Friday, February 13, 2015

6 Tahun Berkhidmat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 14.02.2009-14.02.2015



Syukur alhamdulillah... esok genap 6 tahun berkhidmat di syarikat yang telah memberi rezeki untuk saya. 1st time tulis entri berkaitan kerjaya saya ni. Mengimbau kenangan sewaktu memulakan kerja di syarikat ni dulu, sewaktu tu saya baru aje lepas habis pantang Fasya. Maybe memang rezeki Fasya saya dapat kerja ni.  Saya dapat 2 offer, di company cina & company melayu yang saya bekerja sekarang ni. Sebenarnya pada hari interview tu saya dah tak nak pergi. Masa tu tak habis lagi pantang rasanya. Tapi, last minute pergi jugak. Time tulah baru nak fotostat segala dokumen dan sijil-sijil. Bayangkan sampai kena sound, "nak interview tapi tak buat preparation".

 Yelah, sebelom koma semasa mengandungkan Fasya dulu, saya sudah bekerja  tapi berhenti sebab dapat offer kat compony Oil & Gas yang agak tersohor time tu. Cuma bukan rezeki saya sebab belum sempat masuk kerja saya dah koma dulu. Tapi..... ada hikmahnya. Seandainya saya bekerja di company tu dulu, mesti sekarang saya terkapai-kapai sebabnya company yang gah ini dah buang ramai pekerja & bankrup.

Sambung balik kenangan semasa interview... Saya jujur & beritahu semua perihal saya berkaitan penyakit saya . Saya tak nak, apabila diterima bekerja tiba-tiba saya sakit & dianggap tidak jujur kerana merahsiakan keadaan sebenar saya dan sekaligus menusahkan orang. Bagi saya, kalau memang tersurat rezeki buat kita, insyallah tetap akan menjadi milik kita. Saya rasalah, memang sangat tipis peluang saya untuk kerja bila istiharkan yang diri saya ni berpenyakit. Tapi memang sudah ditetapkan rezeki buat saya disitu. Tak berapa lama selepas tu, saya terima panggilan telefon yang dari majikan yang meminta untuk saya melaporkan diri pada 14.02.2009. Semasa terima panggilan telefon tu, hanya Allah SWT yang tahu perasaan ni. Macam tak percaya sangat. Saya tak sangka akan dapat kerja di situ.

Saya pernah melalui zaman susah. Duit tak cukup dan macam-macam lagi. Saya bekerja pada awalnya hanya untuk menampung kos perubatan saya. Terpaksa berulang alik ke hospital & dengan pelbagai test lagi yang perlu dijalankan. Dulu, saya sentiasa menangis. Hidup kami suami isteri bermula dari kosong. Bukan kahwin-kahwin, terus hidup senang. Kereta pon tak ada, tapi saya terima dia seadanya sebab papa asya mampu menjaga saya sebaiknya dan memberi cukup makan pakai saya waktu tu. Biarlah tidak diberikan hadiah mahal-mahal, melancong situ sini..asal dia sentiasa ada disisi saya dengan penuh kasih sayang. Tapi syukur alhamdulillah, rezeki dalam kehidupan.. Kami mula merasa senang sikit demi sedikit. Akhirnya ada rezeki juga untuk memiliki rumah sendiri. Kehidupan kami sekadar senang... bukan kaya. Senang iaitu mampu untuk meneruskan kehidupan ini dengan penuh sederhana & dikurniakan rezeki yang sesuai dan cukup buat kami. Alhamdulillah. Aihh..saya tak pernah ceritakan kesusahan masa lalu saya bersama Fain dalam blog. Terlebih cerita plok.

Kalau pengikut lama blog saya mesti tahu tahap kesihatan saya sekitar 2009-2012 dulu. Memang tahap teruk & selalu keluar masuk hospital & ICU. Kira-kira sebulan atau dua bulan bekerja , saya jatuh sakit dan terpaksa diwarded agak lama. Masa tu, saya redha andai dibuang kerja. Tapi, alhamdulillah majikan saya terus memberi peluang dan memahami keadaan saya. Sakit bukanlah sesuatu yang kita minta. Adakalanya, walaupun berpenyakit...kita terpaksa bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Saya pernah menangis depan x-bos saya dulu, sebab terasa diri ni dah menyusahkan syarikat sebab tak boleh berikan komitmen yang baik untuk syarikat. Namun, antara ayat yang masih saya ingat, 'kalo tak sihat..jangan paksa diri.. rilek.. bila sihat tu kerja betul-betul ikut kemampuan".

2011- semasa proses berubat. Kurus & pucat lagi

Keadaan saya , bila time saya tak jatuh sakit saya mampu aktif seperti orang sihat yang lain. mampu naik+turun kapal untuk survey report. Time saya dalam keadaan sihat, saya akan bekerja sepenuh hati. Sehinggalah saya masuk ICU pada akhir tahun 2011 dulu (koma & tak sedarkan diri juga), saya nekad untuk berubat. Saya pernah share dulu saya pernah buat pembedahan batin sampai muntah keluar habis darah. Dan, dengan izinNya, selepas ikhtiar berubat kat situ saya semakin sihat. Doktor sendiri terkejut tengok keadaan saya. Muka dah tak ada pucat-pucat. Dan eksprimen pertama keatas diri saya selepas berubat tu, saya cuba tinggalkan ubat yang perlu saya makan lebih kurang 10biji sehari atau lebih. Ubat tu saya ambik sejak tahun 2003 & menurut doc saya perlu bergantung sepenuhnya pada ubat tu untuk meneruskan kelansungan hidup. Effect, apabila saya tinggalkan ubat tu boleh membuatkan saya lemah & sampai tahap tak sedarkan diri. Tapi... itu sebelum saya berubat. Saya tahu eksperimen itu mungkin membahayakan nyawa saya saat tu, tapi.... kuasa Allah hidup yang saya lalui rupanya lebih cergas dan bersemangat tanpa ubatan tu semua.

2012 -- Saat kebangkitan semula

Kalau ingat episod tahun 2012 dulu, banyak saya share tentang kebangkitan semula saya dari seorang yang berpenyakit kepada kehidupan normal. Syukur....2012-2013 tuhan memberikan pinjaman yang terindah dalam hidup saya. Saya mempunyai banyak masa bersama suami & Asya. Dulu, saya tak leh jaga asya betul-betul sebab kerap kena tinggal bila warded hospital. Saat saya kembali sihat, saya tebus segalanya. Saya mampu menikmati makanan-makanan semua & kehidupan yang saya lalui sungguh indah saat tu.

2013 - Tahun kedua saya kembali sihat

Namun..... Mac 2014 sekali lagi menguji saya. Mungkin saya alpa disaat diberi kesihatan tu. Saya ditimpa kemalangan & koma juga. Bila sedar, tak boleh berjalan. Ketika itu, saya rasa kehidupan saya kembali suram. Hanya tuhan yang tahu, betapa susah untuk saya lalui saat tu. Namun, semangat tu datang semula . Dan alhamdulillah, saya apa yang dilihat hari ini. Walaupon nampak saya OK , namun effectnya sehingga kini kaki kanan saya belum pulih & masih tak mampu bangun sendiri kalo duduk di bawah. Saya sebenarnya hampir meletak jawatan juga selepas kemalangan, sebab saya ingatkan saya akan lumpuh selamanya saat tu..

2014
Kiri : Mac 2014 (excident)
Kanan : August. Alhamdulillah...

Sepanjang hampir 6tahun bekerja ni, setiap tahun cuti MC selalu habis..siap dengan MC warded lagi 60hari. Hehe. Cuti tahunan pon setiap tahun negatif.. Siap unpaid leave tu. Haha. Cuma 1st time, tahun 2013 cuti MC saya memang tak habis cuma Annual Leave habis sebab semasa tu diuji dengan kesihatan Fasya lak. Ingatkan tahun lepas berjaya lah cipta sejarah untuk rekod cuti MC & Annual Leave. Sekali kemalangan lak. Sapu licin MC & Annual Leave complete dengan Unpaid leave sekali. Azam tahun ni, mudahan berjaya la mencipta rekod untuk diri sendiri untuk menjaga cuti & MC ni. Tapi, dah rasmi MC pertama buat tahun ni pada Selasa & Rabu baru-baru ni. Sekali dapat MC 2 hari, disebabkan demam+selsema+batuk. Musim sekarang kan,

Saya juga bertuah dikurniakan ofismate yang kesemuanya sangat memahami & baik-baik. Memang kita orang semua rapat-rapat & tidak berpuak. Walaupom pangkat manager ke apa.. semuanya bergaul sama rata. Memang enjoy bekerja kat sini. Hubungan antara kami memang rapat. Saling berkongsi masalah. Alhamdulillah, dikurniakan suasana kerja yang menyenangkan.

Apa yang ingin dikatakan, saya sangat berterima kasih kepada majikan saya kerana terus memberi peluang & rezeki pada diri saya walaupon pada awalnya dulu saya tak mampu memberikan yang terbaik. Namun, ketika dalam keadaan sihat saya bekerja sepenuh hati & memberikan yang terbaik untuk hasil kerja saya. Alhamdulillah, setakat ni saya boleh menjalankan segala tugasan yang diberikan.  Semoga, saya terus dikurniakan kesihatan yang baik-baik. Saya bekerja kerana Allah, demi mencari rezeki halal untuk membantu suami saya dalam meneruskan kehidupan.

Selagi kita hidup, kita tidak akan terlepas dengan ujian dalam kehidupan ni. Siapa kita untuk menolaknya? Perlu sentiasa ingat, selagi hidup ujian itu akan terus hadir & kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Selagi diberi peluang untuk menikmati... hargainya. Saya pernah merasai kehilangan semua nikmat hidup ni. Jadi, bila diberi semula saya akan pegang erat & jaga sebaiknya. Dan jangan lupa, pastikan kita menerima gaji yang berkat ;-)


**kesemua pic diatas dikawasan ofis. 
Memang ada tempat photoshoot menarik.
 Hehe. Tapi jeti kayu tu dah dirobohkan kot..
Sebenarnya cari pic berbaju overall.. tak jumpa lak

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

42 comments:

suhailah hamid said...

Smg lya tetus diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki selalu insyaAllah.

Bbwana adienia said...

alhamdulillah..tahniah buat awak sebab berjaya mengharungi semua dugaan..hidup ni penuh dengan liku..wana doakan agar awak diberikan kesihatan yang baik dan ceria selalu disamping keluarga tersayang..amin :)

AMIIZAA said...

Tahniah lya dah 6 tahun bersama company....mereka juga dah memahami lya:) kak mieja doakan semoga sentiasa dalam lindungan allah swt amin:)

AnneRaini said...

kejap jer dah 6 tahun.. bukan senang nak dpt majikan yang baik. syukur majikan lya memahami keadaan lya.

Asha Lya said...

Trlalu bsr dugaan yg d trima..alhamdulillah berkat usaha dan kesbrn kan

Nafira usof said...

Tahniah Lya..
semoga menjadik pekerja yang baik dan cemerlang. bertuah Lya dapat majikan yang sangat memahami masalah Lya.

Kakzakie said...

Lya beruntung dikelilingi teman sekerja dan boss yg sgt-sgt memahami.

Ibu Lala said...

Untung lya dapat majikan macam tu. Keje sunggug sungguh tau. Kalau x sihat jgn paksa diri. Mudah mudahan syarikat tempat lya bekerja tu menjadi contoh utk sykt sykt yg lain dan dimurahkan rezeki.

Lya, akk ni pun cuti manjang x cukup. Cuti akk setahun 20 hari je. Mana nak uruskan anak sklh awal tahun. Nak ambik repot kad la bagai. Anak dan suami x sihat dll. Nak ambik unpaid x berani sbb kena table kat ceo. Mc pun setiap tahun byk gak guna sbb nak cover cuti yg x cukup tu.

Miga lya trus sihat lepas ni. Kuatkan semangat ye.

norhidana miswan said...

tahniah lya, moga jd pekerja yg dedikasi...bgs majikan lya sbb ttp bg peluang utk lya bekerja walaupun kadang sampai kene amik cuti

Dhiera nadhirah said...

seusia asya

Siti Asiah said...

Alhamdulillah Lya dikurnikan bos yg memahami pekerja...mg Lya terus sihat & sukses...no mote tears...:)

Syima ~Mama Kyra~ said...

Tahniah Lya..dah 6y berkhidmat dgn majikan..smg terus di kurniakan kesihatan spjg hayat..mcm x percaya lya yg cantik ni ada pyakit yg kritikal..tp dgn izinNYA Lya semakin sihat dan sihat..sama aje mama dan anak..dua2 ajaib :) :D

eMMe said...

Alhamdulillah Lya, kamu dikelilingan insan2 yg penyayang, pengasih, anak, suami terutamanya, serta ibu ayah..syukur.. kerana merekalah kite bangkit, kerana suntikan semangat dan doa yg tak putus2 tanpa kenal erti lelah dan jemu, Terima kasih Ya Allah.. sujud syukur kepada mu...

Saniah Ahmad said...

Salam Lya,,
sama lah saya,, masuk kerja tahun 2009,, tapi bulan mei hehehe,, pejam celik pejam celik dah 6 tahun kan hihi,, alhamdulillah rezeki darinya banyak merubah hidup saya suami isteri,, kami dulu juga sama tiada harta dan wang berjuta,, hanya ikatan kasih membuat kami bangkit mencari kemanisan hidup sehingga tercipta kehidupan sekarang,, sangat bersyukur,, alhamdulillah,, semoga lya teruskan kerjaya walaupun kesihatan tidak memuaskan,,semoga ceria selalu ye,,

Diana Rashid said...

Saya doa kan LYa terus sihat,bersemangat,tak lemah tak sakit supaya dapat terus menjaga Asya,dapat bekerja bantu suami,dapat buat apa saja yang Lya suka..

Percaya lah..kami yang baca ni pun kagum dengan Lya...

Puan Kutu said...

Alhamdulillah lya.6tahun berlalu walaupun bermacam dugaan sakit lya terima, Allah gantikan dengan majikan yg memahami, Rakan sekerja yg baik Dan persekitaran kerja yg best..

Mmg hidup ni penuh liku.ujian setiap dari kita berbeza.Hanya manusia terpilih saja diberi peluang untuk rasai ujian sakit Dan nikmat sihat seperti lya..

Semoga terus sihat lya...semoga dpt jalankan tanggunjawab dengan dedikasi, cemerlang, gemilang terbilang..ahh terlebih sudah!hehe

Puan Kutu said...

Alhamdulillah lya.6tahun berlalu walaupun bermacam dugaan sakit lya terima, Allah gantikan dengan majikan yg memahami, Rakan sekerja yg baik Dan persekitaran kerja yg best..

Mmg hidup ni penuh liku.ujian setiap dari kita berbeza.Hanya manusia terpilih saja diberi peluang untuk rasai ujian sakit Dan nikmat sihat seperti lya..

Semoga terus sihat lya...semoga dpt jalankan tanggunjawab dengan dedikasi, cemerlang, gemilang terbilang..ahh terlebih sudah!hehe

mamabeauty said...

Alhamdulillah..

Allah tidak pernah menguji diluar kemampuan kita..

Tahniah utk perkhidmatan selama 6 tahun.. insyaAllah sudah tertulis rezeki Liya



ros_reeza said...

Alhamdulillah . Rezeki dikurniakan majikan dan rakan rakan yang amat baik dan memahami.. Banyak dugaan yang hadir, tapi akak memang kuat!

wa said...

Alhamdulillah...berkat kesabaran Lya.... semua pengalaman tu mendewasakan kita sebenarnya..untungnya sebab dapat husband yang penyabar dan menjaga Lya dengan.baik..

mummY daniSha said...

alhamdullilah lya...ALLAH maha adil kan..di sebalik kesusahan lya, ALLAH kurniakan majikan yg baik utk lya....semoga lya dikurniakan kesihatan yg baik,insyaallah...

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah, 6 tahun yang menggembirakan dan penuh kenangan buat Lya. Keputusan baik dan memang Allah dah rancangkan yang terbaik buat Lya..moga terus maju jaya dan sihat lepas ni. Untung lya dpt majikan dan kawan2 yang sangat memahami.. bagi akak itulah rahmat yang terbrsar sebenarnya.. sebab kat tempat lain itu dua perkara yang susah nak didapati.. ada saja krisisnya demi nak meneruskan kelangsungan hidup

Khai♥Rin : anies said...

tahniah!!! sm laa kita da 6 thn tp sy msk bln januari ;-)

all the best utk 6 thn lg

lieyalatif said...

6 tahun yg penuh suka dan duka kan lya...alhamdulillah.segalanye ditempuhi dgn tabah...dan lya skrang adalah lya skrang...insan yg kuat dan sentiasa tersenyum...moga senyuman sentiasa terukir di bibir lya.....

bos kat syarikat tu baik kan lya...ye laa walo tau lya sakit tapi die terima jugak...murah rezeki die.....

~aSHa~ said...

tahniah lya...semoga terus berjaya dalam kehidupan dan karier...

eima said...

alhamdulillah lya...semoga lya terus sihat dan dimurahkan rezeki selalu .....inshaaAllah jika nijat kita lillah hitaala ...pasti Allahs entiasa ada bersama kita

ANIM said...

semangat lya tu yg perlu dicontohi...

Yati said...

Kak Yati dapat rasa yang Lya ni kuat orangnya. Seorang fighter! Tahniah, dapat majikan dan officemate yang baik-baik. Teruskan usaha anda! Chaiyok! :D

LydSunshine said...

Lya memang kuat. sebab tu Allah pilih Lya utk terima dugaan tu.

Majikan Lya mmg terbaik. Saya doakan perniagaan beliau berjaya, sbb biasanya org atasan ni jarang yg memahami. All the best utk Lya!

Najib Ariyan said...

Jarang dapat majikan sebaik tu... biasanya majikan akan suruh duduk rumah dan tumpukan perhatian pada kesihatan jer...

dulu pernah buat pembedahan batin? di mana tu yer? boleh share ker pada saya...

mama maman aka yana said...

rezeki masing2.. semoga lya kuat dan tabah ok.. insyaallah Allah ada bersama org yg mengingatiNYA.. :)

NzA said...

InsyaAllah...rezeki Allah dimana2 kan liya...ianya dah tertulis utk kita pasti akn dpt.

Nik Azidah said...

Alhamdulillah....semoga terus diberikan kesihatan yang baik...amin :)

CikLily Putih said...

tahniah Lya...

Mama Balqis BluePinkBaby said...

Salam,

sy follow kisah lya dr dulu lg...cuma dah lama x komen kat sini.....blog lama pun da tutup skrg sy buat blog baru...sangat happy Lya da makin pulih...moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam semua urusan...Lya sgt positif dlm menhadapi segala dugaan...buat sy contihi sikap ni :)

Cinta Misteri said...

Best klau boss sekepala. Kak CiM dah kerja kat comp yg skang ni lebih 11 tahun. Staff semua dept semua ok, cuma boss akk je yg menyakitkan hati. Tp sbb dah sebati then malas nak cari tmpt lain. Layan jer....lagipun gaji benefits hari bekerja semua ok.

eika_jps said...

alhamdulilh....sepanjang 6 tahun mesti banyak kenangan Lya kan? mummy eika doakan semoga menjadi pekerja yang cemerlang dan diberkati...

εïзmummyHazaεïз said...

Tahniah Lya...
Semoga rezeki murah & sihat senantiasa...

Tihara said...

ada hikmah di sebalik semuanya
Tuhan bagi murah rezeki lya dan kesihatan pun semakin baik
syukur alhamdulillah
akak tumpang happy :)

Eliss Mie said...

sebenarnya environment sekitar kita pun mempengaruhi kerja kita jugak. kalu dpt boz baik, boz suh OT pun buat dengan senyum jer tanpa byk alasan kan. hehehe.

Qaseh Vee said...

membacanya sahaja sudah membuatkan saya terbayang bagaimana keadaan lya waktu itu . sungguh lya seorg yg kuat semangat . bkn smua org blh melaluinya . lya insan terpilih ... alhamdulillah kini sudah sembuh . semoga kesihatan yg dimiliki sekarang berpanjangan .

Yana Yani said...

saya sangat percaya lya dikurniakan kekuatan dalaman yang kuat
disebabkan itu lya mampu hadapi semua ni
cinta hati lya juga seorang yang amat saya kagumibukan semua lelaki boleh buat seperti dia
dan of course majikan lya, bukan semua majikan boleh terima pekerja yang ada masalah kesihatan

macam majikan saya jugaklah...hehe
saya dah masuk tahun kelapan di sini
dah banyak habis cuti tahun dan cuti hospitalization...
alhamdulillah mereka paham...cuma saya rasa saya dah terlalu lama di sini
time to change