Monday, August 3, 2015

Aidilfitri 2015 : 1 & 2 Syawal 1436H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita raya baru nak bermula.. itu pun punyalah berchintaa . Untuk kenangan just nak upload mana-mana yang dirasakan sesuai je. Lagipon, kesemua pic lebih kurang sama je posenya. Kali ni tak macam tahun sebelum ni dalam bab bergambar, sikit je snap-snap pada sebelah pagi. Tapi takpelah, ade jugak daripada tak de. Berkaitan baju raya, tahun ni hari raya pertama wajiblah sedondon. Warna pilihan untuk tahun ni ialah Peach. Dah lama nak kaler ni, aknirnya menjadi tahun ni. Baju semua tempah tailor yang jahitkan ikut design yang saya nak. Bagi saya lagi selesa dengan saiz ikut ukuran badan. Sedondon ni just raya pertama aje, hari raya ke-2 dan seterusnya mix & match. Kalau sedondon tu adalah kebetulan semata-mata. 

1 Syawal 1436H

Seperti tahun-tahun sebelumnya, malam raya balik kampung mertua yang hanya 10 minit perjalan ;-P . Tidur kat sana, Kiranya pagi raya di rumah mertua. Selepas sesi bersalaman & photoshoot baru gerak ke rumah mama saya & kebiasaan adik beradik saya semua berkumpul pada waktu tu. Selepas bersalaman & photogedik baru kita orang konvoi ke kampung melawat rumah-rumah mak sedara. Selepas solat Jumaat, dalam kul 3pm camtu saya gerak ke kampung ayah mertua lak kat Dungun. Memang untung sebab duk dekat-dekat ni sebab tak perlu berebut nak balik kampung mana-mana. Tapi dari segi tenaga sangat letih, sebab dalam 1 hari kena spend masa untuk famly sebelah saya & sebelah suami. Ulang alik camtu memang agak letih , tapi sebab dah jadi kebiasaan sejak awal berkahwin, so xde hal lah. Berbanding bila balik kampung, kita boleh fokus untuk melawat sanak-saudara sepenuhnya, tak perlu nak terkejar. Apa yang best tahun ni, memang kita orang raya serayanya.. Habis rumah saudara-mara terjah sampai ke malam. Yang best, raya kali ni berjaya bebas gadget, kecuali pagi or sebelum bertolak tu je la bergambar-gambar sekejap. Bolek berborak sepuasnya dengan saudara-mara.

Lets picture talk...

Princess mama ber-peplum di pagi raya

My happy family..
Insyallah..selamanya.

Bersama mama+papa

Husband + Wife

Asya & her cousin

Family papa asya

Family saya

Tentang kain baju raya ni, saya just guna material Satin Dull. Beli kat Kamdar aje, masa tu ade sales, akhir tahun lepas. Bulan 1 dah hantar tailor & bulan 2 dah siap pon. Hehe. Senang manage duit buat persiapan sikit-sikit dari awal.

2 Syawal 1436H

Pada hari raya ke-2 , kebetulan masing-masing ada baju theme PUTIH...Masa beli takde pun plan untuk hari raya ke-2 & seterusnya nak pakai sama. Malam tu baru pilih baju untuk pakai esok, kebetulan masuk plok. So, ter-sedondon lah kita pada hari ni. Bukan senang kalo nak plan hari-hari pakai sedondon, esp nak cari baju kasual Fasya & papa dia warna yang sama sebab masalah saiz badan cute-cute sangatlah limited. Pada sebelah pagi tu just beraya rumah-rumah jiran setaman ni. T/hari tu baru bertolak ke rumah saudara-mara. Sampai ke malam jugak beraya. Sempat lak snap pic sebelum keluar rumah.

Pose dulu sekeping dua sebelum beraya

Sempat buat rawatan SPA kat kereta.. 
Sementara menunggu, main snap-snap dulu


Sebelum balik dari rumah ayah saudara papa asya, sempat lagi pose dalam hutan. 
Sebenarnya depan rumah aje pon. Kalo dulu lagi best, leh posing dekat kebun tembikai.

My family

My cute lil princess

Asya & sepupu

Baju raya ke-2 lak, kain batik sutera beli kat FB QAIREENA BATIK awal tahun aritu. Sebab tak berjahit, terus simpan untuk raya, Memang cantik-cantik batik kat situ. 

Tamatlah cerita raya 1 & 2 Syawal , tapi penuh kepuasan sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Kebiasaannya, tahun-tahun sebelum ni 1 Syawal aje ber-entri2, kes punya la banyak gambar. Kali ni pon ade banyak juga...cuma shortlist sikit-sikit sudahlah untuk simpan kenangan kat sini. Selebihnya nak kena edit cantik-cantik untuk buat Photobook Album or cuci & albumkan aje.


**Hari Rabu ni naik court, settle kes tuntutan kemalangan yang menimpa saya tahun lepas. Wahhhh, setelah 1 tahun 5 bulan, baru naik court..tapi belum tentu selesai. Nerves, sebab 1st time masuk court. Moga dipermudahkan segalanya..amin**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

40 comments:

wa said...

Klasik je gambar kat signboard tu : ) ...lawanya gambar raya ..semuanya happening..

eynda said...

Salam Aidilfitri...

eMMe said...

Salam Lebaran Lya n famili... wahhh cantek color baju lya..yg pink2 tuu..suke color pink... Lya, saya doakan kes lya berjaya! Amiin..........take care dear!

salwana nordin @ che'wa said...

moga dipermudahkan urusan lya :)

mmg cantik2 sgt baju asya dan lya..akak suka tgk..kt sana mmg byk kain2 yg lawa kan..rindu terengganu..lama dah tak ke sana :)

dekat pun seronok, jauh pun seronok kan yg penting bersama semua insan2 yg kita sayang :)

- dieyana - said...

Cantik gambar raya...:-))

AMIIZAA said...

comelnya asya...boleh jadi model cilik nie tau:):)

Lynda Che Lah said...

cantik baju yang Lya tempah..
semoga semuanya dipermudahkan

Lynda Che Lah said...

cantik baju yang Lya tempah..
semoga semuanya dipermudahkan

eima said...

cntiknye bj raya korang ..... meriahnye raya ..... asya tu nampak hepi je kan

LYAfrina said...

Salam.lebaran emme... hehe

Sbnarnya kaler peach.. tp nmpk cam pink lak dlm pic.ni

Zee Suhaini said...

cantik styler baju lya..warna pon cun..
zee pon gitu la penat nak ulang alik banyak rumah tapi nak wat camaner..
raya kena la ziarah sumer skali..paling wajib 5 buah rumah..

moga urusan lya dipermudahkan dan dapat pembelaan yang sewajarnya..amin

lieyalatif said...

cantik tema lya...yg paling penting tiap2 tahun baju lya anak beranak mmg meletop...lawooo...design fresh gituuuu....asya nampak mcm anak dare dah berpeplum gitu...serius lawo.....lya mmg laa lawo hehehehe.... cantik baju tu....

wahh bagus laa lya tak bergajet sepanjang raya tu...susah laa skrang kan...masing2 henset tab kat tangan....mcm lieya ari tu laaaa...anak buah semua berhenset jek kat tangan.... ralit masing2 huhuhu....

10 minit jek perjalan ke rumah mil ye lya..... untung gitu tak yah harung jem n long journey ....

AnneRaini said...

cantik kaler baju. kami pulak mmg plan sedondon sampai raya ke 4 or 5. hehe.

p/s:gud luck ye.

lia ummiirfan said...

Salam Aidilfitri Lya.. lembutnya kaler baju raya uol satu family.. :)) nice

Fazleyatul Aini said...

cantiknya baju raya asya

Didie Kamila said...

Semoga dipermudahkan urusan lya dkt court nnt..

zana-norzana said...

Salam lebaran buat lya. Cantik colour baju

kayyana said...

selamat hari raya lya.. ceria tgk lya skeluarga. Alhamdulillah.. bju lya kaler peach ke.. nampak mcm kaler purple ala ala pink cmtu.. cntik sgt bile tgk dlm gambar... awal btul preparation lya utk raya ye.. btw, semoga berjaya ye lya... semoga urusan lya dlm court nnt dipermudahkan. doakan yana juga tau. amin.

NanyFadhly said...

Salam Kenal..

1st time baca blog ni..meriahnye berhari raya ziarah sanak saudara ( eehh...macam pantun dah) hehehe...PEACH is my next theme kot if umur panjang murah rezeki..hehe

Jemput singgah blog saya pula nanti

www.nanyfadhly.com

LZ - The Blog Owner said...

Salam LYAfrina & Salam Aidilfitri,

Cantik warna baju raya awak.. Sedap mata memandang.. Seronok beraya bila dapat jumpa saudara-mara..

By the way, semoga berjaya kes tuntutan kemalangan LYAfrina. Focus bila jwb soalan peguam.. All the best to you.. ^_^

BTS said...

Nice photo...

m.u.l.a.n said...

Waahhh meriah raya.. Seronok tengok..

Eintan Nurfuzie said...

warna warninyeeee

ros_reeza said...

Selamat hari raya Aidilfitri ;)

Pykaa Pdott said...

Wahh cantiknya gambar raya :)

umi alya said...

Salam Aidilfitri buat Lya sekeluarga

Ena said...

cantiknya baju raya lya anak beranak.. suka suka

Kakzakie said...

Bila lagi nak puas jenjalan rumah saudara-mara kalau bukan masa raya kan Lya. Asya pun dah makin tinggi kakak tengok.

Syima ~Mama Kyra~ said...

slmt hari raya Lya..cantiknya kaler peach ni kan..
suka tgk Lyra 1 family..sb rajin bergmbr, asya pulak suka posing :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Sweeeeetttt sgt tema first raya lya n famili tuh..tp kain satin dull mmg cantik kan..kite pon 1st raya pakai satin dull tp baju beli siaplah,,hehe..

nor azman said...

Cantik baju 2

aryan azra said...

cantik baju lya tu.

Qaseh Vee said...

saya lak , bila beraya mmg lupa nak tangkap gambar ... bila dah balik umah , dah rehat baru la ingat . biasa lah kan bila masing2 kecoh nak cepat . dah jumpa suadara mara lak , bersembang x ingat dunia ...

Nora Karim said...

Cantik la tema peach... hehehe boleh plan tuk thn depan.. hahahha...

Saniah Ahmad said...

Alhamdulillah Lya,, semoga dipermudahkan urusan makamah lya,,

Mrs Little Voice said...

cantik combination warna baju raya awak....redup pandangan

Amanina Mads said...

cantiknya baju raya lya.. memang match sekeluarga :)
meriah raya walaupun kampung dekat2. hehe

semoga dipermudahkan urusan.. lama tu nak selesaikan kes

Kopiolimauice said...

Cantik ler kaler peach ni..slmt hri rya lya

Khai♥Rin : anies said...

Cantik kaler tuuu... manis je tgk...


P/s bsr nyer signboard jln tu!

Yana Yani said...

asya ni memang hebatlah bab posing
suka sangat dok tengok dia posing tau

p/s-apa citer tuntutan tu lya. hopefully semuanya okay