Wednesday, June 17, 2015

I-City, Shah Alam : Snowalk + Ice advanture + Spacewalk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nak sambung balik kisah jalan-jalan cuti sekolah baru-baru ni. Eyhh... macam kita pulok yang sekolahnya. Setelah penat tawaf sekitar Laman Seni., Seksyen 7... Makan-makan dulu dekat kawasan sekitar, lepas maghrib bertolak ke I City... Tempat yang paling dinantikan oleh Fasya. Tempat yang paling tak sabar nak dijejakinya.. Tapi sayangnya, sekali lagi kita orang tak bernasib baik, odwy ke I-City tu memang hujan lebat. So, tawakal ajelah... kalo hujan lebat nampaknya permainan indoor ajelah. Sebulan sebelum ke sini, saya dah google detail pasal tempat ni sekali dengan list budget. Tapi biasalah, kita hanya mampu merancang, tetapi hanya tuhan yang menentukan. Kalo ikut dari plan asal, bila ke I-City ni, antara tempat-tempat yang saya nak bagi asya explore ialah :-

* Snowalk
*Fun Drive
* Itsy Bitsy
*Jungle Advanture
*Trick Art Museum.

Tetapi...dalam kesemua list diatas.... hanya satu yang sempat masuk iaitu snowalk & yang tak dirancang nak masuk seperti Ice Advanture & Space Walk. Dan satu lagi yang frust, kali ni kesemua pic tak menjadi, mahupun dari kamera hp & dslr. Dslr rosak, xleh fokus & flash...leh guna manual aje.. Hp plok, asyik goyang-goyang kes kesejukan mungkin. Takpelah, ada juga kenangan daripada tak ada. Insyallah... ada rezeki lain kali, kita masuk tempat-tempat yang tak masuk lagi. Atau, booking hotel I City..duk la situ seharian... sebelah siang boleh buat xtvt indoor, sebelah malam baru xtvt outdoor..baru ada feel lampu liplapliplap..

01.06.2015


Snowalk

Sampai aje kat sini dalam hampir pukul 9 malam.. Beratur lagi nak beli tiket..  dalam bentuk kad (ala-ala prepaid) ye. Kiranya just scan kad tu aje nak masuk kat mana-mana bahagian dalam I City tu. tapi kalo limit kad tu dah habis, boleh je topup kat mana-mana kaunter dekat situ. 1 Kad tu leh guna untuk satu keluarga, lepas ni kalau nak datang lagi just topup aje kad tu.

 Harga untuk masuk ke Snowalk untuk 3 orang (2 dewasa,1 kanak-kanak) ialah RM 95.00 termasuk GST.Kalau ikut budget melalui hasil survey saya sepatutnya harga tiket dewasa RM35 & tiket kanak-kanak RM30. Kiranya kurang RM5 daripada budget asal.. Tak pastilah ada diskaun ke apa.  Harga tiket masuk tu termasuk dengan jaket sekali ye. Better kalo yang berkasut cun, berselipar..silalah sewa kasut boot. Harga sewa sepasang kasut boot ialah RM10, tapi dia orang ambil deposit RM10. Deposit tu akan dipulangkan setelah kita pulangkan semula kasut boot tu.. dan pakejnya dapat stokin free.. hehe. Hasil survey saya kat blog-blog sebelum ni, memang digalakkan memakai kasut boot, so saya dah masukkan budget untuk sewa kasut ni dalam list budget saya. Selain tu saya ada beli glove + Ear Muff untuk asya yang beharga RM20 untuk satu set combo tu. Kalau ada sarung tangan sendiri, silalah bawa & pakai.. Jimat duit... sebab bila masuk dalam tu, serius sejuk tahap beku!

Lets picture talk 


Komen saya.... boleh lah.. tapi tak seperti yang saya bayangkan sebelum ni. Ingatkan betul-betul leh main salji macam dekat The Mines Theme Part dulu. Snowalk ni lebih kepada kiub/blok ais batu yang dijadikan deko-deko. Tempat berjalan , just carpet hijau.. cuma sesetengah aje yang ditaburi ais batu kisar kot?? Haha. Jalan agak licin..memang kena berhati-hati. Saya pon banyak kali nak gelincir. Dan yang pasti memang terlalu sejuk kat dalam tu. Kalau tak pakai kasut boot, confirm kaki akan kejang. Tapi kan, percaya tak kita orang kat dalam ni tak sampai 15minit pom.. terus keluar. Sebab memang tak tahan dengan tahap beku.. sampaikan tangan saya dengan hp melekat.. Kamera pom habis semua berwap... tangan xyah cakap la, memang terketar habis. Tapi dont worry, bagi yang tak puas main.. boleh ajer keluar masuk untuk panaskan badan. Tapi weols memang tak sanggup nak masuk semula dah. Tapi kan... keluar-keluar aje dah nak jam 10pm. Saya cadangkan, kalo nak ke snowalk eloklah sebelah siang, jadi malam leh fokus pada xtvt oudoor lain.

Ice Advanture
"The Jurassic & Ice age Advanture"

Keluar aje dari snowalk.. kita orang ke Ice advanture.. Just sebelah Snowalk. Harga just RM5/person, jika masuk Snowalk. Kira pakej la... Kalau tak masuk Snowalk, harganya RM10.  Just naik train ala-ala santa claus mengembara kat dalam tu.Antaranya ada pertunjukan filem pendek Ice Age, hidupan dasar laut & lalu ke laluan dinasour.. tapi tak sempat nak snap semua tu.. maybe dalam 10-15minit gak kot kat sini.

Fasya kata dia seronok sangat masuk kat sini. bagi kita yang dewasa ni OK lah...

Perjalanan dari snowalk ke city of light digital jauh sikit atau kita orang yang silap jalan.
Siap kena naik bukit sikit...panjat tangga sikit baru lah sampai.

City Of Light Digital 

Nak masuk ke area City of light digital ni dikenakan RM1/person.. kat dalam ni ada macam-macam game Outdoor yang menarik. Dan kat sini jugak banyak lampu yang cantik-cantik. Tapi saya tak sempat pon nak jalan-jalan kat lampu tu, sebab hujan & kejar masa.. Masuk aje sini, tempat yang dituju ialah Spacewalk.

Spacewalk

Spacewalk ni kiranya pengembaraan keseluruhan kawasan "City Of Light Digital" dari angkasa.. Kiranya kita leh nampak keseluruhan tempat ni dari atas. Memang cantik sangat! Harga tiket untuk 1 kereta (ke panggil ape ntah) RM20. 1 kereta tu just boleh naik 2 orang. Walaupun naik sorang, tetap kena bayar harga sebuah..so sila cukupkan partner anda. Memandangkan kami 3 beranak.. so saya tarik ank sedara saya untuk jadi partner , Fasya partner dengan papa dia.

Tunggu turn nak naik

Fasya pada awalnya takut nak naik

 Cubaan saya mengambil pic papa & asya... 
saya duk di bahagian depan 

Pic fasya masa awal-awal bergerak.. takut-takut

 Perjalanan space walk

Ahhaiii.. ini je view yang sempat snap.
 Padahal punyalah cun . Sebenarnya takut, sebab gayat.

Latar belakang Spacewalk

Cuba juga snap pic sendri kata atas ni, tapi tak berjay.. Tapiiii,, jangan risau dia orang bijak berniaga.. sampai 1 port semasa naik spacewalk ni ada photographer akan snap pic kita dari atas menara...so lepas turun je kita leh ke kaunter berdekatan untuk pilih gambar kita.. kalau nak printout just bayar ajelah.. Dah lupa harga.. tapi harga yang paling murah RM20++.. jadi saya ambik yang harga tu la. Dah melayang RM40++ untuk pic papa+asya & saya+anak saudara.

Ini hasilnya... Tunjuk pic papa+asya je la.

Komen saya.... sangat best, leh nampak view yang sangat cantik! Yang tak best time ni hujan renyai-renyai.  Perjalanan  leh tahan jauh jugak... Kereta ni lak leh pusing kiri kanan & kita leh handle steering tu. Nak kayuh pom boleh. 

Dancing water

Yang ni pon terletak di dalam City Of Light Digital. Kelakar time ambil pic ni, tiba-tiba air tu jatuh..habis basah kuyup papa+asya. Sebenarnya saya cari Mist Fountain... tapi tak pasti dekat area mana . Masa lak tak mengizinkan saya untuk menjelajah.

odwy keluar dari City Of Light Digital

Pintu gerbang keluar dari City Of Light Digital.
Bye..bye... lepas ni ada rezeki kita datang lagi.. 
kita posing kat pokok-pokok liplapliplap tu

Odwy balik tu terlalu kat laluan ni. Alamak betul-betul dah lupa nama tempat ni. Fasya sangat teruja dan naik juling mata tengok ada kedai jual macam-macam coklat & aiskrim. Kat laluan ni memang cun lah, sangat kalerful.. ala-ala rumah coklat Hansel & Gretel tu

Sambil-sambil lalu..
snap dulu sekeping dua..

Itsy Bitsy
Salah satu tempat yang Fasya nak masuk sangat, tapi tak sempat sebab terkejar nak balik hotel. Takpelah, next time kita masuk sini. Tapi sempat la Fasya posing kat luar ..


Sekian pengembaraan fasya di I City.. Tapi saya frust sebab tak sempat masuk Trick art museum, padahal ini tempat ke 2 yang nak masuk selepas Snowalk. Berdasarkan pengalaman, maybe lepas ni kena stay sini dari siang. Sebelah siang tu leh la masuk kat aktiviti indoor seperti snowalk, Fun Drive, Jungle Advanture, Trick Art Museum ( ini memang frustt)...jadi sebelah malam leh duk puas-puas dekat City Of Light Digital, Itsy Bitsy & banyak lagi game outdoor yang lain. Next time kalo pergi wajib masuk Trick art Museum dulu... haha.. Dalam banyak-banyak cuma muzium patung lilin ( Red Carpet) yang xde dalam list saya.. 

Entri paling win kot setakat ni... panjang nyer!!!!
Biasa nya n3 panjang sebab banyak gambar, 
ni panjang lebar bercerita.. 
berCINTA nak habiskan n3 ni~


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

53 comments:

::NureeN:: said...

betoi.. syurga kanak2 la bila mai cni kan
nureen g thn 2012, huhuuuu sedeh sbb msk snowalk, nureen jatuh
sbb licin walhal pakai boot..
sakit jgn ckp la senak dada.. dh la tgh dukung emir masa tu bru 6bln
dlu x der carpet hijau, myb sbb nureen dh jatuh & ramai lg yg dh jatuh tu kot drg letak carpet hijau
mlm dh hujan sbb tu sejuk amat, kami p siang, sejuk ja kami keluar & masuk balik hihiii...
outdoor mmg x der la buka sbb juz buka mlm ja,
so x der la pic cantik2 mcm lya snap ni :)

eima said...

dah penah masuk snowwalk tu mmg sejuk gile... nk pengsan rasanye

Chic Na said...

macam pergi mengembara je rasa bila baca entri ni.. heheh.. dah siap sepenuhnya kan.. time cikna pegi dulu banyak lagi yg takde.. so mcm kena pergi lagi sekali seronok tengok fasya jalan2 kat tempat2 tu.. huhu..

salwana nordin @ che'wa said...

tu dia jalan sakan asya :)

seronoknya masuk tempat salji tu kan..feeling omputih sgt hhhiiii

esok dah puasa..selamat berpuasa lya..semoga diberi kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang puasa ni..

semoga segala ibadah kita juga diterima..inshaaAllah

Arina Shamsul said...

terbyang dah happy si puteri asya waktu jenjalan di icity tu dear,mesti dia happy sangat kan? sempat jejakkan kaki ke icity waktu awal tahun tu.alhamdulillah mmg happening sangat tempat tu.

εïзmummyHazaεïз said...

seronok asya jln2 i-city ye...
Salam Ramadhan ya Lya

eMMe said...

Assalam Lya...sonok laaa~ akak tertarik review yg Lya buat, buat akak pun nak ke sana... byk tempat leh pergi kan..kan.. brape abis ek Lya? ada ke pakej? ke nak kene bayar stp 1 tempat tu? tapi gambar semua lawa2 lya... gambar malam pun terang.. clear.. byk gambar n cerita lya..bestt la mmg mcm berCINTA punye Entry ni Lya..

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat Lya, Asha n papa Asya yea...

Khai♥Rin : anies said...

pegi sebelah siang mmg best sbb bleh amik ms lama tp kalu yg x tahan panas tu kena reda laa ;-)

wahhhh mesti naik sekolah asya dok bercerita sakan dgn kawan2 pegi ke i-city kan? ;-)

eMMe said...

Lya,

puas tgk gambar... puas baca...
sangat detail, cume nak tau bajet Lya abis kat I City tu..

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat Lya, Asya..

Zee Suhaini said...

lya yang jauh dah sampai icity..zee yang dekat ni jugak tak sampai-sampai..kat icity ni nak datang kena tebal skit poketnya kan..sumer pon kena bayar..bleh tahan gak regenya tuh..kalo zee yang lima branak ni lagi fengsan..huhuuu..

sronok la asya dapat main salji..hehehe

aTieYusof Family said...

Salam Ramadhan Lya...
wahh seronok betul round2 i-City ni kan.. masa kmi pegi hari tu tak sempat nak round dan main permainan...mcm best je main salji tu :)

el said...

icity ni dh pergi 2x kut
mmg penat nak tawaf icity ni
dahlah panas....mayb sbb penuhi ngan lampu2 kan..kan haba tu ekeke
pas2 igt lagi..panas sgt weols masuk lam snow tu ha dok dlm tu lama2 best sejuk haha

Sura Mohd said...

tentunya anak dara tu yg paling seronok..
akak tak tau bila nak pergi lagi..dah 3 kali pergi..sesekali pergi..banyak jugak kopak...hihi..:)

Kopiolimauice said...

sayang nya camera plak problem ek..klu tidak msti smua pic cantik2 tapi takpe la ada gak kenangan kan....

mama tisya said...

sronok asya cuti2 kl dtg icity...tisya pn tk bw lg ke sini...bila ntah nk bw die..skarang dh mcm2 ada kt icity ni dlu lampu2 je..siap duit je la

AnneRaini said...

wah ada mcm2 ye kat i-city ni.. tp yg tak bestnya nak masuk semua kena byr.. pergi i-city je dah boleh buat belanja gi singapore... huhu

Kakzakie said...

Memang panjang tapi cerita sekali harung yg membaca puas Lya.
Kakak tengok Fasya pun dah letih tu menapak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi seronok pastinya:)

Selamat menyambut ramadhan dari kakak buat Lya & family.

Cikna said...

Budak2 smpi sini mmg heaven, kita yg dewasa biasa2 je... Tp masa rombongan bawa bdk2 kls ritu Cikna blh stay up dkt 2jam kot kat snow walk tu masa tu cikgu2 ngan murid sama je hyper tahap jakun,huhuu...

Masya said...

lya datang sini ke??? wahh seronoknya asya... kt yg dekat pun tak pernah pg lagi hihihi .. camne nak pg somi tak layan.. padahal hati meronta² nak masuk lg² art musium

Chekgu Azrine said...

I city masa memula bkk tu je pegi..bila dh lawa kena byr cmni xpnh msk pulak

mamabeauty said...

Lya yang di Ganu pun dah sampai hehe saya yang dekat ni pun tak pegi lagi..

memang teruja nak gi Museum art tu kan.. insyaAllah one day..

sure Fasya seronok dapat masuk macam2 tempat..

Diana Rashid said...

Seronoknya asya..sejuk sangt takut selsema je..kan?/

dya bunga said...

dlu dya masuk yg snow tu dya pernh tergelincir..sbb licin sgt kot kt situ..hehe

QasehnyaRania said...

menarik pulak baca review lya ni
sbb sblm ni pernah baca review org lain katanya x best. nak nak masa msk umh salji.
mmg sejuk ekon, tak rasa mcm real. pastu semuanya nak kena sewa.kenapa x masukkan skli
pakej dgn tiket

xpa next time singgah lain.
nmpak keceriaan di wajah asya suka dia kan

ps:selamat berpuasa lya :)

norhidana miswan said...

akak yg duk kl ni pun tak penah sampai lg kui3... trk kan
penah dtg masa awal2 dulu... masa tuh takde sume menan best2 nih....

mcm2 ada dh skrg nih... seronok kalu anak2 suke...
snowwalk tuh kwn2 ada yg pnh msk... mmg agak mahal sejuk yg amat...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Nampak Fasya sgt happy di sana..!!

Permatabiru said...

icity nie kalau bawa ank2 kecik seronok la main

Mrs Velentine said...

wah klo dekat mesti MV dah smpi ni..

Naemah Umi said...

wahhh ada byk berubah icity ni..dulu pegi masuk gak snowalk tu yg lain rasanya blum wujud lagi tu huhuhu...bila la dpt gi sini lag, walaupun dekat tapi masa tak mengizinkan huhuhu

Ena said...

wahhhhhhh..
hepi la dapat ke icty ye
dah mcm2 ada skrg ye
tingin pulak nak peg lagi..
dedulu x de manyak mcm ni
teruja dengan entry lya ni..
tp dulu 2 kali pegi..
2 kali jugak anak dara tu "ilang"
ya Allah rasa dah x berdarah dah time tu..
dah la manusia mcm lautan..
tu yg kami dah lama x ke sana..
dulu space walking tu masih dalam pembinaan.

aryan azra said...

seronok fasya dapat jalan2...kalau pergi waktu siang lebih seronok dekat icity ni sebab banyak masa untuk kita buat aktiviti yg ada dekat situ, trick art museum tu pun best...hehehe memang best dekat sini tapi duit pun perlu keluar banyaklah kan..

akak walapon dekat jug adgn icity ni, baru2 ni je pergi masuk snow walk tu...tp betullah duduk sekejap je tak padan dgn bayaran sebab sejuk yang melampau

Salmiah Othman said...

waahhh..bestnyer tempat nie..bila la dapat peluang nak ke sana..:)

mawar_berduri said...

best la rupanya banyak aktiviti kat sini tapi tak pernah pulak sampai padahal pergi shah alam tu selalu :P

Bunda a.k.a KN said...

Cantik suasana dan pemandangan gambar2 tu, berwarna warni....

rabiatul adawiyah said...

pernh pergi sekali dulu law tak silap tahun 2013...
hhee..sebab ada sukan kat uitm shah alam..
tapi just jalan tepi tepi ja...
sebab rushing...
dulu tak banyak benda sangat yang ada ..

seronok asya..hehe..

tiga lalat said...

salam ramadhan., hee sonoknye gi icity ;p

Dhiera nadhirah said...

seronok asya dapat jalan2. snow walk dia memang macam bukan dekat genting dan the mines dl tu

Zefa NorAsmara said...

Seronoknya Fasya dpt jalan2 iCT. Kami ni walaupun duk Shah Alam, tak pernah lagi pergi sejak iCT membangun. Last pergi 2012 tak silap..

Qaseh Vee said...

mak aiii , happening tu semuanya dapat merasa . seronok kan dpt pengalaman merasa salji dan ais ...

Syima ~Mama Kyra~ said...

mmg best tmpt ni kan..nmpk asya sonok sgt kan..mama bwk jln2..kami dah p cni masa kyra 3y..time tu ada snowalk n city of light..yg lain x buat lg..mmg licin le dlm snow tu..papa kyra pun hampir2 terjatuh..kesian kt kyra sb dia x tahan sejuk tp sempat jgk le kami posing dlm tu..sblm kyra nangis kesejukan .hehe..

mama ila said...

bestnye asya gi I city yer.... pernah sampai sekali kat sini..tapi round2 outdoor jer...heheheh

CikLily Putih said...

lama tak pi i-city, rindu plak nak ke sana lah

eynda said...

Bila la nak sampai ke tempat ni... nama je duduk shah alam hehe... tapi nampak menarik jugak icity ni ye... cuma setiap tempat dikenakan bayaran ek... ingatkan tiket sekali bayar je kat dlm semua free :-p

Puan Kutu said...

tak sangka byk benda benda boleh explore kt sini.biasa dok tengok org amik gambar kt lampu2 pastu tempat yg ada patung lilin tu je..rupanya ada banyak stesen ya..memang seronoklah..takpe asya..next time dtg lagi Boleh explore sepuasnya ye

Yana Yani said...

selalu juga ke icity tapi tak penah habis jelajah semua =)
tapi seronok sebab anak-anak seronok =)

Salina@IbuAqil said...

Amboi sakan kome holiday ekkk..
Hihihihi
Asalkan asya dan mama nya happy..
Ina last pegi 3 ke 4 thn lepas lupo dh..
Skrg dh mcm2 ada ye?!
Bestnya...
Selamat berpuasa lya..
Semoga lya sihat selalu..

Nafira usof said...

Ya Allah.. tak sangka I-city dah jadik semeriah camnih. haitu pergi bawa ma ayah x de lah explore semua. lagi pon ma ayah dh penat dah nak jalan jauh2 dlm tuh. bila lah boleh terjah sana lagi. nampak sonok jer.

ANIM said...

jeles abang 2 abdul kalau nampak snowalk tu..
dulu p i-city tak dan nak singgah..
seronoklah fasya...
mama dan papa pun tumpang seronoklah ya...

Aisy Nasiha said...

Syoknya trip ke i city ni..banyak tempat yang korang terjah ni.. untungla datang kl sekali sekala kan, sempat juga singgah banyak tempat..

Akak kalau g mana2, mmg jarangla beli gamba yang dia tunjuk tu.. hihi.. mmg kedekut..

thenunu said...

Rumah kita dekat juga dgn icity ni tp tak pernah pergi. Huhu. Ingat ada lampu lampu aje.

Cho Zila said...

di sini memangler makan duit punya... gi gentingpun tak sebanyak ni.. tapi lepas genting bukak balik mungkin konsepnyer sama cam i city baru untung lebih sikit.... semua tempatpun nak kena bayar... takder pakej2 punya.. trick museumtu takler sesangat best tapi yalah tak penah pergi kenalah pergi.. banyak tempat baru juga rasanya di icityni.. kena pergi lagiler ni...

Mummydearie said...

Hahaha! Kalah entri akak macam ni. Memang panjang dan banyak gambar :)

Eh,tetiba terasa syok pulak bila orang bercerita pengalaman masuk I-City. Kami ni kerap juga pergi tapi masih tak cover semua tempat. Mana dapat aje pun. Itu pun sebab dah selalu pergi sampai rasa takda apa dah menariknya di sini. Punyalahkan!

Fifi Nadhrah said...

last pergi i city tahun lepas.. tapi setakat jalan2 je.. mase tu tak kene bayar rm1 tu pon..