Friday, June 5, 2015

Kafe Atas Lambo + 3k Floating Cafe + Mee Ikang Kuala Kemaman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Antara pilihan tempat makan di Kemaman ni. Sebenarnya banyak lagi tempat yang best-best, esspecially dekat kuala Kemaman yang terkenal dengan keropok, satar & otak-otak. Pilihan kafe untuk makanan western pom dah banyak kat sini & saya  pernah share antara tempat yang menyediakan masakan western di Kemaman ni. Setiap tempat adalah kelebihan tersendiri. Eyhhh.. tetiba rasa dalam program jalan-jalan cari makan. Inilah bahananya tiba-tiba hantu nak update blog muncul tapi otak blur. Nak update pasal Grading Taekwando asya, pasal jalan-jalan cuti sekolah baru-baru ni, pasal...macam-macam la... TAPI MALAS NAK EDIT & RESIZE PIC! 

Mee Ikan Kuala Kemaman

Memang sangat femes di Kemaman ni. Saya selama duduk sini tak pernah cuba makan mee ikan sebelum ni. Lepas tengok orang duk asyik update & share dekat FB.. Membuak-buak perasaan ingin mencuba. Kedai lak tepi sungai Kuala Kemaman, memang feel habis la! Rupanya baru tahu, kalo nak lagi best boleh bawa ikan mentah sendiri ke kedai ni. Macam saya, 1st time datang memang tak tahu lah gitu gayanya. Tapi takpe, kat warung ni tetap ada ikan cuma tak banyak pilihan, just ikan kembung yang ada. Bila dah makan tu, bagi saya terlalu pedas lak.. Dah la baru lepas operate memang tak dapat habiskan. Bila tanya-tanya ofismate, rupanya warung satu lagi mee ikan lagi besh! Next time cuba dekat warung mee ikan yang satu lagi. Lokasi warung mee ikan ni di penghujung jalan kuala kemaman berdekatan jeti-jeti nelayan.

Tapi...mee rebus dia memang sedap!
Habis asya makan.

Kafe Atas Lambo

Antara menu pilihan.

Nama Kafe Atas Lambo ni sangat unik! Atas Lambo ni merupakan bahasa orang ganu kita. Kalau kat luar, atas lambo merujuk rumah papan/kayu orang dulu-dulu antara tangga & pintu rumah tu dipanggil lambo atau senang citer dikenali sebagai "Serambi Rumah" atau "Beranda Rumah". Ehh, faham tak?? Lokasi Atas Lambo ni hanya di bangunan baru belakang Domino's Pizza Kemaman.


Papa & Asya cuba Lamb Chop.
Memang tip top... & sedap

Saya lak cuba Beef Pasta.
Sedap & banyak sampai tak larat nak sumbat.

Kusyuk 2 beranak menikmati makanan.

Aiskrim Oreo Homemade.

3K Floating Cafe

Merupakan restoran terapung yang terletak di sungai Bakau Tinggi. Saya pernah share kat entri sebelum ni pasal kafe ni. Biasa juga lunch dengan ofismate kat sini sebab dekat je dengan pejabat. Cuma, kalo nak dinner kena sampai awal or booking dulu. Sebab dah banyak kali sampai dalam [pulul 8pm, memang full & terpaksa balik membawa diri je. Maybe dalam pukul 10pm++ baru kurang sikit. Selain masakan western, turut menyediakan masakan panas. Sebenarnya saya kesini nak cuba kafe baru dia yang menyediakan masakan Itali kalo tak silap, just sebelah 3K Floating Cafe ni je. Tapi tutup lak sebab under renovation pada bahagian masakan.

Saya & Fasya pilih untuk makan lamb chop & Papa asya ambik nasi goreng.
Seperti biasa, saya suka masakan kat sini , sedap!

Baru perasan, bulan Mei just 4 entri je yang saya update. 
BW pon entah kemana...sori ye semua!
Entah kenapa dengan mama asya ni, agaknya inilah simptom-simptom awal blog bakal terkubur?
Huhhh...sedih kalo terkubur, banyak kenangan pahit manis tersimpan disini. 
Insyallah tak... cuma mencari Mood tu yang susah!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

18 comments:

AnneRaini said...

sedap nampak makanan2 tu semua. lagi2 lambchop tu...

biasalah lya mood ni bukan boleh jangka.. dtg rajin bersusun dlm draf entry.. dtg mls 2 minggu pun xde update..hehe

Sharinginfoz said...

sedapnya makan-makan

Yana Yani said...

slow-slow lya, saya pun baru ni mula nak okay balik =)
sampai 3 restoran dok terus letak tu
lagi ebst klau ada letak alamat, senang kot sape nak usha
nampak cam best semua menu tu
bikin lapo plak =)

mamabeauty said...

belum sampai lagi ke Ganu kite ni.. dulu pegi pun office trip.. gi pulau jer.. hew hew..

aziekz said...

Assalam..izinkn sye link blog INI..utuk promot mknan sedap2 dikmn DLM blog sye..
http://nesaprima.blogspot.com

Terima kasih.nice sharing

Chic Na said...

wahhh lamb chop tu nampak sedap lya.. terliur tgk gravy byk camtu.. :)

dongmei pan said...


Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

Kopiolimauice said...

mee ikan..1st time dengar ;)

Fazleyatul Aini said...

wah sedap2 nya asya makan
keliur makcik hehe

Mar Mansor said...

menu semua nampak sedap

Bunda a.k.a KN said...

mee ikan...terasa macam nak jer..

QasehnyaRania said...

menarik
serius x pnh makan mee ikan
ikan sekor ke atau di blend ke mcm mna erk

tgh mncri msa sesuai nk ke ganu. hihihi
in shaa Allah
blh la singgah ke tempat tempat ni..

suka nammpaknya asya dgn eskerim oreo tu kan

QasehnyaRania said...

seronok asya dot bawa bento setiap hari.pelbagai pulak tu mama sediakannya.

lya bru lepas operate.. kenapa ye ?

Aisy Nasiha said...

nampak sedap belaka makanan kat kedai tu.. yang paling akak berkenan ialah gambar makanan Fasya ni.. amboi ini memang nampak menyelerakan sungguh..
banyak rupanya kedai2 menarik kat kawasan sana tu ya.. bila la nk ke terengganu lagi, dah banyak tahun betul tak singgah terengganu

mun said...

waaaa...terliuq plak tgk lamb chop..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

alahaiii..sedapnya nmpak foods yg kat kedai first tuh..mmg unik sgt nama kedainya..=)

Puan Kutu said...

menarik cafenya..Ada serambi lg..baru tahu org npanggil lambo..klu veranda tu biasa la kita dengar..Makanan nmpk je dah sedap..western pulak..mmg peberet sy.haha

Mummydearie said...

Menarik nampak semuanya. Boleh jadi terliur kalau ditenung aje gambar. Nanti-nanti kalau ada peluang ke Terengganu, kena tengok blog Lya lah bila nak cari tempat makan. So, janganlah biar blog terkubur begitu sahaja. Buang 'malas' tu ~_^