Monday, July 27, 2015

Rezeki Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kembali bersua kita.. semua masih dalam mood raya ke?? Nak tak nak, terimalah hakikat..kembali ke dunia realiti.. hihi. Saya dah masuk kerja Rabu lepas lagi, tapi hari Khamis tu MC lak sebab demam + selsema. Ni pon tak berapa nak sihat lagi. Nak mencari mood nak menaip ni sekian hal. Sebenarnya hampir buat keputusan untuk bersara terus daripada menulis blog...tapi bila fikir panjang lebar, sayang mengatasi segalanya. Usia blog pon dah 6 tahun. Banyak kenangan asya dari waktu kelahiran sampai ke besar tersimpan kat sini. Blog juga menemukan saya dengan ramai kawan-kawan. Cuma maybe on/off camtu. Insyallah akan sentiasa update bila MOOD tu on. Hehe.

Oklah, just nak share kegembiraan & rezeki akhir Ramadhan baru-baru ni. Hanya dengan mencuba nasib submit pic asya menikmati makanan di Dinie Kopitiam, tapi tak sangka pic tu menjadi pilihan juri. Alhamdulillah, rezeki Fasya tu..dapatlah dia duit raya RM200 dari tokey Dinie Kopitiam. Sebenarnya tak jangka pon menang & dapat duit raya sebanyak tu. Tak sia-sia juga hobi saya suka snap pic asya ni. Selain tu, pic yang saya submit pada Dinie Kopitiam tu merupakan pic yang pernah saya review pasal makanan di Dinie Kopitiam. Alhamdulillah, rezeki asya.. Duit tu semestinya simpan dalam bank untuk simpanan masa depan asya.
Baju pink, tokey Dinie Kopitiam yang sangat pemurah & ramah. 
Malah sangat-sangat cun melecun gittu. 
Baru tuntut duit raya Sabtu lepas... kemain asya & tokey tu berlawanan mata.
Mujur time pergi ni tak seberapa ramai orang, biasanya full sokmo .

Pic yang saya submit pada Dinie Kopitiam.

Kesemua pic ni pernah saya publish dalam entri ni :-

Sempat menikmati Mushroom soup febret dia

Happynya dia dapat angpau raya ni!

Sebelum ni dah saya pernah share pasal Restoran Dinnie cawangan yang lain-lain kat n3 dibawah ni sejak tahun 2010 lagi. Kiranya dah jadi regular customer. Tapi antara kesemua cawangan, yang paling feberet semestinya Dinnie Kopitiam.


Credit dari FB owner kak Roselaini Ismail

Lokasi Dinnie Kopitiam ni berada di laluan utama yang terletak di Taman Chukai Utama. Kedai ni sederet dengan  Maybank & RHB Bank. So lepas ni, kalo datang ke Kemaman jangan lupa singgah di Dinnie Kopitam. Macam-macam ada! Dan... jangan lupa selfie bersama makanan yang dinikmati tu. Manatahu lepas ni rezeki anda! Dari info, maybe bulan December ni sekali lagi Dinnie Kopitiam adakan contest ni. So, jangan lupa snap banyak-banyak pic anda di Dinnie Kopitiam. Atau boleh follow owner Dinie Kopitiam di FB untuk sebarang info & pertanyaan -->  Roselaini Ismail

******************************

Baru terima kesemua ni masuk kerja sabtu baru-baru ni...

kad raya & angpau untuk Asya dari Blogger Cma.
Huhu.. tqsm dear.. Tiap-tiap tahun hantar kad raya & duit raya .
Tq coz sentiasa ingatkan lya & asya kat sini walaupon kita dah lama tak berkunjung balas kan.

Angpau comey Ana Muslim & FM dari EGYPT pemberian blogger Anies.
Tqsm dear! Cantik sangat FM tu. Semestinya sangat-sangat beharga sebab dari negara EGYPT. Simpan elok-elok nak letak kat peti bila masuk rumah baru nanti. Sampul Ana Muslim boleh la guna tahun depan.

Dan pemberian kad raya dari Blogger YanaYani.
TQSM dear atas ingatan tulus ikhlas ni

******************

Kenangan malam raya. weols bertolak balik ke kampung halaman yang 10minit perjalanan menaiki kereta menyeberangi lautan pada malam raya. Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman. Hahahha.. Poyo! 

Pagi 1 Syawal..pic pertama snap ni!
Tema kaler tahun ni Peach (ala-ala salmon) + cokelat gittu. Kombinasi warna yang ntah jadi atau tidak tak tau lah.. Tapi kira jadilah tu. Hehe .Cerita raya??? Ntah... bila rajin nak ngedit gambar adalah tu..kalo tak rajin tak adelah tu. Tapi syok tengok FB timeline pagi 1Syawal tu, meriah & penuh warna-warni . 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

31 comments:

Zee Suhaini said...

tahniah asya..banyaknya dapat duit raya..hehehee
seronok kan balik kampung..memang lemau nak masuk keje balik..
selamat hari raya buat lya sekeluarga..

suhailah hamid said...

Tahniah atas rezeki duit yg lya dapat. Alhamdulillah boleh menyimpan utk masa depan.

salwana nordin @ che'wa said...

murah rezeki lya sekeluarga..

ok sgt tema warna salamon dan coklat..mmg sweettttt je warna tu :)

baju asya dan mama pun cantikkkkkkkkk sgt akak tgk :)

Didie Kamila said...

Meriahnye asya dgn ang pow..
Kemaman Chendol Kopitiam..
Kenangan sngt ni..:)

Siti Asiah said...

Tahniah Asya, banyaknye dapat duit raye...;)

suhaila Johar said...

rezeki anak..tahniah...

mshazadoes said...

selamat hari raya sayang :)

Ena said...

comel nye asya
Kita pun peach juga
Coral Peach + Emerald Green

AnneRaini said...

rezeki raya tu.. cantik warna tema tahun ni.

norhidana miswan said...

murah rzeki asya.....

akak tingin btl nk pi mkn kt situ sbb pnh terbaca kt blog lya nih... tp bile blik kerteh tu kadang sampai dh pun kt kemaman asik lupe je

eima said...

WAHHHHH DUIT RAYA .... REZEKI ASYA

Diana Rashid said...

suka tengok baju2 asya.cantik2 je...

Ibu Lala said...

Tahniah asya dapat duit raya. Bila nak belanja auntie ni.

Ema Johari said...

akak pun dah lama tak update dan jarang update juga... tahniah asya...duit raya besar tu...selamat hari raya untuk lya sekeluarga.

Inani Hazwani said...

Wahh bestnyaa :)

Puan Kutu said...

Alhamdulillah melimpah rezeki asya dan lya..seronoklah raya asya dapat duit raya RM 200..Tahniah!

selaamt hari raya maaf zahr batin buat lya sekeluarga. Nanti update ya gambar raya..ada tengok kt IG n FB..lawa baju raya korang.

mamabeauty said...

tahniah Asya.. rezeki rayalah kan hehe..
comel jer baju raya tu..

ahkak ni lagilah bila nak menulis hew hew.. lemau

Zuraida Rahim said...

Tahniah... Selamat Hari Raya

amirah said...

waaa...rezeki..alhamdulillah...selamat hari raya liya dan asya..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah dapat banyak duit raya. Nanti sampai sana boleh siggah merasa juga.

lieyalatif said...

cantik baju asya...anak dara sgt tgk die bergaya mcm tu...auwww....

tu laa berkat suke amikgambar kan lya....anak dpt duit raya hah..bukan sikit2 tu....alhamdulillah ...razeki asya kan....

aizamia3 said...

Tahniah.. rezeki.. ;)
cantik baju yang dipakai asya tu.. ;)

Bunda a.k.a KN said...

Tahniah Asha...lawa Asha...

Kakzakie said...

Alhamdulillah rezeki menerima dari mereka yg pemurah
Salam aidilfitri dari kakak buat Lya dan keluarga

el said...

seronoklah tu dpt duit raya
sape x seronok kan hehe

aryan azra said...

alhamdulillah rezeki fasya...

cantik kombinasi warna baju tu bagi akak

Shiqin Sunshine said...

Wahh rezeki seronoknyaa...alhmdulillah rezeki ;)

QasehnyaRania said...

alhamdulilah
murah rezeki asya
bnyk tu duit raya

suka la baju asya tu.lawa benor
comel bila dipakai asya

selamat hati raya lya
maaf zahir batin

Rosmiza Ali said...

Samala Lya.. Lom ade mood nak up pasal raya.. Hahah!

Khai♥Rin : anies said...

Alhamdulillah.. smpi jg... wpn lewat...

Yana Yani said...

wah rezeki tu kan lya
berkat selalu dok snap gambar anak, pastu rajin join =)
sape nak bagi smapi rm200 kan...best tu

wah comelnya anak dara sorang ni berdress!
cantik warna tu lya...pandai bereksperimen
kalau cam saya...tak reti