Wednesday, January 21, 2015

Sayap Pari-Pari Idaman

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita terperam semasa minggu penangguhan sesi persekolahan 2015. Satu bonus buat Fasya, sebab boleh jugak bawak dia tidur hotel.. malangnya tak boleh mandi kolam sebab masih dalam penyelengaraan selepas musim hujan. Tapi ni bukan nak cerita kisah tu, nak cerita kisah pencarian sayap si pari-pari buat Fasya. Semasa overnite kat Kuantan, kesemua 3 cawangan Mr DIY , Cowboy & macam-macam tempat terjah semata-mata mencari sayap pari-pari ni. Bila tak jumpa memang frust la Fasya, terus membebel kat mama.. "Itulah mama..semua ni salah mama.. masa hari jadi hari tu ada sayap tak beli" . Ok fine silap mama. Mama tak beli sebab tak ada kepentingan pon. Padahal harga sayap besar kat Mr Diy just RM3.50 aje. Biasalah, bila time kita nak tu mesti dah tak ada.. time tak nak tu jumpa di merata-rata.

08.01.2015
Sampailah balik kemaman, pergi cari kat kedai alat pengantin & kedai RM2 pon tak ada. Tapi saya dah janji dengan Fasya, tak ape lah kita buat sendiri sayap ni sama-sama. So, saya ambik keputusan untuk beli peralatan kat kedai alattulis. Tapi tak sempat lagi nak membelinya, papa asya panggil ajak masuk satu kedai direct dengan kedai alattulis yang saya pergi tu. Memang rezeki Fasya la, ada sayap idaman dia kat situ. Kat situ segala eksesori & segala jeni costume ada. Baju-baju custome ikut tema pon yang kita nak semua ada. Alahai..selalu lalu tapi tak pernah singgah. Orang-orang kemaman kalo nak cari apa-apa custome boleh lah ke kedai YL-Mart ni...segala jenis ada. Happylah, akhirnya dapat jugak sayap idaman dia.. Motip... nak feeling princessss.

Sebelum jumpa sayap tu pergi kedai perabot beli katil besi buat TokMa. Selepas kena banjir, perabot besi adalah pilihan terbaik. Kalo kena air pon still boleh digunakan lagi. Pic-pic ni semua dari papa Fasya.

 Selepas tu pekena Air Batu Jagung febret dia & sotong celup tepung.

Eyh... dah habis.. Sebenarnya bukan semua perkara yang Fasya nak ditunaikan. Walaupon dia satu-satunya anak kami & agak manja tapi still tak over bila nakkan sesuatu. Masih berpada-pada. Saya sebenarnya paling tak suka membeli sesuatu yang tak membawa manfaat pada dia. Tapi adakalanya kita tetap terpesong mengikut keinginan anak. Yelah, hati kita ni cepat cair dengan pujuk rayu si anak.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

32 comments:

Nad MamaZN said...

sekali sekala takpe la kan lya.. terutamanya bila kita nak rewardkan sesuatu atas usaha yg dia dah buat ;)

lia said...

akak setuju Lya... wpon mampu, kita kena tapis gak keinginan depa... baru depa blajar x smua kemahuan tu perlu d turutkan ;)

syawalsimpsons said...

sweet la tgk asya ni

salwana nordin @ che'wa said...

ye la kdg2 mmg apa juga keinginan anak kena had kan..

sekali sekala hadiahkan sst yg diaorg suka, kita pun dpt pahala :)

sedapnya sotong goreng celup tepung tu :)

suhailah hamid said...

Cantik la sayap tu. Sesuai dgn fasya pink color.
Betul lya, sbg parents kena tapis jg permintaan anak2, kang naik lemak pulak anak ni kan ^^

eMMe said...

uii.. Fasya.. sdapnye air batu Jagung,.feveret aunty la.. sotong celup tepung lagi tuu... sabar je la Lya ni.. nak kene babap ni.. gulp gulp!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

amboi fasya..selalu aunty nmpak sayap butterfly jek..ni sayap pari2 yek..hikhik..santek plak tgk..^_^..nway lya, kite pon kdg2 tergoda gak ngan rayuan anak nk beli ape2..hati parents kot cepat cair kan..wuwuwu

AnneRaini said...

budak perempuan haruslah feeling2 princess. kalo budak lelaki sibuk nak jadi superhero.

AMIIZAA said...

amboi fasya....comelnya bersayap:) nanti boleh terbang tinggi bawak mama dan papa tterbang sama:)

Nur Inani said...

kemains eronok lagi fasya :D

idzwa kamaruddin said...

hehehe kannn anak sorg pun kene control jugak ye tak..sebab tu lah jantung pengarang hati..

LydSunshine said...

Mmg betul pun Lya. Mmg kita takkan ikut kehendak anak sesuka hati, tapi ada time yg kita rasa mcm cair je hati bila tgk muka anak yg mengharap tu. Sekali sekala boleh la.

Didie Kamila said...

Dekat mana kedai air batu jagung dgn celup tepung tu lya?..mcm x pnh tau pun..huhu..

eima said...

wahhhh comey asya dgn wing die tu ....

wahhhh bestnye sotong celup tepung ... ni rindu nk ke belah sanan ni ...sedah wei

Bbwana adienia said...

comel fasya..dah macam angel dah tu..hehe..

mamabeauty said...

correct.. let them appreciated every single things kans..

Mummydearie said...

Dia nak buat apa sayap pari-pari tu? Berjalan dalam rumah like a princess ya? Hahaha...macam-macam kerenah Fasya ni. Tulah, Mama. Masa dah jumpa tak mau beli, kan susah keliling mencari lepas tu. Biasa memang gitukan. Bila kita nak, memang takda. Bila kita taknak, melambak-lambak nampak depan mata!

mummy_ayu said...

ala...comei.
sama l..bila taknak tu,jumpa jer. bila time nak..jenuh mencari..kan?

amirah said...

aah la liya..kdng tak semua kita nak penuhi pon...sebab byk yg dorang main mintak aje sedangkan dorang sendiri pun tktau untuk apa..huhuhu..tp sebab kesian kdng terjebak juga..tp andai kata mampu apa salahnya kan..

mun said...

comel laa fasya dgn sayapnya... :)

CikAnie said...

salam lya,, lama tak terjah hihi,,, dah terang background lya ni,,cerah bercahaya hihihi,,betul tu lya kadang2 klu anak benda yang tak berfeadah spt mainan memang tak dibelikan,, tapi dengar pujuk rayu tu kadang2 cair gak,,

~aSHa~ said...

kedai tu area mana
kat depan pasarayaku ke... big ten ke apa situ ke

Fiza Rahman said...

Betul. Tak blh jugak tunaikan suma permintaan. Bestlah asya dpt sayap tu ☺

Diana Rashid said...

lagipun permintaan nya tak melampau pun Lya..benda tu memang ada jual cuma nak cari tu susah sikit..bukan harga beratus pun.tak salah pun kita bagi kat dia...:)

Puan Kutu said...

Betul manjakan anak berpada pada kan.biasanya kita mmg cuba tunaikan permintaan anak selagi tak melampau..cuma anak kena belajar sabar la. Tak semua benda dia mintak boleh dpt segera..

SalbiahM said...

besarnya mangkuk air batu jagung tu..Fasya terhabis ke?nasib baik jumpa kat kedai, tapi kalau D.I.Y mesti cantik jugak..

Fifi Nadhrah said...

betul.. bile bab anak.. da cube kuat.. tak nak ikut.. lepas 2 3 hari terikut jugak.. anak2 adalah anugerah.. tapi jangan lupe.. anak2 dugaan buat kite jugakkan..

Mama Myja said...

amboih.. der sayap pari2.

el said...

fasya nak terbang kemana tu ngan sayap tu hehehe

Rosmiza Ali said...

Sesekali reward anak dengan benda yg dia nak tak salah.. Fasya good girl.. rajin gi school, rajin belajar.. So bolehla layan kehendak dia sesekali.. ^^,
RosmizaAliDotCom™

Khai♥Rin : anies said...

ooo nak feeling2 princess rupanya ...haiiii mcm2 la asya ni... ;-)

Yana Yani said...

betullah lya, kita lemah sebab anak
saya sendiri walau mencuba tidak memenuhi semua kehendak, kadang gagal juga
yelah, kalau takat mampu, kalau boleh nak aje sediakan
lainlah kalau tak mampu
tapi bila teringat ada pakar kata hanya akan merosakkan anak
beringat jugalah kadang tu

appaun asya tetap comel, mesra kamera dia ni tau! saya suka =)