Wednesday, February 4, 2015

Apakah itu BENTO ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

With her classmate

Orang berbento, sibuk nak berbento jugak. Tapi perkara yang baik macam ni memang sangat bagus kalo nak ikut pon. Lagipon ianya membawa kebaikan dengan menyediakan makanan dari rumah. Dah bertahun tengok orang sediakan bento buat anak-anak, tahun ni baru berpeluang bila Fasya dah naik darjah 1. Saya just mampu menyediakan bento mengikut kemampuan diri saje, asalkan bekalan tu dari rumah & hasil tangan kita yang sememangnya terjamin. Duk sebut bento..bento tu, tau ke apa makna bento? Ha ha.. serius saya sendiri pon selama ni asyik sebut aje bento, tapi makna sebaliknya tak tahu. Ok ini adalah hasil mengoogle, :-

" Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "

comey sangat pic ni..
masing-masing cam tak sabar nak tengok bekal mia.

Ok... Bento rupanya bekal sepersi nasi yang complete dengan lauk pauk. Pada pemahaman saya juga, ciri-ciri bento juga harus melibatkan penyediaan makanan seimbang atau complete dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan dalam bentuk yang menarik. Hihi.. saya tak pernah lagi bekalkan Fasya nasi, jadi kena sebut "bekal" aje lah. Hehe. Tak kisahlah, istilah yang kita guna sekarang, apa-apa bekal dari rumah pon kita panggil "bento" . 

aummmm...sedapnya

Walaupon menu simple-simple saje yang saya sediakan buat Fasya, tapi saya tetap gigih dan bersemangat menyediakan bekal untuk dia kesekolah. Lagi pun dia sendiri jenis susah makan, kalo harap dia beli makanan kat kantin, rasanya tak ada satu pon yang dia makan. Sejak join group Kelab Bento / Bekal Malaysia kat FB, saya makin berkobar menyediakan bekalan buat Fasya. Yang seronoknya kat situ macam-macam menu & deko-deko yang menarik di share oleh para ibu. Memang dalam hp saya dah penuh pic-pic bento yang ahli club share. Senang untuk rujukan sendiri. Selain tu, banyak juga perancangan dalam kepala nak sediakan segala makanan homemade/frozen seperti sosej, nugget dll. 

Happy ;-)

Paling teruja, setiap pagi bila Fasya bangun tidur & dia tengok bekal yang saya buat mesti dia tersenyum. Kalau saya lambat tunjuk mesti dia akan tanya " harini mama buat special apa untuk adik?" . Pernah saya saja main-main bagitahu lepas ni asya beli sendiri kat kantin, mama tak buat dah bekal. Terus merajuk, katanya tetap nak makan apa yang mama bekalkan. Kalau sebelum ni memang dia susah makan, sekarang dia makan jugak. Ini dah buatkan hati mama sangat happy. Cuma lepas ni mama nak ajar slow-slow asya makan banyak benda lagi. Mudahan saya terus istiqomah dalam menyediakan bekal dari rumah buat Fasya.

Ini antara bekal yang sempat saya sediakan buat Fasya sepanjang 3 minggu sesi persekolahan di bulan Januari. Tapi, bukan tiap-tiap hari sempat snap gambar. Setakat ni, alhamdulillah, berjaya sediakan bekal buat Fasya setiap hari, kecuali pada hari pertama persekolahan haritu aje beli kat kantin sekolah.

Roti+Mentega Kacang Lady's Choice ,
 Kentang Goreng Rama-Rama Homemade & 
Anggur sebagai pencuci mulut.

Mashed Potato Homemade & Roti Krim

Sosej Ku Encik Sotong & Roti "Smiley Face"

Mee Hoon & Nugget
1st time buat meehoon.  Malam sebelum tu siap testing goreng mee & bagi Fasya makan dulu. 
Takut dia tak makan. Alhamdulillah, dia makan walau tak habis,
 tapi balik rumah dia makan habis.

Donut Bunga Homemade & Biskut Aiskrim

Sosej Telur Penuh Cinta + Roti Smiley Faces

Lempeng Gandum .
3 kali buat baru jadi.. fuhhhhhh

Monster " Roti Telur Grill + Sosej Grill"
Yummm...sedaplahhhh.. 
sampai saya pon bawak jugak. Tapi xdela deko camni.

Mee Lidi + Kentang Goreng + Coklat Hersheys Kisses
1st time goreng mee lidi ni. Alhamdulillah menjadi & Fasya makan habis.. 
Happy sangat mama.

Roti Kung Fu Panda + Honey Star

Walaupun ada hari dia makan sikit aje, tapi mama dah cukup happy, asal dia makan. Memang dah tahu, patern dia jenis kurang makan. Bekal yang last sekali tu dia makan licin. Maybe, kuantiti sikit macam tu sesuai buat Fasya. Takpelah, atleast isi perut tu. Kat rumah sebelum ke sekolah, memang wajib saya bagi dia makan walaupun sekadar biskut, untuk isi perut, takut dia makan sikit time rehat. Biasalah, mamapapa xde lagilah susah makan. Kalo mamapapa ada depan mata, boleh gak pujuk rayu suruh makan.

Asya & Mia
Semua pic time rehat kat sekolah credit untuk mama mia.
Masa seminggu persekolahan tu, mama mia skodeng-skodeng time rehat.
Ada jugak pic-pic kenangan ni. Hehe.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

50 comments:

Asha Lya said...

Ni mnarik minat ank2 utk mkn kan..good idea

mummy_ayu said...

wah..comei2 bento Asya. sama la ngan Ayu, tahun ni gigih berbento.tahun sebelum ni...bento gak cuma tahun nie..try buat comei2. tu la..kagum tgk geng2 kat kelab bento malaysia tu..buat cun2. ayu buat simple2 jer

mummy_ayu said...

wah..comei2 bento Asya. sama la ngan Ayu, tahun ni gigih berbento.tahun sebelum ni...bento gak cuma tahun nie..try buat comei2. tu la..kagum tgk geng2 kat kelab bento malaysia tu..buat cun2. ayu buat simple2 jer

suhailah hamid said...

Smg lya terus rajin menyediakan bento berkhasiat buat asya ^^

mamabeauty said...

Rajin nya Liya hehe.. cecantik bekal Bento tu.. sure Fasya nak makan pun berselera

idzwa kamaruddin said...

rajin nyer mama... ;)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

comel2 bento asya..hihi..kite tak pernah lagi buat bento cantik2 utk zara..bekal biase jekla..haha..itupon pagi2 dh kelam kelibut kan..=p

norhidana miswan said...

akak salute kt lya sbb blh bt bento kt asya tiap2 hari.... mcm2 rupe lak tu... kretip

eima said...

Waaah rajin....kite seb baik ank boy....msk bekal hari2 tp x deco

Allene ALineWorks said...

bgus sangatk lu semua orang buat mcm ni...

salwana nordin @ che'wa said...

semakin maju lya..akak suka semangat tu..

akak salute pembento2 yg berjaya menghasilkn yg terbaik utk anak!!!

good job lya!

akak jugak yg belum ada semangat nk bento hhhuuuuuu

nayfatimah rasyid said...

kreatif nyer
nanti leh cuba resepi nyer

Mama Myja said...

aduhai... rajinnyer ibu dia nih. jeles mamamyja xdapat buatkan aisar cam nih. uuuwwaaa

Mrs Velentine said...

mna nak dapat MR DIY tue lya

lovelywa said...

wahh meriah sgt bento asha..Umar n Dhia pon hari2 bawak bekal pi skolah tp tak dan la nak hias2 bagai..heheh..

Kakzakie said...

Berbento membantu anak-anak selera makan Lya. Macam Asya dah pandai demand dan tahu mamanya akan buat itu yg dah selesa. Baguslah tak perlu risau dia lapar.

Muka pun nampak ceria semuanya:)

εïзmummyHazaεïз said...

Comel2 bento lya utk anak.. Semangat tu

Myra Jay said...

Myra suka tengok ibu2 yg rajin berbento ni..
Teringin nak bento gak, tp utk seniri makan macam tak sesuai plak..heheee

Mrs Little Voice said...

cantik2....anak pompuan bolehlhlah layan bawak bentokan...

Puan Kutu said...

Semangat lya..bagus fasya pun suka bawak bekal..dia pun Jenis bukan pemakan..bila dah deco2 cantik camni baru berselera dia makan kan.

Thumbs up lya..

Fifi Nadhrah said...

wah.. banyak bekal fasya.. fifi sejak ufairah setahun lebih da mule buat.. asyik puji.. ibu masak cantik.. bukan ibu masak sedap.. hihi..

lia ummiirfan said...

wahh.. terbaik lya! :))

Mummydearie said...

Sama spesies macam Abanglah, Lya. Akak pun bekalkan makanan untuknya tapi takdalah berdeko bagai. Bento ni memang asal dari orang Jepunlah. Kalau tengok bento mereka, memang kacau bilau hati ni. Cute sesangat. Nak makan pun tak sanggup rasanya! Hahaha!

Kopiolimauice said...

cantik2 nye mmng meriah la asya makan ek

Cikna said...

Bekal rupanya, baru ku tahu.....;-)

Farra AM said...

Memang seronok prepare bekal anak2 gi sekolah.. haha saya bawakkan bekal biasa2 jek tak dan nak hias2... tapi mmg suka tgk bento-bento yg org lain buat, siap ada group lagi kan utk share ideas on bento.. suka tgk... cuma lom ada rezeki nk buat.. ni yg terasa mcm nk tulis entry bekal ni.. walaupun tak setiap hari bawakkan bekal pun tetap rasa best :-)

--
Fara
http://amfarra.blogspot.com

eira eixora said...

rajin lya deco mendeco

Permatabiru said...

comel2 tu agaknya boleh menarik anak untuk makan la akan...

eMMe said...

Salam Lya, sihat?Fasya sekolah dia camner okey? tgk okey je..sonok dgn Bento2 dia... stp hari ade je menu2 yg menarik, utk bekalan ke sekolah, save duit belanja kan... tgk tu, kawan2 dia pun berbento juga.. lagi la sonok..masing2 tunjuk bento yg mama2 dowang masakkan... makan yg terjamin sihat kan.. elok la diteruskan..jadi amalan seharian kan Lya...

Masya said...

KREATIFNYA LYA.. TERUSKAN SEMANGAT YER.. LGPUN ASYA SUKAKAN .. LGLAH TERUJA NAK MASAK...

~aSHa~ said...

seronok dia ada saingan bento....leh tjk kawan2..

::EIDA:: said...

haii laa mama. kreatif sungguh!!!

ros_reeza said...

Wahhh rajin mama Fasya;)

Diana Rashid said...

Saya pun tak pernh buat bento kat anak..selama 3 tahun ni buat bekal je la..nasik dengan ayam,kadang2 roti,kadang2 sosej dengan kentang...malas nak bento2 sebab nanti masuk beg dia habis senget benget jugak..heheheh

Didie Kamila said...

Rajin nya mama fasya msak mcm2..tp bwk bekal mmg elok pun..

Dhiera nadhirah said...

baru tahu maksud bento. selama ni panggil bento je. ingatkan yang makan bekal kena hias comel2, rupa kartun2 etc.

fasya cepat ye awak membesar~

Tihara said...

bila tengok bento, akak pun rasa semangat nak makan
memang dah sedia bersemangat nih
hehe
alhamdulillah alya suka..
bila perut kenyang, baru semangat nak belajar ye alya :)

suka tengok budak2 darjah 1 ni comel2 belaka :)

Bbwana adienia said...

cantik semua bento2 tu..sangat menarik minat anak2 untuk makan..untung fasya punya mama yang rajin :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alololo....syok la jadi Fasya mama dia rajin...nak bento pi ofis satu plsss....ekekeke

LydSunshine said...

Seronoknya la kan Lya? Bila dia tanya special apa utk dia tiap2 pagi tu, makin la mama dia bersemangat nak sediakan bento. Ala lya, tak letak nasik pon kira bento gak la. Asalkan berhias.

Afne said...

Rajinnya mama asya sediakan bento :)

Adlin Mohamad said...

Kita lagi la baru berjinak dlm dunia bento ni hehhe nk masak apa nak bawakan apa masih tergaru2 kepala.lagi hehee giogle dan scrool dr page kalab bento mdia dr sana belajar buat deco tq lya bg idea bento gak hehehe

amirah said...

rajinnyaaaa mama asya...mesti asya pun happy hari2 dpt makanan cantik2...

Qaseh Vee said...

bebudak mmg teruja klu dapat bento ni . rajin mama asya buat ...

NzA said...

Syabas mama asya. Bertuahkn ibu2 muda skrg. Byk bekas bento dijual di d.i.y....zaman 4f dulu main hentam je...he3x

Zuraida Rahim said...

Suka tengok ibu-ibu berbento... nak buat juga untuk anak-anak..

Bunda a.k.a KN said...

salam,

bento yang kreatif menaikan selera anak2...

SalbiahM said...

Fasya memang jenis yang makan sikit-sikit ye.berbaloi gak buat bento ni,boleh control portion. Takdela membazir banding dengan beli kat kantin

Khai♥Rin : anies said...

kawan2 asya kata apa bla tgk bento2 semua ni? mesti diorg teruja...

Yana Yani said...

saya juga setakat ni tak penah gagal menyediakan ebkal untuk afif
cuma tak berbakat dalam menghias
main campak aje dalam bekas...wahaha
dasar pemalas! =)