Friday, November 28, 2014

Good Bye November

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Saya kira, ini entri terakhir di bulan November. Cepat sungguh masa berlalu, lagi 3 hari kita akan berada di bulan 12 iaitu bulan terakhir untuk tahun 2014. Serius, semakin tua dan meniti hari ni seringkali ada rasa sebak dalam hati ni. Ye la, macam tak percaya... dah semakin tua. Anak pon semakin besar. Rambut yang dari hitam, akan mula putih ---> saya lah tu.. sedih, umur baru nak masuk 30tahun dah ada tumbuh uban. Kesan ubatan kot? Ermm takpe.. tu "Nur" untuk hari akhirat. Selain tu, dari kurus jadi gemuks---> saya jugak la tuh ! Ntah apa-apa selera makan menjadi sejak rajin memasak sendiri tiap-tiap malam. Aritu turun dalam 10kg masa sakit.. sekarang dah naik melebihi 10kg. Serius terkejut ! Banyak baju tak muat jugak. Mungkin sebab saya tinggi tu tak nampak sangat, tapi bila tang timbang berat-->fengsan!. Tapi untuk keselesaan diri memang sangat tak selesa, rasa badan berat je. Ya... ramai sungguh yang tegur saya makin berisi sekarang. Haha. Alhamdulillah, semua nikmat dari Allah SWT. Ok, macam biasa... sekadar menyimpan kenangan di sepanjang November ni.
 
1.11.2014
Tu hadiah birthday in advance dari mama

2.11.2014
Ebaq dalam kenangan..serius sedih !
Baru sempat jaga sebulan++.
Antara anak bulus yang sangat cerdik

6.11.2014
Ebaq main dengan kak asya

7.11.2014
Hujung minggu.. hari untuk berpesta.
hari untuk keluarkan khazanah.
Kebanyakan mainan ni memang yang dia dari kecik.
Alhamdulillah, dia pandai jaga barang

Selfie !

Santai-santai..
Ini memang dia sendiri yang ter-over rajin.
Dia suruh buat soalan math kat dia.
 
8.11.2014
Nak pergi breakfast

Dapat sticker tu masa pergi pasar pagi
 
Malam tu pergi supermarket cari bahan memasak.
Mama asya kan rajin memasak sekarang
 
10.11.2014
Request nak makan KFC.
Mama papa tukang tengok je.
Sebab mamapapa memang kureng sikit fast food ni.
 
16.11.2014
Pekena mee rebus warung depan taman perumahan jer.

17.11.2014
Pose mengada dengan hadiah kenang-kenangan untuk cikgu pra asya sebagai tanda terima kasih.
Lupa nak snap kad yang asya tulis. kelakar sangat. Tapi xpe, mama ingat sikit-sikit ayat tu..
 
Untuk Cikgu Aribah :-
Terima kasih cikgu sebab ajar sampai jadi pandai. Fasya sayang banyak kat cikgu!
 
Untuk Kak Zah (Pembantu Cikgu Pra Kelas Asya) :-
Terima kasih kak zah sebab buat kuew teow sedap untuk Fasya.
Fasya sayang banyak kak zah. Terima kasih sebab jaga Fasya.
 
Mama lak over touching bila baca tu. Maybe di lubuk hati asya rasa berat & sedih. Yang tak leh lupa pasal kuew teow kak zah la, sampai pergi warung nak makan kuew teow macam kak zah. Bila dah sampai order tak nak makan sebab tak sama macam kak zah. Lepas tu touching-touching plok. Aduyai.. Memang asya agak rapat dengan Kak Zah ni
 
21.11.2014
Duk diam-diam.. cuba tulis surah ni kot BM.
Tapi yang mama terkejut, yang kat tepi-tepi tu...
Ape tu???? Ohh no!!!
Sape Hasim??? Ke Hazim ni?? Eyhhh??
 

 26.11.2014
 Kiri : Bangun awal pagi ikut papa hantar mama work.
Kanan : Sekarang dia duk ulang tayang cerita Teenage Mutant Ninja Turtles. Biasalah bila addict dengan sesuatu mula lah ada lukisannya. Tapi mama nampak mcam rupa katak jer. Hehe
 
27.11.2014
Papa whatsapp.. balik dari Cooking Camp.
Last day untuk little chef.
Next week insyallah join Little Artist.


Ok la..
H.a.p.p.y w.e.e.k.e.n.d
Iols kat pata timo memang dah coti arini.
Masa untuk memproses kain baju & iron baju kerja untuk seminggu.
Sauna free..moga terbakau lemak tu..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, November 27, 2014

Karya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar menyimpan kenangan imiginasi Fasya berkaitan keluarga ku. Sebenarnya dah lama giler dia lukis ni. Dah lebih setengah tahun kot atau lebih. Pic ni pom duk terperap dalam draft pom dah lama. Cuma idea nak menulis tu xde. Otak tak sastera.. susah la sikit nak buat ayat cantek-cantek.

Lukisan penuh dari Fasya yang menceritakan antara kegiatan harian kami sekeluarga.

No 1: Katanya.. Ini asya..  Hari-hari asya petik bunga rose sambil main dengan kucing.
No 2:Ni papa baru balik kerja
No 3 : Mama Jemur kain
No.4:Tokma,,,,pah cerohhh letak kucing dalam sarang.

Haha.. kadangkala gelihati dengan imiginasi anak ni. Asya..asya.. bila besar nanti, sila tengok semula semua ni. Mesti tergelak punya. Sebenarnya apa yang asya ceritakan disebalik gambar yang dia lukis ni panjang lagi.. tapi mama dah lupa la.. Huhu..sayangnya.

Satu lagi jumpa buku warna yang dia buat sendiri guna kertas kosong & distaplerkan macam buku. Ntah zaman bila punya ni. Dah lama.. Setiap page tu, ada lukisan & siap warna. Yang baju hijau tu papa dia la.. Pic mama dia malu nak letak.. macam princess sangat. haha. Biasa kalo dia duk saje-saje, kalo tak main mainan... ada je projek art dia. Yang penting hari-hari ada surat untuk mama.. Yang kelakar.. kalo dia merajuk pon, dia tulis surat untuk mamapapa luah perasaan. Memang kelakar sangat. Haha. Semua tu nak kena simpan letak dalam 1 fail la. Untuk kenang-kenangan.

Ni antara yang terbaru... CINTA ???
haipppp!! sekoloh dok abih lagih ni! Retakkk ni kangg!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, November 26, 2014

DIY : Banner Happy Birthday Tema Frozen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar perkongsian bagi sesiapa yang nak cuba buat banner sendiri. Sebenarnya satu kepuasan bila hasilkan dengan tangan sendiri. Letih memang letih. Letih otak jugak, ha ha. Biasalah, yang di plan lain.. Jadinya lain. Idea spontan. Masa birthday asya tahun 2012 pon saya buat sendiri banner kalerful, leh refer sini .Selain tu banyak jugak yang saya DIY sendiri, boleh klik kat label DoItYourself ni. Antaranya goodies, kad & topi hari jadi.

Banner hari jadi tema Frozen

Just simple step...
Gunakan Ms Word untuk huruf-huruf ni. Kalo nak cantik leh print atas kertas ber-colour .
Bentuk pon boleh pilih sendri ikut kreativiti. Setelah dah print abjad tu, boleh la gunting. Pastikan ada lebihan bahagian atas untuk dilipat.


Tambahan... untuk tambah seri. Leh google karekter atau theme pilihan. Tahun ni theme frozen.. So pilih pic yang terbaik & print out. Setelah print, potong cantik-cantik. Boleh gunakan tali atau riben, just staplerkan abjad tu pada riben/tali dengan cara lebihan bahagian atas tu dilipat kebelakang, macam step dalam gambar kiri bahagian bawah.

Pic frozen tu saya tampal pada abjad berselang seli.

Testing lepas dah siap. Saya boleh siapkan banner ni dalam masa 30 minit aje.
Semua dihujung jari


Banner yang siap digantungkan.

Kos membuat banner :--
1. Kretiviti
2. Kertas A4 putih - 4 keping
3. Riben - RM2.00

Kos untuk membuat banner cuma RM2.00.
Yang lain semua FOC sebab print & kertas sendiri.

Insyallah , panjang umur nak share DIY "Birthday Decoration Background" , "Goodies Bag Theme Sofia The First" & "Goodies Bag Theme Olaf". Satu lagi hutang tahun 2011 dulu, saya pernah janji kat kawan blog nak share cara buat paperbag sendiri. Tapi kebetulan lepas tu sakit & masuk ICU, terus tertangguh. Insyallah... saya cuba ushakan untuk share jugak tutorial tu. Tapi mesti kawan-kawan blog time tu dah tak aktif sekarang.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, November 25, 2014

Hujung Minggu & Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hujung-hujung tahun ni, mesti ramai yang plan nak bercuti. Tapi kat sini musim tak menentu, jadi memang tak berani la nak bercuti. Kesian asya... selama 6 tahun ni belum pernah sekali dapat bawa dia bercuti. Dulu-dulu saya selalu sakit, memang tak berani jalan jauh. Lepas dah makin sihat, perancangan tu ada..tapi biasalah, kita hanya mampu merancang hanya Allah SWT yang menentukan. Insyallah, next year kalau ada rezeki. Walaubagaimanapun, saya dah ada aktiviti menarik untuk asya sepanjang cuti sekolah supaya dia tak bosan.

Mula-mula nak share cerita hujung minggu, sempat jenguk progress rumah. Alhamdulillah... dah siap, cuma tunggu nak masuk api+air. Tiang elektrik pon baru nak tanam. Rasa semakin eksited nak masuk rumah baru. Rumah saiz kecik je, 20x70 . Ada rezeki boleh sambung bahagian ruangtamu.


22.11.2014
 Pose kat dinding ruang tamu rumah baru

Kat bahagian luar pagar, dah letak tiang elektrik.
Cuma belum tanam.

 Pintu sliding pon dah pasang
Insyallah, ada rezeki nak tukar pintu daun biasa.

 Ruangan dapur. Ada rezeki buat kitchen cabinet.
Kat bahagian belakang tu sepatutnya dapur basah tapi nak jadikan laundry area

 Lepas tengok rumah. Pegi kedai makan isi perut. Kebetulan ada pasar minggu.
 Beli kuih muih + montot ayam. Makan kat warung situ.
Saya pekena nasi goreng ikan masin + montot ayam goreng .. memang sedap.

Finally..dapat jugak rasa roti sarang lebah ni.
Beli kat pasar minggu situ.

Inilah aktiviti untuk asya sepanjang cuti sekolah ni.
Aktiviti ni dianjurkan sekolah tadika asya masa umur 5tahun dulu.
Dilema anak tunggal.... tapi mamapapa isi kesunyian asya dengan penuh kasih sayang & perkara bermanfaat.
Setakat ni, saya register asya untuk 2 siri kem ni.
Sebab asya memang minat bab-bab memasak & art ni.
Kalo buka youtube, biasa budak-budak suka tengok kartun..
tapi dia lagi suka tengok memasak.

Hari ini (23.11.2014) dah mula kelas pertama asya untuk Cooking Camp.
Punya la dia semangat. Awal-awal pagi dah call mama kat pejabat, tak sabar nak pegi kelas ni.
Bangun pagi, terus mandi pakai baju. Lepas tu call mama lagi, tanya papa lambat lagi ke balik ambik dia. Teruja sungguh dia.Kata papa asya, balik je dari kelas tak sempat masuk kereta lagi terus bercerita. Betapa seronoknya dia. Siap suruh beli cornflakes & madu nak buat jugak kat rumah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, November 24, 2014

Selamat Tinggal Pra Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Last entri untuk kisah persekolahan Fasya tahun ni. Antara pic yang terakam disepanjang bulan November. Akhirnya, berakhir sudah perjuangan asya di Pra Sekolah. Next year akan melalui kehidupan baru di alam persekolahan sebenar disekolah baru. Nanti nak kena beli sendiri makanan kat kantin sekolah. Pergi toilet pon sendiri. Harap anak mama mampu berdikari. Semoga asya terus maintain senang bangun pagi & tak menangis nak ke sekolah. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun bersekolah ni..memang dia tak pernah meragam & menangis tak nak ke sekolah.

Cuma awal-awal sekolah masa umur 5 tahun dulu je menangis sekejap lepas kena tinggal. Ye la, 1sti time kena tinggal. Tapi dalam nangis-nangis pon, pagi tu dia tetap bangun & semangat nak ke sekolah, cuma bila bab mama bye-bye, terus keluar airmata. Ha ha. Tapi dalam 3 hari je camtu, lepas tu bereh...sampai lah umur 6tahun berpindah ke sekolah Pra. Dapat masuk pra pon last minute. Memang rezeki asya. Hari pertama nak hantar pon risau sangat, takut dia menangis sebab terpaksa harungi suasana & kawan-kawan baru. Tapi mama silap, alhamdulillah.. dia wak rileks je. Haha. Next year pon sekali lagi asya kena tempuhi pengalaman serupa, suasana & kawan-kawan baru.. mudahan anak mama rileks aje.
Sepanjang cuti sekolah pon saya dah plan nak sediakan soalan-soalan untuk asya selesaikan. Just simple-simple aje, sebagai persediaan untuk exam Linus darjah 1 nanti. Saya pon tak adalah memaksa dia. Dia jawab soalan tu bila dia rasa nak jawab, lepas tu sambung-sambung main. Biasa dia memang macam tu.

3.11.2014
Hari lahir Fasya yang ke-6.

6.11.2014
last selfie dengan mama awal pagi.
Kita sambung next year ye

12.11.2014
Hari ambil rekod kemajuan Fasya. Alhamdulillah semuanya yang +ve. Senang hati mama mendengar penerangan dari cikgu fasya. Banyak sangat peningkatan & kebolehan di Pra ni.Tapi cikgu kelas asya bagitau, fasya sangat lemah lembut budaknya, selagi tak siap kerja yang cikgu bagi memang dia akan tumpu kerja je.. Tak hirau kawan-kawan yang main.

17.11.2014
Hari last pakai uniform sekolah untuk ke majlis graduasi

 Balik tu singgah kedai frozen beli ikan dan lain-lain
 Untuk pengetahun, pra sekolah tak ada exam ye. Tapi dia orang mempunyai sistem tersendri untuk penilaian pelajar. Yang pasti, pelajar akan diasuh sehingga boleh membaca. Bulan ke-2 asya di pra sekolah da dah mula lancar membaca, matematil dan banyak surah jugak dia boleh hafal. Memang saya rasa pilihan tepat sangat hantar asya ke Pra Sekolah ni walaupon pada awalnya dulu sangat ragu-ragu. Buku-buku pon ikut silibus kementerian. Bila dah habis sekolah ni baru saya berpeluang tengok semua buku-buku sya guna kat pra sekolah. Selama ni buku ni memang tinggal kat dalam kelas dia je. Dapat tengok, perbezaan awal tahun hingga sekarang dari segi tulisan & kemahiran dia. Yang pasti silibus yang dia orang belajar kat pra sekolah ni standard apa yang zaman saya belajar masa darjah 1 dulu.

 Fail yang menyimpan segala aktiviti Fasya kat kelas sepanjang tahun
 Buku latihan Jawi & Pendidikan Islam
Buku Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik & Sains
 Kecik-kecik dah belajar sains.
 Yang tertarik sekali buku-buku ni...
writing book -- yang melatih penulisan
Buku Komputer--> Ilmu komputer yang simple2
Kreativite --> Aktiviti untuk anak-anak meluahkan idea
Tear & Paste --> Ini pom menarik
Ketata Negara --> Bendara2 negeri, rukun negara, masyarakat majmuk dll.
 Setiap hasil kerja ada cop ni..
Semua kerja asya awal-awal dulu di tahap sederhana..
Dan selepas tu maintai Baik.
Ni buku latihan kat sekolah Pra
Teruja mama tengok tulisan fasya yang semakin kemas.
Tulisan atas buku garis kosong pon kemas macam ni jugak.
Cuma bila tulis atas kertas kosong tak maintain lagi.
Mama masa umur 6tahun dulu tulisan tak nampak rupa

Sekian kenangan untuk sesi persekolahan 2014. Cepat benar masa berjalan. Semoga baby ajaib mama terus sukses & berjaya. Mama tak score asya exam dapat no 1-3, bagi mama yang penting dapat maintain & result sentiasa meningkat. Kita fokus skor A untuk semua subjek. Insyallah.. Tapi tak tahu macamana gayanya bila naik ke darjah 1 nanti. Apa-apa pon mama nak asya belajar sebab minat & bukan dalam keadaan tekanan. Terima seadanya kemampuan anak & paling penting sentiasa bagi galakan & memuji/menghargai kebolehan anak sebagai galakan. Jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Jangan rasa kecewa bila melihat anak orang boleh apa yang anak kita tak boleh. Inilah kekuatan jiwa & keyakinan saya. Sentiasa gembira melihat kejayaan anak-anak orang lain juga dan jadikannya pemangkin semangat untuk berusaha mendidik anak. kejayaan besar seorang anak juga hasil dari didikan ibubapa & bukan diserahkan pada guru bulat-bulat.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


Friday, November 21, 2014

Last Day School : Majlis Khatam Al-Quran 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 18hb Nov 2014 yang lalu ada Majlis Khatam Al-Quran peringkat kanak-kanak tadika/pra di negeri Terengganu yang dilakukan serentak mengikut daerah masing-masing. Sekolah asya terpilih untuk join aktiviti ni. Dan asya salah seorang wakil kelas pra yang terpilih. Sekali lagi saya ambil cuti sebagai tanda sokongan. Bulan ni saje 4 hari unpaid leave sebab cuti tahunan dah habis lepas kemalangan aritu. Tak kisahlah potong gaji demi anak. 3 hari tu memang untuk asya melibatkan sambutan harijadi kat sekolah, hari graduasi & untuk majlis khatam ni. Lagi sehari tu sebab saya jatuh sakit, tapi alhamdulillah tak melarat. Seawal pagi papa dah hantar asya dekat school sebab fasya ke lokasi khatam al-quran dengan teacher dia. Saya n papa asya gerak kesana dalam pukul 8.45am. Sekali punyalah jem jalan. Lama jugak terkandas. Mujur papa asya terror jalan belakang, terus masuk jalan kampung & tak sesak dengan jem. Time balik pon, nak keluar dari lokasi tu hampir 1 jam jugak. Dengan hujan lebatnya. Baju & tudung asya sponsor dari JPN.

Pic selepas selesai majlis.
Kat luar hujan lebat.

Sebelum majlis bermula.
 Dalam ni rasanya hampir 1k kanak-kanak tadika daerah Kemaman.

Haaa.. nampak pon anak mama. Mujur duk tepi-tepi je.
Selepas snap pic ni mama duk kat khemah luar.
Sepanjang majlis khatam, just dengar dari luar bangunan ni sebab terlalu penuh.
Dah siap khatam, cepat-cepat saya masuk takut tak jumpa asya lak.

Bersama kawan sekelas & cikgu kelas asya

Bersama kawan-kawan, cikgu kelas & pembantu kelas Pra Bestari

Hihi.. cikgu asya tolong snapkan pic ni.

Asya & Cikgu Aribah

Sebelum bersurai

Pose dengan mama je ada. Papa duk kat khemah luar
Sebab mama ada, so cikgu bagi asya balik dengan mama terus.
Siap peluk cium dengan cikgu sebelum balik, sebab last day kan..

 Ramai berebut nak posing atas stage ni.
Biasalah kaum ibu selalu eksited nak snap pic anak kan

Ok... jom balik mama !

Ni pagi hari sebelum bertolak ke school.

Mujur Fasya dah bawah hadiah untuk cikgu & pembantu cikgu kelas asya pagi ni sebab hari ni dah last day sekolah. Cikgu bagitau, tak pe dah tak datang sekolah pon. Lagi pon tinggal 2 hari je lagi. Ramai budak yang dah tak ke sekolah. Huhu.. last-last masa bersalam dengan teacher asya, rasa sebak sangat. Asya pon mesti sedih sebab next year dia sekolah kat lain. Semestinya jumpa kawan-kawan baru.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)