Thursday, August 20, 2015

12 Tahun.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

BACKDATED LAGI...
tapi tetap nak simpan kenangan kat sini


16.08.2003 - 16.08.2015

Pejam celik , pejam celik... 16.08.15 baru-baru ni masuk tahun ke-12 usia persahabatan saya dengan papa asya.  Kalo ada anak, dah ambik UPSR pon ni. Hehe. Alhamdulillah, jodoh dari Allah, kita dipermudahkan sebagai suami isteri. Namun perjalanan masih jauh ke depan.. Saya tak tahu macamana masa depan kami, cuma terus berdoa agar  ditakdirkan menjadi pasangan suamisteri hingga ke syurga.

09.08.2003
Pertemuan pertama kita. Dia hanya menemani seorang sahabat (yang merupakan sahabat saya) ziarah saya sakit di rumah. Masa tu saya lumpuh, kaki baru boleh gerak sikit-sikit. Pertemuan pertama yang tak dijangka membawa ke dalam hubungan yang HALAL. Masa tu, dia hanya diam, senyum & merenung. Yang tak dapat dilupakan, semasa dia minum air tangan terkekar-ketar. Ntah nape tangan dia kena parkinson tiba-tiba. Memang kelakar. Haha

11.08.2003
Terima paggilan dari lelaki misteri. Katanya nak berkawan. Rupanya dia dapat no telefon dari sahabat saya tu.

16.08.2003
Kejutan buat saya..bila dia katakan untuk serius dengan saya sejak hari pertama dia melihat saya. Secepat ni??  Ingat semudah itu nak terima ..

Atas dasar persahabatan........ akhirnya dia bergelar suami 3 tahun lepas tu. Banyak ujian antara kami dalam tempoh tu. Tapi memang jodoh kuat. Entah, sebab apa mesti saya pilihan dia. Dalam tempoh 3 tahun tu saya sakit teruk & berumah di hospital. Dalam tempoh itu juga dia tak pernah putus memberi semangat & selalu ada untuk saya. Dalam tempoh tu jugak dia berusaha untuk halalkan hubungan. Selepas 3 tahun dia berjaya yakinkan family saya untuk jadikan saya milik yang sah. Ingat semudah itu nak serahkan tanggungjawab, lagi-lagi dalam keadaan saya sakit. Abang-abang saya lah paling berat hati waktu tu nak lepaskan adik bongsu dia ni. Sampai ke hari ini saya masih terfikir dengan pertemuan yang terjadi...sangat simple , namun mengubah kehidupan ini , Indahnya aturanNya, diberikan saya masalah kesihatan namun dihadiahkans seseorang untuk menjaga diri ini, menerima diri ini seadanya. Saya harap awak menjadi sahabat saya & jaga saya sampai saya menutup mata! Jangan pernah serik jaga saya bila saya sakit !

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

39 comments:

Eda Ejai said...

semoga berkekalan sampai bile2.. aminnn.. =D

Aisy Nasiha said...

Alhandulillah lya dah ditemukan dgn insan yg cukup hebat sebagai pasangan hidup.. moga akan dipanjangkan jodoh korang sampai ke akhir hayat. InsyaAllah

mummy_ayu said...

sweet.....moga bahagia selamanya...

akish ali said...

hepi anibesari dear....
muge kekal hingga hujung nyawa

adarnadzmie said...

moga ikatan suci kekal ke akhir hayat...amin..

eh eh sama la kita dik... akak pun mula kenal suami dari panggilan misteri jugak...hahaa.... ambik no fon rumah dari buku panduan telefon... cari nama abah akak...hahaaa...kenangan sangat kan...:)

Khai♥Rin : anies said...

semoga berbahagian hendaknya hingga ke syurga...aminnn

Rizziela said...

Alhamdullillah..rezeki untuk mendapat suami yg sgt baik..... Insyallah Faiq akan jaga lya dengan sebaik mungkin

mamabeauty said...

semoga berkekalan sehingga ke Jannah Liya..

Nor Marshaliza Shaidan said...

Semoga bahagia hingga jannah...amin.



Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

Eliss Mie said...

sama tahun dan bulan perkenalan kita dengan suami yer :) semoga kekal bahagia sampai syurga. aaminn :)

AnneRaini said...

semoga terus kekal hingga ke jannah. susah nak cari lelaki yg ikhlas terima kite dlm keadaan sakit. untung lya.

salwana nordin @ che'wa said...

alhamdulillah..semoga bersahabat lagi utk tahun2 mendatang..inshaaAllah :)

lieyalatif said...

so sweet lya...

in sha Allah lelaki yg baik utk wanita yg baik....lya bertuah punye kawan, suami yg memahami lya.... terima seadanya.... fain pun bertuah dpt lya sbb lya seorg wanita yg tabah dan kuat....moga korang terus bahagia...in sha Allah...

Kakzakie said...

Barokallah... syukur alhamdulillah dah sebumbung dan sebantal 12 tahun.
Moga terus dilimpahi kebahagiaan berpanjangan.

kayyana said...

Alhamdulillah.. Allah bagi seseorang yang baik untuk lya... semoga lya bahagia bersama yang tersayang hingga ke jannah. In Sya Allah.

el said...

alhamdullilah
happy for your guys
semoga kekal sampai jannah

Mrs Little Voice said...

Alhamdulillah. Bertuah awak dijodohkan dgn lelaki yg penuh tanggungjawab. Kak Alin doakan semua keluarga awak sentiasa dirahmati dan awak sihat selalu.

NanyFadhly said...

So sweet...Alhamdulillah, ada seseorang yang sudi menerima kita seadanya kan. Semoga perhubungan korang sentiasa dirahmati ALLAH SWT.

mshazadoes said...

insyallah moga bahagia hinggah ke jannnah..bila nak tambah lagi sorang tue???

Ena said...

Alhamdulillah dan Tahniah
Selamat hari ulangtahu perkahwinan ye
Moga bahagia bersama hingga ke syurga. Aamiin..
^____^

Mama Myja said...

alhamdulillah, semoga berkekalan sehingga ke syurga. insyaallah...

dakcik said...

Lya,
Lama tak baca story lya..hehe..rini abru khatam new posts lya..
Alahmdulilah dh mmg jodoh lya kan..org yg baik akan dapat yg baik juga..:)
happy 4 u!

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah lya dipertemukan dgn insan yg ikhlas menyanyangi dan memahami lya, moga hubungan kalian kekal bahagia hingga ke jannah..amin

Diana Rashid said...

semoga kekal bahagia sampai syurga..

Chekgu Azrine said...

semoga berkekalan till jannah

nur amni said...

Alhamdulillah...seronok baca...nak curi idea boleh? Hihi..semoga korang kekal selamanya...

Salam ukhuwah

Yana Yani said...

jodoh lya...DIA tahu apa terbaik buat lya
saya memang kagum dengan papa asya ni
teringat suami sendiri yang juga menerima saya
sedangkan dia tahu saya berpenyakit...
malahan saya penah kata pada dia yang saya tak akan mungkin
mampu bagi zuriat pada dia sebab masalah kesihatan saya
tapi aturan ALLAH, dapat sepasang dah cahaya mata kami =)

saya doakan moha lya dan papa asya berbahagia hingga ke jannah
selamat menyambut ulang tahun ke 12 usia persahabatan ye

Rosmiza Ali said...

Alhamdulillah.. 12 tahun dah.. semoga berkekalan bahagia hingga ke jannah.. Aminnn.. ^__^
RosmizaAli.Com

Kopiolimauice said...

touchingggg T__T smga berkekalan hingga akhir hayat...

Zefa NorAsmara said...

Semoga lya dan suami bahagia hingga ke syurga. Aamiin..

are_lin@yu said...

happy annivesary lya..tula kan jodoh inshaallah semoga kekal hingga syurga ya..

Time Traveller said...

Sweet... alhamdulillah di akhiri dgn ikatan yg halal.. moga kekal ceria hingga ke syurga :D

lia ummiirfan said...

AlhamduLILLAH dan Tahniah lya... semoga kekal hingga ke Jannah.. :))

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdulilah..Tahniah Lya dan Fain..smg jodoh berkekalan hgga ke Jannah :)

mawar_berduri said...

Alhamdulillah..semoga bahagia hingga ke Jannah ye:)

nik ros said...

Alhamdulillah. moga lya dan suami bahagia.kekal hingga Jannah.

Nora Karim said...

terharu baca kisah cinta lya dan suami... cekalnya suami lya untuk menghalalkan hubungan ketika lya sakit... susah nak cari tu... moga lya dan suami kekal sampai ke jannah... Amin...

hamizah che mat said...

semoga berkekalan. alhamdulillah
JOM FOLLOW SAYA

Mama Myja said...

alhamdulillah, semoga kekal ke syurga. Insyaallah.