Monday, March 30, 2015

Home 2015 : Best.. Sad.. Funny..Happy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last week ofis papa Fasya ada buat tournament boling. Tapi weols tak main pon boling, pilih untuk tengok wayang. Genre filem pilihan semestinyalah animasi sebab untuk Fasya kan. Mamapapa pon layan jugak, lagipon kita orang memang peminat cerita animasi. Filem pilihan kali ni ialah "HOME". Mula-mula nak pilih cerita ni berbelah bagi jugak, takut tak best ke. Tapi cerita ni je yang ditayangkan pada waktu yang sesuai (selepas Jumaat). 

Sinopsis:
After a hive-minded alien race called the Boov conquer the Earth, they relocate the planet's human population -- all except for a little girl named Tip (Rihanna), who's managed to hide from the aliens. When Tip meets a fugitive Boov called Oh (Jim Parsons), there's mutual distrust. However, Oh is not like his comrades; he craves friendship and fun. As their distrust fades, the pair set out together to find Tip's mother, but, unbeknown to them, the Gorg -- enemies of the Boov -- are en route.

Watak utama
Tip , Pig & Oh

Oh : seekor alien yang sentiasa disisihkan oleh kaum kerabatnya. Sering melakukan kesilapan & kurang bijak  hingga akhirnya dia hampir dimusnahkan kerana melakukan kesilapan besar. Ketika itu berlakulah kisah Oh yang menjadi pelarian & bertemu dengan Tip & Pig. Namun, Oh juga akhirnya menjadi hero apabila mampu menyelamatkan bumi & suku sakatnya. Finally Oh diangkat sebagai Kapten. 

Tip :  seorang kanak-kanak perempuan yang berusaha menjejaki ibunya setelah alien menyerang bumi.

Pig : yang sangat comeys.. melucukan & mengingatkan saya pada kucing saya "Ebaq". Cuma nama dia je tak best.. Kenapa mesti "Pig"? Haha

Memang tak rugi tengok cerita ni, Ada part lucu, happy & sedih. Part best apabila pengembaraan Tip, Oh & pig bermula.. macam2 insiden terjadi. Yang part sedih tu tak tahan.. Sampai mengalir airmata ni. Esspecially part Oh tinggalkan Tip untuk kembali ke angkasa & Oh kembali ke bumi untuk Tip & part Oh hampir korbankan diri untuk selamatkan bumi. Animasi dia pon cantik. Segar bugar mata nih. Cerita ni ada nilai murni yang tersendiri esp dalam kesetiaan, persahabatan, kasih sayang & kekeluargaan. As usual, happy ending! 

Odwy masuk ke hall.
Rezeki boleh kasut baru sebab kasut Nike & Converse dia dah ketat habis. 
Habis melecet kaki dia. 2tahun tu tahan. Oklah, puas hati.

Lepas habis cerita, pusing-pusing dalam mall cuci mata & cuci poket sikiit aje . Reward sikit untuk diri sendiri sempena bulan birthday ni. Masuk daiso nak topup alatan bento asya. Tapi blurrr la plok. Bila masuk, apa yang idcari tak ada, keluar tangan kosong. Tak nak beli sesuatu yang dirasakan memang takkan digunakan. Selepas tu ke Mr Diy, hajat nak beli banyak benda.. dah sampai tak de beli pon, last2 asya jugak yang sambar mainan 1. Sebab sebenarnya saya nak ke Mr Diy satu lagi tu, banyak pilihan untuk bento..tapi ke Mr Diy cawangan lain plok. erm... Lepas tu berkejar ke Tg Lumpur, sebab semua geng ofismate papa asya menunggu kat sana.
Alhamdulillah.. 
rezeki company papa asya taja makan free kat Ana Ikan Bakar Petai

Sesudahnya, maghrib di Teluk Chempedak. Port wajib singgah untuk sucikan diri & mandikan asya sebelum balik. Dah sampai situ mestilah pusing-pusing kejap. 

Bergaya dengan Porche

Suasana malam yang meriah di TC.
Sepanjang jalan penuh orang menjual.
Selepas tu terus bertolak balik

28.03.2015.

Dah macam pramugari.
Hasil menyambar di Mr Diy. Mujur Mr Diy, murah ajer & tak ada GST 6% yer. 1 day to go. (ayat makan dalam) . Hari sabtu, balik ambil mama kerja just melepak kat rumah Nek Ma asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

26 comments:

syawalsimpsons said...

nak jugok tengok citer ni

suhailah hamid said...

Wah, rasa mcm nk tgk cerita home tu. Tgk trailer pun mak budak ni dah teruja.

Lya nnt bg almt nk hntr hadiah top commentator mac. Email sue salsabila_85@yahoo.com

Bbwana adienia said...

Macam menarik juga citer kartun tu..comel fasya posing.. :)

Kakzakie said...

Dia saja letak nama pig kerana tahu ianya sensetif utk umat Islam Lya... kita ni yg kena alert...

Macam ada buku kanak-kanak keluaran Lady Bugs ada ke patut Z dia letak gambar budak buat anak panah tunjuk pada 'zakar' - sengajakan..

Yana Yani said...

saya dah lama tak bawa bebudak tgk wayang =)
saya sendiri pun dah lama tak tengok
dekat DIY memang rambang mata kan
tapi kalau saya pun selalu niat beria nak beli
keluar tangan kosong =)
asya comel posing camtu, memang nampak cam stewardess

Khai♥Rin : anies said...

aritu tgk sinopsis cite ni pun dah tahu cerita ni bakal meletops ;-)

LydSunshine said...

Keciwanya kalau mencari barang tapi takde ye. Nampaknya Lya terpaksa la guna dulu alatan bento yg ada je.

Supportive betul Lya dgn Fain layan Asya tgk movie. Asalkan dia hepi, cerita animasi pun layan kan?

Nad MamaZN said...

nampak kalerful movie ni.. kitorg 2015 x tgk movir lg pun huhu... xtau la nape padahal zakwannayli dok ajak p tgk mcm2 cite

Asha Lya said...

Best arr movie ni, da lma x lyn movie animasi ni

Ann Ishak said...

amboi...cantiknya beg tarik dia

Lynn Hamzah said...

makin besar makin cantik asya...muahhh...auntie cium sket...

Mrs Velentine said...

wah best kan dapat tgk movie mcm ni...hihi MV sempat bawa anak ke circus jer last week...oh bento kat sana byk eh..kat sini susah pulanak cri..klo ada pun mesti mahal..

lieyalatif said...

ehh menarik gak citer tu lya..sesuai tuk budak2 layan kan....nanti nak usha2 gak...

amboi asya dimana2 tetap mengepaw yeee...heheeheh redha laa mama n papa ye...princess manje kan...auwwww....

fazilzura said...

cm besttttt je...
smlm ingt nk bwk anak dara g tgk , tp dia bantai tido smp kul 7mlm .. saba je lew..

el said...

fasya ni comel sgt..suka tgk dia last pose

~aSHa~ said...

lama tak tgk wayang ni bawak budak2....
byk dah movie sesuai utk budak2..harus layan ni...

salwana nordin @ che'wa said...

lasttttttttt tu mmg mkn dlm hhuaaaaaaaaaa :)

amboiii asya sonok eh dpt mkn angin kan, sempat lg mengepaw ye..itu mmg perkara biasa budak2 hhheeeee

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Lya...bila anak2 happy..kita mak ayah pon tumpg seronok kan.

Diana Rashid said...

Asya...minta mama beli kan porche satu.Buat ronda petang2...heheheh

Kopiolimauice said...

seronok je tgk asya happy kan...betul la dah mcm pramugari ;)

* Lya sy still tggu email address kt sy ti email kn ye

~aSHa~ said...

salam gst lya...ihihi

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

yekla..asya pose dh mcm pramugari dah..hihi..nway, lame dah tak gi tc..tgk wayang pon lame tak gi lps 1st time bwk bby tu..zara sibuk nk tgk cinderella silap2 hb beli cd jek kang nnti..kekeke

Fiza Rahman said...

Macam best jer citer tu. Last tgk wayang citer spongebob last month ☺

QasehnyaRania said...

tak pa la guna dulu peralatan yg ada utk dibuat bento tu
x pnh tgk wayang dh lama

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
santek la bag asya tuuuuuuuuuuuuu

Mummydearie said...

Memang tak pernah bawa anak tengok wayang sebab si Adik tu macam tak sesuai lagilah masuk panggung. Cuma Abang ajelah yang rajin ikut Daddy.

Fasya ni memang pandai bergaya dan berposing. Seronok tengok keletahnya bila bergambar. Tak payah susah-susah nak ajar :)