Friday, March 20, 2015

Bento Asya : March #1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik...pejam celik seminggu pon berlalu cuti sekolah ni. Sepanjang cuti sekolah tak berpeluang juga nak bercuti kemana-mana sebab komitmen kerja. Tapi adalah bawa Fasya tengok wayang je. Selebihnya, hantar asya rumah nekma dia. Happy lah kat sana sebab ramai kawan. Ahad ni bermulalah semula sesi persekolahan & bermulah semula rutin menyiapkan bekal untuk Fasya. Macam biasa, bekal Fasya simple-simple aje sebab buat over-over dia tak makan lak. Selain tu, deko-deko pon saya guna apa yang ada & hanya deko dengan apa yang dia betul-betul makan. Tak delah deko beria, just simple-simple aje, asal menarik minat Fasya. Alhamdulillah, banyak perubahan.. sekarang balik sekolah memang licin bekal dia. Tak pastilah dia makan sorang atau kongsi-kongsi. Tapi ada juga hari dia makan separuh aje, tapi bila balik rumah confirm dia akan habiskan. Katanya, tak sempat makan sebab nak main.. Haha... Sekadar menyimpan kenangan hasil kerja keras mama pagi-pagi buta sepanjang awal bulan March . Setakat ni berjaya lah saya sediakan bekal untuk Fasya setiap hari.

01.03.2015
Roti + mentega ladychoice & sosej.
Simple sungguh ! Ni memang dah kebuntuan la ni

02.03.2015
Spagheti sosej goreng + telur puyuh + biskut oreo
1st time buat spagethi goreng untuk Fasya. Tapi malam sebelum tu saya dah testing , takut dia tak makan..sia-sia aje. Tapi malam tu saya bagitau mee lidi. Bila makan dia kata " sedapnya mee lidi ni" ..Terus tergelak & saya bagitau "haaa... ni lah spagethi..tulah suruh makan sebelum ni tak nak".. Lepas tu Fasya kata " eyhh.. ye ke mama?? sedaplah spagheti rupanya" .. Tu lah, belum cuba belum tahu. Punyalah semangat mama dia nak pelbagaikan makanan untuk anak makan.

03.03.2015
Nasi putih + Ayam Crispy + Sosej
Silalah jangan pelik bila Fasya bawa nasi tak berkuah. Memang beginilah dia. 1st time cuba acuan bentuk bear & rabbit untuk nasi. Sebenarnya tu acuan telur rebus. Acuan ni hadiah daripada salah seorang geng blogger buat Fasya. Tapi sekarang dia dah tak aktif. Cuma masih berkawan rapat di FB. Rindu kawan-kawan lama yang dah aktif menulis blog.. ;-(

08.03.2015
Spagheti + Sosej
Kali ni just spagheti yang direbus & makan bersama sosej. tak apa, dah ini yang dia suka.. KIta follow aje. Asalkan dia makan & kenyang perut.

09.03.2015
Bijirin MILO + Susu + Roti Mentega Grill
Mula-mula risau juga nak bagi bawa air susu tu. Takut tertumpahkan. Tapi mujurlah, memang xde tumpahan langsung dalam beg bekal dia. Dah ajar suruh bawa elok-elok. Lagipun, kat dalam kelas memang dah disediakan tempat untuk meletak bekalan di meja belakang kelas

10.03.2015
Roti susu + Epal + daging Burger Cincang
Saya gunakan bahagian tepi roti tu untuk bentuk bunga kat atas roti. Idea datang spontan je. Malas nak terap-terap, just lipat dua roti ni. Tengok lebihan tepi roti just try & error.. Jadilah camni

11.03.2015
Kentang Goreng Homemade + Limau + Sosej
Kentang goreng memang feberet Fasya. Hampir tiap-tiap hari dia makan ni. Dia tak suka kentang goreng segera yang biasa jual kat pasaraya tu. So, stok kentang kena wajib ada kat rumah. Lagipon, kentang sangat banyak khasiatnya.

12.03.2015
Mee Kuning + Sup Sayur + Ayam Crispy + Epal
Last bekal yang saya sediakan untuk Fasya sebelum cuti penggal. Idea spontan pagi buta.Buka tutup peti ais, tak tahu nak buat apa. Tengok ada mee kuning. Last-last terfikir nak buat kuah ala-ala me calong. Asalnya nak buat mee rebus, tapi stok ayam/daging lak tak ada. Nak buat fishball homemade confirmlah tak sempat. Last2, just tumis bawang putih +lada sulah, masukkan air & sayur. Bila dah gelegak pecahkan sebiji telur.. Memang sedap ! Yang ni balik sekolah memag licin dia makan. Cuma sayur je lah tak makan. Dah memang tak suka sayur. Ayam crispy pon sikit aje terusik.

Alhamdulillah ..rezeki fasya dapat semua alatan bento ni dari kak Masz.  Huhu.. terharu sangat tau... Makin nersemangat mama asya ni nak sediakan bekal setiap hari. Memang rezeki Fasya, sebab memang saya plan nak beli yang cucuk-cucuk tu. Tup-tup dah dapat ni. Syukur. Semenjak dua menjak ni, selain suka kumpul alatan bento ni, saya juga suka kumpul pelbagai koleksi bekas bekal. Setakat ni, memang tak pernah lagi jadi kes tertinggal bekal kat sekolah ke apa. Memang setiap hari apa yang dibawa, complete dibawa pulang.Walaupon lepas makan/rehat dia letak tunggang langgang je dalam beg bekal tu. Tak kisahlah asya, asal kamu pandai jaga barang sendiri.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

32 comments:

suhailah hamid said...

Kagum dgn lya atas usaha buat bekal dan pelbagaikan menu utk asya. Good job mama ^^

norhidana miswan said...

aduhla... mcm2 betul bento asya... rajin lya

Amy Hilmirda Daud said...

Macam-macam nya bento dia...

mamabeauty said...

Rajin Lya sediakan n sure Fasya pun happy dapat semua makanan yang berkhasiat dari air tgn mama kan..

Amsran Sanuin said...

COMELNYA SEMUA BEKAS SIMPANAN BEKAL MAKANAN NI...

salwana nordin @ che'wa said...

rajin sungguh la lya..semangat utk asya..bagus akak suka :)

asya mmg makan tak berkuah ye..anak3 akak smua jenis nk berkuah, sup kosong pun takpe :)

its ok..janji asya makan, perut kenyang kan :)

Lelord said...

Lya, acuan yg lya boh nasi nasi rabbit bear tu boleh bentukkan telur rebus. X silap ty mmg utk telur. Cerr tya mak bento lain. Lela mmg xde benda alah tu. Kat sini pun xde jual huhuhu.

Tengku Fauziana said...

ana paling giler kumpul lunch box dan food picks...haha..ni dh lama xbento..dh mne2 lak letak 3,4 bekas..huawaa..
Nk cari blk...

Ann Ishak said...

kagum saya dengan mama ni

el said...

sup tu x tumpah ke lya..
anak el pun arwen tu kena masuk drjah 1 mgu dpn..adoiiiii cam mn nak hadap ni x tau lahhh
nak wat bento jugak lah

Khai♥Rin : anies said...

nk tumpang sekaki mkn bento bleh??


tingat ms sekolah dulu. pantang bw bekal mesti tertinggal...bla tgk pic2 ni terfikir, bgs nyer asya...bekal2 x tggl pun... nmpk dia syg brg2 dia... ;-)

Tihara said...

alhamdulillah
seronok tengok koleksi bento asya
kretip mama dia ni
warna yang comel pun mainkan peranan juga kan lya
thanks for sharing ^_^

lelamaisara said...

rajin nye lya...ritu sya ade jugak buat untuk alesya..tapi hangat2 taik ayam je..ahhahaa....penyakit M datang...

::EIDA:: said...

selalunya girl pandai jaga barang, boy yg susah.... ntah mana die letak itu ini kan.. adik ida cukup la dah tingkatan 4 masuk asrama, kasut hilang, baju hilang , semua hilang, pening makkkkkkkkkk hahahhaa

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Comelnyaa semua bento Asya..rasa macam nak makan..mesti sedap..rajinnya Mama Asya..kalau aida still tak berkesempatan nak deco2..setakat sempat masak je untuk Aqil..hheehe

che mid said...

Allah rajinnya mama...kreatif + cantik..

mcm deeja juga tak mo kuah-kuah. makan nasi putih je pun ok. sayur pun tak mo tak moooooo!!

Didie Kamila said...

Rajin nya mama asya..tgk comel2 mesti asya lg excited nk makan kn..

Kopiolimauice said...

lepasni lgi cantik2 la design bento asya ek

Diana Rashid said...

comel2 la..mesti kawan2 Asya pun jadi tak sabar nak tunggu Asya buka bekal bento dia...

Qaseh Vee said...

rajin dan kreatif la ya ni . klu saya pun semangat je nak makannya ...

aziekz said...

Rajin mama asya...mmg menyelerakan..msti murid Lain jelos asya bawak bekal berbagai bntuk rupa makanan ;)


http://nesaprima.blogspot.com/

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

good job mama!! zara skang tk bawak bekal dah..die beli kat kantin jek..hukhuk

Bbwana adienia said...

kagum wana tengok semangat mama fasya buat bento hari-hari yang comel2..hebatlah!!! :D

Yana Yani said...

comel bento asya
afif pun belum penah tertinggal bekal lagi
cuma mama dia taks erajin mama asya =)

Puan Kutu said...

makin semangat mama bila asya suka dan makan bento yg dibekalkan.nmpk perubahgan poisitif sbb asya dah mula makan spageti.hehe

mama tisya said...

meriah bento asya

QasehnyaRania said...

alhamdulillah rezeki.anak
seronoknya tgk lya buat bento asya ni
semangat

bagus la asya balik cukup lengkap..
tak sabar pulak saya nk buat bento kat rania nti.hihi

mama maman aka yana said...

Cantik dan menyelerakan semuanya.. tahniah awak

AnneRaini said...

teruskan semangat tu. taun depan boleh sy pulak buat..hehe

Nurul Ain Zulkarnaind said...

kalau mcm ni comel.. org dewasa pun suka hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
asya sama macam my boboboy
soka sangat potato

Mummydearie said...

Seronok tengok bento budak-budak ni cuma itulah sama ada terdaya nak buat ke tidak pepagi buta tu. Kalau difikirkan untung juga dapat anak picky eater ni sebab dia memilih makanan, kita pun masak ikut sukanya ajelah :)