Thursday, June 11, 2015

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambungan entri Cuti-Cuti Kuala Lumpur, sampainya di stesen Komuter Shah Alam terus ke rumah mak saudara yang tinggal di Seksyen 19. Adik-beradik saya pun semua berkumpul kat sana. Sebenarnya nak bertolak awal ke Seksyen 7 ni, tapi disebabkan hujan yang teramat lebat+kilat+petir terpaksa postpone dulu. Dan, andai kata hujan non stop maybe terpaksa cancel plan ke Seksyen 7. Saya tak kisah sangat tak dapat kesini, tapi harapnya hujan tak berterusan ke malam. Mujurlah petang tu hujan dah beransur...jadi terus ke Jalan Plumbum, Seksyen 7 ni.

Kenapa saya nak sangat ke sini?? Sebabnya kat sini diibaratkan "as one stop centre" segala butik-butik online yang femes-femes kat FB/IG & seumpamanya. Antaranya Bella Ammara, Zawara, Fareeda, Rina Salleh (blogger femes tu), Saidatul Nisa (makeup artist femes), Jovian Mandagie dan pelbagai lagi. Pendek kata memang banyak sangat pilihan dari harga yang mampu milik hingga ke tahap tak mampu milik. Huhuhu. Selain tu gedung seperti Gulatis pon ada kat sini. Tapi nasib saya tak baik, sebab banyak butik tutup ;-( . Yang buka butik-butik tak mampu milik seperti Jovian Mandagie.. huhu... mampu tengok bangunannya aje yang tersergam indah. Nak masuk tak berani. Tip kalo nak shopping kat sini, jangan datang pada hari Isnin sebab banyak kedai yang tutup. Rupanya hari isnin merupakan hari untuk mereka beristirehat, sebab kedai mereka telah beroperasi pada hujung minggu iaitu Sabtu & Ahad.

Selain tu....apa yang menarik dekat Jalan Plumbum, Seksyen 7 ni ialah Street Art atau dikenali Laman Seni,... Bagi peminat fotografi or yang suka posing-posing sesuai sangat ke sini. Di sebalik lorong belakang bangunan butik-butik ni semua ada port untuk bergambar yang menarik. Sayangnya masa saya sampai hari dah gelap + hujan sekejap-sekejap...  Tip nak dapatkan effect picture yang menarik, follow point kedudukan untuk bergambar yang dah ditanda pada bahagian jalan tu...baru lah pic nampak effect 3D. Saya tak sempat nak follow tu, sebab kejar masa + berebut dengan orang lain juga yang nak bergambar..Hehe...

Let's picture talk....
01.06.2015

tunggu lama gile sebab nak pose kat rumah ni..
Lama betul kakak-katak tu pose kat situ
Tapi tak sempat jugak, sebab hujan dah turun!!


Sempat jumpa bff asya kat sini ;-)


Banyak lagi tempat yang tak sempat nak snap sebab malas nak tunggu turn...
Mana-mana yang sempat aje lah...
i love art ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

39 comments:

syawalsimpsons said...

ala macam mana ni...org jauh dah sampai ni...sue pon tak sampai2 lagi..lagi pulok yang dekat ni kan..kikikikik

Aisy Nasiha said...

Wah.. bestla korang pergi laman seni ni masa cuaca baik.. lawa semua gamba ni.. kagum dengan hasil tangan diorang ni kan? Nampak real semuanya..

lieyalatif said...

betul tu lya...kat jalan plumbum tu best semua butik ade kat sane...boleh soping dari baju sampai ke tudung laa org kate....

cantik2 gambar kat laman seni tu lya...mcm kat art street ....mmg lawooo kalo dibuat props kan.....

ANIM said...

syawal nanti, p kenduri anak sepupu di shah alam, boleh jengah ni..in sha Allah..
menarik sungguh..

AnneRaini said...

byk jugak tmpt dpt bergambar tu..berbaloi-baloi

Ahmad Hasif said...

ooo dkt shah alam rupanya.. baru tahu.. haha..
tp mmg smart la dorg baut kan..

Jom join Segmen Terbaru Saya ini

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menari

mawar_berduri said...

eh dah siap? bestnyaaaaaaaaaa....nak pergi la....hhaa

Chekgu Azrine said...

Menarik.sllu jgk dtg sini pergi jakel.tp xsmpt singgah pun...hahahaha

eMMe said...

I LOVE ART TOO Lya...

QasehnyaRania said...

say yg dok kl ni pon x penh sampai ke sana .hihi
tp mmg cntik la kan. kreatif

Diana Rashid said...

mesti sewa kedai kat sini mahal2 sebab kawasan tumpuan tu..kan???
eh!patut la macam pelik kenapa gambar budak terbang di tiup angin tu lain macam je.. rupanya salah port..patut nya Asya dengan papa nya kena pegang kat tiang dia..bukan kat tiang bayang2 tu..ekekkek...cantik2 gambar kat sini...

Chic Na said...

cantik2 & kreatif je semua art diorang buat.. siap kena tggu giliran ye nak posing.. mesti segan sbb org dok tengok.. huhu.. tringin nk g gak tp blum ada kesempatan..

Kopiolimauice said...

sy yg dok selangor pn tak dan lgi nak smpi sana ;p

Tie HT said...

Akak teringin sangat nak snap pic wall art ni...
Sepatutunya bagi je peluang dekat sape2 yang
Ada bakat melukis tu buat art kat dinding bangunan lama..
At least jadi tarikan juga kan :)

Daddy Ziyyad said...

art work kat Laman Seni Ssksyen 7 tu mmg best..cuma saya masih tak sempat nak singgah, padahal hari2 lalu situ...hahaha..Laman Seni Seksyen 2 saya dah terjah, suruh anak posing..hahaha

norhidana miswan said...

cantik2nya.... akak yg duk kl pun tak sampai sana lg... org tganu dh sampai sana dh...

mmg berseni laman seni tuh.... tak pyh pgi i city pun dh lawo 3d nyer

el said...

dpt gak uols pergi sini
tingin gak nak pergi sini
ntah bilalah
cantik2 wall design diorg

eynda said...

Bestnya...duduk shah alam tapi tak pernah sampai tempat ni lagi...

Puan Kutu said...

alahai takda rezeki lya pergi hari Isnin..Ada hikmah tu, selamat poket.hehe..

bergambar pun kena tunggu turn tu yg malasnya..buatnya Ada anak kecik jangan harap la nak tunggu

Didie Kamila said...

Pernah sampai seksyen 7 ni sekali..
Tapi tak tau pun ada benda ni..hehe..
Mungkin sebab tu dah malam kot..

Sharinginfoz said...

memang unik tempat ni, mesti anak-anak suka sakan

wa said...

wahhh...menarik gak ek...tak tau plop ada kat S Alam tempat macam tu..nampak sangat jarang gi Shah Alam..hehehe

Bunda a.k.a KN said...

takperlh tak dapat posing kat rumah tu...kat tempat lain pun lagi cantik2 posing nyer

::NureeN:: said...

eh lya... x terjah umah eb??
rasa x jauh dh hihii
serius cantik kababooommmm la bergedix santai kat cni

SalbiahM said...

ingat budak perempuan pakai riben tu lukisan 3D jugak,bff Aisya rupanya..huhu

Mummydearie said...

Oh, akak sendiri yang selalu ulang-alik ke Shah Alam baru sampai deretan kedai aje, Lya. Yang art street belakang kedai ni tak pernah pulak kami tau *_* Orang jauh dah sampai dulu. Nampak macam luas dan macam-macam ada boleh posing kat sini. Kalau ke Seksyen 7 memang berpinar-pinar mata rasa nak tumbang jerk!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

wah..byk gmbar2 menarik..saya baru tau shah alam pon ada street art..hihi

Mrs Velentine said...

bestnya tempat ni lya..menarik

Tengku Fauziana said...

org jauh pon dh smpai sini..kite dtg sini g cari kedai baju je..xdan nk singgah laman seni..hahaha

LiYa HaNiF :: said...

amboi sakan posing hehehe... cantik gambar2 nie

Khai♥Rin : anies said...

dah byk lukisan kt situ... nmpk sgt da lama x terjah hahaha

Qaseh Vee said...

byk sungguh art tu ... masa saya belajar kat situ , cuma ada restoran dan kedai biasa je di situ ... lama dah x menjengah shah alam .

Miss Sparkler said...

Seronoknya! Berapa bayar sekali masuk? Salam singgah from harinumunirah.blogspot.com

ayu Ismail said...

bestnya...tempat mcm ni akak memang suka

Naemah Umi said...

cantekkk :D

tiga lalat said...

salam .,hee best kann kat street art situu ;p

Yana Yani said...

saya yang dekat pun belum penah sampai lagi
entah bila nak pergi entah

Cho Zila said...

ha.. asya dah bergambar di sini.. wah.. auntiepun belum lagi tau... jadi tak pergi i trick museumpun dah kira ok.. lebih kurang gini jugak konsepnyer..

Fifi Nadhrah said...

besar jugak ye street art ni.. rase macam org kajang kene pergi bercuti dekat s. alam ni..