Thursday, May 21, 2015

Bento Asya : April #2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama tak bersua...update-update je terus up bento. Time ni merupakan satu cabaran yang hebat dalam penyediaan bekal untuk asya. Saya sakit-sakit & demam teruk..tapi tetap gagahkan diri sediakan bekal walaupon sekadar roti. Tp syukur, dalam kepayahan tu saya berjaya juga & rasa puas hati bila anak makan hasil airtangan sendiri. Namun, ujian kehidupan apabila saya perlu dibedah pada 24hb April yang lalu... masa tu risau fikirkan bekal untuk dia. Selepas keluar wad, saya still sakit & tak boleh bangun sendiri.. Namun saya amat terharu dengan kesungguhan papa asya sediakan bento untuk asya. Serius, saya amat terharu sebab papa asya membuatnya dengan sepenuh hati. Bangun awal pagi, masak bubur atau apa-apa saje permintaan dari Fasya. Kalo bukan sebab saya sakit, saya sendiri tak tahu papa asya pom mampu lakukan,asalkan istiqamah. Macam-macam jugak, antaranya donut bentuk pinochio la, Saya suruh dia snap semua pic bekal yang dia sediakan sepanjang saya sakit.. Tapi katanya, x sempat..rushing...sebab semua kerja dia take over.. TQSM papa... bila Fasya besar, mesti dia terharu apa yang papa dia buat walaupon hanya sekadar bekal biasa. Tapi..bila saya dah sihat sepenuhnya, saya lah ambil alih sediakan bekal untuk Fasya. 

Antara bekal yang sempat saya sediakan walaupon dalam keadaan sakit & sebelum dibedah,.

19.04.2015
Fries & Ayam Crisphy

20.04.2015
Cucur Lemak Manis + Roti Sosej Goreng
Sebenarnya nak buat roti sosej bunga.. tapi tak menjadi

22.04.2015
Mee Lidi + Sup

23.04.2015
Burger & Bijirin MILO
Last bekal yang saya sediakan untuk asya. 
Petang tu saya jatuh sakit & esok malam operation.

12.05.2015
Satu-satunya pic air tangan papa yang sempat di snap..
Haha.. orang lelaki kan, biasalah.. 
Tapi Fasya happy sangat tengok burger ni. Siap mata & hidung.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

21 comments:

Zizie Azzyyati said...

bestnya tengok bento tu,tiba-tiba teringin nak bawa bento gak gi keja,hehehe...btw jemput ke blog sy ye

http://iamissingle.blogspot.com/

AnneRaini said...

donut pinochio?? wah kalo ada gambar mesti bagus..

mshazadoes said...

rajin tol mama nih :)

Izzati Amira said...

ihik. burger bento ye... (:

aTieYusof Family said...

kagum dengan semangat Lya.. moga Lya cepat sembuh..
cantik2 Bento utk Asya..mesti dia seronok.. papa asya sangat ringan tangan menolong..alhamdulillah..

Didie Kamila said...

Semoga cpt sembuh Lya..

Kopiolimauice said...

bagus nye papa asya...mudahan nnti fasya dh besar dia akan bangga dgn mama n papa nye ;)

Diana Rashid said...

sakit2 pun sempat lagi siap bekal untuk Asya...

che mid said...

Suka tengok burger yang papa asya buat..senyum meleret he he..take care sis..moga cepat sihat dan buat bento cantik!!!

Sidratul Muntaha said...

lama tak bersua
huuhhuh
tetiba tingat lagu Hail Amir
'ingin.. bersua...dengan dinda..'
ahahaha
rajinnya buat bento
kami ni aritu rajin la buat breakfast tpi budak2 ni tak makan pun
byk mkn kat sekolah
maybe sbb environment kot

Falsya said...

Hati mak kan lya..dlm keadaan mcm mana pun mesti akan wat sehabis baik utk keluarga..bgs papa fasya..jarang ade somi/ayah yg sanggup buat mcm mana papa fasya buat..thumbs up!!..

Asha Lya said...

Kuatkn smgt ya..msti asya bangga punyai ibuayah spt lya

εïзmummyHazaεïз said...

Comel.. Mak2 yg berbento ni mmg mcm lya, sakit2 still ingat bento anak kan.. Moga lya sentiasa sihat so boleh berbento.. Heheheh

Mar Mansor said...

semoga cepat sembuh ye..papa pon rajin berbento ye

Arina Shamsul said...

lahaiiiii...rajin dan tabahnya ko dear,tahniah..lawak pulak tengok burger tu 😆

sue sue said...

Untungnya fasya...walaupon mak kurang sihat, tetap gagahkan juga memasak tok bento anak,,,


Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

Yati said...

Wah.. hebatnya Lya dan suami. Harap Lya sudah sembuh sepenuhnya.

Puan Kutu said...

solutelah klu org laki pun mampu buat kan bento anak..comel je burger asya yg papa buat..lya dh sihat ke?

Naemah Umi said...

rajin lys buat bento...umi ni nak berbento gak tpi si mirul tak suka sgt,,lelaki kot hehehe

::EIDA:: said...

hidunggggggggggggggggggg! hihihi

QasehnyaRania said...

lya mcm mna skrg ni..
hope bertambah sihat ye..
alhamdulillah papa dan mama sntiasa ada dgn asya