Thursday, March 19, 2015

Tom Yam Kelapa Sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petang ni ada masa untuk jenguk-jenguk blog sekejap. Bila login, bersemangat nak update.. tapi dalam semangat tu tetiba down, sebabnya..tak tahu nak update apa. Fenomena biasa kot ni, maybe diambang-ambang kelayuan jadi camni lah. Ok, back to title... sebenarnya 1st time mencuba tomyam kelapa. Ini pon secara tak dirancang. Asalnya keluar just nak minum air sebab dahaga sangat. Dalam pukul 11pm++ dah time ni. Sampai kat kedai, lain jadinya. Papa Fasya scroll FB dia, nampaklah owner kedai ni update Tom Yam Kelapa, bila tanya pekerja tu katanya tu just masak untuk bos dia. Tup..tup tak lama lepas tu, pelayan tu datang dan bagitau ada Tom Yam Kelapa kalo nak cuba. Rupanya pelanggan pertama yang mencuba Tom Yam kelapa kat kafe ni. Pic-pic kat bawah ni pic gabungan dari tahun lepas hingga terkini. Alang-alang update, kita satukanlah terus. Sebelum tu nak bagitau, restoran yang weols pergi ni. Semestinya . Aleesya Kafe, kedai yang sangat ceria & kalerful. Dulu pernah update pasal Tokayaki kat kafe ni. 

Yang ni pic 2 minggu lepas kot, balik dari tuisyen singgah sini

 Antara yang saya dah cuba kat sini , yang dalam calypot tu dah lupa nama mee apa. Tapi sedap lah.. yang tu saya testing tahun 2013.. haha.. bapok lama. Yang sebelah kanan tu, Kebab Lidi. Sedap jugak.. Saya testing tahun 2014 dulu.

Kiri : Lamb Chop.. yang ni ngetest tahun ni juga..
Kanan : Meatball febret Fasya. Bila datang je kafe ni automatik dia akan order sendiri meatball ni

 Inilah yang terlatest yang dicuba, Tom Yam Seafood Kelapa.
Memang tak mengecewakanlah. Selama ni saya ingatkan tom yam kelapa ni, just yang dimasak n diletak dalam buah kelapa yang kosong isinya. Malam ni baru lah tahu, rupanya tomyam ni dimasak dicampur dengan air kelapa tu dan diletakkan dalam biji kelapa yang ada isi tu. Fuhhh.. terangkat habis. Rasa lemak-lemaknya.

Budak kecik ni nak jugakkk..
Owner kafe ni bagitau, dia just beli 3 biji kelapa kat pasaraya. 
Tu pon sebab nak test buat tomyam kelapa. 2 biji tu, weols yang habiskan. Hehe.
Takpelah, dah jadi tu..boleh dijadikan menu baru kat Aleesya Cafe

 Hari yang berlainan... dengan meatball feberet dia.
Tapi coselaw tu, mamanya yang habiskan.

Last but not least... detik 12 malam...
Tak suka "front camera". Muka jadi pelikk..dan lebar semacam,

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

30 comments:

Zee Suhaini said...

woww tomyam kelapa..sedapnya kalu dapat hirup..
asya dah ada makanan peberet..nampak sedap gak meatball tu..

salwana nordin @ che'wa said...

akak biasa dengar tp tak penah try..

kt sini mcm takde je..org siam pun tak masak gini hhhiiiii

wahhhhh sedapnya alahaiiii

Mimie_Zatun said...

unik betul tomyam kelapa ni. kena cuba ni..

Nana said...

kita first time makan tomyam kelapa ni masa baru2 kawen g makan kt steamboat tupai2 kat kl ni dia nye kuah tomyam buat dr air kelapa sedap gile..lepas tu br pandai makan xseme kedai ada jual tomyam kelapa kedai2 siam je ada

SangRatoo said...

besar dah anak dara sorang ni..pandai betul possing ..cute! :)

mama ila said...

sedapnya Lya menu2 dia..kat kemaman r nie kan?? nanti g sana boleh try hehehe... byk restoran best2 kat sana...

Yana Yani said...

1st time dengar tomyam kelapa
nampak menyelerekan, buat lapo plak nengok nyer
nampak cam seksa aje papa asya tu nak korek isi tomyam...hehe
kalau dah lya kata sedap, confirm sedaplah tu!

lamb chop tu nampaknya sedap tu

suhailah hamid said...

Kecuq aih air liur tgk menu tomyam kelapa...pandai su gguh depa buat inovasi resepi ye...

AnneRaini said...

wah jadi org pertama rasa menu ekslusif.

Kakzakie said...

Kiranya restoran ini dah jadi persinggahan selalu family Lya ye:)

dya said...

cuti sekolah mama bawa makan sedap2 iyer

mamabeauty said...

bilalah nak sampai kemaman ni nak cuba tomyam kelapa eheheh

lelamaisara said...

sedap ke lya..tak pernah makan lak ...nak cube la....

- dieyana - said...

Nampak sedap meat ball tu...

Diana Rashid said...

Sedap tomyam kelapa nih sebab masak dengan air kelapa..pernah rasa dulu.....

Khai♥Rin : anies said...

lya, sy ni lom mkn tghari lg tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lapoooooooooooooooooooooooo ;-)

Amy Hilmirda Daud said...

Nampak sedap tom yam kelapa tu...ingat air kelapa aje sblm ni

Ann Ishak said...

menarik jugak ni, tak pernah lagi cuba tomyam kelapa

Tihara said...

alhamdulillah sedapnya tomyam kelapa..menarik :)

mama tisya said...

tk pernh try lg tomyam kelapa tp pernh dgr org ckp sedap..kt kl ada kt restoran tupai2

Bunda a.k.a KN said...

Tom yam kelapa...macam sedap jer dengar ceritanya....kalau jumpa nak jugak bunda ngetest ...

Lea IsNawi said...

aleesya cafe kt kemaman kan?

Tengku Fauziana said...

klu mkn steamboat, suka pilih tomyam kelapa..sedap..

el said...

pernah mkn tomyam dlm kelapa
lain skit rasanya kan ekeke

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Wahh semuanya nampak sedap sangatt..tapi tom yam kelapa tu memang unik..1st time dengar..

Kopiolimauice said...

sedap kan tomyam kelapa tu sy penah mkn mmng sedap

Qaseh Vee said...

mcm nak cuba lak buat tom yam guna air kelapa ... terliur punya pasal .

Bbwana adienia said...

tomyam kelapa tu menarik..nampak best pula makan tomyam kat dalam kelapa..dan lamb chop tu memang menggoda..my fav.. :)

Puan Kutu said...

istimewa menu tomyamnya.mmg kita klu dh suka makanan kt tmpt tu mmg akan ulang2 makan kt tmpt yg sama

Mummydearie said...

Pernah cuba tomyam kelapa tu kat KL ni tapi akak tak berapa sukalah. Tak tahulah kerana restoran tu buat tak kick atau memang tak berapa nak suka rasanya.

Akak sendiri rasa tergugat tengok meatballs yang Fasya makan. Tetiba teringat meatballs kat IKEA :)