Friday, July 31, 2015

"SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama giler tak join contest..kali ni nak mencuba nasib join contets mamamyja..

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-
  1. Blogger Malaysia
  2. Buat entry yang bertajuk "SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA"
  3. Tempekkan gambar raya korang sendiri tidak kisahlah raya keberapa janji korang berbaju raya lengkap. Secara berseorangan dan berkeluarga tidak kisahlah.
  4. Ceritakan serba sedikit pasal baju raya korang tu. Mamamyja nak tahu. Hehehehe...
  5. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh mamamyja. Jika tidak lengkap salah satu, penyertaan anda akan terbatal serta merta.
  6. Publish entri korang dan tinggalkan url entri di ruangan komen dalam segmen ini sahaja.
  7. Pemenang akan diumumkan pada 5 September 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada 30 Ogos, adik kenduri kawin. Mamamyja takut kelam kabut. Hehe
  8. Mamamyja hanya perlukan 3 orang pemenang sahaja.
  9. Lengkapkan syarat di bawah :-
                   Follow Blog Mamamyja (Must DO!)




Ceritakan serba sedikit pasal baju raya korang tu. Mamamyja nak tahu. Hehehehe...

Tema pilihan untuk aidilfitri 2015 ialah Peach. Dah lama teringin buat tema kaler peach, tup tup tahun ni menjadi tema ni. Disebabkan kain plain, so kena fikirkan gabungan warna yang leh matching dengan peach. Akhirnya kaler brown dipilih. Dan seperti biasa baju saya semua tempah tailor, memang tak beli readymade. Fesyen baju saya & Fasya lak ilham hasil bantuan pak cik Google. Alhamdulillah, berpuas hati dengan tailor kampung saya yang mampu buat sebijik ikut yang saya nak. Cuma baju saya semua longgar sangat sebab penurunan berat badan drastik sejak lepas operate aritu.. Berat sebelum operate 64kg & sekarang berat 54.7KG. Saya upah baju ni sebelum operate, so ikut berat saiz lama. Tak kisah la..selesa dipakai.


Ini design baju saya

Dan ini design baju Fasya

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

12 comments:

Diana Rashid said...

cantiknya baju raya lya dan Asya...comel..:)

el said...

Gud luck
tp memang cantek baju uols and fasya

Asha Lya said...

Salam aidilfitri Lya, lma btl x singgah cne..cntiknya Lya sefamily

ericca soffea said...

cantik kan kalau pilih warna pastel. Like juga. selamat tailor pandai buat, kalau x mahu menanges juga. hehehe
semoga berjaya dan selamat hari raya !!!

ros_reeza said...

All the best!

aryan azra said...

semoga berjaya lya

Nora Karim said...

Cantik..... good luck lya...

Amanina Mads said...

pandai tailor jahit mcm yg lya nak.. hehe

Kopiolimauice said...

Gud luck mna tau ada rzki kn

Mama Myja said...

cantiknya baju!! sedondon tu yang penting. hehehe
good luck ya

Khai♥Rin : anies said...

All the best lya...

Bgs laa dpt tailor yg ikut selera kita ni...

Yana Yani said...

all the best ye lya
memang gorgeous sangat baju lya dan asya