Wednesday, September 30, 2015

Aidiladha 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar mencoretkan kenangan Aidiladha tahun ni. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni, sambutan biasa2 aje. Tak de pon tempah baju ïraya bagai.Lagi pon hari raya pertama ada buat ibadah korban & saya masuk 1 bahagian, just pakai sekejap baju sedondon pagi tu semata-mata nak bergambar kat rumah baru dengan bantuan en.Tripod. Hehe. Baju pon bukan pakai baju raya aidilfitri yang lalu, main belasah jelahhh..asalkan sedondon. Dah siap bergambar ni, terus salin baju dan gerak ke tempat ibadah korban tu.

Gambar terbaik daripada yang lain tak menjadi.

Asya & mama+papa

Ni masa nak setting kamera, tersnap

My princess berjubah viral adik comey yang sangat femes tu.
Beli untuk pakai raya baru-baru ni, tapi tak sempat nak alter. Besar terlajak. Ni pon main pin kat belakang & lipat lengan baju tu.

Cubaan mengambil gambar bertiga guna HP tak berjaya. Kononnya nak update IG. Tapi tetap upload kat Ig. Wakakaka

Tahun ni 5 ekor lembu & 2 ekor kerbau selamat dikorbankan.

Group korban saya. Alhamdulillah semunya berjalan lancar & 
daging-daging selamat diagihkan sama rata sebanyak 7 bahagian. Dah settle, balik rumah saya agih-agihkan pulak daging bahagian saya untuk dibahagikan. 

Gedik-gedik

Menu pertama petang raya tu, Kurma Daging.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, September 21, 2015

A New Life

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkkk,,, kali ni lama sungguh bertapa. Hampir sebulan tak update blog. Sibuk mengalahkan pak menteri. Alhamdulillah, bermula pertengahan Ogos lepas saya dah mula duduk rumah baru. Happy sangat sebab akhirnya boleh duduk kat rumah sendiri. Cuma part deko-deko memang kena buat step by step. No money, no talk.. hahaha.. Takpelah, apa yang penting barangan yang basic tu. Masuk rumah baru ni saya kena bermula dari zero, sebab barangan perabut lama saya habis musnah banjir & ade yang saya bagi pada abang saya masa berpindah balik rumah mama saya tahun 2010 dulu. Takpe, kena sabar.... tak nak lah sebab nak completekan rumah ni berhutang sana sini. Bab deko-deko lak, saya mengimpikan rumah yang simple. kemas & sejuk mata memandang. Hasilnya, entah seperti yang diimpikan atau sebaliknya.Apa-apa pun, wait n see. Oklah, sebab lama sangat tak menaip ni, kita rojakkan sikit antara corat-coret kehidupan.

Rumah sewa lama dulu..
 Duduk sendiri dari mula kawen tahun 2006 hingga 2010.
Asya pon kecik lagi time ni.
 Lepas tu balik pindah rumah mama saya sebab faktor kesihatan saya masa tu. 
Sekarang kena slow-slow nak deko-deko rumah.
Rumah sendiri ni lagi eksited nak beli barang.

14.08.2015
Time ni masa belum duduk kat rumah baru.
Berulang alik ke rumah untuk house keeping, cat rumah & basuh rumah.
Sebab tak dia bosan, papa angkot semua mainan dia.

Kononya pramugari

Odway balik rumah tokma


16.08.2015
Malam pertama tidur rumah baru. 
Tidur semalam ni je sebab nak basuh rumah.
Bilik belakang ini insyallah akan dijadikan Playroom & stor. 
Kena bijak bahagia ruang lepas ni.

19.08.2015
Balik school dapat upan makan aiskrim


20.08.2015
Siap pasang grill rumah.
Time ni tak siap lagi cat dalam bilik tidur utama.
Design grill pintu bilik ni papa asya google, alhamdulillah puah hati sebab welder ni dapat buat sebijik macam yang kita nak. Paling penting kekemasan tu.


 Grill sliding door design biasa aje. Sekerang trend design "S". Kami laki bini sepakat nak pilih design yang simple & kemas . Lagi pon sliding door ni sementara je ni, ada rezeki nanti nak tukar pintu kayu. Saya ni kurang gemar sikit sliding door. Rezeki saya juga, berjumpa dengan welder yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding werlder-welder lain.

22.08.2015
Complete cat ruang tamu & wiring .
Kami lakibini cat sendri rumah ni, xde hire mana-mana tukang cat pon.
Warna pilihan untuk ruang tamu semestinya kaler pastel. 
Untuk dinding saya pilih warna Latte & Warm Sand.
Bahagian dapur je tak cat, sebab nak deko theme hitam putih.
Wiring & pasang semua lampu ni pon rezeki saya jumpa dengan orang yang menawarkan harga berganda murah. Langsir, mak mertua sponsor. Alhamdulillah

Kosong lagi...
Satu-satunya kabinet TV yang selamat & tahan walau tenggelam banjir.
Sofa & meja makan pon xde lagi time ni.

23.08.2015
Budak bosan tak de geng

24.08.2015
Ada perlawanan boling kat opis saya just untuk pekerja wanita.
Lontar bola sambil melepaskan tekanan. Hehe

27.08.2015
Budak ni pakai baju taekwando, tapi ponteng kelas petang tu.
Mengamuk nak ikut mama pergi bandar jugak.

02.09.2015
Dilema anak tunggal...
Bermain dengan bayang-bayang jer..

Dah lama tak buat hidangan special untuk dia.

03.09.2015
Ayat sehati sejiwa tu tak menahan...

Balik taekwando upah Slupeeeee

05.09.2015
Ngetest kedai baru. Suka seko kedai ni, 
sangat klasik macam duk dalam rumah zaman dahulu kala.
 Semuanya berasaskan atap rumbia.

Berjaya siapakan Tentatif Family Day...
Hasil tangan last minute

Testing "bow tie" untuk pakai malam dinner family day.
Theme smart & glamorous (Blue or White) ... Mama pilih Smart untuk asya. 
Sebenanrnya malas nak beli baju, pakai mana yang ade.
 Kebetulan ade kemeja putih & seluar biru ni.


13.09.2015
Pukul 5 pagi menapak kat kecemasan sebab lelah.
Upah mandi kolam & makan aiskrim banyak sangat time family day tu.
Demam melarat-larat lak.. Seminngu tak gi sekolah, sambung lak seminggu ni cuti sekolah.
Dah lama dia tak sakit teruk camni. Alhamdulillah, sekarang beransur sembuh. Cuma batuk tak hilang.Maybe faktor jerebu jugak.

16.09.2015
Hari malaysia....
mama+asya ... dah lama tak selfie-selfie camni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)