Tuesday, March 3, 2015

Pantai & Aiskrim Kelapa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gigih mencari mood untuk update blog ni. Bukan malas, cuma tak sempat nak kejar masa & terlalu letih. Late ni pon, kesihatan agak on/off . Ni cerita hari cuti CNY aritu. Tak sempat nak pergi jalan-jalan, just tunaikan permintaan Fasya nak mandi pantai. Sayangnya permintaan tu tak tertunai juga sebab badan dia naik gatal-gatal. Tapi time ni kurang serius lagi. Beberapa hari lepas tu makin parah, smpai kan naik bengkak muka. Tapi sekarang alhamdulillah, dah pulih sepenunya. Pada asalnya memang ingat sebab alergik, supanya sebab cuaca panas. Ramai juga yang kena macam Fasya tu. Tapi, lepas Asar tetap pergi kat pantai. Semangat dia suh packing nasi lemak yang saya masak pagi tu sebab nak makan tepi pantai. Sampai je memang full.. Mujur ada rezeki, bolehlah menyelit jugak kat hujung-hujung. Cuma, agak terkejut tengok muka bumi pantai ni yang dah berubah. Dulu, pantai jauh kat hujung sana.. Ni dekat sangat dah dengan jalan. Maybe berubah selepas banjir aritu, ataupon keadaan pantai tu hari tu je macam tu?

19.02.2015
Pantai Chendor

 Budak frust xleh mandi air laut.

 U jump... I jump..

 Kemain gaya lagi duduk

 Makan nasi lemak mama..

28.02.2015
Dinnie Kopitiam

Sekarang macam-macam menu aiskrim yang dipelbagaikan. kalo tengok kat FB, aiskrim lesung batu la, aiskrim congkak la... Latest, Fasya ngetest aiskrim kelapa. Saya tak ada time ni sebab pergi kerja. Fasya dating dengan papa dia je. Pic ni pom papa Fasya whtsapp. Pandailah... time mama kerja baru pergi makan. Katanya aiskrim kelapa ni sedap, sebab dalam tu ada isi kelapa muda+macam-macam lagi. Lokasi aiskrim kelapa ni, sama dengan tempat aiskrim pasu aritu ..iaitu Dinnie Kopitiam, Taman Cukai Utama.

wakk peace ke mama...
Perli mama la ni..

Dia..bab makan mende-mende macam ni suka sangat la. 
Kalo bab nak makan nasi..punya la payah.

Esok Terengganu "public holiday" sempena Pertabalan Sultan Terengganu. Cuti sehari aje, ari Khamis kerja balik. Jumaat weekend. Cuti berlubang camni memang tak best! Plannya, just nak bawa Fasya tengok Spongebob Seluor petok kat pawagam. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

32 comments:

mama tisya said...

best posing2 kt pantai tu..pastu layan eskrem kelapa lak..yummm

suhailah hamid said...

Wah sedapnye ais krim kelapa. X pernah lg rasa semua ais krim terbaru yg ada skrg ni. Mmg kreatif la. Alhamdulillah fasya dah sihat :)

Acik Erna said...

ada aiskrim jugak ye lya..acik pernah makan ABC dalam buah kelapa tu..asikrim belum pernah cuba

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
waaaaaaaaaaa
iols ni dok teringin aiskrim kelapa itu
sob3

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sekali air bah.. sekali pantai berubah.. kan Lya.. macam Fasya.. makin besar makin cantik.. mewarisi kecantikan Lya tapi wajahnya banyak mirip Fain.

Didie Kamila said...

nmpk mcm dkt pantai chendor ye tu..

Diana Rashid said...

dapat jugak cuti..boleh rehat2...eh!!macam la saya ni kerja..heheheh

syawalsimpsons said...

suke la tgk si kecik ni sekarang pose, cumil tau

salwana nordin @ che'wa said...

amboiiiiiiiii asya..kemain pandai possing!

Puan Kutu said...

ohh jadi fatal sebab cuaca rupanya.igtkan sbb apa..sbb kata org air laut ni bagus utk rawat kulit.air garam kan..

kt a.setar pun ada satu tempat ABC kelapa,tak Cuba lagi.ada masa balik kmpg teringin juga.

tak aci fasya dating dengan papa tak bawak mama!

Permatabiru said...

fenomena ais krim pasu..terus keluar plak ais krim kelapa..hehe..sedapnya kna try juga

Dhiera nadhirah said...

fasya ni looks like model sangat!

Tihara said...

haha, spongebob suo petok
tapi eskrem nyor tu sedap nye
terus ngidam
sian kat anak tekak ahkak taww :)

AnneRaini said...

skrg ni mmg mcm2 pesen aiskrim ade.. nasib baik sy tak kuat mkn aiskrim. aiskrim seketul pon 2 hari baru habiskn.

idzwa kamaruddin said...

jaga diri wak..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

saya pun skg suka makan aiskrim kelapa.
tambah hari tu ke Thailand.. di sana sedap2 belaka aiskrim kelapa nya

Khai♥Rin : anies said...

makan sensorg je asya? x nk ajk kami ke? ;-)

el said...

syok tgk pose2 fasya ni..leh jd model cilik ni hehehe..sedap tgk aiskrim kelapa tu bak sini sikit

Bunda a.k.a KN said...

Salam Lya...a ah le ni macam2 aiskrim plk kan...benda yg sama kot...wadah dia ajer berbeza...kreatif lh konon kan...

Amboi anak dara tu pandai jer posing2..

m.u.l.a.n said...

Cuti duduk rumah je ni.. Rest sepuas hati sbb hari sekolah mmg mau 10x keluar masuk rumah..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

samelah kite ..kekangan masa..nak blogwalking pon selalu tk sempat apatah lagi nk update blog sndiri..hukhuk..by the way, happynye nmpak asya kat pntai tuh..aiskrim kelapa tu pulak macam sedappp jek..tempting sgt!! ^_^

Kopiolimauice said...

best nye picnic tepi pantai...nampak sedap la ice cream buah kelapa tu

mamabeauty said...

rindu pantai.. :-)

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Bestnya jalan-jalan kat Pantai..dapat hirup udara segar kan..Asya mesti happy..lama tak singgah sini..rinduu..Ais krim Kelapa tu memang unik..mesti sedap..dengan waffle lagi..hurmm nyummy..

ros_reeza said...

Sedap..tak pernah rasa. Tapi dapat gambo je dari husband. Hihi. Ada Ros share di blog haritu..

Khai♥Rin : anies said...

pantai ni dlm negeri phn or tganu?? amboiiii asyaaaa ;-)

nini said...

Terliur tgk eskrim tuuuu

LydSunshine said...

Sedapnya eskem kelapa.

Aisy Nasiha said...

Aiskrim.dlm kelapa tu nampak sedap je.. ai.. untungla Fasya makan sedap2 ni..

Tak boleh mandi pun dah rasa happy kalau dapat jum0a pantai kan?

Fiza Rahman said...

Macam² jenis eskem skang yerp. Eskem kelapa pon ada ☺

nik ros said...

aiskrim kelapa. tak pernah lagi try.nampak cam sedap jea.best nyer duk trg. selalu blh jln2 kat pantai

Yana Yani said...

saya suka tengok asya posing! =)
aiskrim kelapa tu pun belum dok try lagi...nantilah =)