Tuesday, April 7, 2015

Sukan Sekolah 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

04.04.2015 
Sabtu lepas berlangsung majlis sukan kat sekolah Fasya. Rupanya baru saya tahu, sekarang dah tak ada sukaneka macam zaman kita dulu-dulu. Sukaneka hanya untuk pra sekolah sehaja. Tahap 1 & Tahap 2 kesemuanya acara olahraga, untuk cungkil atlet . Maknanya, bukan semua pelajarlah terpilih & berpeluang menyertai. Berbanding sukaneka, setiap murid berpulang untuk ambil bahagian. Bila bab lari-lari ni sebenarnya, saya dah agak mesti Fasya takkan terpilih punya. Haha. Tapi, Fasya la berkeras, katanya kena hadir pada hari sukan sebab dia kena lari laju-laju. Eh..ye ke asya?? Tak caya lah mama. Tapi untuk tak menghampakan, saya pergilah jugak pagi tu kot-kot memang betul asya terlibat. Lepas habis acara larian 50m untuk darjah 1, saya pergilah ke khemah asya, konon nak ajak balik lah. Ghupernyer, member dah beratur... Fasya terpilih masuk acara larian baton 8x50m. Alahai, tak caya mama asya masuk acara larian. Memang mama happy sangat, sebab mama memang suka kalo anak mama aktif sukan macam mama zaman-zaman sekolah dulu. Kalah menang kemudian kira, apa yang penting penyertaan & keberanian. 

Fasya rumah HIJAU

Sebelum bertolak.. 
kemain eksited lagi tu

Pose dulu kat depan khemah "Rumah Hijau"

Seperti biasa, sebelah pagi ada perbarisan masuk rumah-rumah, persembahan-persembahan muzikal dari pelajar. Teringat tahun lepas, asya buat persembahan senamrobik.

Beratur dalam khemah, sebelum beraksi.
Mujurlah mama pergi dekat khemah asya time ni.
Konon nak ajak balik...

Bakal atlit-atlit

Tunggu turn untuk beraksi

Selepas beraksi. Penat sangat. Fasya tak menang pon. Tapi mama tengok anak mama berlari laju jugak. Mama ingat asya tak mampu buat semua tu.. Lepas ni mama kena semakin yakin dengan kemampuan asya. Tapi, anak mama tetap juara, sebab dalam ramai-ramai terpilih untuk acara larian tu.

With her frens,
Kiri : Asya & Elizabeth.
Kanan : Asya & Damia... BFF asya nih.. Congrats mia, berjaya bawa pulang pingat. Tak sia-sia bangun dengan penuh semangat pagi-pagi hari. Hehe

Selepas tamat acara darjah 1, terus balik dulu. Kalolah kaki & kesihatan saya ok, memang teringin juga nak masuk acara larian 100m untuk ibu bapa. Tapi apakan daya..... Sebelum balik sempat lagi posing dekat mural-mural yang sangat cun kat sekolah asya. 


Aih.. tak habis lagi menge-pose asya nih! Singgah lak kat padang astaka, disebabkan emergency case. Papa asya akit nyuttt.. Haha. Sementara tu, mama & asya posing-posing kat mural sepanjang Padang Astaka tu, Mural ni baru je disiapkan dalam minggu lepas kot. 

Selepas papa asya dah settle urusan kecemasan tu, terus pergi lunch dulu. Balik rumah rehat-rehat. Tapi Fasya lak buat gelepor nak ajak pergi majlis wedding jiran seperumahan. Adoii...mama penat & letih sangat. Asya yang lari, mama lak over letih. Cuaca kot panas sangat.. Balik telan ubat tahan sakit, baru lega sikit. Kat sekolah sampai nak pitam-pitam rasanya, padahal awal pagi lagi tu.. Tapi cuaca panas sampai tahap tak leh nak celik mata rasanya.

Motip utama dia suka pergi majlis-majlis macam ni sebab nak goodies tu. Sampai je, perkara pertama yang dia mintak goodies bag tu. Adoiii anak dara mama. Lepas tu, merengek lak nak posing kat pelamin. Tapi manalah ada pelamin kat situ, just buat tirai untuk makan beradab. Majlis sambut menantukan.. Lagi pon, jiran saya stay kat oversea, dah buat majlis besaran kat oversea n KL.

video
Video asya semasa berlari.
Fasya yang ke dua dari hujung tu.. Mula-mula dah depan dia duduk, lepas tu sibuk tengok kiri kanan la plok. Haha. Lupa nak pesan, time berlari fokus ke depan... jangan tengok kiri kanan. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

36 comments:

Asha Lya said...

X pela yg pnting fasya dah brusaha kn

lieyalatif said...

wahh big clap utk asya..... tak sangka pandai bersukan...tahun ni baru warm up ni lya...tahun depan dan seterusnyer dah terra nie berdesup tinggalkan peserta lain eheheheeheh....

betul tu lya, skrang cuaca panas betul...bahang die tu...lieya takleh nak keluar2 gak selalu kang manjang kepala sakit...tu sebab lagi rela dok dlm keter on ekon kuat2 ekekekekeek

mummy_ayu said...

congrats Asya!!

Syima ~Mama Kyra~ said...

Tahniah Asya terpilih..sek abim bdk drjh 1 dia bg masuk sukaneka je..start drjh 2-6 baru cikgu bg acara olahraga..tp kyra yg excited nk masuk acara berlari..kekeke..tpksa explain kt kyra tggu drjh 2 nnti.Mmg skrg cuaca panas..samala dulu sukan sek kyra pun rasa nak pitam menunggu kyra abis acara.dah ler kyra terpilih masuk 3 acara jenuh tgu nk setel dgn panas terik..mujur dia tak demam..huhu..btw berbaloi la semua acara kyra masuk menang :)

Allene typicalmommy said...

wah.. untie dlu rumah ijau gak asya... ihihih

Khai♥Rin : anies said...

x pe asya thn depan bleh cuba lagi. semggu sblm sukan bleh praktis siap2 ;-)

Kopiolimauice said...

betul tu lya bila ank kita masuk apa2 acara kita dh rasa bangga kan menang tu kira lain la kan...

eima said...

tahniah asya .....
bkn senang n dpt peluang kan .. fahim tu tatau la masuk ke tidak ... klu die ikut kaki bangku mama die nasib la..klu ikut kaki bola abah ... bgs la

Tihara said...

tengok gambar sukan sekolah asya
teringat nostalgia sukan aman akak sekolah dedulu..sweet moments :)

maria s said...

wahh semangat dia, teringat zaman kanak -kanak dulu heee. best kalau terpilih untuk mewakili rumah sukan. Kalau tak terpilih duduk kat rumah sukan masing-masing, tolong cikgu hias rumah sukan atau masuk perbarisan..heee

Budak -budak sekarang ada sukaneka tu yg lg best semua boleh join. :)

Kakzakie said...

Bila cerita sukan sekolah paling best bila melihat anak-anak bawah 9 tahun beraksi. Yg lebih menjerit cikgu dan mak-ayah, bebudak buat tak tahu aje:)

Rai OurKizuna said...

asya rumah hijau ya..? sama lah ngan auntie masa sekolah rendah dulu.. hihihi.. next year masuk lagi tau..

norhidana miswan said...

banyak betul tenaga dia yek, udah berlari kt padang ptg ajak lak pi mkn kenduri... asya2

~aSHa~ said...

tahniah asya dipilih utk menyertai sukan...sekolah ni xtahu bila start sukan....

kecik molek kuat lari rupanye si asya

Diana Rashid said...

lepas ni petang2 mama boleh bawak asya pi joging pelan2 kat taman ye...asya kena asah skil awal2 ni..untuk tahun depan..hehehe

Tengku Fauziana said...

cantik dinding sklh asya..

Ann Ishak said...

auntie pulak dulu rumah merah, tak pernah dapat masuk rumah hijau pun :p

Puan Kutu said...

tahniah asya..betul tu memang kalau tak penting..yg penting aktif n penyertaan..turun bakat mama la.sy ni smejak kecik mmg kaki bangku..apa2 sukanlah.jaga kulit.hahaha

salwana nordin @ che'wa said...

bakat tu dah ada, tinggal nk asah banyak2 tu..tahniah asya!!!

sekolah alya belum sukan lagi, mgkn dlm masa terdekat ni..

akak pun tak sabar nk tgk memandangkn pertama kali dia bersukan jugak hhhiiii

Ainul Mustafa said...

rumah hijau nape naju oren..hihi gurau je

mama maman aka yana said...

CANTIKNYA LUKISAN TUH.. BAGUS SUNGGUH SEKOLAH TUH..

yen(toka ziizokukuto) said...

banyak nya mural kat sekolah diaaa,,,,setiap dinding bergambar,,niceee,,cantikkkk,,,asyaaa pun comel,,hahaha

Qaseh Vee said...

teringat my anak buah . dah la paling tinggi , bila lari , dia lari mcm awan nano kata my kakak . dri blh menang trus jadi kalah ... haish .

alia haryanie said...

moga asya menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.amin.jemput singgah di blog.

εïзmummyHazaεïз said...

Wahhh dah habis sukan ye.. Anak2 sini dah habis sukan minggu lalu.. Asya ngan lya sihat...

el said...

bagus lau anak2 aktif dalam sukan nti background kuat skit hehehe

aah cantik mural sekolah tu spongebob pun ada hehe

tiga lalat said...

Salam. Hee meriahnya .

wa said...

Ooo...kat sekolah Wa, masih ada lagi acara sukaneka.untuk tahun 1.Mama.dia ni...ingat Fasya tak lari laju ke..hehehe

Aisy Nasiha said...

Wah..lawanya hiasan khemah hijau tu.. mural sek Fasya pun lawa sangat tu. Untungla murid2 belajar dalam keadaan cantik dan selesa tu..

Dah masuk aktiviti sukan sejak dari tahap 1 ni bagus.. nampak ada potensi nak gilapkan lagi pada tahun2 seterusnya..well done Fasya.. keep it up ya..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

hehe comel dia

bagus la terpilih untuk larian

kalau yong dulu.. asyik dapat no last je lari haha

ayu Ismail said...

memang betul pun..utk sekolah rendah bila sukan jarang buat sukaneka..kira asya kuat larilah tu wakil rumah sukan dia...hehe..dahsyat mural sekolah ni..cantik

Fiza Rahman said...

Kimi belum sukan lagi. Tak tau bila nya. Cantik lah mural² tu.

Sheila Mutalib said...

Ish. Tak saba nk tunggu nia sekolah. Nnt anak yg masuk sukan,mak yg over excited.. hihi... :)

nik ros said...

seronoknya tgk asha sihat. comel jea dia. mmg jenis aktif fasya ni

Mummydearie said...

Tahniah Fasya! Tak menang pun takpa janji turut serta. Terujalah ya dia nak bangun pagi ada acara sukan yang terlibat. Mamanya penat lebih-lebih tu sebab tak dapat masuk acara sukan untuk ibubapalah tu. Itu yang lagi penat dari Fasya :)

Cantiklah mural kat sekolah Fasya ni. Kalau saya pun mahu nak suruh anak berposing puas-puas.

Wah, dah penat berlari masih tak penat lagi nak pi majlis kahwin ya Fasya! Memang aktif budak sorang ni tau ~_^

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam lya,
sakan bersukan asya yer
good3