Thursday, March 26, 2015

Kidspark & Pantai Kemasek

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkk... tenggelam timbul... tenggelam timbul. Oklah , timbul jugak daripada tenggelam tak timbul-timbul kan. Dalam duk tenggelam timbul ni, tup-tup dah nak berada di penhujung Mac. Cepat sungguh masa berjalan. Fasya pon dah hampir 4 bulan bersekolah darjah 1, alhamdulillah... semuanya dipermudahkan. Bagi diri saya sendiri, kehidupan berjalan lancar. Sesekali sakit-sakit tu biasalah. Tapi sakit yang sikit-sikit aje, tak adalah seteruk dulu-dulukan. Syukur alhamdulillah. Esok dah hujung minggu buat kami di pata timor ni. Plannya nak ke Kuantan esok, insyallah nak bawa Fasya tengok wayang cerita "HOME" . Nak claim tiket free sempena bulan birthday ni. Kalo ikut Fasya dia nak tengok Spongebob seluor petok, tapi waktu tayangan tak sesuwei. 

Kenangan weekend lalu... 

Kidspart 
20.03.2015

Dah lama buka Kidspart kat sini. Tapi baru tergerak hati nak bawa Fasya ke sini. Sebabnya memang dah tak ada tempat arah tujuan untuk release tension asya. Oklah dia main puas-puas lepas penat belajar. Tapi kat sini tak adalah sebesar TC Ballon City kat Teluk Chempedak nun. Tapi OK lah untuk budak-budak dah happy sangat dapat loncat-loncat. Haha.

Princess Rapunzel kononyer...

 Smile ;-)

 Sementara Fasya main, saya duk kat foodcourt. Betul-betul bersebelahan tempat Fasya main tu. Tak adalah boring makbapak nak tunggu anak kan. Sambil-sambil boleh makan-makan. Kita nak bagi anak minum pon senang. Adalah dalam 7-8 gerai kot kat sini. Kami pilih untuk mencuba di Misai Corner . Semua ada... western food pon ada.

Tapi saya pilih set ni..
Ok dah harga ni.. complete set 

 1st time makan Tomyan Songkla . Ada ikan & makanan laut.
Boleh tahan sedapnya. Lemak-lemak masam gittu. Ikan kembong 3 rasa pon memang sedap. Kiranya puas hatilah. Boleh la cuba menu lain lagi lepas ni.

Yong Tau Foo Sup...
Yang ni kat gerai lain.. Tapi memang sedap jugak

Next time kalo datang lagi ke sini nak cuba kat sini lak.
Teringin nak makan sotong bakar dapur arang.. cam sedappp jer.

Budak dah puas main...
adoii.. macam mandi dah.. berpeluh habis

As usual, mesti lah western pilihan dia.
Burger kosong je tu. Tak ada sos& sayur.
 Just daging burger & roti semata-mata.

Sebelum bertolak..
saya makin chubby

21.03.2015
Pantai Kemasek

Minggu sebelum ni saya pernah share pasal pantai kemasek tersembunyi ni. Ni kali ke 2 kesini. Selama ni pergi pantai kemasek kat luar je. Sebab tak pernah tahu ada pantai secantik ni tersorok. Haha. Kesian. Kali ni sampai awal daripada sebelum ni, air tak pasang lagi. Boleh la bertenggek atas batu-batu tu. Tapi petang-petang tu air dah mula pasang.

Nice view

 Suka sangat boleh main air pantai..

ter--selfie..
haha.. terrrr 

mama & asya

Susah nak pic bertiga ni...

tepek sutir

My happy family..
insyallah till Jannah ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

34 comments:

Kopiolimauice said...

jernih air laut tu ye cantik gak pantai nye

idzwa kamaruddin said...

serius cantik sgt pantai tu!

mamabeauty said...

alah jelesnya bley jenjalan pantai tu..

syawalsimpsons said...

cantik la pantai ni...

ANIM said...

nice pic..lya
erkkk...selfie pun ada terrr ke? hihi

AnneRaini said...

seronoklah lya tinggal tak jauh dr laut. kat sini nak jumpa laut ke berjalan sejam lebih..hehe

salwana nordin @ che'wa said...

lya rajin ke pantai ye..mmg tenang denga desiran ombak, tgk air laut lepas kan :)

asben akak pun suka pantai dan laut sbb tenang katanya :)

dya said...

tomyam putih tu.nyum2.:P

Tengku Fauziana said...

cantik pantai batu2 nyer..

Ann Ishak said...

suka fasya, penuh activity weekend dia :)

Didie Kamila said...

Tak pernah pg pantai Kemasik..selalu dtg sini pg Mesra Mall je dulu..Bc blog Lya terubat rindu dkt T'ganu..

Kakzakie said...

Lama dah kakak tak ke pantai Kemasik itu Lya. Dulu pergi masa kakak belum menikah. Biasa ke T'ganu juga tapi tak singgah pun..

Falsya said...

berpeluh2 anak dara main..hehe..aduhaiii lya..terliur tgk makanan tuh..ngan bau2 kat opis nie dieorg tapau makanan..sbb arini falsya pose..tuh yg terliur lain mcm..hahahaha..

Chekgu Azrine said...

takdela tembam pun sis...seyes..berisi sikit bagus bru nmpk sentiasa muda...hehehe

mama maman aka yana said...

keluarga bahagia. alhamdulillah. amin

Syima ~Mama Kyra~ said...

Asya sama cam kyra kalau mkn burger nak kosong tak mau sayur hanya roti dan burger je..hehehe...best la org pantai timur nk feeling2 bercuti terus ke pantai :) :D

Puan Kutu said...

seronok asya main smp peluh2..best juga ya ada tempat main camni.anak puas main,mak pak kenyang dpt makan Sedap..hehe..

cantik view pantainya

Puan Kutu said...

seronok asya main smp peluh2..best juga ya ada tempat main camni.anak puas main,mak pak kenyang dpt makan Sedap..hehe..

cantik view pantainya

Mimie_Zatun said...

Happy moment..

Khai♥Rin : anies said...

pantai ni mmg banyak batu ye lia?

amboiii tyg2 mknn gituuu

Aku Penghibur said...

bestnya pergi pantai + makan-makan..seronoknya

Jom Vote blog acik bagi msmw

norhidana miswan said...

masa kami balik aritu tak nmapk pun theme park tu kt kemasek...

naper lah kite tak penah jumpa walaupun dh dkt sgt kan lya

Permatabiru said...

jalan-jalan habiskan masa bersama family..best kan

eima said...

sape yg amik gambar bertiga tu ....
lama tak pi ganu ...

Diana Rashid said...

Tu dia..sampai pecah peluh Asdya..sihat nih..bagus2..:)

Masya said...

tom yam sokla tu ala tom yam poktek kot.. cuma versi putih...

seronok asya dpt berjln masa mcm ni nak hargai masa dgn anak kan ..

el said...

samalah ngan anak2 el..diorg lau mkn burger..sure order burger kosong ekekeke
tomyam putih tu mcm best je tgk..

kannn kejap je nak masuk bulan april..mcm smlm je sambut new year ritu eh hehe

tiga lalat said...

Salam. Hee seronoknya jalan jalan pantai.

Nurul Says said...

selamat berhujung minggu xoxo

LydSunshine said...

InsyaAllah till jannah.

Cantik ye pantai berbatu2 tu. Jarang ada pantai mcm ni.

~aSHa~ said...

cantiknye view...tak pernah pegi kat kemasek tu...

QasehnyaRania said...

aamiin
bestnya hujung minggu penuh xtvt
cntik la view pantai kemasek tu

chubby sikittak pa lya..
asalkan lya sntiasa sihat

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
moga uols sefamilia bahagia hingga ke Jannah AMIN

Mummydearie said...

Cantik pantai ni tapi serius, memang tak tahu pun bila dengar namanya.