Wednesday, December 24, 2014

Begini Rasanya...

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengalaman pertama kali membuat persiapan persekolahan buat Fasya membuat hati ni terasa sangat sebak. Padahal, dalam tempoh 2 tahun ni ada juga buat persiapan sekolah tadika Fasya. Tapi memang tak sama, sebab yang tadika just prepare alat tulis & baju sekolah beli dengan pihak tadika. Bila masuk sekolah sebenarnya, lain sungguh rasanya. Tengok dia cuba baju sekolah, kasut sekolah... rasa cepat sangat masa berjalan. Dah besar anak mama. Masih terasa seperti mimpi. Oleh kerana semangatnya mamapapa, awal bulan haritu dah siap-siap shopping pakaian & kasut sekolah Fasya. Salah satu faktu sebab tak nak buat persiapan last minute & bersesak dengan orang ramai. Lagi pulak, takut tak ada saiz untuk baby kecik mama ni. Memang betul tekaan saya, memang susah nak cari baju yang sama saiz dengan Fasya.Semuanya "besor bapok" . Banyak tempat juga pergi, mula-mula berkenan dengan baju canggih sebab kain dia cantik , tapi saiz yang paling kecil pon besar teramat dengan Fasya. Agaknya saiz tu muat bila Fasya darjah 3 kot. Tengok harga , wow... boleh tahan. Tengok brand KIKO pon sama, saiz paling kecil tetap besar dengan Fasya. Habis semua brand dekat pasaraya tu test, memang besar-besar belaka. Ingatkan nak kena beli kain je la & tempah jahit je.

Touchingnya tengok Fasya pakai pakaian sekolah ni.

Finally... jumpa juga saiz Fasya walaupon besar sikit je.Teringat ofismate bagitahu ada sebuah kedai orang kemboja yang jual pakaian sekolah berkualiti dijahit sendiri. Try pergi situ, just ada 4 pasang je lagi saiz ni. Terus ambik 3 pasang untuk Fasya. Kain pon memang cantik. Puas hati. Beli 3 pasang baju sekolah+tudung sekolah+singlet semua sekali RM150.00. Rasanya dah cukup murah kan?

Mula-mula cari baju sekolah kat The Store.
Semua besar-besar. 
Dah settle cari baju sekolah, misi diteruskan dengan pencarian stokin & kasut sekolah Fasya. Sekolah Fasya memang mengenakan kasut sekolah warna hitam. Bagus jugak macam tu, takde la kotor & perlu kapur kasut. Cuma... cabaran bermula bila saiz untuk kasut hitam semuanya besar-besar. Yang saiz kasut putih ada aje yang muat. Beberapa buah kedai jugak pergi, akhirnya kat kedai BATA jumpalah kasut B.Firts yang kiranya paling muat dengan Fasya, walaupon still longgar. Sepasang harganya RM33++. Papa asya beli 2 pasang terus.

Bab baju, kasut & stokin alhamdulillah dah complete. Cuma tinggal bahagian beg sekolah & alat tulis aje lah. Insyallah dalam masa terdekat ni la cuba untuk settlekan. Rupanya teruk juga belanja anak nak masuk sekolah ye. Tak dapat bayangkan orang yang berpendapatan biasa-biasa macam saya, tetapi mempunyai anak bersekolah yang ramai. Tapi dekat Terengganu ni ada bantuan duit untuk persediaan untuk setiap orang anak-anak ke sekolah bagi yang berpendapatan rendah. Tak pasti banyak mana, tapi insyallah boleh membantu meringankan beban. Kat negeri lain tak pasti ada atau tidak bantuan seperti ni.

Update 20.12.14, keperluan alat tulis Fasya dah selamat pon dibeli. Tinggal buku latihan & nak marking setiap alat tulis dia je lagi. Entri ni dah draft sejak awal bulan lagi.. tapi tersimpan je dalam draft. Semua saya scheduled je ikut date. Beg sekolah tak tahu nak beli baru ke tak, sebab dia ada dapat beg sekolah free masa konvo Pra aritu. Tapi sangat kartun la.. Kalo tak jumpa beg yang simple, guna je la yang tu dulu.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


Tuesday, December 23, 2014

Ulat Buku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya ada janji dengan Fasya nak bawa dia pergi library cuti sekolah ni. Lagipon dah beberapa bulan jugak tak kesini. Last cuti penggal aritu kot? So, lepas cabut gigi aritu, terus ke library. Kebetulan time tu hujan lebat yang amat. Kat section kanak-kanak tak ada orang, maybe sebab hujan kot. Ni sebab dah janji lepas cabut gigi pergi library, so kena pergi la jugak. Kalo tak, dituntutnya berhari-hari. Kad library dah ada sejak umur 5tahun lagi, tapi tak bawa pulak time ni. Marah & merajuk sakan lah budak ni time nak balik sebab xleh pinjam buku.

Salah 1 lukisan mural kat section kanak-kanak ni.
Saya memang suka duk area sini. Ceria, colourful & sangat cantik

Sibuk mencari buku

Buku yang nak dipinjam buat balik.. sampai suruh sorok kat rak takut tak jumpa semula nanti.
Lepas keluar je library, punyalah panjang tarik muncung sebab tak boleh pinjam buku ni

 Kusyuk membaca buku.
Salah satu buku febret dia tu, komik "Ana Muslim"
Papa dengan COC nya..
Masa ni buat peel tak nak balik

Fasya & Donkey

Sementara Fasya membaca buku tadi, saya snap habis muka surat buku-buku ni.
Senang nak refer lepas ni. Kebetulan Fasya suka buat origami. Lepas ni senang lah.

Time balik sementara tunggu papa ambil kereta.
Ni je pic yang elok. Yang lain semua dia buat muka macam-macam peseng.
Protes tak leh pinjam buku. Takpelah Fasya, lepas ni bukan tak boleh pergi lagi.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, December 22, 2014

Kentang Goreng Homemade

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kentang goreng homemade ni salah satu febret Fasya. Sekarang memang kena ada stok ubi kentang selalu. Tak leh putus. Teringat time mama asya masa kecil dulu, pon tok ma asya selalu buatkan kentang goreng homemade ni untuk saya. Selama ni saya buat kentang goreng selalu potong panjang-panjang. Lepas tu baru teringat acuan yang pernah beli kat MR Diy yang tak pernah digunakan lagi. Terfikir nak mencantikkan bentuk kentang goreng ni.

Ubi kentang yang dibersihkan & dipotong leper sederhana tebal.

Just tekap dengan acuan yang saya beli kat MR DIY ni.
Dah lama beli tak guna-guna.

Hasil selepas digoreng..
Bentukkan mejadi "putera raya" buat Fasya

Lebihan tekap kentang tu janganlah dibuang.
Kan membazir. Goreng je.

Happynya dia makan bila makanan dideko cantik-cantik ni

 Yang ni tekap menggunakan Pop Chef

 Tapi kalo time kerajinan kurang, just potong panjang-panjang macam biasa.
Tapi bagitau dia ni "unggun api" .. hehe
Menikmati kentang goreng di pagi hari.

Untuk lebih sedap, kentang yang digoreng ni taburkan sedikit garam. Jangan banyak, tak bagus. Tapi kalo tak letak pon OK. Selain deko cantik untuk Fasya, setiap masakan yang saya masak seperti Kari dan sebagainya yang menggunakan kentang atau lobak, saya tetap tekap-tekap bentuk menarik ni. Kita yang besar ni pon seronok tengok. Kawan ofismate tegur, rajinnya buat macam tu. Sebenarnya, kalo nak seribudaya. Sama seperti kes memasak bekal tiap-tiap hari, tak pernah terfikir pon saya berjaya lakukannya. Dulu duk asyik kata tak mampu & tak sempat, cuba belum lagi. Sekarang makin best memasak. Memang hari-hari memasak. Betullah kata orang, tak pandai memasak tak apa, asalkan rajin. Insyallah dengan sendirinya akan pandai. Eyh..cerita kentang goreng, dah masuk bab lain.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, December 19, 2014

Throwback : April - Julai 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Random pic sekitar April - Julai 2014. Aih.. tak tau nak kata apa ni. Mula-mula rasa, yang lepas biarlah lepas.. Tapi... tiba-tiba datang fikiran, sayangnya kalo tak simpan kenangan kat sini. Hahhhh.. proceed aje la. Al-maklumlah, time tu saya lama tak update blog, tapi rajin snap-snap pic. Bukan saje tak nak update, tapi masa tu kesihatan kurang mengizinkan. Yang lalu biarlah berlalu, tapi kenangan itu sentiasa diingatan.
 
 APRIL 2014
Sebelum pergi kelas Kafa

Muka sedih

Beli banana & kek SR

Opah..ooo.. opah

Sebelum ke kelas tuisyen

 Fasya main HP mama
 
 Kiri : Baca doa ibubapa
Kanan : Berendam
 
 
MEI 2014
 Syurga dunia kanak-kanak
 
 Pose cute
 
Kiri : Sebelum pergi kelas Kafa
Kanan : Sebelum pergi kelas tuisyen

Kiri : Dapat troli baru. Katanya nak jadi polis dalam aeroplane. Uitt..itu pramugari la
Kanan : Nak pergi rumah nek ma

Bersama Shadow

Kalo dah perempuan ;-)

Sibuk nak bermonopod jugak.
Time ni femes la xtvt bermonopod ni.
 
 
JUN 2014
Duta pasaraya

Nak ke rumah nek ma

Kat warung mana ntah ni

Bersama baby annabelle

Time ni bunyi loceng aiskrim..
dia lari punyalah laju ke luar rumah panggil abang aiskrim ni.
Sampai rambut tak sikat lagi

Kiri : Mirror
Kanan ; Breakfast

Kiri : Test baju tidur baru
Tengah : Gadis payung
Kanan : Baca Surah Yassin

JULAI 2014

Angel

Kiri : Posing
Kanan : Latih tubi tunjuk gusi

My cute lil princess

Senyuman untuk mama

Fasya wak muka kiut
Time ni mama dah mula sihat
 
Main sorang-sorang je, ditemani anak patung
 
 
Last edisi imbau kembali , sebabnya start bulan Ogos tu saya dah mula aktif semula menulis blog. Walaupun dah lepas, tapi saya tetap simpan kenangan kat sini, sebabnya saya akan baca semula tulisan-tulisan saya sebelum ni dari tahun 2009 hingga terkini. Biasanya bila baca semula , adakalanya saya ketawa , adakalanya sampai menitis airmata.. Sekarang Fasya pon dah pandai baca blog. Dia akan baca kisah-kisah dia masa kecil dulu. Kadang tu, bila nampak saya update blog, mesti Fasya kata " wowww.. mama tulis buku cerita untuk adik. Adik sayang mama" .
 
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


Thursday, December 18, 2014

Pengalaman Kali Pertama Cabut Gigi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu perancangan saya sementara cuti sekolah ni, memang nak bawa Fasya cabut gigi atas dia. Kebetulan gigi baru tumbuh kat bahagian atas, tapi gigi lama dia masih ada. Kalo tak dibuang takut menganggu pertumbuhan gigi baru. So, sempatlah bawa Fasya ke klinik gigi. Asalnya nak masuk kerja lepas dah settle hal gigi Fasya. Kebetulan hujan lebat, terus ambil cuti je. Lagi pon, dah janji nak bawa dia ke library selepas cabut gigi. Fasya dengan klinik gigi ni dah familiar. Saya dah jadikan rutin berjumpa dentist 2x setahun sejak dia berumur 2 tahun lagi. Cuma tahun ni, lewat sikit jumpa dentis..kira-kira bulan 9 haritu, sebabnya awal tahun haritu saya kemalangan kan. Gigi Fasya sebenarnya bukan buruk, cuma masalahnya gigi susu dia mereput & lama kelamaan dah tenggelam duk dalam gusi. Kalo sekali tengok macam gigi atas dia dah tak ada. Sebenarnya ada je, cuma dah mereput & tinggal sipih-spih kat dalam gusi. Tu yang kena buang jugak.

Sebelum tu, pada tanggal 5.11.14 buat pertama kalinya gigi bahagian bawah asya tercabut. Yang ni memang kes gigi goyang dan tercabut dengan sendirnya. Sekarang dah tumbuh gigi baru pon.

 15.12.14
Ok, berbalik pada tajuk. Ini juga pengalaman kali pertama Fasya cabut gigi kat klinik. Selama ni kalo pergi pon just rutin checkup aje. Mula-mula risau jugak takut dia melalak macam mama dia masa kecil dulu. Mama dia punyalah dasyat, lepas doc cucuk ubat selumber lari laju ke luar & terus berpaut pada plat kereta orang. Sampai tercabut habis. Sudahnya, selamatlah mamanya waktu tu. Punyalah penakut. Hihi. Bimbang juga, buatnya menurun perangai mamanya.

Masa baru sampai kat klinik gigi.
Dia rileks je.


Dalam debaran menunggu masuk bilik.

Masa ni Fasya tanya :-
"mama.. sakit tak cabut gigi.. dia buat macam mana?"
" Eyhhhh,,, sakit la.. dia ambik jarum panjanggggggg sangat lepas tu cucuk kat gigi. Lepas tu ambik spannar, korek-korek gigi sampai tercabut" --> bahagian nak menakutkan.. haha..
"Haaaaa... betol ke mama.. bakpe papa kata, dia cucuk sikit..lepas tu dia tumbuk je kat gigi..gigi terus tercabut"
"Dah...adik tak takut ke??"
"Takut mama... macam mana ni mama"
"Ok.. kalo sakit, ingat macam mama ajar, tarik nafas panjang"

Eyhh..senyum je dia masuk bilik ni

Time cabut gigi bahagian atas. Alhamdulillah, nampak dia pejam-pejam mata. Maybe menahan sakit. Tapi syukur la, dia steady je. Tak de lah menangis. Lepas cabut gigi, senyum aje.

 Lepas dah cabut gigi. Bila tanya sakit tak? sakit sikit je kan.. katanya " mana ada mama.. sakit banyak laaaa mama.." . Tapi bila ditanya, lepas ni takut lagi tak kalo nak cabut yang lain. Saja nak test power dia, nak tengok jawapannya. Tapi mujurlah, dia angguk..katanya, xpelah sakit sekejap je. Sebab asya nak senyum nampak gigi.. hihihi
Menunggu ketibaan papa dalam hujan lebat.
Kebetulan start hari ni hujan lebat non stop.
 Bimbang jugak, takut banjir macam tahun lepas.

Petang tu cuba bagi makan pil paracetamol, takut gusi dia sakit-sakit. Tapi dia terkeluarkan semula pil tu walaupon dah dipotong kecil. Tak leh telan, pahit katanya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)