Saturday, June 27, 2015

Jom Membeli Sambil Menderma : Serunding Sedap Dari kelantan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena bulan yang mulia ini, apa kata kita lakukan sedikit amal yang mungkin kecil bagi kita tapi amat besar nilainya pada insan yang memerlukan. Selain merasai keenakannya, hasil belian itu secara tak langsung dapat menyumbang sumber pendapatan buat ibu ini. Apatah lagi hampir tiba musim perayaan, pastinya memerlukan sumber kewangan untuk perbelanjaan anak-anaknya. Jom selami ketabahan ibu tunggal ini dalam membesarkan anak-anaknya disini                 


Jom dapatkan segera Serunding Daging dari Kelantan

Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh di makan denagn pelbagai hidangan.Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan....
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dll...

Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
- Daging berkualiti dan dicarik halus
- Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
- Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
- Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama

Serunding daging dan Serunding Ayam

Serunding Daging Tempatan

Serunding Ayam

Serunding Ikan


Sesiapa nak order boleh pm atau whatsapp 
Puan Haryani : 012 921 8016

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

13 comments:

ANIM said...

in sha Allah, lya..
sedap juga dimakan dengan lemang ni

Khai♥Rin : anies said...

Sedapnya serunding...

Kopiolimauice said...

bagus ni membeli smbil beramal ;)
surinding ikan tak penah rsa lgi bleh try

Aisy Nasiha said...

Moga dimudahkan kehidupan akak ni.. serunding ramai yg suka

Puan Kutu said...

macam2 serunding ada.nampak sedap

mamabeauty said...

sedap serunding deh thanks dear kongsi

salwana nordin @ che'wa said...

serunding cicah dgn lemang sedap sgt ni!!!!

Yana Yani said...

nice sharing lya =)

Cikna said...

Semestinya serunding ayam yg sedap, sbb Cikna xmakan daging....;-)

anda di tag..
http://cikna136.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html
Jom join, hadiah best tau....;-)

Diana Rashid said...

suka makan serunding dengan roti..hehe

Mummydearie said...

Tabah sungguh dia ni. Dalam pada sakit masih lagi berjualan demi mencari rezeki. Akak memang suka serunding ayam. Kalau makan-makan gitu aje pun sedap juga.

QasehnyaRania said...

nice sharinh
sama sama lah kita mmbantu

Syima ~Mama Kyra~ said...

sedapnya serunding tu..sy plg suka serunding daging..