Thursday, January 22, 2015

Kuantan & Restoran Ana Ikan Bakar Petai

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Edisi throwback kisah tahun baru aritu . Rezeki Fasya boleh juga tidur hotel. Hok olohhh.. tidur hotel je pon. Dah la kat Kuantan aje. Tapi ini dah cukup meng-happykan dia. Memang bukan dalam perancangan, semuanya spontan . Itu pon disebabkan saya ada urusan kerja di PNSB & MITI Kuantan. 1.1.2015 aritu saya ambil cuti ( korban cuti tahunan pertama pada tahun 2015) sebab nak register & beli buku-buku sekolah Fasya. Dekat Terengganu tak ambik cuti new year ye. Lepas dah settle urusan persekolahan Fasya, memang nak ke Kuantan untuk urusan kerja saya. Tapi baru teringat, Pahang ambik cuti new year. So nak tak nak, saya ambik keputusan untuk overnite je kat Kuantan untuk memudahkan urusan kerja pada keesokkan paginya. 2 tempat nak kena terjah, takut terkejar lak. 

Kemaman-Kuantan dekat je. Dalam 45minit camtu. Sampai je terus cari hotel dekat Indera Mahkota sebab urusan kerja pertama kat situ. Teringat review hotel Sri Manja Boutique kat blog Idzwa. Terus terjah situ & tengok harga pon berbaloi sekadar untuk semalaman aje. Hotel pon cantik, cuma bilik je sempit sikit. Tapi cukuplah untuk kami ber-3. Rezeki lagi, rupanya pejabat PNSB yang saya nak tuju tu just bersebelah dengan hotel tu. Memang cantik lah... Terus check in & rehat-rehat sekejap. Disebabkan sampai awal, so kita tawaf bandar kuantan. Bermulalah pencarian sayap pari-pari Fasya dan jalan situ sini. Tapi ntah kenapa kali ni semakin malas nak bergambar. 

01.01.2015

Kat bilik hotel. 
saya gemoksss

Deko sesuai dengan nama hotel ni.
Coming soon i review hotel ni

Kononnya petang tu nak bawa fasya mandi kolam kat tingkat atas sekali hotel ni. Sekali dalam proses renovation sebab kesan hujan lebat aritu. Lepas bersiap & mandi-mandi keluar jalan-jalan. Semua mall terjah. Siap servey kedai kabinet dll.

Baru jumpa christmast tree di tahun 2015. Haha..
Yela, bulan 12 sekarang dah xleh nak jalan-jalan macam dulu sebab bulan 12 adalah bulan untuk standby dari banjir.

Kat ruangan febret dia.. tapi satu pon tak beli.
Just cuci mata je

Budak tak makan nasi just makan donut ni untuk isi perut.
Ginilah pemakanan dia.

Lepas tu bawa fasya naik "The Ugly Duckling" kat Pantai Teluk Chempedak.

Selepas puas ambil angin kat Teluk Chempedak terus balik hotel. Malam tu keluar balik untuk makan malam. Kami decide ke Tanjung Lumpur nak cuba restoran yang sangat femes kat sana. Serius walaupon kerap turun Kuantan, tapi memang tak pernah lagi ngetest kat Ana Ikan Bakar Petai ni. Pernah pergi tahun 2010 dulu, tapi balik sebab full.. tiap kali nak pergi full...akhirnya 2015 baru dapat jejak . Memang besar bapok lah restoran dia. Siap ada playground lagi. Suasana pon best, angin sepoi-sepoi sebab tepi pantai je kan.

Memang penuh orang. Kat bahagian luar ada banyak wakaf, sesuai untuk family ramai yang nak makan bersimpuh. Saya memang tak dapatlah bersimpuh. Nanti nak bangun susah.

Tempat pemilihan segala jenis ikan & makanan laut.
Ada yang saya tak pernah tengok pon depan mata selama ni

Snap pic fasya selfie guna hp papa. 
Dia selfie sebab whatsapp sepupu dia..
Dia dah pandai tulis whatsapp sekarang siap pic selfie2 lagi.

 Antara menu malam tu,
kiri :- Ntah apa nama dia. 1st time tgk depan mata. Sedap jugak, tapi kalo bakar lagi sedap kot.
Tengah : Sotong celup tepung dia sedap
Kanan : Ikan Siakap 3 Rasa , tak kena selera.

Selain tu ambil tomyam daging sorang makan aje. Tapi bila sampai terkejut sangat sebab terlalu banyak. Nasi putih pon terlalu banyak untuk tangki kecik kami. Memang semua menu ni banyak lebihan. Ramai kata kat sini memang sedap. Maybe ikan bakar dia memang betul-betul sedap kot. Bagi saya masakan dia biasa -biasa aje. Tapi servis bagus walaupon restoran dia penuh orang. Harga dia pon terlampau murah. Itu tak diakui. Lepas makan, tawaf bandar Kuantan & balik hotel

Kat lobby hotel. 
Sebelum naik atas.

Oloh.... setakat kuantan & teluk chempedak dah jadi tempat rutin. Tapi disebabkan tak de cerita, bolehlah dijadikan saham untuk update blog ni. Kalo bukan sebab urusan kerja ni, sebenarnya plan nak bawa Fasya ke Gambang Safari. Tapi takpelah, inyallah lepas-lepas ni ye. Hikmah dari penangguhan sesi persekolahan, boleh juga bawa Fasya jalan-jalan walaupon sekadar Kuantan tempat yang kami dah biasa sangat. Tahun ni berdoa banyak-banyak semoga dijauhi dengan ujian yang berat-berat, dimurahkan rezeki & semoga ada rezeki serta peluang untuk bawa fasya cuti-cuti Malaysia. Dah berapa tahun perancangan tertangguh disebabkan kesihatan saya, selepas tu tahun 2013 rumah kena banjir besar & tahun lepas saya eksiden teruk...Semoga tahun ni dipermudahkan untuk segalanya.Amin


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

37 comments:

Azian Elias said...

salam...


lama dah tak singgah... cantiknya decor hotel dia.. tak de lah pulak bebudak buat main batu2 hiasan dia tu..

repat nya masa berlalu.. dah sekolah dah anak dara awak yee..

Bbwana adienia said...

sweet tengok gambar bertiga tu..mesti fasya happy kan..

suhailah hamid said...

Dapat jln2 w/pun dlm bandar yg dama dah cukup puas hati. Wow...restoram ikan bakar tu nmpak menarik. Besar sgt tu smp ada playground..

Fasya dah besar..pandai dah main whatsapp ek ^^

εïзmummyHazaεïз said...

Amin.... Semoga dipermudahkan urusan tahun ni & akan dtg.. Akak xpernah jalan kuantan..

Mimie_Zatun said...

Kuantan kampung Mimie.. hehe

syawalsimpsons said...

cantikla deco hotel tu..best3

SalbiahM said...

nape lya tak order ikan bakar kat restoran ana tu?tapi memang selalu baca blogger review kata restoran tu sedap.

mamabeauty said...

i love Kuantan hehe

tak sah if tak singgah MOkna pepetang tu makan segala kopok, sata and so on.. eh Lya pun org ganu lagila best kan kat sana haha..

Zee Suhaini said...

yang 1st tu pepahat namanya lya..
2taon lepas makan kat sini kureng skit dier punya pepahat..tak brape nak sedap..

fati said...

Bestnyer bercuti...sy xtau nk kemana utk sambut anniversary plus honeymoon..hehe..awk ade suggestion x?;)

Kakzakie said...

Kalau dah selalu ulang-alik tak rasa jauh tapi kakak ni bila ke T'ganu nak blaik JB rasa dari T'ganu nak jejak Kuantan macam jauhnya...

Permatabiru said...

sekali sekala bw anak jalan2 mmg best..anak sy yg kecik pun dah pandai request nak tido hotel yg ada kolam..hahaha

lieyalatif said...

percutian yg singkat tapi menarik lya...asalkan anak hepi tu dah cukup buat kite kan....

kat bangi pun ade caw ana ikan bakar petai nie tapi lieya tak penah cube lagi...takut tgk kereta bersusun...ramai gileee maakan kat situ.....mesti sedap kot kan...

Allene ALineWorks said...

tang asya selfie tu tak menahan tu... ngn mulut lagi.. kikkikiki

Cik Puan Eka said...

yg kiri tula pepahat namanya. Buat masak sambal sedappp.

Eka penah makan AIBP ni kat Bangi. Sedap gak ikan bakar dia ada potai. Tapi suami plak tak suka sebab tak kena dgn selera dia. Tapi janji kena dgn selera eka hahahaha

AnneRaini said...

masa pergi kuantan haritu, kazen sy bw mkn kedai buruk je.. kate die byk kedai kat situ nmpk je megah tp tak sedap. kedai buruk tu jugak yg sedap.

Nur Inani said...

sampai comot comot mulut makan donut. heheeh. memang femes kan restoran ana ikan bakar petai tu

Fifi Nadhrah said...

pepahat tu.. sedap.. manis..

alhamdulillah.. dapat jugak fasya ubah angin.. selalu jalan2 balik.. kali ni jalan2 tido hotel..

Fifi Nadhrah said...

pepahat tu.. sedap.. manis..

alhamdulillah.. dapat jugak fasya ubah angin.. selalu jalan2 balik.. kali ni jalan2 tido hotel..

Nad MamaZN said...

xpela, ada gak kenangan utk fasya tido hotelkan? :)

Nad MamaZN said...

xpela, ada gak kenangan utk fasya tido hotelkan? :)

QasehnyaRania said...

menarik
penh tgk je restoran ni tp x pernah masuk lg
syiokk pulak tgk asha naik duck tu
berapa naik duck tu lya !



nnti lya review tau hotel ni

Diana Rashid said...

tak gemuk la Lya..kurus tu..ok dah..sangat cantik..:)

Chekgu Azrine said...

Bestnya falsya..at least dia happy kan sis..
Sedapmya nampaj pepahat tu..

Amanda Suria said...

yang tepi tu nama nya pepahat..ada yang sebut siput buluh...

LydSunshine said...

Murah ke harga makanan kat situ Lya? Saya tak penah pegi yg di Tanjung Lumpur walaupun hometown sendiri. Pergi yg kat bangi je. Tapi masakan dia betul la mcm Lya kata, biasa2 je. mungkin tak sama selera kita dgn org.

lia ummiirfan said...

suka dia dapat tido hotel ekk.. asal nama nya hotel..seronok.. hihi..anak-anak saya pun sama gak..hihi..

Qaseh Vee said...

layan sungguh fasya mkn donat ...

RedRose said...

budak susah nak mkn nasi, patut lah slim melim. mcm my Young-Lady jugak. haha

Mama Myja said...

bestnyer jalan-jalan. huhu

el said...

cam menarik je hotel tu
mmg ugly lah duck tu..duck hitam hehe..tp asal enjoy sudah kan

Myra Jay said...

Ugly Duck ek.. Kesian sebab hitam kot..hehee

Tgk deko hotel cam menarik je.. tak sabar nk tnggu Lya review

Mummydearie said...

Gambar makanan yang pertama tu bukan ke bamboo lala?

Akak ni last pi Kuantan rasanya dalam 2011 kot masa tu tsunami kat Jepun :) Itu yang ingat sangat-sangat!

Insya Allah tahun ni dapat jalan-jalan serata Malaysia. Harapnya takda lagi dah hal yang tak diingini berlaku lagi ya :)

Kopiolimauice said...

tu pepahat rasa nye..tak try ikan bakar dia ke kot sedap ;)

Rosmiza Ali said...

Takpela dekat2 pon Lya, sekurang2nya ada juga peluang bawak anak bercuti.. Sesekali bukan selalu ye dop.. ^^,
RosmizaAliDotCom™

Khai♥Rin : anies said...

berselera betul asya layan donut tu! ;-)

Yana Yani said...

camtu kurus, dia kata gemuk lya ni
cam buta color aje ni...hehe. cuba tengok saya, barulah kategori gemuk tau! hehe

wah...sonok nampak family kecil ni
insya ALLAH. moga tahun ni lya diberikan kesihatan yang baik
dapat participate banyak aktiviti kekeluargaan camni =)