Monday, January 19, 2015

Into The Woods : Feeling Bosan... ha ha ha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Makin terabai blog ni... Bukan malas nak update, tapi tak sempat mengejar masa. BW pom mengikut masa yang ada. Ada lebih kurang 80 komen merangkumi entri2 lama lagi tak terpublish, 1 publish 1 BW. Selagi komen tu tak publish, maknanya saya belum berkesempatan nak BW. Mana yang dah di publish tu bermakna sudah selamat dijejaki. Arrghhh...masa begitu mencemburui-ku. Baru anak seorang, pom dah tak keruan.. Inilah yang dikatakan, apa yang Allah SWT kurniakan untuk kita adalah yang terbaik & termampu untuk kita hadapi. Sepatutnya ada lagi beberapa story yang nak diabadikan kat sini, tapi hold dulu la.

 
Berbalik kisah hujung minggu, yang merupakan minggu pertama weekend buat Fasya sejak bersekolah, just bawa Fasya tengok wayang cerita Into The Woods. Dah lama dia tunggu cerita ni, sebab dalam tu ada karekter febret dia "The Little Red Riding Hood", Cinderella, Rapunzel. Jack & Kacang Ajaib & Kisah pasangan suamuisteri pembuat roti. Into The Woods ni adalah filem muzikal.. tapi tak sangkalah sampai 80-90% nyanyian ajer memanjang. Kalo ditanya best ke tak "Into The Woods"... jawabnya "dok sedakkkkk" . Hahahaa... tak seperti yang saya bayangkan . Ceritanya best aje, cuma disebabkan muzikal memanjang, jadi boring lak. Ingatkan ala-ala Frozen tu OK lagi. Tapi bagi Fasya cerita tu best giler..

Tiket booking on9 je.
Ambik couple seat bahagian belakang sekali.

Lepas tu bawak fasya enjoykan diri kat TC Ballon City, Teluk Chempedak

**************************************************************

17.01.2015

Agenda hari sabtu, petang tu testing power kat restoran baru buka iaitu Ar Rezqi House.

Banana Split... memang sedap!

Her fevret... lepas ni mama buat sendiri je, 
boleh makan puas-puas.

Testing Lamb Chop...
Memang sedap.. 

Lepas tu, pergi melepak kat rumah Nekma. 
Sebelum ke rumah Nekma tengok rumah dulu..dah 100% siap. 
Tunggu kelulusan CF aje.. Waaaa..tak sabarnya...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

33 comments:

Najib Ariyan said...

memang tak sedap nak mampos... menyampah... apa lah yg diorang kat barat sana dok puji2 filem mcm tu... ntah apa2... kami tengok siap plan macam nak balik dah walau cerita belum abis.... tau tak sedap makan aiskrim lagi best kan... hahahaha

Bbwana adienia said...

bestnya..sempat bawa fasya tengok wayang lagi ya.. :)

Kopiolimauice said...

dh besar betul fasya ye pic yg last tu... banana tu mmng bleh wt sndri lgi puas

idzwa kamaruddin said...

nasib baik tak tgk smlm citer tu..sb waktu dia lambat sgt..

suhailah hamid said...

Sgaknya kanak2 mmg suka filem yg byk music kot..diaorang x bosan mcm kita yg dah tua. ^^

mamabeauty said...

ohh citer muzikal ya.. saya pun tak berapa berkenan if citer muzikal hehe

syawalsimpsons said...

adoi suke tgk asya sekarang dah pandai posing...

siti alfakhishah aman said...

lama tak layan movie.. setahun ada rasanya..

nasib mlm tadi baru mkn lamb chop.. tak la terliur tengok gambar tu.. :)

Nur Inani said...

wahh. kecur air liur tengok bananan split :P

Permatabiru said...

hujung minggu spent time dgn family jer kn

Sura Mohd said...

Ooo..muzikal..ingatkan best..hihi..
akak dh jarang masuk panggung..cuma klu ada cerita yg betul2 minat baru tengok..cam cerita The Hobbit aritu..memang best sangat..
Lapar pulak tengok lamb chop tu...

eima said...

muzikal ek ... hmm tak jd la nk beli dvd die ....

NzA said...

he3x...cita rasa kita kdg2 xsama dgn anak2...tapi yg pnting asya hepi n seronok....

wah dh xlama la tu rumah nak siap.

:: Cik Viva :: said...

samalah, sabtu pg tgk jugak...muzikal rupanya..ingt cite cam princes2 gitu..

MyCherita said...

Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita

CikLily Putih said...

banana split tu cam sedap je..

Diana Rashid said...

kalau budak2 memang suka muzikal kot..macam anak2 saya diaorang suka filem2 macam ni..tapi selera orang dewasa cam kita dah tentu la lain..

LydSunshine said...

Ada gak baca komen kat FB kawan saya. Dia pun kata tak sedap. Mungkin level kita tgk movie berbeza dgn kanak2 kot. sbb tak Fasya bleh kata sedak cite tuh.

Irfa said...

ops.. igt akak je tak puas hati
dari tahun lepas anak2 duk tggu nak tgk citer ni kuar wayang. tup2 dah kuar, erkkkkkkkkkkkk mmg akak tak puas hati

dahlah banyak scene cium

Didie Kamila said...

sedapnya ice cream..feveret..huhu..xsempat BW pun tp lya slalu snggah blog..siap drop komen lg..hehe..

Puan Kutu said...

Budak2 suka muzikal lya kan.janji asya suka oklah. Yg penting asya happy.

Lamb chop..sedapnya!

Syima ~Mama Kyra~ said...

Tak best ek..banner nmpk gempak..emm..x jadi lak nk bwk kyra p tgk cite ni..kang bdk tu lg ler boring beli cd je la kot..waa..umah dah siap ek..sure x sabar nk reno deco kan..i pun x sabar nk tgk umah lya after reno..nt share tau :) :D

Rosmiza Ali said...

Yeay! Tak lama lagi boleh masuk rumah baru dah! ^__^
RosmizaAliDotCom™

mamabeauty said...

saya pun tak berapa minat dengan citer berlagu2 ni...

AnneRaini said...

baru igt nak tgk citer ni tp kalo muzikal jer mmg bosanlah.

Time Traveller said...

Ceria sungguh kehulu kehilir dia jalan sakan :D

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

laa..tak best ker..ingat ada plan gak nk bwk zara gi tgk..kansel la..beli cd rm5 jek..kikiki

Mummydearie said...

Lamalah Lya akak tak tengok wayang so tak terkilanlah kalau beli tiket tapi cerita tak sedap :)

Fasya ni kalau suruh berposing memang curlass tau. Ada je gayanya tak nampak kaku.

Bila boleh masuk rumah baru, Lya? Tak sabar nak dengar bersiaran dari rumah baru pulak :)

Mummydearie said...

Lamalah Lya akak tak tengok wayang so tak terkilanlah kalau beli tiket tapi cerita tak sedap :)

Fasya ni kalau suruh berposing memang curlass tau. Ada je gayanya tak nampak kaku.

Bila boleh masuk rumah baru, Lya? Tak sabar nak dengar bersiaran dari rumah baru pulak :)

QasehnyaRania said...

jrg tgk wayang citer omputeh nak nak citer kartun.
nti nanti x tau le.hihi

kaalu sedap berbaloi la kan

x lama dh tu seronoknya

Mama Myja said...

like banana split. hehehe lama dah xmakan, pantang icecream lagi nih. hahaha

Khai♥Rin : anies said...

tau x pe...boring kan ;-)

tetiba rs nk mkn banana split skrg jg! ;-)

Yana Yani said...

mujur tak tengok! hehe
ajak adik tengok aritu, dia kata gerak hati dia kata cite tu tak best
biasa kitorng tengok cite based pada review

orang lain teruja tengok banana split, saya plak lamb chop tu...bikin lapo!
wahhh anak dara sorang ni dah pandai posing la...comel =)