Wednesday, April 1, 2015

Bento March #2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last part kerja keras mama pagi-pagi buta untuk asya sepanjang March 2015. Saya tak tahu sampai bila saya rajin untuk sediakan bekal ni. Tapi selagi termampu saya akan sediakan, walaupun tak deko-deko, saya tetap akan sediakan bekal untuk Fasya sebab dia memang tak makan apa yang orang lain masak. Saya tak kisah pandangan orang bila saya sediakan bekal kat Fasya. Apa yang saya tahu saya buat semua ni penuh kasih sayang untuk asya.  Yep, saya tahu.. memang nampak "beradong" atau orang kata "bersungguh" sangat bekal yang saya sediakan untuk asya. Alhamdulillah, hasil kesungguhan saya ni dah banyak perubahan dalam pola pemakanan asya. Bila sediakan bekal makanan dalam bentuk menarik dia semakin berselera makan. Lagi pun apa yang saya sediakan biasa-biasa aje, xdela berdeko bagai. Setakat bentuk-bentuk sikit aje & pelbagaikan menu bekalan. Sepanjang 3 bulan ni asya pon dah mula belajar makan sesuatu yang dia tak pernah cuba makan sebelum ni. Prinsip saya, walaupon saya semangat nak berhias bagai tapi saya akan pastikan hiasan yang saya gunakan tidak membazir atau sekadar deko semata. Sekarang ni saya mungkin dah tak akan gunakan seaweed untuk bentuk-bentuk mata dll sebab Fasya tak suka. Jadi saya ambil inisiatif guna sayur, kulit epal , kulit sosej atau apa-apa yang sesuai untuk dia, asal tidak membazir.

22.03.15
Lempeng Gandum cicah gula + Biskut Ikan
Permulaan selepas cuti sekolah.
 Saya pilih untuk sediakan bekal yang simple , mudah & mengenyangkan.
Habis licin.

23.03.15
Nasi Putih + Sup Ayan + Limau
Nampak tak berseri langsung. Silalah jangan pelik kalo tengok sup asya tu kosong aje. Sebab saya tak letakkan daun sup untuk asya. Lepas dah asingkan sup asya, baru saya tabur daun sup dalam periuk. Ayam sup lak saya letak asing & potong siap-siap supaya mumudahkan asya bila nak makan. 

24.03.15
Spagethi + Sosej Telur "Lion" + Epal
Macam biasa, fasya suka makan spagethi kosong. Tapi untuk menambah rasa, saya letak sosej + telur. Asalnya saya nak buat sosej telur bunga. Tapi tak menjadi. Haha.

25.03.15
Roti Coklat Peanut + Nugget + Epal

Time kesuntukan masa & kekeringan idea, rotilah penyelamatnya.

26.03.15
Mee hoon goreng + Sosej + Biskut Ikan
Cubaan sekali lagi membentuk sosej bunga , tapi tak menjadi. 
Haha. Last-last jadi pasu ke apa dah tu.

29.03.2015
Nasi Putih + Singgang Sotong + Ayam Crispy + Sosej + Telur dadar
1st time dia makan singgang sotong ni. Tapi saya tak bagitau tu singgang sotong takut dia tak nak makan. Saya bagitau singgang ikan biasa. Berdebar juga takut dia tak makan bila dah rasa, sebab tu saya letak ayam crispy & sosej untuk cover kalo dia tak makan nasi. Tapi mujur lah, dia makan & kata sedap. Siap tanya, tu tomyam ke. Haha. Kuah tu pon nampak kosong je, sebab kalo saya letak sotong memang dia takkan makan. Ntah napelah anak mama ni geli nak makan segala makanan dari laut termasuk lah ikan. Yang ni bila balik cuma ada seketul lebihan sosej & beberapa urat telur dadar.

Ni rupa singgang sotong yang saya masak tu

30.03.2015
Nasi Minyak + Ayam Goreng + Strawberi
Macam biasa, memang nasi semata-mata je yang di makan. Jadi saya tak bekalkan kuah untuk dia.
Strawberi lak, pemberian daripada ofiicemate yang ke Cameron.

31.03.2015
Roti Susu + Sunkist
Roti adalah penyelamat time kesuntukan masa & kekeringan idea nak memasak.
1st time bentuk roti guna acuan telur/nasi. Just folo tutorial kat blog mama najlaa. Senang aje rupanya.

**GST..GST,.GST... 
Bertabahlah.. nak tak nak tetap kena harungi. 
Insyallah, rezeki dari Allah SWT. Adalah rezeki tu..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

mshazadoes said...

kreatif pluss rajin awak yangg nak bagi menarik si kecil makan.
Bekas lawa-lawa manae beli tue?

Masya said...

insyaallah demi anak lya kenalah kuatkan.. yg penting asya suka dan makan.

Allene typicalmommy said...

rajinnya lya.... salute sgt

mummy_ayu said...

best best!. rasa puas hati kan bila dapat siapkan bekalan utk anak2..

Kopiolimauice said...

singgang sotong tu yg pelik tak penah rasa...tapi ok la tu kreatif macam2 rupa ada...

CikLily Putih said...

singgan sotong cam best je.. ade resipi?

Khai♥Rin : anies said...

sy plak yg tumpang terliur heheheh...share laa resepi singgang sotong tu. mn tau rajin2 nnt bleh buat ;-)

norhidana miswan said...

kretip lya, rajin pun rajin.... kalu akak ntah lah... pasni pun mmg kene bwk bekal ke opis,,, nk menjimatkan duit dr kene gst kan...

akka paling suke ns minyak tuh... comei jd bentuk lonjong2 gitu

Bbwana adienia said...

waaaahhh...semuanya comel2..geram wana tengok..apalagi budak2 yang tengok kan..semangat makan..hehe

idzwa kamaruddin said...

tak makan yang dari laut?wahh pelik nie..

Asha Lya said...

Memg kreatif la lya ni, sy pun x trfikir buat mcm ni

Qhaifa Nur said...

kreatiflah...asya sayang mama tak

Puan Kutu said...

asalkan fasya makan apa salahnya mama pernah otak bentokan dia.bunga tak jadi pun ada pasu pastu ada lion deco jugak. Baru kreatif namanya!

Syima ~Mama Kyra~ said...

Sukanya tgk bento asya..untung le mamanya berpeluang sediakan bento..kita sediakan bento simple je utk bfast..deco nasi tu time weekend je baru ada peluang :)

~aSHa~ said...

kreatif nye lya...

asya makan habis tak bekalan2 dia?

lieyalatif said...

yg penting di masak dgn kasih sayang kan lya..... utk dah cukup...deko2 sekadar bonus pada lieya..... beriya deco dgn bende yg membazir pun tak bagus jugak....

lieya ni mia mija dah besar so deco2 tu tak heran sgt ...aslkan ade bekal....tapi mgu ni budak2 ni tak bawak bento sebab lieya kene ulser yg teruk dgn nak demamnyer...manjang telajak bangun pagi....

mamabeauty said...

envy Lya yang rajin deko2 ni..

LydSunshine said...

Senyum sendiri baca coretan bento ni. Saya setuju dgn Lya part yg taknak deco benda2 yg membzir. Bagus cara tu. Takde la sampai nak hias tapi last sekali buang je.

Tihara said...

seronok tengok hasil ide lya
mesti asya hepi n bersemangat nak makan hasil air tangan ibu tercinta :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

suka setiap kali lya post bekal2 asya ni..nmpak berseri2 n menyelerakan..hihi

ANIM said...

bekas makanan asya je dah buat auntie berselera nak makan..haha..
macam2 bentuk dan kaler..
no wonder asya tak makan masakan airtangan oranglain..
mama dia punya airtangan..marbeles..

Salina@IbuAqil said...

Mama semangat...
Nampak menyelerakan..
Lya sihat ?
Rindu nya....

Amsran Sanuin said...

BESTNYA DIA ADA MAMA YG RAJIN SEDIAKAN BEKAL..HEE SINGANG SOTONG TU YG TAK TAHAN.. PASTI SEDAP.. APA RAMUAN RESEPINYA.. NAK TRY TEST..

Kakchah Jelita said...

terbaik salam blogger

Yati said...

Rajin, dan nampak banyak effort Lya curahkan untuk siapkan bento-bento ni. :)

Yana Yani said...

yang penting, anak makan air tangan kita
afif dah terbiasa bawa bekal, bila tak bawa, dia pelik
selalu dok kata mama dia masak sedap
padahal pada tekak dia aje sedap...hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Bila dihias camni..makin berselera anak2 mkn.Semoga semangat lya kuat buat bekal utk anak setiap hari.

Bunda a.k.a KN said...

Memang kreatif...mesti asya pun pandai nanti mendeko bentonye ...

Aisy Nasiha said...

Wah.. semuanya nampak sedap je... yang nasi dia ketul tu Fasya abis ke makan? Nampak banyak tu.. haha..

Fiza Rahman said...

Rajinnya mama asya ni. Hasil air tangan ibu memang terbaik.

Sheila Mutalib said...

Kreatif nye mama asya ni..

QasehnyaRania said...

rajinnya lya
mmg kreatif sgt

::EIDA:: said...

comelnya rupa teddy bear tu hehehhehehhehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
waaaaaaaaaaaa
bertingkek2 bento asya
ghajim mama dia :)

Mummydearie said...

Kira rajin jugalah ni Lya menyediakan bekal untuk Fasya. Samalah macam akak, dapat anak yang picky eater, kena pelbagaikan makanan yang mereka suka. Kalau kita suka tapi mereka suka pun takda gunanya. Memang tak makan.