Thursday, January 15, 2015

Dunia Baru : Saya dah darjah 1 !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cantik tarikh hari ni.. 15.01.15

Lepas sehari sehari nak update blog. Kekangan masa sungguh. Keletihan yang amat. Perubahan jadual pada tahun 2015 membuatkan blog ini sedikit terabai. Insyallah, bila dah serasi dengan jadual baru, semuanya akan kembali normal. Yang pasti, saya terlalu penat. Bangun pagi seawal 5.15am, tidur malam paling awal pom pukul 11pm++..tapi sangat jarang. Standard pukul 12mlm++ jugak tidur. Bangun pagi siapkan bekal untuk Fasya. Malam memasak untuk lauk keesokkannya. Letih memang letih. Tapi saya dah putuskan untuk sediakan bekal untuk Fasya & bekal untuk saya & papa asya sendiri. Bertambah letih sebab time rehat pukul 1-2pm tu tak tidur langsung. At least dapat baring pon OK untuk betulkan urat. Macammanalah nak tidur/baring kalo tak boleh bangun. Sampai sekarang saya masih tak dapat bangun sendiri kalo duduk bawah , kecuali atas kerusi. Solat pon atas kerusi. Nak cari jugak vitamin or ubatan tambahan untuk diri sendiri supaya kekal sihat & menambah tenaga.

Pengalaman yang amat beharga untuk diri saya iaitu berpeluang untuk merasai pengalaman menghantar anak darjah 1. Permulaan kehidupan berdikari buat anak-anak. Memandangkan saya hanya mempunyai seorang anak dan Fasya satu-satunya anak yang dikurniakan Allah SWT buat kami suamisteri, jadi saya terlalu teruja untuk update kenangan ni. Perasaannya hanya tuhan yag tahu. Masih terasa macam mimpi, rasa sedih pon ada. Sebelah Terengganu, sesi persekolahan bermula pada 11.01.2015(Ahad). Saya ambil cuti dua hari untuk tengok keadaan Fasya di sekolah.

Hari Pertama
11.01.2015

Seawal pagi , Fasya bangun tidur penuh bersemangat. Mandi sendiri & pakai baju sendiri. Hari pertama saya tak sediakan bekal untuk dia. Konon nak melatih dia membeli kat kantin. Ada juga rasa risau dalam hati. Tak pasti macam mana respon dia dengan kawan-kawan dan persekitaran baru. Seperti biasa, anak rileks aje.. maknya je terlebih fikir & tak yakin.Lagi-lagi, Fasya satu-saunya anak saya & semestinya dia agak manja. So pengajaran baru, kita harus yakin & memberi ruang dan peluang untuk anak berdikari. Bila sampai, tanggapan saya salah. Fasya sangat berdikari.

Masuk aje kelas. Dia terus ambik tempat sendiri.

Time ni Fasya tukar tempat sebab nak pujuk kawan lama Fasya masa tadika 5tahun (berbaju pink), tak nak masuk kelas. Lepas tu dah OK bila Fasya duduk sebelah dia.

Masa ni cikgu bawak round sekolah.
 Kenal kantin & toilet.

Time rehat. Dia pergi dengan kawan. Tapi sebab tak bawa bekal kena folo dia membeli. Ada ke patut nasi lemak RM1 pergi bayar RM4. Nerves sangat kot. Mujurlah papa ada tengok-tengokkan.

Nasi lemak tu Fasya makan 2 suap je.
Dia kan tak suka makan nasi.
Sebab tu lagi menguatkan saya untuk sediakan bekal buat Fasya

Lepas rehat.. saya & papa asya terus tinggalkan dia.
Tengok dia pon enjoy dan seronok bermain dengan kawan-kawan.
Macam dah lama kenal.

Saya datang awal time ni. Lebih kurang pukul 12pm++ . Mujur sempat tengok dia introduce diri.
Sangat tak sangka dia bercakap dengan penuh yakin & kuat. Ingatkan dia akan cakap perlahan& malu. Sayangnya tak sempat ambik video. 

Sepanjang tempoh 2 minggu pertama ni. Kelas habis pukul 12.45pm. Time ni mama Abby tak sampai lagi. Nak tinggal dia kesian lak. Buatnya menangis. Sebab tu temankan dia dulu. Sekarang dah jadi BFF. Masa tadika dulu rasanya dia tak rapat pon, sebab kelas lain-lain. Sebelum mama abby sampai, sempat lagi main kejar-kejar.

Hari Ke dua
12.01.2015

Hari ke-dua, saya just hantar pagi tu & terus tinggal. Dekat waktu rehat baru saya & papa asya pergi jenguk. Takut dia tak pandai lagi nak ke kantin. Sekali masa sampai, dari jauh dah nampak dia dan BFF dia (Abby & Damia) berlari ke kantin. Siap laju-laju ambik tempat. Lega rasanya. Hari tu saya dah sediakan bekal. Just roti yang dideko bentuk teddy bear guna alat yang saya beli kat Mr Diy dulu.

Hari ketiga
13.01.2015

Hari ketiga permulaan hidup Fasya untuk berdikari 100% peratus di sekolah sebabnya saya dah mula bekerja & takkan skodeng lagi time rehat. Dalam hati ni memang berat & bimbang. Sepanjang kat ofis asyik terfikirkan dia. Ok ke dia??

Tak lama lepas tu terima pic yang di whatsapp oleh mama damia. Happynya saya bila tengok keadaan Fasya ni. Kata mama damia, budak-budak ni OK je. Siap lepas makan pergi melawat kawasan lagi. Mama Damia & Abby still datang time rehat. At least, boleh la jugak dia tengok Fasya.

 Rasa nak menitis air mata. Alhamdulillah, lega sangat sebab Fasya pandai bawa diri. 3-3 orang BFF ni anak manja belaka. Abby & Mia anak bongsu. Fasya lak anak tunggal. Molek la tu, saling support diri masing-masing. Hehe.

Suka sangat pic ni.
Sempat lagi berselfie tu. Guna HP mama damia.
Mia pom kawan masa umur dia 5tahun dulu.

Hari keempat
13.01.2015

Pom sama, sampai sekolah seawal 7.15am & terus tinggalkan dia dalam kelas.
Pic ni mama damia hantar pagi-pagi tu sebelum mula kelas. Hehe.. tengok gaya macam dah lama sekolah. Yang tak tahan, papa asya bagitahu,  dia sampai awal sebelum waktu tamat belajar.. sempat lagi keluar ke toilet 4 orang sekaligus.

Permulaan persekolahan yang positif buat Fasya. Semoga kekal selamanya keadaan ni. Saya saje test, tanya nak pergi lagi tak school.. dengan penuh semangat & confident dia jawab nak sebab seronok sangat. Bangun pagi pom sangat mudah & bersemangat. Yang paling syok, kesemua students akan maintain dalam kelas yang dah ditetapkan sampai darjah 2. Darjah 3 baru tukar kelas ikut prestasi pelajar. Tak ada ujian saringan untuk penentuan kelas. Kata cikgu, dia tak ikut sistem tu sebab akan membebankan murid & ibubapa. Tak diakui, selepas ujian tu andai kata anak kita dikelas tercorot semestinya kita akan terkesan. Jadi, sistem di sekolah ni, ujian saringan tetap akan dilakukan cuma diperingkat kelas & cikgu akan kenal pasti mana-mana murid yang lemah & akan diberikan tumpuan lebih. Saya setuju dengan sistem ini, sebab murid boleh bercampur. Selain tu mengurangkan bebanan guru yang terpaksa handle sekelas budak yang lemah & nak beri tumpuan sepenuhnya pada pelajar secara individu pom susah sebab semua perlukan perhatian. Walaupon sekolah Fasya ni sekolah Kluster, tapi dia still maintain dengan sistem lama & mampu kekalkan kemajuan & kecemerlangan pelajar. Buku-buku latihan pom, semua tinggl kat sekolah. Kat ruang belakang kelas dia dah sedia tempat /bahagian masing-masing untuk letakkan buku. Kiranya buat balik bila ada homework aje. OK lah tu, xdelah nak bawa bebanan yang berat. Hari pertama tu, setiap pelajar dah di test membaca BM & BI untuk kenal pasti kebolehan membaca..

Selain tu bermula 13.01.2015, Fasya dah join kelas Kafa & bacaan Quran setiap hari bermula pukul 3pm-5pm. Sekolah Fasya tak ada kelas agama, so kena cari sendiri . Next week, bermula kelas tuisyen Fasya 2x seminggu. Agak-agak membebankan tak jadual ni?? Saya takut juga andai memberikan tekanan pada dia. Tapi, lepas ambik kelas kafa tu.. saya ada tanya esok nak pergi lagi tak, dia jawab nak & seronok sangat. Lagipom kalo dia duk rumah mulalah bersepah, ada je aktiviti. Bosan duk sorang-sorang xde geng main. Pasal kelas tuisyen tu pon dia sendiri yang nak. Tempat tuisyen pom tempat yang sama dengan tahun lepas. Dia enjoy kat situ, lagi pom kelas tusiyen ni tak membebankan & straight. Walaupon nampak cam padat, tapi waktu bermain dia tetap ada. Biasa balik kelas kafa adalah waktu untuk dia bermain. Saya biar aje dia nak buat apa.. nak buat sepah rumah ke, asal lepas tu kemas balik. Kalo dia nak tidur pom takpe. Saya layankan aje. Tak nak dia rasa stress. Bagi saya amat penting waktu bermain kanak-kanak sebab itu adalah dunia /alam yang patut dirasai oleh semua kanak-kanak.

**panjangnya entriiiiiii ni.. eksited anak masuk sekolah.. hehe


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

44 comments:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah..seronok tgk fasya hepi kt skolah :)

Masya said...

alhamdulillah fasya tak meragam.... seronokkan melayan keletah mereka.. lumrah kt mak² ni mmg risaukan anak kan.. sy hari kedua sekolah ayah amir terus hantar.. dia x bg sy hantar .. walaupun sy cuti.. tkt anak x hujan.. ibu yg ober hujan pulak ngee~~~

rasanya tdklah membebankan sgt jadual tu lya lgpun demi fasya jgk ... bgs jgk masukkan kelas mengaji gitu .. dan tuisyen sekurang²nya dia x leka main kat rumah.. ada jugak kwn...

AnneRaini said...

excited ye tgk anak masuk sekolah... budak2 ni kdg2 kite xsangka diorg boleh buat. baguslah fasya pndi bawa diri.

suhailah hamid said...

Seronok tgk Fasya enjoy ke sekolah. Nmpak jadual agak padat. Rasanya x perlu lg kot ke tuisyen.

Lya pantau pelajaran di rumah rasanya dah ok.

Sekadar pendapat je...darjah 1 dunia mereka masih lg nk main2, asal tahu sikit2 nk baca, mengira yg tu pun dah ok sgt..

lieyalatif said...

alhamndulillah...lega kan lya...nampaknye fasya matang .... pandai bawak diri...die pun tau tu lya tak mo buat mama n papa nye susah hati...

lieya sokong bab sediakan bekal fasya hari2.... selagi mampu buat laa lya...byk kebaikkannyer...

Kakzakie said...

Anak-anak sekarang kalau masuk tahun 1 dan cerdik-cerdik dan tak takut Lya. Tak macam dulu sebab dulu tadika setahun aje. Sekarang ni ada yg sampai 3 tahun tu yg senang nak berkawan.

Kena sediakan duit syiling dan kertas buat Falsya senang Lya. Dulu kakak buat macam tu. Sediakan jug purse yg boleh masuk kocek..

Bbwana adienia said...

Comel fasya ngan bffnya..nanti dah pandai la tu bawang diri sebab dah ada bff d skolah.. :)

amirah said...

bestnya asya sekolah...alhamdulillah...rajin2 belajar ye asya...

Sue-Rya Qistina said...

bagusnya fasya pandai berdikari sendiri..tapi mmg tgk dari riak wajah fasya pun, saya yakin dia anak yg kuat dan pandai sesuaikan diri dgn persekitaran.. :)

mmg terbaiklah sekolah ni, xde istilah hirarki ikut ujian saringan. mmg bagus sbb semua murid x kira yg bijak pandai mahupun yg kurang pandai boleh bercampur gaul..at least bole saling bantu membantu..

eMMe said...

Salam Lya, Asya, sihat? moga sihat2 selalu, excited baca citer Lya.. serius... tumpang gumbira n xcited dgr citer anak masuk skolah, saya lambat lagi.. coz twin kecik lagi..lmbt lagi tempuh alam persekolahan.. tapi anta taska pun... tak same.. dowang pun dah mula belajar, baru nak masuk 3 tahun kan... pepagi tu angkat dowang keluar kereta pun berdukung sbb dedua tdo..huhuhuh... kemain lenanye.. bile weekend, dowang la bangun paling awal, arghhh!!! tak kasi chance mama papa dia tdo lame2, hahahaha...

Falsya said...

Alhamdulillah fasya okayh bile first day masuk sekolah..bgs fasya senang nak bawak diri..senang nak bergaul so xde masalah utk fasya..n lya pun xkan risau sgt..;)

AMIIZAA said...

tahniah asya:) selamat menempuh alam persekolahan :)

lya, anak2 dah sekolah memang akan terasa keletihannya, take care ya :)

Khai♥Rin : anies said...

wahyhhhh thumbs up utk asha! nmpk lbh happy bla da msk darjah 1 ni

::NureeN:: said...

alhamdulillah....
syukur sgt.. bila tgk anak2 skrg mmg cpt berdikari kan...
sama mcm ellesya
nureen x sempat nk up pic lg
byk keja huhuuu...
bff asya tu mmg ari2 pakai sweater ker lya?
x panas?

Fiza Rahman said...

Suka tgk gambar selfie tu. Comel jer memasing.

Alhamdulillah, how time flies kan. Dah darjah satu dah asya. Selamat kembali ke sekolah.

eima said...

tahniah asya .... cam fahim jg ni ..,mama je risau lebih tp budak tu ok je ....
kite mak2 ni mmg gitu ... byk sgt pk ...hahha

Nur Inani said...

seronoknya dia dah dapat kawan. belajar rajin rajin tau :D

aziekz said...

Elok dah tu sis..antor Kafa mula Dr awl thn...tahun satu...bla budak Dah Menguasai Quran,jawi,,insyallah untuk subjek lain jadi mudah dapat...

LydSunshine said...

Lya, bestnya baca pengalaman ni. Baguslah sekolah Fasya tu. Mcm tak bebankan sgt murid2. Takyah nak exam2 beriya sgt la masa kecik2 ni. Pastu yg sediakan almari tu pun bagus. Tak la berat murid2 nak hangkut buku2 balik umah. Skolah tu satu sesi je kot, sbb tu boleh buat mcm tu. Biasa kalo skolah 2 sesi tu yg kena kosongkan kelas tu.

lia said...

wahhhh rajinyer Asya siap nak tusiyen lagi.,... good job dear...

Diana Rashid said...

Anak saya tahun ni darjah dua..baru tahun ni pi sekolah agama petang.tu pun rasa macam dah padat sangt sebab bila dia balik sekolah agama tu dah jam 6.nampak letih je..lepas isyak terus tidur.Tak sempat kita nak ajar apa2.sempat buat kerja sekolah je lepas maghrib tu..makan malam pun kena makan jam 7 sebab lepas tu kena solat,mengaji dan buat kerja sekolah..kesian pulak tapi nak buat cemnana..zaman sekarang bukan cam dulu.

LYAfrina said...

Sue-Rya Qistina :
itulah.. lega sgt... sbb xdelah exam y membezakan murid.. bru darjah 1 kan.. masih perlu diberi peluang.. lg pon ada jugak jns masa tahap 1 x berapa cemerlang.. masuk tahap 2 mula tunjuk potensi..

LydSunshine :
alhamdulillah.. nnti lyd pon akan laluinya.. a ah.. sekolah asya 1 sesi je.. dan seluruh sekolah di Kemaman ni dah distandardkan 1 sesi..dah xada sesi petang kat sini..

mummY daniSha said...

nampka matured sgt asya huhu...biasalah kan mak2 mcm kite mmg excited hehee

norsalihah shaleh said...

Wah... bersemangat fasya ke sekolah.. bagus2.. siap ber selfie bagai budak2 sekarng. mantap!!

so, mak fasya tak payah risau dahla.. anakmu itu seorg yg kuat dan bersemangat waja :-)

ros_reeza said...

Asya dah darjah satu.. Seronok baca pengalaman budak ke sekolah ni.. Ada macam macam ragam kan..

Kopiolimauice said...

gud girl la fasya ceria je siap pujuk kawan lgi tu..tak menangis langsung...

Rai OurKizuna said...

jangan terlalu paksa diri lya.. jaga kesihatan juga ya.. alhamdulillah.. anak2 ni sebenarnya perlukan kepercayaan kita.. saya pun takut2 masa mula2 hantar aqil masuk sekolah.. tapi so far alhamdulillah dia ok.. fasya budak bijak.. berani pulak tu.... :)

el said...

ibubapa mn x excited anak masuk sekolah..tp sekolah danish ritu ibubapa x bagi masuk lgsg..semua tgu kat pintu pagar..tp alhamdulilah abg danish gud boy..pandai berdikari..skrg ni 18double triple sibuk sbb dah 2 org anak masuk skolah..pagi2 mmg kelam kabut..tp mama mn x sygkan anak2..letih mcm mn pun nak make sure anak2 gembira pergi skul kan..siap buat bekal bagai gud job semua ibu didunia

fasya mmg seorg anak yg pandai bw diri..gud girl

eMMe said...

mcm de komen kat entry ni Lya..huhhuu.. tah la.. dah tak ingat, byk wire putus kan, hehehehe... sonok, tgk Asha pandai berkawan, senang dah.. takde la cam sengah budak, nangis masuk kelas, sbb takde kenal sesape n tak de kawan...

Adlin Mohamad said...

Gud girl dear ..
Kyra pun dah ada kawan tp x snap2 pic hari jedua je jengguk start papa dah keje mama pun x skodeng2 tp dia dah boleh bawa diri..bg duit tp x belanja makan bekal je leceh nk q agaknya

are_lin@yu said...

ya Allah beznya lya..ayu plk rsa mcm ada ank hhe..eksaited nk rsa cmni huhu..dh besar asya..xlma nti sma tgi ngn lya dh hehe

Chekgu Azrine said...

Akk yg excited baca...alhamdulullah..besar dah falsya..dh msk thn 1 pun.sebaya yaya la..boleh gang nti..hehehhe

Semoga falsya menjadi anak yg cerdik pandai...

Myra Jay said...

Sekejap je masa berlalu, dah besar anak solehah Lya ni..

Fasya-belajar rajin2 ye sayang..

εïзmummyHazaεïз said...

Excited asya pi sekolah ye... 1st stage ni, moga berjaya dunia akhirat..

Nik Azidah said...

Alhamdulillah Fasya seronok sekolah...lucu kan bila tengok macam2 gelagat budak baru masuk sekolah...betul tu saya setuju budak kita tak leh tekan sangat...biarkan dia nikmati dunia kanak2...

Aisy Nasiha said...

Lya masih takleh bangun sendiri?alahai.. inhat dah ok. Apapun moga dapat baik baik ya.. tapi itulah, kagum sangat kalau baca macam ni. Akak yang tak ada masalah macam Lya ni, mudah nau letih dan ada masa memang tak buat apa dah bila letih.. lepas tu mulalah risau sebab dah tak cukup masanya..

Alhamdulillab nampak di Ig dan baca sini pun dapat tahu yang Fasya seronok dan menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah. Rezeki dapat sekolah yang baik ya. Lawa tu mural kat sekolah Fasya.. ai mesti seronok la Fasya belajar bila kawan2 pun dia dah biasa dan baik-baik pulak.

NzA said...

caiyok asha...Budak2 skrg ni xsama budak2 dulu liya....msg2 dh pndai bw diri dan berdikari.... Sgt2 jrg akak tgk budak2 thn 1 yg menangis mcm 10-15 thn dulu....kalau sk akak hr pertama ibu bapa dh xdibenarkan msuk kwsan sk sbb KPM dh bekalkn dgn silibus transisi selama 3 minggu..masa transisi ank2 akn diajar pelbagai perkara trmasuk pengurusan diri, alat tulis, lwtan ke bilik2 khas..di ajar membeli mknan dikantin dll....
Jgn risau2 ye...he3x....

Pasal tuisyen tu trpulang pd ank n ibu bapa..selagi xmengganggu tugasan sk boleh diteruskan cuma xdigalakkn utk murid thp 1 sbb byk kes ank2 xbagi tumpuan dlm kelas sbb mrk penat n dh belajar di pusat tuisyen..mrk akn bosan...minda ank2 kecil xsama dgn pelajar yg lbh besar....mrk akn cpt hilang fokus dan trkdg bila mrk dh belajar sesuatu silibus mrk xbagi tumpuan dlm kelas..bila msuk tahap 2 mrk agak ketinggalan. ..itu akak kongsi dr pengalaman akak n rakan2 guru.....

nik ros said...

bagusnya Fasha ni. happy jea dia pi sekolah. bagus ada kawan2.

Syima ~Mama Kyra~ said...

HEHE..sama cam kami excited tgk anak msk drjh 1..dlm masa yg sama terharu sbb rasa kjp je anak dah besar..kami ni pun kyra satu2nya anak kami..jadi terlebih manja dan mahukan yg terbaik utk anak kami..sama cam sek abim buku latihan tgglkn kat sekolah..ujian saringan pun xde semua budak sama je..rasa ok tu x beban buat asya..bagus mama htr asya kelas tuisyen..utk kyra kami lum pk lg kelas tuisyen..emm tgk tgk prestasi dia camne..good luck utk asya :)

Rosmiza Ali said...

Bagusnya Fasya.. Minat nak belajar tu ada, semoga berjaya dunia akhirat.. ^_^
RosmizaAliDotCom™

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

alhamdulillah, nmpak ceria sgt die gi school.gmbar selfie tu mmg comel..kecik2 dh pndai yek..kikiki..nway utk zara, tk pernah lagi antar kelas tusyen..tkt die penat plak..huhuhu..tp akan dtg tk taulah tgk cmane prestasi dia kan...apepon, gud luck utk anak2 kite sume..moga sume dpt sekolah dgn jayanya..=)

Mummydearie said...

Amboi, Fasya. Sampai-sampai terus duduk sebelah boboi ya:)

Alhamdulillah, hilang sudah gusar di hati ya, Lya bila anak pandai bawa diri. Terpahat satu lagi memori indah dalam sanubari.

Mujurlah Fasya ni berdikari budaknya. Takdalah susah hati mana. Tapi kalau mak spesies takut memanjang (macam akak ni) anak dah besar pun tak mahu lagi lepas-lepas. Hahaha!

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.bgus fasha

seronok tgk gelagat anak anak masuk sekolah kan
smga dpt blajar dgn ceemrlang
aamiin

Yana Yani said...

hehe...saya pun entry sampai ada sambungan lagi
punya panjang membebel dok excited anak sekolah
afif sekolah agama yang pagi, sekolah kebangsaan petang
tapi alhamdulillah dia seronok aje
anak saya pun bawa bekal
cuma tak buat brnto cam lya, tak pandailah

lagipun dia macam papa dia, dihias, banmyak bunyi
cuma yang buat lega dia nak bawa bekal
biasa budak lelaki kan leceh sikit
tapi dia bawa tiap2 hari, tak penah tak habis bekal dia =)

p/s - suka gambo asya yang selfie dengan kawan dia tu, sweet sangat!