Monday, January 5, 2015

2014 Berakhir & Pray For Pantai Timur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Lamanya tak update blog. Rasa blur nak susun ayat. Rasanya belum terlambat untuk ucapkan "Selamat Tahun Baru" buat semua. Pejam celik, dah masuk tahun 2015.  2014 meninggalkan kenangan yang amat mendalam dalam diri ini, semoga 2015 ini terus diberikan kekuatan & ketabahan untuk menghadapi pelbagai ujian yang mendatang. Kemana saya menyepi? Sebabnya, komputer semua dah packing dan simpan tinggi-tinggi masa banjir baru-baru ni. Nak update kat HP pon, punyalah ciput line maxis. Syukur alhamdulillah, tahun ni rumah saya tak kena banjir mengejut macam tahun lepas. Habis semua barang rosak. Cuma air tetap masuk sikit je bahagian dapur. Kalo ikutkan, memang dalam sejarah lah sebabnya kawasan rumah saya ni bukan kawasan banjir. Tahun lepas kali pertama kena banjir besar, takut kejadian sama menimpa tahun ni. Awal-aal dah buat persediaan. Tahun ni keadaan pelik sikit, tak seperti tahun lepas hujan lebat sepanjang masa. Tahun ni hujan sekejap-sekejap, tapi disebabkan air pasang air tetap melimpah. Tahun ni cuma letih part packing & kemas barang sebelum banjir dan simpan semula barang-barang yang dipacking selepas banjir. Ini pon, baru je Sabtu lepas kemas semula. Komputer pon baru pasang semula. Baju-baju sekolah Fasya pon, baru aje settlekan. Mujurlah sekolah ditangguhkan.
24.12.2014
Dah mula nampak air masuk jalan ke taman perumahan.

Balik tu terus bersiap sedia. Packing semua baju dalam plastik & letak tinggi. Tilam pon angkut letak atas meja makan. Katil pon cabut dan letak kat bahagian atas siling rumah. Barangan elektrik pom angkut atas kabinet semua. Baju-baju yang dipacking dalam plastik longgok atas katil besi 2 tingkat dalam bilik lain. Memang saje beli katil besi 2 tingkat untuk letak barang time banjir ni. Tak leh lupa bila terpaksa mendobi kesemua baju tahun lepas. Penat sangat! Petang tu dah mula berpindah. Tumpang rumah kosong ofismate punya. Takut air mari mengejut tengah malam.

26.12.2014
Lokasi sama seperti pic no.1
Masa ni air dah mula surut.

Air memang laju. Kali ni air cepat kering .
Naik pon sehari aje. Cuma ada sesetengah tempat memang tak surut-surut.

Bahagian belakang taman perumahan.
Tu paya dalam ye. Masa ni air dah surut.

Ondwy balik semula ke rumah

Hasil selepas membersih bahagian dapur.

Syukurlah tahun ni tak kena macam tahun lepas. Sampai separa pinggang paras air dalam rumah. Kiranya 99% juga beza dengan tahun lepas ni. Kat bahagian porch pon just air masuk sikit je, tak masuk dalam rumah. Tu pon tengok sebab ada kesan lumpur kat porch kereta. Maybe naik time air pasang malam tu. Padahal sungai tu memang tak ada kat kawasan ni. Cuma orang kata air hulu turun. Bandar kemaman pon tak seteruk tahun lepas, sampai terputus hubungan. Tahun ni, bekalan makanan pon dah sedia awal-awal. Makanan kat kedai pom alhamdulillah, cukup. Teringgat tahun lepas, seminggu jugak berlapar & tak jumpa nasi. Jumpa-jumpa nasi kat kedai pon just lauk telur dadar. Sedih sungguh. Teringgat betapa susahnya waktu tu. Tapi bila membandingkan dengan apa yang terjadi di Kelantan, saya tak dapat bayangkan betapa lagi sukar pengalaman yang ditempuhinya. Masa tu juga ada yang ambil kesempatan, jual mineral water botol kecik tu sehingga RM8 sebotol. Selipar Jepun, RM11.00.

Tahun ni agak terkesan di hati dengan apa yang menimpa orang kelantan. Banjir mengejut dengan paras air yang teramat dalam. Banyak rumah yang hanyut & barang maybe 100% rosak. Insyallah, Allah ingin memberikan yang lebih baik buat semua yang di uji. Satu lagi kes melibatkan kematian di Kemaman iaitu pasangan suamisteri yang lemas apabila dihanyutkan air setelah bot bomba terbalik. Sayu hati tengok 6 orang anak arwah termasuk seorang bayi yang baru berumur 4 bulan.

Tahun ni tak banyak ambik pic masa banjir. Sebabnya kebetulan time tu saya jatuh sakit. Hari air naik tu, cari klinik merata, sampaikan orang klinik suruh ke hospital. Tapi alhamdulillah, dalam 2 hari tu dah makin OK. Maybe terlalu letih mengemas. Dan, sejak kebelakangan ni kerap sakit kepala pelik sangat. Sakit .. kadang tu sampai mata macam tak nampak. Bimbang jugak. Nak check, takut. Adakah effect sebab kemalangan tu?

Kenangan Fasya... sepatutnya pic ni saya update kat entri last bulan 12.
Tapi tak sempat draft pon..


08.12.14
Adik mimpi.... bukan encik mimpi

 14.12.14
Berendam...
15.12.14
Deko roti susu untuk Fasya

21.12.14
Terkejut makkkk!
Habis mekap mama jadi mangsa

31.12.14
Asal datang kat meja kerja mama.. mesti nak melukis..
Hasilnya... adalah nampak..especially tang hidun kembang..
hehe..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

38 comments:

Didie Kamila said...

Alhamdulillah semua baik2 je..pasal slalu sakit kepala tu better pg check rasanya..pape bole kesan n amik action awal..

Fazleyatul Aini said...

syukur la terselamat tak kena banjir
apa2 pon kita sama2 doakan mangsa banjir
diberi kekuatan untuk meneruskan hidup

syawalsimpsons said...

nasib jugak lya siap sedia kan.....alhamdulillah tak teruk macam tahun lepas

Zee Suhaini said...

syukur alhamdulillah lya tak kena teruk..ye la tahun lepas bandar kemaman dah teruk..tapi tetap kena berjaga2 jugak dari semasa ke semasa..

zee pon baru sampai dari kampung..sedih sangat tengok keadaan lepas banjir..

mamabeauty said...

Alhamdulillah dear.. ingatkan you kena banjir gak..

semoga cepat sembuh ya

suhailah hamid said...

Selamat tahun baru lia. Smg terus sihat dan sukses ye :)

SalbiahM said...

selamat tahun baru sis!

idzwa kamaruddin said...

semoga dipermudahkan semua urusan lya..

lieyalatif said...

tu la lya...hanya doa dan bantuan seikhlas hati yg boleh lieya bagi utk pantai timur...kelantan dan pahang agak teruk terjejas kan.... mujur lya dan family okey....


hope semua kembali normal n asya bersedia tuk ke sekul semula.... byk kerja nak buat bile banjir ni kan lya...bab mengemas tu yg tak sanggup.....

Acik Erna said...

Alhamdulillah Lya dah sihat dan dah boleh kembali kerumah selepas air naik

lia said...

Lya kena jaga kesihatan juga ya... wpon kena berkemas, cuba juga curi masa utk rehatkan diri yer...

AnneRaini said...

Alhamdulillah lya tak kena banjir tahun ni.. mmg kesian sgt kat kelantan tu.. sedih bile tgk..

Diana Rashid said...

Mujur tak kena teruk macam tahun lepas..nampak nya lepas ni setiap tahun la kena bersiap sedia macam ni..

salwana nordin @ che'wa said...

kena jugak rumah lya ye..alhamdulillah tak teruk sgt ye :)

kt perak pun teruk jugak tp kwsn yg dekat dgn sg perak mmg habis la..

alhamdulillah banjir pun dah surut kan..

next week kita concentrate utk persekolahan pulak ye :)

Kopiolimauice said...

Alhamdulillah tak setruk thn lepas ye..tu la sgt sedih tgok keadaan kt klntan..betul2 teruk dugaan nye..

Mar Mansor said...

teruknya jual mineral water sampai rm8..tercekik nak minum air..
ada guna beli katil 2 tingkat kan..bagus juga tu

~aSHa~ said...

rumah mak sha air naik sampai tinggi sha.. 5kaki

eima said...

terkejut jugak mak tgk asya punya makeover tu ... nasib baik banjir tak teruk sbb belah kelantan plak banjir besar

Bbwana adienia said...

selamat tahun baru 2015..moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..

teruk sangat tengok gambar banjir tu..moga diberi ketabahan menghadapi ujian ini..pasti ada hikmah disebaliknya..

εïзmummyHazaεïз said...

Alhamdulillah.. Tak tau kenapa akak teringat lya sekeluarga lagi2 time banjir ni...

Khai♥Rin : anies said...

sy terfikir jg...lama lya x update ni kena banjir mcm thn lps ke?
elok buat rawatan susulan lya... mungkin doktor boleh kenal pasti..hrp2 yg baik2 shj...

Khai♥Rin : anies said...

p/s

SOMETHING FOR YOU, HERE:

http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

Amanina Mads said...

alhamdulillah.. lya sempat selamatkan brg2. nina dtg tag http://sukasamko.blogspot.com/2015/01/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

NzA said...

Syukur Alhamdulillah .....
Sedih sgt mengenangkan rumah mangsa banjir di kelantan lya...cuma mampu membantu dari kejauhan.....

Cho Zila said...

kiranya tak kenalahkan... syukur Alhamdulillah.. tapi tuler mengenangkan nasib yang terjadi pada mangsa banjirtu rasa terkesan di hati.. yerler akak kat sini selesa apalah nasib diaorng di sanakan... harap ambil iktibar .. harap juga ada jalan penyelesaian yang lebih tuntas...

LydSunshine said...

COmelnya la Asya masa kecik. (gambar yg kat meja Lya tu). Senyuman manis.

Lya, sedihnya saya tgk banjir kat Kelantan. Mcm tahun lepas Kuantan dgn Kemaman. Tahun ni Kelantan pulak. Syukurlah tahun ni banjir tak teruk mana kat Kuantan.

Mummydearie said...

Syukurlah Lya tahun ni tak seteruk pengalaman Lya tahun lepas. Tapi dek kerana berhati-hati, licin semua dikemas. Itu baru naik sikitkan, kalau macam di Kelantan tu, aduhai kesiannya. Akak tak boleh bayangkan kalau tiap-tiap tahun kena alami banjir macam ni. Separuh nyawa nak mengemas sebelum dan selepas banjir!

el said...

alhamdulilah persediaan yg awal mmg patut..w/pun xdelah teruk sgt..tulah kesian kat pantai timur belah kelantan..banjir teruk abis rosak musnah rumah..hopefully dpt bantuan yg sewajarnya

Amanda Suria said...

alhamdulillah...nasib baik x teruk kali ni...kesian kat semua mangsa...maknanya memang x boleh nak cantik2 rumah la kan sebab banjir ni macam akan tetap berlaku setiap tahun

aryan azra said...

sedih akak tengok banjir kat kelantan tu..teruk sangat, oh rumah lya pun banjir jg mujur tak teruk macam thn lps kan,tp tu lah penat juga kan nak kemas barang2 yg dah disimpan tu

amirah said...

alhamdulillah tak teruk sgt kan...syukur...apa pun memang sedih dgn apa yg jadi kat kelantan...aduhaiii takleh nak fikir camne dorang nak bina balik kehidupan berpuluh tahun dorang tu..abis sume rumah hanyut..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

seriusly teringat kat lya time msuim banjir aritu..sbb dulu pernah baca entry lya kisah banjir kat kemaman tahun lepas kan..alhamdulillah, tak teruk sgt ye tahun ni..tp part banjir kat kelantan tu mmg sedih kan tgk..tak dpt bygkan klu kita yg ada kat tpt diorng.huhu

Yana Yani said...

saya dan keluarga tak penah mengalami banjir
simpati sangat kepada apa yang terjadi pada orang lain
moga mereka tabah
naik juga air tempat lya walau tak tinggi sangat ye
tu nak mengemas balik yang letih

Nafira usof said...

Alhamdulillah.. banjir di terengganu x seteruk tahun lepas kan~
tahun nih banjir teruk di kelantan plak. neni pon kena gak.. cuma tahun nih banjir x besar dan dia lebih bersedia. x mcm tahun lepas.

Rosmiza Ali said...

Alhamdulillah, tahun ni kemaman tak seteruk tahun lepas.. Still boleh contact adik beradik kat sana.. Cuma sayu hati dengan nasib penduduk di kelantan.. Ni pun dengar kabar air dah naik balik kat kuala krai.. Harap besar mcm sebelum ni.. #KeepPrayingForPantaiTimur
RosmizaAliDotCom™

::EIDA:: said...

syukur tak kene teruk sangat. persediaan rapi sungguh!

Nurul Says said...

alhamdulillah

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. naik sikit je.. kalau tak.. penat nak membasuh..