dah selamat BW.. tapi ada 5komen tersilap delete..aduyai! Saya sayang komen2 yang diterima dari semua sahabat blogger..kalo la boleh korek semula komen2 tu.. Bagi saya setiap komen tu beharga n menceriakan hari saya. Berbalik pada tajuk, Allesya Kafe ni restoran baru kat Kemaman ni. As usual, kami laki bini memang suka mencuba tempat baru.. Kebetulan dekat dengan rumah.

Pelan lokasi ke Allesya Kafe.
Orang-orang Cukai Kemaman faham la pelan ni ;-)

Apa istimewanya Allesya Kafe?? 

Sebab.......... ada TAKOYAKI. Saya rasa yang pertama kat Kemaman ni. Sungguh sedap & saya suka rasanya. Takoyaki ni makanan Jepun. Memang lepas makan sekali terus teringat-ingat. Saya ambik Takoyaki Udang+Sotong+Sosej = RM3.50 untuk 4 ketul.

Abam Fain pekena Lamb Chop. No bad rasanya.. 

Mee sup dia pon sedap & kena dengan tekak saya.

Kalo dia blh makan banyak..maknanya memang sedap la mee sup ni. Sebab asya memang TER-amat memilih bab-bab makan ni. Kalo dia makan bersungguh tu memang sedaplah maknaya..

** Nak dijadikan rezeki, lepas saya makan Takoyaki tu saya up kat instagram & share ke wall FB saya & page Jalan-Jalan Cari Makan Bandar Chukai Kemaman..Tak sangka owner kafe ni baca post saya. Kali ke-2 saya ke sini terus dapat diskaun 10%. Ya Allah, saya memang ikhlas promot & nk perkenalkan kafe ni sebab menu dia unik.. Tapi tak sangka jadi rezeki kami . Apa-apa pon saya doakan moga kafe ni terus sukses & maju..Apa yang pasti owner ni amat peramah orangnya**


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, February 21, 2014

Resepi : Udang Galah Goreng Berlada

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lamanya tak share resepi. Lagipon saya bukan selalu ada masa nak memasak.. Sesekali tu berasap jugak la dapur. Kali ni nak share resepi masakan udang galah berlada. FYI, kat sini harga udang RM35/kg. Udang tu kecik-kecik je.. Kalo beli berbelas ringgit pon memang ciput dok oh lalu. Tapi kali ni dapat rezeki dari sepupu, hasil dari menjala. Sebenarnya, saya nak share resepi ni last year lagi, tapi terus terperap dalam draft.


Bahan-Bahan:
* Udang
* Bawang Mearah+Bawang Putih - Cincang
* Cili Boh
*Halia - Cincang
* Serai
* Sos Tiram
*Sedikit Air Asam Jawa
* Perasa

Cara-Cara Memasak :-
1. Tumis bawang merah+putih+halia + serai hingga kekuningan.
2. Masukkan Cili Boh & tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit sos tiram
4. Masukkan perasa (gula, garam,aji) & sedikit air asam jawa. Biar ada rasa masam manis.
5. Masukkan udang & masak hingga kering

Resepi yang mudah & simple..
Sedia untuk dihidangkan ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 17, 2014

I.M.A.G.I.N.A.S.I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Satu perkara tentang asya... Dia teramat suka melukis.. dan setiap lukisannya hasil dari imiginasinya sendiri, tanpa merujuk gambar semasa melukis. Kalo buka latihan kat rumah tu, setiap page penuh lukisan dia.. apa yang menariknya hasil lukisan dia memang UNIK bagi saya. Dan adakalanya dia melukis sesuatu yang tak terfikir oleh saya. Bagi saya itu satu perkembangan yang bagus, sebab semasa melukis semestinya otaknya ligat berfikit & berimiginasi. Sebenarnya banyak sangat lukisan asya yang saya nak share, tapi kali ni saya nak share 1 lukisan yang amat bermakna buat asya.. Memangla lukisan asya ni biasa-biasa aje sebenarnya, cuma bagi seorang mama ianya amat membuatkan saya teruja, lagi-lagi kalo lukisan tu penuh isi didalamnya.

Tentang lukisan ni.. nampak biasa saje.. Tapi sebaik saja saya ternampak asya lukis ni, saya terus dapat tangkap satu cerita.. Ini adalah luahan dari asya di atas kertas. Karekter dalam lukisan ni merupakan kawan-kawan asya kat sekolah Al-Jannah Cyber Montessori semasa melakukan persembahan di hari konvokesyennya. 




1. POKOK
2. BUNGA
3. WATAK LELAKI (NAZRIL) & PEREMPUAN (MARYAM)
4. BUNGA
5. POKOK
6. NENEK KEBAYAN PEGANG TONGKAK (Tapi tak nampakd alam pic ni)

Lukisan biasa-biasa ni membuatkan mama terharu. Rupanya anak mama dah besar. Paling sweet tiap kali asya lukis pic mama&papa. Dan pernah asya lukis pic, saya terbaring sebab sakit. Rupanya begitu kuat juga ingatan dia pada saya & penyakit saya. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 12, 2014

Kalau Dah Jodoh : Sepupu Kahwin Sepupu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini kisah cuti CNY baru-baru ni.. Memang 2hari berturut berada di Dungun kerana menghadari majlis perkahwinan sepupu sebelah Fain. Hari Jumaat ( 31.01.14) majlis pernikahan..Tapi terlewat sampai coz sesat.. Hahaha.. Jadi tak sempat nak snap2 pic dengan pengantin pon. Keesokkan harinya , 01.02.14 berlansung majlis persandingan pengantin. Hari ke-2 pergi pon tersesat jugak. Aihhhh.. Tapi sedang molek sampai kat rumah pengantin, pengantin lelaki baru berarak masuk ke rumah pengantin perempuan. Saya datang belah mana-mana pon sama je. Coz kedua-duanya SEPUPU. Kalau dah jodoh, pengantin lelaki & pengantin perempuan ni adalah sepupu ye. Semua ni ketentuan dari Allah SWT.

Oppss.. ini bukan pengantinnya, 
tapi kebetulan sungguh baju sama kaler dengan pengantin.


Syukur alhamdulillah.. Kalau dah jodoh, dalam periuk bertemu jua ;-)
Kedua-duanya my cousin. Happy for both of u. Mudahan mahligai yang dibina ini kekal hingga ke akhirat.



Kat sini, asya jumpa kawan-kawan baru.
 Memang ralik la dia bermain. Cepat ngam & mesra

Baju biru, my SIL. Adik perempuan Fain & Anaknya.. Yang bertudung hijau anak saudara. Merupakan cucu sulung dalam family Fain.. Dan 14tahun umurnya .



Mama & asya tumpang posing kat pelamin.
Papa sibuk melepaks kat luor.

Yang ni candid..
 suka-suka dia duk santai atas pelamin

Guest Book

100% hasil tulisan & lukisan asya.
Jenuh menunggu dia siapkan ni.. Saya just sebut huruf & dia tulis sendiri.
Haha. tak pasal2 dah jadi perhatian ramai asya ni..

Dan... inilah hasilnya ;-)

*******************************************************************

IKLAN SEKEJAP ;-)
salah satu design cotton tribal

Untuk Cotton Lovers, jangan lepaskan peluang dapatkan design terlatest 2014, kain ela "COTTON TRIBAL". Ada 3 design tribal yang sangat cantik-cantik & warna-warna yang sungguh ceria. Untuk melihat design "COTTON TRIBAL", jemput singgah di blog ALMARI ASYA atau FB ALMARI ASYA. ( kat FB baru upload 1 design, nak tgk ke semua design direct ke blog almari asya )
Boleh dah buat pakai raya ni...


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 10, 2014

Kisah Aiskrim Colek

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kisah asya & aiskrim colek. Eyh, tempat lain sebut ape ye?? Kita kat Kemaman ni memang panggil aiskrim colek. Sebenarnya sejak kecil memang saya & Fain x bagi dia makan aiskrim mcm ni.. Atas banyak faktor jugak, dan faktor utamanya adalah disebabkan masalah kesihatan asya. Jadi memang kena jaga jugak. Tapi bila dah besar ni, kadang kalo ke pantai  ada pak cik motor bunyi "kling...kling...klinggg", apalagi kalo tak diikutkan berdrama sakan la. Sesekali tu bagi jugak, kesian gak dia tengok budak-budak lain. Nak dijadikan cerita, kat taman perumahan saya ni memang dah lama giler orang jual aiskrim masuk, rasanya dah bertahun jugak. Tapi nak terkena masa teman asya main kat luar rumah, tak semena-mena ada motor jual aiskrim masuk. Ahhh sudohhhh... dari jauh dah bunyi "klinggg...klingggg..klingggg", menjerit sakan la asya.. Ok takpe la.. bagi chance kat asya.

rezeki abam arini....

Kemain sengeh lagi boleh makan aiskrim ni

Aiskrim roti mama punya, tp x mkn habis pon.. 
Buang.. Sebab saya mmg kureng sikit aiskrim manis2 ni.

Seperti yang ku jangkakan terjadi.... keesokkan harinya.. ah sudoh ! dia datang lagi. Kan dah terkena asya. Dah la siap pusing depan rumah 2x. Saya kemain bawak asya duk kat dapur, tapi gema loceng ajaib membuatkan asya menjerit sakan dalam rumah. Boleh bayang?? OK..xpe.... rezeki abam lagi..


Rezeki asya jugal selepas mengamuk sakan..

Tapi..yang tak leh blahnyer, keesokkan dia datang lagi..Kali ni pasang citer kartun kuat-kuat dalam rumah.. Asya siap kata " petang kek g mesti aiskrim mari" . Kebetulan time tu dia ralik tgk kartun & sound memang kuat saya pasang. Saya just intai kot tingkap time abam aiskrim tu bunyikan loceng. Hik..hik.. tergelak sorang dalam rumah, memang tak tahan.. siap berhenti depan rumah bunyikan loceng.. Dan la pusing 2 x.. Aduyaiiii... 2-3 hari gak mcm tu, tapi xde feedback dari kitaorang, terus dah tak masuk kat area ni. Hehe

** Disamping tu, saya nak menjemput semua sahabat cuci-cuci mata tengok koleksi terkini kain pasang kat FB ALMARI ASYA & BLOG ALMARI ASYA. Tapi stok banyak update kat FB la, kat blog baru sempat 1 batch upload. Alhamdulillah, 1st time mencuba setelah diberi peluang & kepercayaan oleh salah seorang sahabat blogger juga untuk memulakan perniagaan ni tanpa menggeluarkan modal. Syukur, disaat saya kebuntuan mencari sumber kewangan tambahan , dibukakan pintu rezeki dariNya dengan cara begini. Selain saya, Fain pon mula buat bisnes kecik2 jual&supply sabun basuh baju 3in1 tu kat area Kemaman.Memang saya serius mencuba sebab nak cover balik ekonomi saya yang agak merosot selepas banjir ni. Pengalaman saya selepas menjadi mangsa banjir, duit dalam bank balancenya bawah RM10. Huhu.. hanya tuhan yang tahu kesusahan saat tu.. Mudahan semua sahabat dapat mendoakan saya agar sukses dalam perniagaan yang saya & dapat pulihkan semula kehidupan saya ini.. **

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 5, 2014

B.L.A.C.K.O.U.T

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pic lepas banjir last year ( Dec 2013)

Lepas banjir, banyak kawasan kat sini terputus bekalan api, air & telekomunikasi.
Internet pon sampai sekarang sekejap OK, sekejap tak OK. Kabel telefon kat rumah pon hampir-hampir nak terputus. Sekarang hidup dengan apa yang ada, alhamdulillah duit bantuan yang ada saya terima semasa banjir daripada bos, insan perseorangan & rakan blogger saya gunakan untuk membeli katil, dapur gas, tong gas & baiki rumah. Cuma kereta je tak dan nak baiki lagi. Selain tu, dimurahkan rezeki dapat almari kartun untuk asya dari salah sebuah kedai perabut. Niatnya ke situ, memang nak survey almari murah-murah nak simpan baju daripada berselerak atas lantai & dalam bakul. Kebetulan tokey cina tu kenal Fain, terus dia bagi almari baju. Almari tu pon bekas kena banjir yang sangat minima,..Just kat kaki dia je, tapi condition tiptop lagi. Tokey tu siap tukar kayu lapis & kaki almari tu. Alhamdulillah, rezeki asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)