Monday, February 2, 2015

Walimatulurus : Pembuka Tirai 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pembuka entri di bulan Februari..

Baru-baru ni kata nak draft entri untuk sebulan kan?? Sembang aje lebih, satu entri pon tak buat. Haha. Sabtu lepas, 31.01.2015 saya & ofismate bertindak sebagai "bidadari" di majlis perkahwinan anak big bos. Kiranya, ini wedding pertama yang saya attend untuk tahun 2015 ni. Pic pengantin tak sempat ambil. Tapi Photo-G ada snap gambar bersama pengantin. Tunggu pic dari Photo-G ajerlah. Tak sempat langsung nak mencelah sebab melayan tetamu. Tapi baju pengantin serius  cantik sangat. Songket macam wedding Schawal dulu. Letih giler... tetamu datang non stop. 

Pagi-pagi masa baru sampai dewan..
Sebelum tetamu datang, ambil peluang posing kenangan dulu.
Kain purple lavender sponsor dari big bos

Sebab malas nak bawa h/bag takut menyukarkan pergerakan, just pinjam beg sling Fasya.
Haha..selumber badak mama asya ni.
Nak letak hp jew dalam tu.

 Ni pic time petang dah.. 
sebab tu glowing giler kulit...
berminyak!

 Dekat meja makan beradab.
Saya jaga kat meja makan beradab.
Sempat snap pic Fasya time dia datang makan dengan papa t/hari tu.

Petang-petang baru sempat posing-posing
Ni pon pic ehsan staff lelaki.
Bukan Qu Puteh.... tapi Qu Purple..

 Bergaya bersama h/bag Gucci, LV, Prada...
hahh..semua adoo...

Tumpang posing atas pelamin ...

*********************************************

Dalam pukul 4pm tu, saya & ofismate gerak ke majlis perkahwinan adik ofismate yang lain plok. Kebetulan jatuh pada hari yang sama. Tapi masa sampai tu ofismate & pengantin dah tak ada sebab buat outdoor photoshoot. So, weols posing-posing tanpa pengantin.

Photobooth hasil kerja tangan ofismate saya.
 Kesemua props adalah DIY.

 Posing beramai...

 Pelamin sangat cantekkk...
Semuanya dihiasi bunga hidup. 
Patern pelamin lebih kurang sama dengan pelamin majlis kawen anak big bos.

Suka pic candid ni...

*********************************

Lepas dah makan-makan ke rumah MIL lak...
Buat BBQ sempena birthday anak sedara papa asya.


Fuhhhh... 
hari yang meletihkan, tapi seronok... ;-)

Kurung moden purple saya tu tiru design ni la.Simple.... Border hijau tu lebihan kain baju raya tahun lepas. Terus gunakan.. cut cost katakan.. Hehe. Cuma cutting, saya tak buat fit macam model ni & border bahagian baju just letak bahagian depan( tak keliling) dan letak bahagian atas sikit. Selain tu saya buat zip kat lengan untuk memudahkan wuduk serta tambah butang bungkus warna hijau kat bahagian lengan & belakang. Baju ni akan diulang tayang & pakai pada hari raya ke 10 nanti. Hehe..Amboi.. budget 10 pasang baju raya. Tipu je la. Tapi saya akan simpan untuk pakai pada raya ke3 atau seterusnya... 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

37 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Cantik lya buat baju tu, nanti nak tiru gak la cam tu boleh tak? Lya nampak berisi sekarang, nampak lebih sihat, alhamdulillah..

eika_jps said...

lawa baju mama asya...comel ja badan slim melim...dah tu galas beg asya dah macm adik beradik....hehehe

Puan Kutu said...

Ohh meriahnya kenduri.baju lya pun cantik.lawa jugak ye purple matchingkan dengan hijau camni..lya Kata badan naik haritu.slim je tak nmpk bambam pun.hehe

Chekgu Azrine said...

Skang mmg trend ginikan..kalau jubah pun sama.nice ada jalur2 camtu

mama leen said...

cantik purple ni..

idzwa kamaruddin said...

Meriah :)

Tengku Fauziana said...

cantik baju nyer..kite pon ada bberapa pasang lagi kain ela yg blm jahit..huhuh..

Nur Inani said...

meriah betul majlis kahwinnya. hehehe. dah lama tak buat bbq

Asha Lya said...

Cntiknya tema purple wehuuu..cntik baju

suhailah hamid said...

Pelamin cantik, props pun cantik.

Wah lya jahit baju tu sendiri ke? Hebat..pandai menjahit baju..

Diapercakes by Arissa said...

Lama xjenguk blog lya. Cantik bj tu. Sesuai dgn lya yg slim. Hehe

Diana Rashid said...

cantik la baju tu..tuan nya badan cantik,pakai apa pun mesti lawa..:)

Farra AM said...

Meriahnya wedding... mcm background anugerah hollywood giteww.. :-) semua cun cun ..
---
Fara -->> http://amfarra.blogspot.com

amirah said...

cantiknya baju liya...memang sesuai untuk raya nanti..

Najib Ariyan said...

pehhhh pepel semua.... errr kenapa dah tukar nama yer... dulu nama nya bukan ke makan berdamai? dah tukar yer... makan beradab pulak... hehehehe

Qaseh Vee said...

byk aktiviti sehari tu ... nice je pelaminnya ...

Nik Azidah said...

Tahniahhhhh kerana menjadi TOP 10 COMMENTATOR January di blog saya :)

Blog anda sudah tersenarai dalam bloglist February di http://diarymissnick.blogspot.com

QasehnyaRania said...

cntik la design baru tu lya
syiokk jalan jalan cari makan
penat tp sronokkan puas

Aisy Nasiha said...

wah..puas hati tengok gambar Lya dengan baju lawa ni.. kain bos sponsor, bagusla sangat kan..dapatlah semuanya pakai sedondon..
moga panjang jodoh pasangan pengantin ni..

Didie Kamila said...

Meriahnya majlis..rjin dtg rmai2..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

santekkkk sgt baju dayang2 tu..hehe..berkenan ngn baju lya..pndai lya design..gmabr lya kat photobooth kwn tu pon kite suke..lawanya photobooth dia..^_^

Mama Myja said...

wow sweetnya lya..

AnneRaini said...

cantik baju.. tahun ni xgi lg majlis kawen tp adik ipar nak kawen ry cina ni..

Myra Jay said...

Cantik baju Lya, especially pepel theme ai like :D

Fifi Nadhrah said...

wah.. meriah dengan majlis awal2 tahun..

Mummydearie said...

Kenyanglah macam ni. 3 majlis dalam satu hari. Baju pun jimat. Pakai satu baju untuk 3 majlis terus. Lya ni memang kreatif tau. Ada je idea nak buat baju. Dah siap baju raya hari ke-3 ni, jealous pulak rasanya :)

Cikna said...

Cantikla photobooth tu, leh jd inspirasi ni.....;-)

ros_reeza said...

Memang cantik. Nak nak sebab warna purple kan. Hihi.(Ros penggemar purple)

LYAfrina said...

Cik puan kutu :
Berat turun dh sikit sjk kawal pemakanan.. just mkn nsi skali sehari n apply larome..

LYAfrina said...

Nurulhuda :
Alhamdulilallah...syukur.diberikan ksihatan y lbh baik. Hihi.. tirula kak design ni..

LYAfrina said...

Najib : pgilan kat trg mmg mkn beadab..maybe negri lain sbut mkn berdamai

Bbwana adienia said...

cantik sangat kaler tema tu..purple..sweet gitu dan wana suka tengok design baju tu..walau nampak simple tapi cantik..i likee!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

purple tu menarik warna dia

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

purple tu menarik warna dia

LydSunshine said...

untung dah tu, dpt doh se baju untuk raye. kena beli lagi 9 pasang je lagi Lya. Heheh.

Khai♥Rin : anies said...

agk nyer bos2 kt malaysia ni bila ank kwen, staf2 dia pun kena tempias sm yek? ;-) (ada pengalaman)

Yana Yani said...

cantiklah lya baju tu, lya jahit sendiri apa ke?
hehe...stok baju raya ye
tapi serius saya sukalah design dia, nak ciplak jugalah
tapi badan dah lebor ni, camne =)